Jom klik hearbeat

Sunday, February 20, 2011

Menjelang Hari Kejadian

salam..

Sejak akhir2 nih saya sgt rajin membilang hari, yer lagi 29 hari lagi menjelang hari kejadian.Semoga Allah SWT melanjutkan usiaku yg telah semankin berusia tapi still comell haha tetibe terpuji diri sendiri lak..

Semoga Allah SWT terus mengurniakan ketabahan kpd diri ku dlm mengharungi detik2 dlm ranjau kehidupan dan menjadi seorang ukhti muslimah yg sejati Ameen.

Doakan saya hepi2 slalu ok!! ceria2 slalu dan comel2 slalu hoho...

Hadis 40 Imam Nawawi




salam

Semalam, saya singgah ke Jalan Tar, niat saya nak cari kedai photostat untuk buku kuliah saya,tapi saya hampa kedai kat area situ susah lak nak carik kedai photostat yg copy satu buku dengan harga yg murah.

dah alang2 saya jalan2 la sekitar Jalan Tar,tak lengkap aktiviti jalan2 saya kalau tak singgah Kedai Buku Pustaka Mukmin feveret tempat saya mendapatkan buku2 kuliah dan bacaan ilmiah.Yang bestnyer kalo pegi kedai nih saya mesti dapat diskaun..hehe maklumla student kan mestila mintak diskaun.

so, saya pun beli la buku bertajuk 40 Hadis Imam Nawawi dari Telaga Biru, selain mengaji,usrah,halaqoh bersama2 teman2 saya gemar membaca, buku dah jadi peneman saya di mane pun saya pegi sejak dari kecil lagi ayah dan bonda lebih gemar mendidik kami adik-beradik dengan memdekati bahan bacaan.Dari membaca kita tambah ilmu,dengan membaca kita memotivasi kan diri kita dan mendidik diri ke arah membentuk sahsiah diri yang baik sebagai khalifah dibumi Allah ini.

dan sebagai seorang mukmin kita di tuntut untuk menghafal hadis2 selain kita menunaikan ibadah2 yg di wajibkan kpd kita.Dari Hadis 40 Imam Nawawi ni kita dapat byk penerangan yg jelas dan lengkap tentang kehidupan dan garis panduan yg elok di jadikan sebagai panduan dalam kite melayari kehidupan kita.

InsyaAllah semoga Allah SWT merahmati setiap usaha kita ke arah kebaikan, saya juga sedang berusaha untuk menghafal hadis yg terkandung dlm buku ini.Dan saya berdoa agar segala yg saya pelajari selama ini akan di redhai dan di rahmati Allah SWT..Ameen..

Sunday, February 13, 2011

Salam Maulidur Rasul 1432H dan Valentine Days


Salam..

Kalau arini org bukan islam sibuk dok sambut Valentine Day's, Kita pula akan sambut
"Maulidur Rasul" yg pada 12 Rabiul Awal 1432H (15hb Februari 2011) . Pada Khamis yg lepas sempat saya menonton rancangan Halaqah di TV9 yg mengupas tentang "Valentine Day" dan asal usulnya hari kejadiaan terbabit, yg kesalnya ade segelintir umat islam yg tak faham akan sejarah kejadiaan Valentine nih ikut serta menyambut jua perayaan terbabit..Nauzubillah min zaliq

Mari kita singkap Sejarah Hari kelahiran Baginda Rasulullah SAW.


Maulidur Rasul
(dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.-Sumber Wikipedia_sejarah Maulidur Rasul-

Sejarah Valentine Days

Yg pelik tu ade gak yg masih tak tahu akan sejarah kewujudan Hari menyambut kekasih yang di sanjung2 oleh agama kristian.Info yg saya dpt dari rancangan halaqah tu. sejarah hari menyambut kekasih nih sebenarnya perayaan Hari Kasih Sayang ini serasa memiliki perpaduan sebuah tradisi yang bernuansa Kristiani dan Roma kuno. Ada beberapa versi mengenai legenda dari sosok Valentine ini.Dahulu, seorang pemimpin agama Katolik bernama Valentine bersama rekannya Santo Marius secara diam-diam menentang pemerintahan Kaisar Claudius II kala itu. Pasalnya, kaisar tersebut menganggap bahwa seorang pemuda yang belum berkeluarga akan lebih baik performanya ketika berperang. Ia melarang para pemuda untuk menikah demi menciptakan prajurit perang yang potensial. Nah, Valentine tidak setuju dengan peraturan tersebut. Ia secara diam-diam tetap menikahkan setiap pasangan muda yang berniat untuk mengikat janji dalam sebuah perkawinan. Hal ini dilakukannya secara rahasia. Lambat laun, aksi yang dilakukan oleh Valentine pun tercium oleh Claudius II. Valentine harus menanggung perbuatannya. Ia dijatuhi hukuman mati.
-Sumber : (http://h-k-b-p.blogspot.com/2008/01/sejarah-valentines-day.html)-

