Jom klik hearbeat

Wednesday, February 29, 2012

Misi SAYA...

Assalammualaikum wbt..

Misi Kali ni..


Lunch dengan kawan opis, tujuan asal nak pegi beli hadiah, lepas beli hadiah menyinggah ke Pizza Hut kat dalam Giant Kelana Jaya tu. Alamaknya misi kedua adalah makan tengah hari di Pizza Hut. Lama tak makan pizza ngan speggeti jadi pegi la makan kan.


Gambar roti je sempat amek pizza tak sempat dah lapar.


budak "hantu" peaceee..


Misi Kedua..



Nak gemok kan badan, tapi tengok kat cermin badan tak naik, timbang2 serupa je, yang naik pipi ala2 donut gebu. Alaaa pipi nih bikin frust je. Hehe Tapi misi nak jadi gemok sket still di teruskan, tanpa mengalah. hehe

Misi Ketiga..

Nak cari baju kemeja putih dah settle dah jumpa tadi kat Giant. So besok leh pakai baju baru ngan kain skirt. Cube ubah image jap, asik pakai seluar je kan jadi ape kata pakai kain pula. Janji tutup aurat tak lebih2.

Misi Keempat..


Nak pegi Kelas penulisan islami dan Pesta Buku Islami. InsyaAllah moga2 Allah permudahkan. Ade sape2 nak ngikut?? Jom!!


Misi Kelima..

Nak sambung belajar amek Master..InsyaAllah mybe Di Universiti Malaya atau UUM Kampus K.L dah survey tadi. Tinggal nak pegi. Doakan yer.


Sekian..


Monoloq PAB: Moga2 misi-misi ini terlaksana dengan jayanya Ameen..

Tuesday, February 28, 2012

Tertunai Sudah..

Assalammualikum wbt,


Big Apple Donut weeeeee....♥♥♥




Makan Time !!! bestnya akhirnya tertunai hajat nak makan benda alah ni. Hepi sesangat sebab my bff syasya setuju nak teman pegi One Utama lagi. Yer ikutkan dah bapa kali dah sesi terjah-menerjah One Utama ni. Tapi yang menyedihkan kami tetap sesat. Dan hari ni syasya bawak team member opis dia si liza dan lagi sorang tak hafal lagi nama dia haha. Macam biasa saya lah orang yang bertanggungjwb jemput mereka-mereka ini memandangkan saya yang paling jauh sikit kilometernya dari opis mereka-mereka ini.




Kemudian kami berdua lunch di FoodCourt Jaya Jusco dan kami makan sejenis hidangan nasi dari negara jepun. Rasanya ??? seyes sedap!! dan murah.


Dan ini aksi2 selepas kekenyangan..Ratu Peace (saya la tu) dan ratu senyum lebar my bff (Syasya) dan Ratu kecik si (Liza).


Ummi Syasya My Bff ( mcm si dara pingitan) jeles Abi kang tgk pic bini dia



Kami yang comel weeeee =)




Saya dan Kawan opis syasya Liza
( Liza saya ingat awak je yg sepet saya pun la ) hehe




And Last yang paling "Awesome"!!! ♥♥♥ ade benda baru dlm kete saya..

Taraaaa cik rabbit pink yang comel




Sekian ♥♥♥..



Monoloq PAB : Saya Happy sekarang ni biarpun saya sendiri. Atleast saya dah berjaya hidup sendiri dalam keadaan yang sgt bahagia. Thanks everybody yang sentiasa ada memeriahkan hidup saya. Kasih syg anda amat saya hargai..sob..sob..sob tetibe touching!!

Monday, February 27, 2012

Menara Tinjau Bukit Ampang..

Assalammmulaikum..wbt


Salam satu dunia..hehe

Pada minggu lalu saya berkesempatan menghabeskan masa yang terluang dengan berjalan2 bersama rakan sejogging saya sape lagi Cik Rabiatul. Dia nih kawan sekolah saya kalau nak kenal lebih lanjut g la cari2 kat Facebook. hehe


Nak di jadikan cerita..

