Jom klik hearbeat

Wednesday, May 30, 2012

Nandos with Officemate

Assalammualaikum wbt

Salam One Malaysia

Pagi ni hujan turun dengan lebatnya, usai solat subuh saya duduk di pinggir katil, dengan secara tiba-tiba perasaan sebar muncul dan air mata mengalir dengan derasnya. Peristiwa malam tadi amat terkesan di hati saya. Selebat hujan di luar lebat lagi hujan di hati saya. SubhanaAllah hanya Allah yang lebih tahu.

Hampir satu jam cuba bermuhasabah diri, sayu di hati tetap ada biarpun saya cuba mentafsirkan diri sentiasa sabar dan tabah. Peristiwa demi peristiwa sedih bermain di dalam hidup saya. Dari satu cerita ke cerita yang lain. Saban waktu saya berlajar untuk lebih tabah. Secara jujur saya tak pernah berhenti untuk menangis dalam saban waktu.

Selepas siap mandi dan bersiap untuk ke office, saya lihat kolopak mata saya yang membengkak dan ada kesan lebam yang amat ketara pada wajah, sembab di muka, MasyaAllah pe dah jadi dengan wajah mulus saya sebelum ni. Tertanya dalam hati di mana wajah ceria saya yang lalu, di mana wajah yang sering terukir senyuman dahulu

Ya !  semuanya hilang sekelip mata, saya sapu wajah-wajah saya dengan BB Cream dan saya mencalit kelopak mata dengan  eye-liner (celak) berwarna hitam bagi memastikan wajah lebih baik dari sebelumnya. Saya perlu kelihatan baik-baik sahaja sebelum saya masuk ke tempat kerja.

Apa pun yang terjadi, saya harus berlajar untuk kuatkan hati, 

Lah Tahzan buat diri dan juga hati

And untuk mengembirakan hati saya, member officemate bawakla pergi makan-makan di Nandos, untuk melegakan hati.

I love Nandos and everytime keluar before this mmg saya pilih nandos, a lot of memories terukir di Nandos.

To all my friends thanks for being wif me all the time.

 officemate kak faizzah and effa

ketara sungguh kan kebengkakan mata saya 
and this is Nang my officemate

mereka dan makanan-makanan mereka

habesssss licin sebab kami semua lapar


Sekian 


Salam Sayang Kerana Allah Till Jannah
Puteri Amna Balqies

Konvokesyen KLMU 2012

Assalammualikum wbt

Salam One Malaysia

Actually juz nak share my photo konvokesyen yang lalu on 14th April 2012 with all my friend out there. Rasanya ada pic yang masih dalam simpanan saya dan kawan-kawan

So, this is my second convocation after i received my Diploma in Information Technology. Now Alhamdulillah saya berjaya ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Pentadbiran. Dan InsyaAllah akan bakal melanjutkan pelajaran saya ke peringakat Sarjana (Master) Master in Business Admin (MBA) tidak lama lagi. Moga-moga Allah memberikan kekuatan pada diri untuk meneruskan perjuangan mengejar ilmu dan cita-cita.

Tahniah buat rakan-rakan sepejuangan atas kejayaan anda dan saya doakan semuanya sukses selalu. Tahniah juga buat diri di atas kejayaan yang di kecapi. Berkat kesusahan dan keperitan yang di tanggung akhirya berbaloi dengan segulung ijazah pertama.

Buat ibu dan ayah serta keluarga tercinta terima kasih atas doa kalian, tanpa doa dari kalian mungkin saya hampir hilang keyakinan diri dan mungkin akan menjadi lemah selamanya.



sedang menerima scrool ijazah

video bersama tema-teman semasa konvokesyen  ^___^


with tasya my coursemate


with my classsmate 

All of us from School of Business Management


Tasya, Me and Fariz
them 
Alhamdulillah selepas amek scroll ijazah kami

^___^


Wif my bonda terchenta happy dia tgk anak dia
^___^

me ^___^


^____^  hehe nih iklan jew pas reti pakai pashmina dengan jayanya


thanks to my friend Amalza yang sudi mengajar pakai pashmina macam-macam gaya


Sekian hope u olls enjoy this moment together..


Salam Sayang Kerana Allah Till Jannah
Puteri Amna Balqies

 

 

Tuesday, May 29, 2012

Majlis Ilmu Lagi ^___^ Jom Pergi !!!



Assalammualaikum wbt

Entry ini khas buat muslimah semua 

Majlis Ilmu " A Moment To Remember " dan  " Bedah buku "Sejuta Pelangi "

Sedang sibuk wat keje dan susun strategi perniagaan, tak lupa juga menjengah laman web tentang majlis ilmu yang di sarankan oleh seorang teman.

Sebab saya suke sangat dengan  Wardina Saffiyah  dan  Oki Setiana Dewi 
( pelakon filem Bila Cinta Bertasbih) dari seberang, teman saya mencadangkan saya untuk ke majlis ilmu bersama mereka.

Kalau anda berminat sila la rujuk Poster di atas, saya mungkin akan bersama Ummi saya ke Majlis Konvensyen Memartabatkan Islam di Putrajaya. Kebetulan ianya sama tarikh dengan Majlis Ilmu di atas. buat anda ayang dahagakan ilmu, silalah sama-sama kita memeriahkan majlis ilmu ini. Moga-moga kita semua mendapat keberkatan dunia dan akhirat  ^_____^

InsyaAllah melihat jadual saya, memang sangat2 penuh sarat ngan aktiviti dan perjumpaan berkenaan dengan bisness. Sibuk kan diri, hujung minggu pun byk di habiskan dengan kelas. Masa untuk mencari rezeki dan memajukan diri. Mana tahu berjaya boleh share kejayaan dengan sahabat-sahabat yang lain di sana jua. Ameen InsyaAllah moga-moga impian dan cita-cita bersama sahabat baik saya merangkap rakan kongsi niaga saya Nas akan berjaya. Hari-hari saya bertambah ceria di samping teman-teman yang sentiasa menyokong di belakang saya.