Sah2 la kita yg islam nih tak leh sambut kan?? Oleh yg demikian pikir2 la wahai umat islam janganla sampai aqidah kita terpesong dari landasan yg betul iaitu ajaran dari Al-Quran dan As-Sunnah.
Jangan terikut2 dengan budaya yg ada tanpa mengkaji sejarah yg kewujudannya.

Org dok sibuk nak sambut Besday Rasulullah SAW, ade pulak yg sibuk dok sambut perayaan yg jelas sekali terpesong dengan aqidah kita sebagai Khalifah islamiyah.So renung2kan selamat beramal. Peace No War!! =)

Wednesday, February 2, 2011

Esok Cuti..


Salam..

owhhhh esok kalian sume bercuti kan. selamat bercuti2 dan berehat2 yerp! kepada teman2 ukhuwah ku yg bakal mengakhirkan zaman bujang anda, Selamat menempuh Alam Rumahtangga semoga anda di berkati Allah swt dan bahagia di dunia dan akhirat Ameen..

kepada diriku, anda perlu berehat sepenuhnya, lupekan seketika perasaan hiba anda itu,pujukla hati anda supaya lebih mengingatkan Allah dari perkara len.

biarkan seketika sikap2 buruk anda,muhasabah diri byk2 yer, jgn pikir benda2 yg menghantui diri anda itu,be cool, be smart,dan be with Allah always.

biarkan ape yg org len nak kate ttg diri anda,asalkan kite sedar diri kita sape, belajarla dan terus belajar untuk mendekatkan dirimu kepada yg Esa.Jaga hatimu dan dirimu yg berharga ini dan labuhkan lah sayang dan cinta mu pada yg lebih berhak ke atas dirimu iaitu Yang Maha Pencipta.

Ampunkanlah dosa sesiapa yg penah menyakiti hatimu nescaya Allah akan sentiasa memberi kelapangan di hatimu dan kebahagiaan buat mu kelak.Ampun kan dosa2 saya jua.

SELAMAT BERCUTI yerr..
Salam dan jumpa lagi InsyaAllah.

Tuesday, February 1, 2011

Perbanyakan Istighfar


Salam..


Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yg melazimkan amalan istighfar, akan
dikeluarkan Allah dr sifat ham dn hazan. Sifat ham bererti gelisah
yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti
berdukacita."


Istighfar sering diertikan dengan permohonan ampun kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala atas dosa atau kesalahan yang dilakukan. Lazimnya jika seseorang melakukan kesalahan dan kemudian menyesal akan perbuatannya itu, maka istighfar yang disertai dengan niat taubat yang ikhlas akan dilafazkan dengan harapan agar dosa atau kesalahan yang dilakukan akan diampunkan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

Kita sering di ingatkan untuk Perbanyakan istighfar terutama dlm kita berkeadaan marah yg di luar jangkaan kita. Saya juga adekalanya lupe nak beristighfar lagi2 kalau dah terlalu marah.Mujur adakala ada rakan2 yg sering mengingatkan diriku.

adakalanya aku mengingtkan org sekelilingku.terutama yg dekat dengan diriku,dan adakala ade yg tak dpt menerima teguran ku.malah menyindir ku,adakala mereka semankin bertindak lebih marah.Lebih agresif Ya Allah ampunkanlah mereka.

Tuhan yg suruh kita ingat DIA slalu,sebab bila marah dan bile kita melakukan perkara yg di luar batasan,kita lupa Allah lupe segalanya lupe nak Istighfar byk2. Lupe nak kawal emosi amarah kita.

Allah Subhanahu wa Ta‘ala juga menganjurkan kepada hamba-hambaNya agar sentiasa beristighfar bukan saja untuk diri sendiri malahan juga untuk orang-orang yang beriman, lelaki mahupun perempuan. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala: Tafsirnya: “Dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan, dan bagi dosa orang-orang yang beriman (lelaki dan perempuan).” (Surah Muhammad: 19) .