Dia bawak saya pegi makan kat Menara Tinjau Bukit Ampang. Kat mane?? kat Ampang la. Ni kali pertama sampai sane. Serius tak penah sampai pun sebelum ni, sepanjang idup. Dan tak pernah tahu pun kewujudan bukit tersebut. Hee =) jakun sekejap anak pak razak ni.

Tinggi jugak bukit ni. Pe yang best? Dapat tengok panorama Bandaraya Kuala Lumpur dan bangunan sekeliling nyer. Bila Malam lagi cantek. Dasyat jugak K.L nih bila dah malam, baru saya perasan!! banyak lampu2 yang menerangi bangunan-bangunan pencakar langit, seyes saya terpana sekejap. Hati pun jadi sayu, indahnya bumi ciptaan tuhan. Macam dalam mimpi bole ade "moment" macam tu.

Hari berita gembira saya bakal bergelar graduan di sambut berdua dengan sahabat saya tu. Thanks my frenzz kenalkan aku dengan BUKIT AMPANG dan tempat makanan yang sedap tu serta air sirap selasih yang sangat bestt itu.


Saya bersama Air Sirap Selasih




Air Sirap Selasih bersama Air Sirap Bandung Selasih Special..yum yum



Rabiatul jurukamera saya..hehe



Sekian.. =)

Wednesday, February 22, 2012

Daves & Deli One Utama...

Assalammulaikum wbt..


Salam Satu Malaysia

( tetibe semangat patrotik kuar setelah Pasukan Malaysia Kalah ngan Jepun semalam )

Tapi takpe janji dah menang di hati rakyat, kepada yang menyokong tahniah sebab bersemangat menyokong walaupun kalah. Alaaaaa sabar yer!! peacee!!


Berbalik pada cerita asal..

Lunch tadi saya meredah lagi I-Tech Park Damansara Jaya, bagi menjemput teman baik saya Syasya di opis beliau. Dan kami pun bersetuju untuk makan di Restoran "Daves & Deli" One Utama.

Yang Best lagi : Syasya belanja lunch kali ni..yeay!! Alhamdulillah..

Ape yang best : Sume makanan kat situ best sgt2..dan sedappp!!


Ni Restoran nyer dari hadapan



Ni syasya kawan sebantal saya haha ummi beranak dua
( muda kan macam budak sekolah darjah enam )




Ni kawan syasya yang baik hati hehe =)




Dan kawan syasya gak...
( tapi hasil gamba kurang memuaskan akibat budak yang amek gamba nih ade masalah kegegaran tangan dari dulu lagi )




syasya bersama makanannya...yum yummy!!



Lastly taraaaaaa...abes licin saya makan percaya tak?? haha sila percaya!!




Monoloq PAB : Happy sebab sekarang keje nak makan je!!! aktifkan diri untuk makan sebab nak jadi gemokk tapi xnak jadi hitam.. peaceee!!!

Zahra oooo Zahra

Assalammualaikum wbt..


Biarla gambar yang menerangkan situasi si tembam ni. Macam2 aksi bila kita nak amek gambar dia. Dah pandai dah buat macam2 aksi


so layan jela gambar nih...


Tak tahan tgk aksi dia yang separa melampau ni...






nih tak tahu benda ape dia buat..( garang semacam )



zahrah lagi...




Lastly..

buat peace yang sentiasa tak jadi..penat jadi cikgu ngajar buat peace tak jugak lulus-lulus..pe la zahra nih.

Hari Yang Indah..

Assalammualaikum wbt

Hari ini sangat indah. Even saya di serang demam selsema seketika. Semalam bonda masak special buat keluarga kami, Nasi briani, ayam masak merah, pajeri nenas dan gulai briani. Sangat sedap sehingga menjilat jari. Gambar tak sempat nak "snap" sebab gelojoh sangat tengok makananan yang penuh atas meja.