Alhamdulillah bak kata seorang kakak kepada saya, "Hidup bertemankan Allah kan lebih dik" ingat sesuatu yang terjadi itu adalah pilihan Allah buat kita. Hadiri majlis ilmu dan islah lah diri moga-moga Allah sejukkan hati, memberi cahaya dan menambahkan rezeki buat kita semua.

Moga Allah membahagiakan hati dan memberi rezeki buat saya dan keluarga. Biarlah hati saya reda dan belajar menerima apa jua keadaan.

Berlajar untuk terus kehadapan, maju dan lebih maju, menghadiri seminar bisness yang lepas sungguh mengujakan saya dan teman-teman sepejuangan. Mungkin ramai yang nak tahu bentuk apakah bisness yang kami janakan.

Bisness berteraskan kesihatan dan memberi kebaikan buat kita semua, yang penting HALAL di sisi agama dan di anugerahkan "SUPER BRAND" oleh Malaysia dan di iktiraf antarabangsa.

Sambil berbisness InsyaAllah saya akan melanjutkan pelajaran saya ke peringat Master tak lama lagi, sekarang masa untuk mengumpulkan tenaga untuk mempersediakan diri bagi merempuh halangan dan dugaan yang cukup besar selepas ini.

Allahuakhbar!!  saya amat bersyukur sangat, dan rezeki yang Allah beri serta peluang yang ada adalah nikmat buat diri. Sungguh segala keperitan yang berlaku di balas dengan kenikmatan yang di hadiahkan buat saya. Bak kata Ummi Ruhani saya 

" jangan sesekali putus harapan hidup, setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang Allah nak tunjuk, bersabarlah dalam bersabar, jangan lupa berdoa dan terus berdoa agar Allah memberikan kebaikan pada diri kita semua"

SubhanaAllah ummi ini yang Allah nak beri rupanya, kasih sayang buat saya yang saya sendiri tidak sedar selama ini. Allah saya amat bersyukur di atas nikmat yang di beri. 

Moga-moga kita semua jadi yang terbaik di sisi Allah.

Oki setiana Dewi yang saya sangat minat 


 Ustazah Fatimah Syarha penulis novel yang saya amat kagumi 
wanita dan ibu dan isteri yang solehah


Ummi Ruhani yang sentiasa memberi semangat dan doa
sayang ummi kerana Allah 

dan ini pula  ^___^

bukan Oki tapi Balqies ^_____^


^______^  hehe sajew wat iklan mahu mengambil contoh mereka yang sayangkan Allah
dan pencetus semangat untuk terus islah diri ke jalan Allah

Ameen

" Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah  "


Salam Sayang Kerana Allah Until Jannah
Puteri Amna Balqies




Monday, May 28, 2012

Konvensyen Memartabatkan Islam





 Assalammualaikum wbt

Anda semua di jemput hadir untuk memeriahkan 

Konvensyen Memartabat Islam Memperkasakan Ummah (KOMPAS) 2012 yang akan 

berlansung pada 9 JUN 2012 di Putrajaya.

Yuran : RM 10 sahaja

Tempat: Dewan Auditorium D8, Parcel D, Presint 1, Putrajaya

Boleh daftar ke akaun yang tertera di atas.

Mari sama-sama memeriahkan majlis ilmu ini.

JOM PERGI !!!   ^____^  jumpa anda di sana


Ulama sering mengatakan, “Sesiapa yang tidak menghadiri majlis ilmu selama 40 hari (sesetengahnya mengatakan 7 hari) 
maka hati seseorang akan keras.” 
Walaupun berat kaki melangkah, gagahilah juga sepertimana pesakit yang terpaksa menelan ubat yang pahit.


“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami; dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.”  

(al-Ankabut, ayat 69)

Sama-sama lah kita menambah ilmu dunia dan akhirat

^_____^


-Thanks to My Ummi Ruhani for the info-

(tak sabar nak jumpa ummi lagi ^___^)


Salam Sayang Kerana Allah
Puteri Amna Balqies


Sunday, May 27, 2012

Nota Pemberitahuan ^___^

Assalammualaikum wbt

Attention to all my friend out there,


First of all nak mintak maaf la pada kawan-kawan yang call saya tak dapat-dapat
Harap segala kesulitan amat di kesali.

Now i'm running my own business
so bz to inform that i'm already change my number

Sori bebanyak yer jangan marah tau kawan-kawan
Anda bole tinggalkan pesanan at My Facebook pm je k.
InsyaAllah i will inform the number after receive your msg
dont forget to leave your name and number too.

Ukhuwah fillah till jannah.

Salam Sayang Kerana Allah
Puteri Amna Balqies

Thursday, May 24, 2012

Harus Gembira dan Bahagia Kerana Allah

Assalammualaikum wbt



Kamu tahu mengapa Allah menciptakan dengan segala kekurangan yang kamu ada?? Sebab akan ada saatnya Allah menyempurnakan kekurangan itu dengan hadirnya seseorang yang memiliki apa yang tidak kamu miliki..Seseorang yang mampu menerima kekuranganmu adalah orang yang mampu menutupi kekurangan itu dengan apa yg ia miliki.

Cakap pada diri cekal kan hati dan ingatlah Allah dalam hati  ^___^

Bersama teman hidup mejadi bahagia, Alhamdulillah kuatkan semangat mahu jadi yang lebih baik di sisi Allah di dunia dan akhirat. Misi untuk berjaya harus di jayakan.

Bahagia bertemankan Allah dan selamat dan gembira bersama teman-teman. terukir senyuman terubat segala duka dan nestapa.

Mahu berjaya InsyaAllah doakann yang terbaik buat saya. Dan moga-moga Allah memberikan yang terbaikk buat anda semua jua.

Yang sedih harus di tinggalkan, yang perit harus di jaga, yang luke harus di ubati.

"La Tahzan"  buat diri.

Moga-moga diri ini kuat untuk menempuh dugaan dan duri-duri kehidupan yang mendatang. Mari berjaya kerana Allah.