Berkata Sayyidina Ali Radhiallahu ‘anhu: “Satu keajaiban pada siapa yang binasa (kerana dosa), namun bersamanya penyelamat”. Ditanyakan kepadanya: “Apa dia (penyelamat itu)?” Beliau menjawab: “Istighfar”.

maka perbanyakanlah wahai teman2 ku beristighfar, kerana ianya membantu kita bersikap tawaduk,lebih mengingatkan kita kepada yg Esa dan hidup kita jua bebas dari sifat2 yg buruk.


P/S: Kalau ase tetiba nak marah atau geram tu byk2 la Istighfar InsyaAllah dengan Izinnya hati yg panas akan menjadi sejuk,amek la wuduk selepas itu.Bile marah kadang2 syaitan pun dtg bertubi2 menghasut kita..renung2kan selamat beramal.

Menangis Semahunya


Salam..

Terkadang sukar nak di gambarkan ape yg terselit jauh di dalam sudut hati ini.Kekadang aku cuba berlagak dan buat2 xde apa yg berlaku.Dalam hati Allah jew yg tahu ape yg terjadi.

Biarla aku menangis sepuasnya,biar aku luahkan segala perasaan yg ada,biar aku pujuk hati ni sendiri,biar terbela naseb hati.Agak pahit untuk di telan ape yg aku ase, tapi apalah daya untuk aku tafsirkan ape yg meragut hati dan sekaligus menghancurkan hatiku.

Hati mana yang dapat menipu diri apabila dihadapkan dengan ujian perasaan.Ujian yg dtg bertimpa2,ujian yg buat aku terpana dan cuba bertahan dengan ujian ilahi.

Hati mana yg tak gundah bila ada saja tohmahan dan sindiran sinis yg di lemparkan bertubi2,Ya Allah sesekali aku terasa mahu menjerit sekuatnya,Ya Allah lemahnya hati ku, aku bermonoloq sendirian.

ada kalanya ku luahkan pada teman yg sentiasa menyemai semangat dan sudi mendengar luahan hati ku..yer teman usrah ku,teman yg mengajar aku byk erti ketabahan.Ku luahkan dengan penuh syahdu.

Ya Allah jika ini ujian yg harus ku hadapi demi atas dosa2 ku yg lalu,aku redha Ya Allah, akan ku didik hati ini utk jadi sekuat yg mungkin dan setabah yg mungkin.

Rajuk hati sukar untuk di bendung kali ini, sukar dan payah untuk di pujuk rayu,susah nak di tampal kembali luka yg tercarik luas.

yer hati ku terluka, tapi tak mengapalah hati, aku cuba balut luka mu dengan zikrullah dan doa2 akan ku panjatkan pada Mu Ya Rabbi.Tenangla hati hadapilah segalanya dengan sabar.Sebab Allah akan sentiasa di sisimu akan membela nasebmu satu masa kelak.

Biarkan,biarkan keresahan itu di mamah waktu,bangkitlah demi tuhan mu yg satu,demi cita2 mu,demi masa depan mu yg bakal engkau tempoh.Anggaplah segala yg buruk itu bakal menjadi yg lebih baik.

"La tahzan innallaha ma'na". Jangan takut dan sedih,sesungguhnya Allah bersama kita.

Saya Dah Nak berhijrah


Salam..

Saya nak mintak maaf pada teman2 ku semua,kalau ade khilaf dan salah maaf saya pohon.Saya mybe akan berhijrah ke tempat lain.mencari ketenangan buat seketika waktu.

Doakan saya akan pulang bersama kejayaan dan pulang dengan kebahagiaan.

salam penuh kaseh dan sayang buat anda semua.

Berjalan2 Lagi




salam..

Yer pada hari minggu yg lepas saya berjalan2 lagi..bosan dok umah sorang2 jadi saya ajak adik angkat kesayangan saya temankan saya berjalan2 ke Midvalley. Aktiviti hari itu kami bershopping dan makan kat dominos pizza.

Dlm perjalanan menghantar adik angkat saya si shamin, sambil memandu saya menangis, xtahu nape tetibe perasaan syahdu terbit di hati saya. Saya terus memandu pulang dan sambung aktiviti menangis tu dlm bilik saya.

Ntah nape saya ketika itu, tetibe jew menangis, kawan2 saya perasan slalu status saya dlm facebook saya sumenya sedih2 belaka. Wahai kawan2 ku temanmu ini mmg sedang bersedih mengenang naseb diri yg serba kekurangan.

Ya Allah hambaMu ini berlindung dari perasaan yg buruk yg bole merosakkan imanku, bantulah hambaMu ini kejalan yg di redhai oleh Mu Ya Rabbi..


shamin n me.