Hari ni juga bawak kete dengan keadaan yang sangat mengantuk akibat makan ubat demam dan selsema. Naseb baik bawak kete dengan selamat ke opis. Hari juga "condition" kereta sangat bagus di sebabkan tlah di servis semalam di Perodua Balakong. Alhamdulillah dan terima kaseh buat ayah terchenta yang sudi membantu untuk menghantar kereta kecik tu. Dan dalam 2 hari saya terpaksa membawa kereta Vios bonda ke opis. Akibat lama sgt tak bawak kete besar, saya agak berasa janggal dan aneh. Bila gear Vios di bawah, Gear Myvi pulak di atas. Agak sedikit lembab pemanduan di sebabkan saya agak kekok. hahaha pe la macam-macam hal.

Terasa sengal seketika pada 2hari terbabit gara-gara bawak kete yang berbeza.


Monoloq PAB : Pokok pangkalnya kita kena sedaya upaya belajar memandu pelbagai jenis kete. Dan yang paling penting skill pemanduan itu kena lah selamat dan tak membahayakan pihak sebelah yang menumpang.

SELAMAT BELAJAR MEMANDU kepada yang sedang belajar ala2 kura-kura baru dapat kaki. Semoga anda berjaya dengan cemerlang!! =)


Sekian..

Sunday, February 19, 2012

Cerita Aku dan Hujung Minggu...

Assalammualaikum wbt..


Cerita hujung minggu di manfaatkan sepenuhnya bersama keluarga dan teman2 yang sentiasa menyedari kehadiran saya di celah2 kehidupan mereka..cewaaahh!! ayat xmo kalah. Setiap hujung minggu maka terpacakla saya saya menguruskan kedai nasi lemak bonda yang berada di Taman Desa Tasik, Bandar Tasik Selatan itu dengan megahnya bagi meneruskan legasi nasi lemak kukus yang sedap dari air tangan bonda saya yang terchenta!! ( yer saya anak makcik nasi lemak je)!! tu pun kadang2 orang pandang rendah status bonda saya. Saya bangga apa jadi anak tokeh nasi lemak yang berjaya menndapat ijazah dengan hasil jualan nasi lemak bonda. Yang penting saya bangga ngan ibu. =)

Apabila menyedari diri sentisa sendiri, maka aktiviti sentiasa di isi dengan berjalan2 dan makan2 bersama teman-teman.Buli kawan2 adalah keje feveret saya setakat ni.Aktiviti Jogging di hentikan buat sementara di sebabkan kawan jogging outstation..

Terima Kasih buat kalian, yang cuba memahami diri saya walaupun kadang-kadang jadi pening sama macam saya..hahaha. Atleast i'm not alone without somebody in my life. My Life still go on macam biasa. Terima kaseh yer!!

Sedih?? OMG!! Susah nak bayang perasaan tu sekarang ni.But i'll never give up and still berdiri teguh atas kaki sendiri untuk berhadapan dengan cabaran yang bakal saya tempoh selepas bergelar graduan nanti.

Yes!!, i deserved it!!, i can do it!!, yes i do..i do do do do (dah macam lagu pulak) hehe. Still baca buku Ustaz Pahrol Md Juoi yang sangat best membawa diri dekat pada Ilahi.Saya suka baca buku motivasi tapi saya tak menolak kalau ada insan-insan di sekeliling saya yang "suggest" saya baca buku isu-isu politik dan sejarah kenegaraan bagi menyelami semangat patriotik.

Kata seorang teman pandang la dia sebagai seorang jurutera dan tidak pada status beliau..ngeh..ngeh!! saya ada "bad impression" pasal status beliau memandangkan beliau lahir dari sekolah yang agak memeranjatkan saya. Semangat patrotik beliau amat mengagumkan saya. Kalau isu politik dan permasalahan negara ni serahla pada beliau. Muda lagi tapi sangat dalam pemikiran beliau.Hope cita-cita dalam diam nak jadi YB tu terlaksanakan dengan jayanya bagi meneruskan legasi pucuk kepimpinan melayu. Caya lah yop!!