Salam Sayang Kerana Allah
Puteri Amna Balqies

Mari Menuju Puncak

Assalammualaikum wbt

Salam Jumaat Yang Penuh Barakah


Mari Menuju Puncak, hopefully first meeting bisness sabtu nih membawa penuh pengertian buat saya, Nas dan bakal-bakal team yang akan menyusul selepas kami.

Melihat kejayaan mereka memberi suntikan baru kepada diri, mahu berjaya seperti mereka, mahu gembira seperti mereka, mahu memiliki kesenangan di dunia dan InsyaAllah till Jannah itu yang saya mahukan. Hidup bahagia dunia akhirat.

Kata-kata semangat dari kakak-kakak yang saya sayangi kerana Allah semua amat saya harapkan.

" Doakan saya yer kaklong, InsyaAllah kalau saya berjaya saya bawak akak shopping"

" InsyaAllah moga-moga berjaya akak doakan" kata-kata dari kak faizzah Mokhtar

" Ila jom kita usaha sesama  ko nak g Holand tak tgk bunga tulip? " kata-kata bisness partner Nas

" Nak la Nas adeii bila agaknya kan..kan.. InsyaAllah" jawab saya

" Ko tgk orang lain berjaya mesti ko pun mahu berjaya kan? kata Nas

" Yes !! kita usaha ok" jawab saya

Nas sahabat yang tak putus-putus memberi semangat ketika saya "down" tak lupe jua buat sahabat baik saya yang lain. Budi kalian Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Ukhuwah fillah buat semua.


mahu mengambil semangat kejayaan seperti mereka. Mahu mendapatkan rahsia kejayaan sperti mereka mahu melangkah berjaya seperti mereka dan mahu bahagia seperti mereka

Ya Allah pimpin ku ke jalan kebahagiaan dan kejayaan

Ameen

Mahu ke Holland melihat bunga tulip pink bersama sahabat saya Nas 
seperti mereka



Indahkan impian mereka tercapai

InsyaAllah selagi usaha dan doa tak putus-putus pada Allah

selagi itu kita sama-sama ke puncak

Ya Rabb berikan Aku kekuatan untuk mengubah segala kedukaan ini  kepada kegembiraan

Ameen Ya Rabbal Alamin

- rujukan gambar dari Hanishaizi.com-


Salam Sayang Kerana Allah
Puteri Amna Balqies




Hijrah Cinta Part 2

Assalammualaikum wbt

Salam One Malaysia.


Hijrah Cinta kali ni bersama bakal bisness partner team yang bakal di raikan pada majlis yang akan berlansung tak lama lagi. Harapan saya moga-moga teman saya ini akan terus melangkah ke hadapan. Dan saya juga mengikut jejak langkahnya.

"Crown Diamond Manager"  target kami nanti. Ameen InsyaAllah doakan yer.

Menjadikan perniagaan satu ibadah bak ummi saya, menambah ilmu dengan perniagaan, menambah pendapatan dengan perniagaan adalah salah satu ibadah jua.

Umat islam harus cemerlang, hari ini mesti lebih baik dari semalam. Kalau terus menerus sedih tak guna jugak gak. Baik cari duit dan beri kesenangan pada diri dan family.

"Ila ko nak berjaya ko kena bersemangat buktikan yang ko boleh tau!! aku ada sebelah ko! " kata sahabat baik saya Nas

"Ameen, InsyaAllah nanti kita usaha sungguh2 yer Nas, moga-moga impian kita tercapai" jawab saya dengan yakin 

" Kan kita nak sama-sama nak happy dan bahagia, ko jangan sedih lagi yer ila" kata Nas lagi.

" InsyaAllah Nas, yer aku cuba! "

" Eh!! ko nak g JEJU tak ngan aku? tanya Nas"

" Nak la ko nih " jawab saya

" Ok , jom kita usaha sama-sama k. lepas ni kita nak g mana pun bole " jawab Nas sambil tersenyum.

Kami telusuri Bandar Cahaya ICT Shah Alam dengan seribu kenangan, dan sebuah impian mahu berjaya sama-sama mahu mengubah nasib diri bersama. Moga-maga Allah permudahkan urusan kami.
Ameen.

  Nas my bisness partner merangakap Sale Manager

 peace in heart and mind

^____^  sweet je pic nih !!



Moga-moga Allah berkati apa yang kami lakukan bersama, moga Allah bahagiakan kami dan seluruh keluarga kami dan teman-teman kami semuanya.

Salam Sayang Kerana Allah
Puteri Amna Balqies



Hijrah Cinta Part 1

Assalammualaikum wbt

Salam One Malaysia.

Tajuk pun nak berhijrah kan, Hijrah Cinta nak mencari sinar bahagia yang baru. Bahagia bertemankan Allah dan Bahagia bersama keluarga dan teman-teman yang tak putus-putus memberi semangat dalam meneruskan perjalanan hidup.

Biar putus hati dengan manusia, tapi jangan putus berharap dengan Allah SWT.

Beberapa hari yang lalu, sempat bertemankan seorang teman menelusuri ViVa Mall untuk ke Celcom. Hajat perlu di tunaikan. Akhirnya saya harus akur no. yang sedia ada ini perlu bertukar dengan secepat yang mungkin.

" Nekad ke ni yong? yong betul-betul nak tukar nih?? tanya teman saya. 

" Yup!! Nekad kerana Allah" jawab saya dengan penuh yakin.

" Alhamdulillah moga-moga Allah lindungi yong yer!! no more kacau-kacau " jawab teman saya

" Hopefully !! " jawab saya.

Akhirnya no.celcom berganti no. bye-bye moga-moga lenyap sudah cerita silam. moga-moga berganti dengan cerita yang serba baru. "Allah lindungi diriku"  monolog dalam hati.

Nak menghidupkan diri dengan kekuatan yang baru bukan mudah setelah berhadapan dengan seribu macam keadaan. Hampir diri mati dek kerana perasaan sendiri. Doa menjadi kekuatan.

Ummi juga kuat memberi semangat. teman-teman memberi dorongan terus menerus. Yang terbaik datang dari Allah kan? yang buruk datang dari kita sendiri, yakinlah Allah sedang mentarbiyah kita secara halus. Redha dan pasrahlah. Moga-moga saya jadi lebih berhati-hati dalam mentadbir diri.

Laa ilaha ilallaahul ’azhiimul haliimu laa ilaaha ilallahu rabuul ’arsyil ’azhiim, laailaaha ilallaahu rabbussamaa waati wa rabbul ardhi wa rabbal arsyil kariim.


Serahkan semuanya pada yang Maha Agung lagi Maha Pencipta sekalian alam. Yang lalu biarlah berlalu, yang salah di perbetulkan, yang alpa, di peringatkan, yang lemah, di perkuatkan lagi.


Hiduplah dengan memandang ke hadapan, jangan biarkan memori pahit datang bertamu dan merosakkan minda-minda hati hati ini lagi.


" Dia bukan yang terbaik utk Engkau ila, dia tak bertanggungjwab tak takut Allah lansung" kata seorang teman baikku


" Takpelah nak buat macam mana dah dia tak takut Allah biarlah dia dengan cara hidup dia" jawab saya 


Suka atau tidak dia pernah membuat hati ini bahagia buat seketikanya, biarpun dia memberi kehancuran selepas itu, namun saya pasti ini urusan Allah dan ini yang di takdirkan buat diri saya. Bohong jika saya katakan ianya tidak mendatangkan kemudaratan pada diri.


Malah jauh lebih teruk dari itu, biarlah ianya berlalu saja, mengenang amat sakit. Bak kata ummi saya kuatkan hati, kita ada Allah. Kuatlah sebab Allah nak bagi yang terbaik selepas ini.

"Ummi tahu anak ummi kuat!! kata ummi saya

"InsyaAllah ummi doakan saya berjaya dalam bisness ni selepas ini yer"

"Ameen" jawab ummi.

Moga-moga Allah memberi kekuatan untuk terus berjuang selepas ini, InsyaAllah bila dah berjaya akan ku bawa ummi, abah, ibu, ayah dan adik-adik ke Mekah nanti.

Ameen Ya Rabbal Alamin.


Salam Sayang Kerana Allah
Puteri Amna Balqies


Tuesday, May 22, 2012

Duhai Lelaki Yang Hebat

 Lelaki yang hebat bukanlah lelaki yang mampu mendapatkan ramai perempuan dengan mudah.
Lelaki yang hebat adalah mereka yang mampu mempertahankan satu perempuan yang dia cintai walaupun berhadapan dengan cubaan dan ujian begitu kuat.
Tak terlalu penting bagaimana engkau mendapatkannya, yang penting adalah bagaimana caramu mempertahankannya..
Assalammualaikum wbt 
Selamat Menyambut Bulan Rejab dan moga-moga Allah memberi rahmat buat kita semua, pada yang berpuasa, moga-moga di perkenan doa dan di tambah kasih sayang Allah buat anda semua.
Amin Ya Rabbal Alamin..  ^____^
Istilah Lelaki Hebat Bagi Saya
Bagi saya istilah "Lelaki yang hebat" adalah lelaki yang pandai mengaji dan tak tinggal solat tak menyakiti hati wanita dan berpegang teguh pada agama dan ajaran yang terapkan dalam Al-Quran.
Macam mana nak bimbing kita, kalau dia cetek Al-Quran. OK  islah  diri kita k.
Itu pandangan saya, tak tahula anda bagaimana? pada saya kalau hensem cetek nya ilmu agama, Kalau hensem tapi tak pandai mengaji dan selok-belok agama pun GAGAL jugak. Kita di lahirkan islam dan seharusnya kita tahu tentang agama.Lebih hensem kalau kita tahu semua tu kan? maka kalau tak tahu carilah dan usahalah untuk berubah dan belajar lebih mendalam tentang agama. Barulah HENSEM semuanya.  ^___^.
Tak tahu belajar, tak tahu baca, tak tahu carilah ilmu itu sampai kita tahu, lakukan transformasi untuk menjadi yang HENSEM di mata Allah.
“..Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan…”

(Surah An-Nuur, ayat 30)

Siapa contoh lelaki yang terhebat? Jawapannya  :

Dah tentu Rasullullah SAW rasul kita yang terhebat dan kekasih Allah yang terulung, contohi para-para Nabi dan Anbiya adalah perkara yang paling baik untuk menjadi petunjuk untuk menjadi lelaki yang hebat.

Hebat sebab akhlak, bukan hebat sebab melalak.

Kita di lahirkan hebat dan di datangkan dari syurga yang Maha Hebat dengan ciptaan Allah yang sangat cantik. Dan makanya kita perlu jadi hebat untuk kembali syurga. Kerana di syurga tergolong insan-insan yang hebat-hebat.

"Sesungguhnya Kami telah ciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka). Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh; maka bagi mereka pahala yang tidak putus-putus."

(Surah At-Tin, 95: 4-6)

Nak masuk syurga kena hebat ke Kak?  ( tanya seorang adik kepada saya tempoh hari)

Kenalah jadi hebat untuk masuk syurga, hebat bagaimana? hebatnya kita kerana iman dan takwa pada Allah, menjalankan ibadah dengan baik dan mempunyai akhlak yang baik.

Akhlak tu bagaimana?

Akhlak menurut Imam Ghazali

Ialah membentuk jiwa dan mengembalikannya kepada apa yang telah digariskan oleh syariat Islam sebagaimana yang telah dilalui oleh ahli-ahli mukasyafah dan ahli tasawwuf Islam serta apa yang pernah dilakukan oleh para nabi, siddiqin dan para syuhada’ yang soleh.

Seterusnya Imam Ghazali berkata tentang perkara ini : ” Apabila jiwa seseorang telah biasa dengan merasakan yang enak-enak dan yang jahat sahaja maka sudah pasti jiwa itu tidak akan dapat nmenerima yang baik dan benar dan ia tidak dapat dikembalikan kepada keadaan yang lebih berat seperti beramal dan bersungguh. 