~~ Tabik spring 100kali buat beliau!!! ~~

Dan yang sentiasa terpacak hari2 kat umah atau kat kedai bonda dan menghiburkan hati makyong dia adalah budak ini



Dan ini...



Monoloq PAB : Hari-hari terus menanti bilakah bahagia itu datang menjelma kembali. Ya Allah jangan biar ku sendiri. Ameen

Thursday, February 16, 2012

Buat Bakal Pemilik Hatiku...



Assalammualaikum wbt..

“Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.”




Buat Bakal Pemilik Cintaku,Hatiku setelah Allah dan Rasul:

Tak minta yg SOLEH ,sebab aku pun tak lah SOLEHAH sgt...
Tak minta yg bergelar USTAZ, sebab aku lg jauh utk bergelar USTAZAH...
Tak minta yg KAYA, sebab aku pun TAK KAYA, hanya sekadar apa yg ada...
Tak minta yg HENSEM, sebab aku tak la CANTIK sgt, sekadar hamba sesempurna kejadian yang ALLAH ciptakan...
Tak minta yg BERPANGKAT, sebab aku hanya seorg HAMBA...
Cukuplah sekadar yg MEMAHAMI dan MENERIMA ku seadanya sebagai ISTERI...
Cukuplah yang ada AGAMA di hati dan mengamalkannya serta sama2 mencari jalan ke Syurga apabila bahtera di layar dan masjid di bina...
Cukuplah yang sama2 saling MEMBANTU dlm susah dan senang mengharungi lautan dunia..


Monoloq P.A.B : kalo yang hensem tapi xnak solat ,xnak ngaji, suka maki2 pompuan xbole jugak kan..biar sedap mata memandang.Tak hensem, gemok, hitam, buncit, takpe janji penyayang dengan isteri, memimpin kita ke jalan yang baik, ucapannya hikmah, penuh tekun mengajar kita..bak kata bonda saya biarla yang baik agamanya bukan baik rupanya tapi akhlaknya "kosong"..

Ini sesuai dengan Firman Allah di dalam surah An-Nisa' ayat 1 :


Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.

Sekian..

Monday, February 13, 2012

Pemberian..



Assalammualaikum wbt..


jika ALLAH tidak memberikan seseorang yg kamu impikan..
semoga ALLAH menghadiahkan seseorang yg mengimpikan dirimu..

bila ALLAH tidak memberimu seseorang yg kamu rindukan...
semoga ALLAH menghadiahkan seseorang yg merindukan dirimu..

bila ALLAH tidak memberimu seseorang yg kamu dambakan...
semoga ALLAH memberimu seseorang yg mendambakan dirimu..

bila ALLAH tidak menyatukanmu dgn seseorang yg kamu cintai..
semoga dia menghadiahkan seseorang yg mencintai dirimu..

Sunday, February 12, 2012

Dari Mata Turun Ke Kacang...

Assalammualaikum wbt..


Akibat pulang lewat dari berjimba-jimba makan seafood bersama seorang rakan dan family beliau.Arini mata agak2 suku2 nak lelap *Tapi dah lelap pun sekejap* ngantok seh!! takpela janji pulang dengan rase aman di hati dan di perut.

Perjalanan malam bergitu lancar menuju ke Bagan Lalang (Sepang Gold Cost) lagi kan!! kali nih kami berjimba di malam hari pula.Ini semua sebab ada seorang ahli keluarga angkat beliau nak belanja makan *seafood* yang terkenal di tepi pantai itu.Pergi pun dengan niat nak menemani member ni yela sorang2 kan pompuan kesian dia.Tak sampai hati nak biar dia pergi sendiri.Alih2 macam biasa la tumpang la sekaki merasai makanan laut yang sudah pasti dan ternyata sangat best.

Even den nih tak leh makan seafood byk2.Tapi sekali dapat sotong *fresh* dari laut yang di goreng ranggup, mak aii!! makan jela tanpa kira pantang-larang yang telah di tetapkan oleh pihak doktor.Hehehe sedap woooo tak kan nak tengok je kan.Rezeki depan mata *ngapp* jela.Tapi kali ini lupe nak snap gambar makanannya..seyes saya terlupa!! dah tengok makanan depan mata dengan perut yang lapar, lupa nak amik gambar hehe.