Jiwa yang tercela itu akan dimilikinya secara terus-menerus sekali pun bertentangan dengan tabiat baik manusia. Kegemaran kepada hikmah, cinta kepada Allah serta beribadat kepadaNya adalah kegemaran seperti kegemaran kepada makanan dan minuman yang berkhasiat kepada manusia sekali pun bertentangan dan menyimpang daripada kebiasaan liar seseorang manusia dan juga bertentangan dengan hawa nafsu yang telah menjadi kebiasaannya. 

Imam Ghazali mengakui bahawa ada manusia yang dilahirkan telah mempunyai budi pekerti yang baik sebagai fitrahnya di mana tidak memerlukan kepada pendidikan dan pengajaran seperpti Nabi Isa, Yahya dan para nabi yang lain dan ia merupakan keistemewaan. Sedangkan manusia yang lain hanya mencapai budi pekerti yang baik jika dia berusaha ke arah itu di mana hanya sedikit anak-anak yang dilahirkan dalam keadaan mereka itu benar, fasih berbicara, pemurah dan berani.

- Rujukan dr.Berandamadina.com-

Semoga kita semua peroleh kebaikan bersama. Duhai Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul, yang bakal menjadi imam ku kelak, semoga Allah memberi kamu kehebatan dalam agamamu agar diriku lebih terdidik dengan akhlakmu, agar hatiku menjadi cinta dan sayang lebih kepada Allah. Ameen.

Duhai lelaki, bakal imam dan bakal suami dan juga bakal ayah di luar sana berubahlah jika anda mungkin tersasar dari lapangan agama, bentuklah diri untuk lebih cintakan agama, dan lebih ke arah membentuk diri menjadi yang terbaik di mata Allah.

Perubahan itu adalah satu keajaiban, dan andalah yang sebenarnya Lelaki yang HEBAT.

Sama-sama jadi hebat kerana Allah  ^____^


 saya minat dia  ^____^  comel kan??


Salam Sayang Kerana Allah
Puteri Amna Balqies



 

Monday, May 21, 2012

Buat dia yang menghadiahkan cinta

Assalammualaikum wbt

Entry ini khas buat seorang sahabat yang saya sayang kerana Allah  ^___^

Tak terucap dek kata-kata, hanya ucapan terima kaseh yang tak terhingga atas pemberian novel ini, terima kaseh jua kerana memahami minat saya terhadap pembacaan.

Buat pertama kalinya hati teruja bila anda membuka balutan kain yang terisi sebuah novel karya agong bagi saya hasil penulisan penulis feveret saya "USTAZAH FATIMAH SYARHA" tahu apa yang saya rasa tak kala buku itu di terima?

Happy macam nak nangis, tapi malu la nak nangis depan-depan kan. Cover ayulah nanti abes makeup dan celak luntur dek air mata.

Apa pun lebih teruja bila mendapati anda sudi mendapatkan tandatangan dari Ustazah sendiri. Memang tak sangka. Terima Kasih kerana merialisasikan impian saya untuk mendapatkan tandatangan beliau. Maklumlah orang "femes" susah nak jumpa kan.

Thanks !! juga walaupun suprise tu macam tak menjadi.  ^__^

Anyway, Alhamdulillah buku tu sedikit sebanyak mengajar kita erti cinta dan sayang kita yang sebenar. Cinta Yang High Class buat insan yang di sandarkan pada Allah semata-mata.

Indah kan Cinta High Class di sisi Allah. temui jodoh yang di pilih Allah. Soleh dan Solehah, Bahagia menbaca karya beliau. Sungguh mengajar saya untuk mendalami apakah erti cinta di sisi Allah.

Yang penting kita islah diri sebelum nak dapat yang terbaik dari Allah. Dan semoga Allah menghadiahkan saya seorang yang melabuhkan cintanya pada Allah.

Buat Ustazah Fatimah Syarha dan Suaminya Dr.Farhan Hadi semoga berkat penulisan kalian berdua mampu membawa kita semua mengenal erti cinta yang sebenarnya. Dan buat sahabat yang tersayang terima kaseh sekali lagi buat anda.

Sweetkan cinta mereka berdua. Semoga Allah kasihkan kita semua sampai ke syurga Ameen


 "Kepada Puteri,  FATIMAH SYARHA, Allah love U !!  (Thanks Ustazah!)


Salam Kasih Kerana Allah
Puteri Amna Balqies


Semoga Allah menghadiahkan kita CINTA yang mekar buat dia yang melabuhkan cintanya pada yang SATU yakni Allah SWT.


Tahniah Buat Ummi dan Abah


 

 Assalammualaikum wbt

Jumaat lepas saya menerima panggilan dari ummi saya, yakni ibu angkat saya, yang mengundang saya untuk menghadiri Majlis Makan Malam Anugerah Era Edar Marketing. Ianya bertempat di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur. Sejak dari awal ummi sudah menelefon mengundang saya.

Ini kerana ummi dan abah akan mengambil Anugerah Outlet Harapan yang di menangi oleh mereka untuk negeri Pahang. Alhamdulillah Tahniah buat Ummi dan Abah sebab berjaya mengharungi perniagaan dengan baik. Sejajar dengan Moto syarikat ummi "Jadikan Perniagaan Satu Ibadah".

Saya menjadikan ummi salah satu icon wanita yang sangat saya sanjungi, ketabahan ummi mengharungi ujian yang Allah beri padanya cukup buat saya sedar dan bersyukur kerana Allah masih memberi kesihatan yang baik untuk saya. Kuatnya ummi menjadikan saya tertarik dengan ketabahan beliau membesarkan anak dengan baik ingat kata-kata ummi pada saya

Ini kata-kata beliau 

"Ummi nak anak-anak  ummi semuanya berjaya, ummi nak anak-anak ummi jadi soleh dan solehah, punya akhlak yang baik, jaga ibadah dengan baik supaya membesar dalam lingkungan yang baik dari segi agama" ."Ummi juga mendoakan anak ummi yang sorang lagi ni (sayalah tu) moga-moga dapat calon suami yang soleh yang bakal membimbing kamu ke syurga nanti"

SubhanaAllah besar doa ummi Ameen yer ummi. Kata-kata ummi penuh hikmah saya menyayangi ummi dan abah sama saya menyayangi Allah dan keluarga saya sendiri.

Tiap kali berdoa saya tak lupa mendoakan ummi agar ummi di beri kesihatan yang baik dan di panjangkan umur serta di murahkan rezeki.

Buat ummi dan abah saya sayang kamu berdua kerana Allah. Terima kasih kerana menghadiahkan tautan kasih buat saya di dalam diri kalian. Moga-moga kalian di tempatkan di syurga nanti. Ameen.


Indahkan hidup ini  bila ada dua orang ibu  ^___^  moga-moga Allah menjaga kasih sayang kita.


Salam Sayang Kerana Allah
Puteri Amna Balqies























Salam Sayang Kerana Allah

Puteri Amna Balqies

Sunday, May 20, 2012

Aku bukan hamba Abdi !!!

Assalammualaikum wbt

Kita mulakan dengan doa nih moga-moga Allah memberi kekuatan untuk kita berada di bumi Allah ini.

Laa ilaha ilallaahul ’azhiimul haliimu laa ilaaha ilallahu rabuul ’arsyil ’azhiim, laailaaha ilallaahu rabbussamaa waati wa rabbul ardhi wa rabbal arsyil kariim.

Alhamdulillah saya masih di panjangkan umur untuk berada di bumi Allah ini untuk merasa udara dan merasa nikmat yang Allah kurniakan buat saya dan juga semua umat yang hidup di muka bumi ini. Alhamdulillah.

Merasa nikmat hidup bertemankan Allah adalah satu nikmat yang amat berguna buat kita, bersyukurlah duhai hati meskipun pelbagai ujian yang mendatang buat diri, di uji pelbagai perasaan dalam hati, diri tetap jua kental menghadapi segalanya. Ubatnya adalah Al-Quran.

Sokongan dari keluarga adalah kunci utama untuk meneruskan kehidupan, mendengar tazkirah dari bonda dan keluarga pada cuti yang lepas betul-betul memberi saya ikhtibar. Ya Allah mahu saja saya berlari jauh dari kesempitan ini. Tapi mahu tidak mahu ini yang Engkau takdirkan buat ku Ya Rabb. Saya sabar dan saya akur. Mencari jalan penyelesaian adalah perkara yang cukup rumit.

Takut, gelisah dan hambar semua saya rasa. Kerana makhluk lain yang buat benda tak baik, saya pula nak menanggung semua. Apa salah saya? persoalannya kenapa saya? kenapa tidak pada si dia yang kamu cinta? pelik ini yang sebenarnya yang terjadi. Orang lain yang sedap-sedap bahagia, saya pula yang menderita nak menanggung semua kesalahan dan dosa yang dia buat. Wajar ker? pikirlah Allah tu menciptakan kita dan fikiran untuk bertindak dengan lebih baik.

"Kalau nak buat dosa dan tambah maksiat jangan heret orang lain ke neraka!!" maaflah  ayat saya mungkin keras tetapi ini lah ayat yang serasa saya lebih membuat kamu sedar bertapa besarnya salah kamu pada diri, keluarga dan terutamanya pada ALLAH.

Takutlah pada Allah, Allah tempat kita bergantung, Allah hadirkan kita di bumi ni untuk kita mentadbir diri ke jalan Allah. Untuk kita tambah ibadah kita. Salah tetap salah. Tetapi berubah lah untuk menjadikan diri kita lebih baik.

Bukan selamanya saya mampu untuk membantu kamu, saya juga punya kehidupan saya sendiri. Bantulah diri sendiri bukan hanya mengharap sesuatu untuk menyelamatkan diri dari masalah. Larikan diri bukan jalan penyelesaian.

Semua orang nak hidup bahagia kan, begitu juga dengan saya.

Islah lah diri, berubahlah kerana Allah. Sebut nama Allah hari-hari moga-moga Allah mendengar.


Salam Sayang Kerana Allah
Puteri Amna Balqies









Friday, May 18, 2012

Penjelasan tentang Pasangan Dari Ustazah Fatimah Syarha

Assalammualaikum wbt,

Mari sama-sama baca atikel ni buat renungan bersama sila klik link di bawah :

http://sebarkanbahagia.blogspot.com/2011/05/islam-memahamimu-duhai-pengantin.html?showComment=1337330150312#c7511692781450432203

Moga bermanfaat buat semua muslimah. Fahami dan berlajarlah.

Sama-sama mengingatkan sesama kita.

Allahukhbar!!!


Luv u because of Allah Ustazah Fatimah Syarha !!  ^___^



Salam Sayang Kerana Allah
Puteri Amna Balqies

Renungan Jumaat Yang Penuh Barakah


 Assalammualaikum wbt,

Salam Jumaat yang penuh barakah

Hidup bukan untuk bersuka-ria tetapi hidup untuk mengislah diri yakni  islah  ini bermaksud menghilangkan kerosakan atau mendirikan semula sesuatu yang telah runtuh.

Runtuhnya iman, runtuh yang akhlak dan runtuhnya agama dan peribadi islam

Allah SWT berfirman: 

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu dilalaikan oleh harta dan anak-anakmu dari mengingat Allah. maka barang siapa melakukan yang demikian, mereka itulah orang-orang yang rugi. Dan belanjakanlah rezeki yang kami berikan kepadamu sebelum maut datang menjumpai seseorang dari kamu; Lalu berkata:’Tuhanku Kalau dapat Engkau tangguhkan matiku sebentar saja, niscaya aku akan memberi sedekah dan aku akan menjadi orang-orang yang mengerjakan kebaikan.’ Allah tidak akan memberi tangguh kepada seseorang apabila telah sampai ajalnya, dan Allah Maha Mengetahui segala yang kamu kerjakan.” (QS 63:9-11)

Umur :  Umur kita lebih kurang panjangnya kebanyakan umur manusia kini di dunia. kalau lebih tu extra Allah beri untuk perbaiki mana yang silap kalau kita sedar.