Berbalik pada cita asal yang bertajuk di atas..

Akibat kejadian malam meredah ke Bagan Lalang pagi ni jadilah aksi yang agak tak melampau nih.

Sila *Ignore* budak pakai tudung pink tu, dia memamg slalu macam tu kalau ngantok.Lagi-lagi kalau bos Takde.Memang hobi beliau adalah *Ketidoran*.Inilah jadi nyer



Dan selepas bangun dari tido *ngapp* benda alah nih siap bagi kat Bos lagi.Bos pun join makan kacang RM 2.OO nih.




Sekian..

Hadiah Cinta Buat Diriku..

Assalammualaikum wbt..


Hadiah cinta kali ini hadiah cinta dari sahabat-sahabat sejati saya.Sahabat yang mencerikan hati saya.Yang sentiasa bersama2 menyulam kasih kerana Allah.

Sangat Happy =) kerana..

Last Week adalah hari yang sangat membahagiakan.Sebab belum sampai hari jadi,dah dapat hadiah istimewa dari sahabat2 yang sangat saya cintai kerana Allah.

Buat Kak Liya..

Terima kasih kak atas persahabatan yang terjalin,Nasihat mu amat berguna pada ku untuk memandu diri ke syurga abadi..huhu *Touching* Saya sayang akak kerana Allah yer!!

Ni hadiah yang saya terima *I like!!*



Buat Rabiatul Fazraa

Akak sentiasa Sayang Adik Kerna Allah selamanya.Kata-katamu buat diri akak tambah semangat!! terima kaseh atas kejutan ini.Nanti kita jumpa lagi yer. dah baca dah buku2 nya hanya tinggal lagi satu buku untuk habiskan..

Ni hadiahnya sangat2 terharu menerimanya..



Terima Kasih buat kalian berdua..

Wednesday, February 8, 2012

Syukur Alhamdulillah



Assalammualaikum wbt..


Syukur Alhamdulillah result sem akhir lulus dengan baiknya..macam nak nangis rasa uwaaaa terharu sangat..buat lecturer tersayang "Miss Aishah" thanks a lot sebab banyak membantu.Masa sakit siap teman saya nak amek paper quiz,siap bagi makan madu sebab kesian tgk saya xsihat~~Touching sungguh~~

Meredah hujan,naik turun Lrt Putra Kelana Jaya - Lrt Star Masjid Jamek. Itula rutin harian saya sepanjang bergelar pelajar dan pekerja.Saya bulatkan tekad, kuat kan semangat walaupun kadang2 badan semacam tak mampu untuk bertahan.Dalam menuntut ilmu pelbagai dugaan dan rintangan yang saya hadapi,tak semudah yang orang lain sangka.Bak kata pepatah "Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul".Kepada Allah sahaja tempat bergantung,berdoa dan tawakal agar segalanya berjalan dengan baik.

Alhamdulillah inilah hasil dari usaha dan didikan dari anak seorang pesara tentera dan seorang penjual nasi lemak seperti bonda.Didikan agama dan ketegasan dalam mendidik anak2 menjadi faktor utama dalam keluarga kami.

Ayah selalu pesan "Takde pelajaran umpama idup kita miskin" sebab menuntut ilmu itu adalah kewajiban bagi orang-orang islam.Sejajar dengan :

Firman Allah Taala, maksudnya:

".. bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahuinya." (43, An-Nahl dan 7, Al-Anbia').

Hadis Kedua Puluh

Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam."

(Ibnu Majah dan Lain-lainnya)..

Hadis yang kedua puluh ini mewajibkan tiap-tiap orang Islam - lelaki dan perempuan - mempelajari ilmu agama.