Seorang laki-laki bertanya kepada Nabi SAW,

“Wahai Rasul, manusia yang bagaimanakah yang paling baik?” Rasulullah saw bersabda, “Orang yang panjang umurnya dan baik amalnya.” Kemudian orang itu bertanya lagi, “Wahai Rasul, manusia yang bagaimanakah yang paling buruk?” Rasulullah SAW bersabda, “Orang yang panjang umurnya namun buruk amalnya” (HR. Ahmad).

Firman Allah Surah an-Nahl 70:

“Allah jualah yang telah menciptakan kamu, kemudian ia mewafatkan kamu. Di antara kamu ada yang dipanjangkan umurnya sampai tua bangka, sehingga menjadi tidak tahu apa-apa sesudah dia mengetahui segala-galanya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Kuasa.”

Bumi :  Dunia ini yang saya tempati, Rasullullah saw telah mengingatkan: “Rebutlah lima perkara sebelum terjadi lima perkara: Masa mudamu sebelum tiba masa tuamu, masa sehatmu sebelum tiba masa sakitmu, masa lapangmu sebelum tiba masa sibukmu, masa kayamu sebelum masa miskinmu dan masa hidupmu sebelum tiba masa ajalmu.”
(HR. Al-Hakim, Baihaqi, Ibnu Abi’ddunia, Ibnul-Mubarrak)

Dan ini lebih penting renung-renungkanlah   ^__^

“Takkan bergeser kedua kaki manusia pada hari kiamat sampai selesai ditanya tentang empat perkara:

1)  Tentang umurnya, untuk apa dihabiskan
2)  Tentang masa mudanya, untuk apa dipergunakan
3)  Tentang hartanya, dari mana diperoleh dan untuk apa dibelanjakan
4)  Tentang ilmunya, apa yang sudah diperbuat dengannya. ”

(HR. Tirmidzi)

Bergelap sejam :  Kegelapan selepas kematian adalah lebih lama, cukupkah bekalan amalku yang akan menerangiku di alam kubur sana nanti?

Firman Allah Surah al-baqarah 2:17:

Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka, dan dibiarkannya mereka dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun).

Ya Allah, Sesungguhnya masa yang ada untuk kami hanyalah sedikit berbanding tanggungjawab yang perlu kami tunaikan. Tiada daya dan kekuatan melainkan-Mu Tetapkanlah iman kami dari hati yang boleh berbalik-balik.

Berubahlah demi Allah dan sama-sama kita mengingat diri jgn penuhkan hati dengan segala yang hitam. Bangkitlah dari jatuh, senyumlah dari kesedihan.

Kerana Allah sayang pada orang yang berusaha melakukan perubahan. Allah sayang pada orang yang menghayati Al-Quran. Suburkan hati dengan iman, ubati hati dengan Al-Quran. Kita nak balik jumpa Allah kan? jadi mari kita sama-sama lakukan yang terbaik.

Semoga Allah sayang kita semua. Ameen Ya Rabbal Alamin

# (Sumber : 1khalifah)

Sayang Sayang Kerana Allah   ^__^
Puteri Amna Balqies

Wednesday, May 16, 2012

Inilah Takdirnya...

Assalammualaikum wbt,

Salam One Malaysia

Waktu solat subuh berjemaah dengan ibu dan ayah pagi tadi terasa ukhuwah kami terjalin semula, Hati tertaut sayang sungguh pada ibu dan ayah, saya membesar dan hadir kerana kasih sayang mereka, sewaktu ayah mengalunkan doa, hati saya begitu sebak, berjujuran airmata menitis di pipi, habis berdoa, ibu menepuk2 bahu seraya memeluk saya dengan penuh syahdu. Hati saya jatuh dan rapuh, lalu saya berkata pada ibu :

" Ampunkan dosa kakak yer ibu ayah, demi Allah kakak berjanji untuk jadi anak ibu dan ayah yang solehah yang baik dan berjanji ingin jadi kuat" sambil mencium tangan mereka dan berbaring atas riba ibu.

Lalu di sambut oleh pelukan ibu 

"Ibu ayah ampunkan dosa apa pun yang kamu telah lakukan, belajarlah kakak dari pe yang Allah berikan sesuangguhnya segala berlaku adalah hikmah. Allah sayang kakak dan Allah perkenankan doa ibu untuk melihat kakak kuat"

Lalu ayah mengajarkan saya doa ini. Ayah cakap doa ini Nabi SAW sering membaca ketika beliau sedih

Laa ilaha ilallaahul ’azhiimul haliimu laa ilaaha ilallahu rabuul ’arsyil ’azhiim, laailaaha ilallaahu rabbussamaa waati wa rabbul ardhi wa rabbal arsyil kariim.

(“Tiada tuhan melinkan Allah Yang Maha Besar lagi Maha penyantun. Tiada tuhan melainkan Allah Pengatur ‘Arsy Besar. Tiada tuhan melainkan Allah Pengatur langit, Pengatur bumi dan Pengatur ‘Arasy mulia.” (H.R. Bukhari-Muslim)

Hari ini demam melanda diri, Ya Allah semalamam bergelut dengan selimut mengigil-gigil Ya Allah amatlah sakit rasanya. Apa yang terdaya hanya kuatkan hati dan cuba untuk tidur. Setelah dua bijik panadol di telan barulah saya boleh memejamkan mata saya. Telefon berdering-dering mengeluarkan nada tone " SubhanaAllah aku mencintainya, SubhanaAllah aku menyayanginya"  nyanyian seorang penyanyi nasyid dari seberang beralun memecahkan suasana bilik. Saya biarkan saja ianya berbunyi beberapa kalinya. Sungguh saya sakit dan sedih ketika itu. Hanya diam membisu dan membiarkan pesanan sms masuk. Saya dengar tapi hati berat hati untuk melihat. Kejadiaan yang berlaku terasa diri jauh untuk mengenang

Jauh sungguh hati sungguh jauh jiwa.