Buat bonda, ayah,adik2 dan teman2 tersayang terima kaseh kerana sentiasa berada di samping saya di saat saya hampir2 kehilangan hidup.Jasa dan doa korang tak terbalas dengan kata2..SAYA SAYANG KORANG KERANA ALLAH!!

Akhirnya Allah dah sinarkan pelangi padamkan petir untuk saya.Besarnya hikmah di sebalik semuanya yg berlaku..teruslah melangkah wahai diri agar dirimu sentiasa bercahaya. =)

Tuesday, February 7, 2012

Pertemuan Kembali..

Assalammualikum wbt..


Alkisahnya..

Pagi-pagi dah dapat sms dari Kak Liya yang nak sangat jumpa kami.Di pendek kan cite kak liya decide nak jumpa kami ( syasya dan saya ) di One Utama. Heh!! bapa kali dah pegi One Utama dalam minggu lepas hehe..

Sampai opis call syasya,then beliau pun setuju nak jumpa.Nak di jadikan cite lagi saya pun redahla ambik syasya kat I-TECH DAMANSARA JAYA.Yer makcik tak pernah pun sampai sana selama 5 tahun berkerja di kelana jaya ni.

15 minit kemudian..

Alhamdulillah yeay!! agenda merendah pakai hemtam dengan berbekalkan "GPS" kat hp saya.Akhirnya sampai juga opis si ummi syasya nih.haha kelakar jugak bila pk balik selama pakai phone android samsung ni,tak penah saya terjah pakai "GPS" nih.

Hasilnya..

Hehe,Yong sampai yop!! ~~dlm hati~~ gembira sakan mcm dpt hadiah pingat emas!! orang baru nak guna teknologi mcm ni la gayanya jakun tak tentu pasal..hehe atleast saya mencuba jaya.


Pertemuan yang dulu ini lah kami..




Pertemuan yang terkini ( tanpa puan Faizzah Mohtar)


Friday, February 3, 2012

Kata-Kata Maaf..



Assalammualaikum wbt..

Bukan mudah utk kita terima seseorang dlm hidup kita,kerana kita haruslah menerimanya dgn ikhlas,bersama2 sejarah silam baik buruknya dan segala kekurangan dan kelebihannya,bila terjadi pertelingkahan..jgn sesekali mengungkit2 hal2 yg menyakiti hatinya...sb...skrg..masing2 pun hanya boleh bersama2 masa senang dan sihat je...bila dtg dugaan dlm hidup...masing2 akan cuba cari jalan masing2 dan hilangkan diri.

Nak kata pe pun katala..saya dah redha dah pun memaafkan orang yang menyakiti hati saya itu,bila kita memaafkan "dia" idup saya lebih baik dan membuat hati saya lebih tenang..

Dan ianya sejajar apa yang di tulis dalam Al-quran juga ada menyebut:

"Dan orang - orang yang dapat menahan meluapnya kemarahan dan yang suka memaafkan orang lain dan Allah mencintai orang - orang yang berbuat baik."

(QD 3 ; 134)

"Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, (yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema’afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan"

(QS. Ali Imran/3: 133-134).


“Seorang muslim adalah saudara bagi sesama muslim ,kerana itu janganlah menganiaya,jangan membiarkannya teraniaya dan janganlah menghinanya.Taqwa tempatnya disini!Sambil baginda menunjuk ke dadanya sebanyak 3 kali.Alangkah besar dosanya menghina saudara sesama muslim,setiap muslim haram menumpahkan darah saudara sesama muslim.Haram merampas haratanya dan haram mencemarkan kehormatan atau nama baiknya” [Hadis Riwayat Muslim].



p/s : Dan bukan senang nak terima balik sekujur badan di depan mate yang di sayangi..mengatakan pada anda "SAYA SAYANG AWAK SEBAB SAYA KESIAN JE KAT AWK!!"..Alhamdulillah semoga Allah memberi hidayah dan Rahmat la buat beliau..Ameen..

Thursday, February 2, 2012

Menangis puas-puas..





Assalammualaikum wbt..


Demi..
Buat ibu dan ayah yang sentiasa mengiktiraf kebolehan saya..
Saya akan sentiasa berusaha,mana tahu ini kesudahan yang saya akan dapat..

Tapi..
Biarkan saya menangis puas-puas hari ini..
Saya harap, saya hanya bersedih untuk hari ini saja..
Dan esok dan hari yang seterusnya saya akan tabah semula..

Saya berharap dan berdoa akan jadi anak yg solehah,anak yang baik buat ibu dan ayah..
Saya akan buat yang terbaik..InsyaAllah
Sebab saya kan anak ibu ayah yang tabah..

Yes!! saya akan menunggu hari2 bahagia saya nanti!!
Hari di mana saya menggapai segulung ijazah di hari yang penuh gemilang..
Bersaksi kan Ibu dan Ayah..
Pasti saya bahagia..
Ibu ayah jua..


=) peace !!

p/s : Mood jiwa-jiwa setelah menonton episod 1 "Personal Taste" cerita korea.

Jalan-jalan Beli hadiah..

Assalammualaikum wbt..


Ermm tadi berhajat nak makan tengah hari bersama-sama adik angkat saya di UPNM (Universiti Pertahanan Nasional Malaysia)..

Tapi hajat tu tiba-tiba terbatal gara-gara adik saya yg sorang nih bz ngan meeting.Agenda bertukar saya decide ngan sorang budak office ni drive to One Utama Shopping Centre.Misi nak cari hadiah buat mereka yang baru selesai Majlis Pentauliah Bagi Pegawai Muda UPNM yg lalu.Saya tak sempat nak pergi majlis tu so saya beli lah hadiah kecil-kecil lan buat mereka..

Hadiah ape? biarla rahsia hahaha..

Alaaa yg kecil je untuk tanda kenang-kenangan lepas masing dah berpisah jauh.Buat Azfar Afifi dan Acap "Tahniah" sebab dah konvo dan tauliah.Akak doakan Kamu berdua berjaya di bidang masing-masing.Dua2 adik-adik ni Navy Officer,akak nak pesan satu perkara ni "Sila lah bawak dan kemudila kapal tu elok2 yer jangan langgar ikan paus kat laut tu sian dia..hahahaha =)


Leftenan Azfar Afifi dan Lovely "GF" Fizan




Leftenan Noor Ashraf Shaari dan Lovely "GF" Lina..




Dan last sekali kakak kepada Adik2 Leftenan nih..(nak gak interframe!!) gambar tadi kat jusco..haha






P/S : Sweet kan mereka..bahagia je..bila saya nak bahagia cam gini..Hopefully one day..Ameen..peaceee =)

Wednesday, February 1, 2012

Arissa Az-Zahra 2 years old..

Assalammualaikum wbt..


Alkisahnya..

Masa balik keje di petang hari selasa saya bawak anak buah kesayangan saya Arissa Az-Zahra berjalan-jalan ke Pekan Sungai Besi.Niat di hati nak beli "TOYS" buat si tembam nih.Memandangkan masa "birthday" dia dulu tak sempat nak beli hadiah.Nih kira ganti la sebagai hadiah belated besday si tembam ni.

Sampai je kedai jual-jual barang mainan dia dah "excited" bila dapat tengok banyak sangat mainan dalam kedai tu.Alih-alih di pilih satu mainan dalam satu plastik yang mengandungi pelbagai jenis bentuk binatang yg comel-comel berwarna-warni.Budak memang suka pun colorful kan menarik minat mereka nak belajar kenal benda.Bagus gak kan beli mainan tu.Dah besar dah rupenya anak buah Makyong nih,dulu masa baru lahir pegang kat lengan kecik je,takut nak pegang sekarangggg mak aiii nak tercabut lengan Makyong ni kalau tetibe dia suruh dukong..semangattt

Nih dulu masa kecik2 pic 2tahun lepas masa dia baru lahir..




Nih latest Arissa already 2 years old laling!! dah pandai main toys..




Semoga sihat selalu yer Arissa We love u Always..