Perjalanan meredah Lebuhraya Arah Utara membuatkan hati saya jadi sayu, saya pernah menaiki bus semata-mata untuk bertemu dengan sesorang. Pelbagai rintangan yang saya tempuh untuk melihat si dia yang berada di sana. Sungguh setiap yang terjadi terpatri dalam hati.

Dan semalam saya meredah sekali lagi bagi menyempurnakan hasrat untuk mengembalikan apa yang sepatutnya saya kembalikan. Sungguh saya sedih mengenang apa yang terjadi, harus kuat untuk berdepan dengan sebarang kejadiaan. Barang tersebut saya titipkan kepada orang yang amat saya percaya untuk memberikan kepada yang si empunya diri. Sungguh saya tidak kuat untuk berhadapan dengannya sendiri.

Terima kasih sahabat, pertemuan dengan kamu, membibitkan rasa sayang dan ukhuwah. Semoga Allah merahmati apa yang kamu lakukan.

Persoalan yang bermain di hati akhirnya terjawab jua..Allahuakhbar!  bersyukur dalam hati kerana Allah mendengar hasil usaha diri ini berdoa..sungguh perasaan kecewa dan kesal wujud tetapi saya amat sedar Allah mewujudkan pelbagai perasaan yang ada ini sebagai tanda Allah sayang kan kita..

Moga ketabahan hati miliku selamanya.. Allah peluklah hati ini agar diri terus tidak rapuh untuk bergerak ke hadapan.

Saya mahu kuat berdiri, mahu kuat untuk terus berlari mengecapi impaian dan cita-cita.

Ya Allah kuatkan hati ku

Semahunya saya tidak mahu menangis, tapi jiwa yang sakit harus di ubati, sebelum pulang sempat saya bersolat dan mengaji. Tenangkan hati sebelum melangkah pergi. Sungguh saya akhirnya dengan baik dan sempurna

Kerana ini perngakhiran yang saya mahu. Satu pengakhiran yang baik. Satu pengakhiran yang di sulami dengan doa yang di pajatkan pada ilahi.

Saya tinggalkan bandar itu dengan baik, saya lepaskan segalanya dengan baik, sungguh saya meraung dalam kereta dengan sekuatnya, Allahuakhbar!!  Allahuakhbar!!.

Ini takdir yang Allah berikan pada kita!!  semoga Allah sentiasa memberikan hidayah buat dirinya.

Firman Allah SWT bermaksud :

"Dan sesungguhnya akan kami berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar"

(Surah Al-Baqarah, ayat 155)

Sabarlah wahai hati, sungguh saya redha atas segalanya


Salam Sayang Kerana Allah
Puteri Amna Balqies

Tuesday, May 15, 2012

Sakit Perut



 

 Assalammualaikum wbt

Salam One Malaysia,

Pagi-pagi dah sakit perut. pe kes lah kan. Mybe sebab terlampau banyak makan buah limau semalam, buah limau yang di beli oleh sahabat saya. Di sebabkan terlalu banyak makan limau tu maka perut terasa pedih maka berlakulah simptom-simptom pedih ulu hati  atau  gastric.

Kejadian ini kerap berlaku pada saya bila makan lambat atau benda-benda yang terlalu masam. Doktor kata banyak asid yang ada dalam perut saya di sebabkan itu saya akan mengalami pedih perut dan ulu hati. lagi satu fakta pedih perut dan pedih ulu hati juga berpunca kemungkinan saya stress dan terlalu runsing.

Mungkin la kot kan, stress huhu. Makan ok je cuma sejak akhir-akhir ni minat pulak nak makan roti nan chesse. Ntah kenapa jadi minat pulak. hehe


Minggu untuk berehat dan menenangkan fikiran.  peacee  ^___^


Monoloq PAB : Stress bila orang yang cakap tak serupa bikin, jap cakap suka jap lagi tak suka, jap cakap nak, jap cakap tak nak.




Salam Sayang Kerana Allah
Puteri Amna Balqies

Monday, May 14, 2012

Berubah Kerana Allah, Bukan Kerana Kamu.


 


Assalammualaikum wbt

Salam One Malaysia,

Tetibe nak tulis gitu, hehe biarla asalkan diri sihat dan hati pun ok. Jangan macam pagi tadi semua jadi hura-hara macam angin puting beliung datang melanda diri. Ya Allah penat dan lelah nak menghadapi sesuatu perkara yang sememangnyer hati ini benci. Benci bersebab dan tak suka pun bersebab. Habis dah hati yang kata gitu nak buat macam mana kan.

Bila hati mula redha dan ikhlas datang pula yang menyerabutkan diri ini. Abes dulu kamu kecam saya macam-macam, hina saya macam-macam. Bila saya dah tak boleh terima kamu, janganlah marah saya pulak. Terimalah hukum karma. Yang di sakiti harus mati dari hati ini. Tak mampu nak bertindak ikhlas dan menerima jika hati sememangnya tak boleh menjadi ikhlas dan menerima segala kesakitan yang sedia bertahta dalam hati ini.

Rasa kehilangan dan sendiri itu lebih buat saya membenci kamu sekaligus tidak mahu kamu hadir dalam hati ini dan lebih membuat saya terseksa dan lebih membuat saya rasa diri saya lemah. Tak mahu jadi lemah, tapi mahu menjadi diri yang sentiasa tabah dan bahagia.

Tak perlu menabur fitnah jika kamu sendiri lakukan perkara yang sama. Saya tak nampak tapi Allah nampak. Allah bisa mendengar, bisa juga melihat dan Lagi Maha lagi berkuasa. Bumi ini dan diri kita semua adalah milikNya. Kita nih menumpang je itu kamu kena sedar.

"Awak apa khabar lama tak dengar cerita" 
"Kita kena berubah, jom sama-sama berubah"

Memangla kata-kata di atas nampak baik kan, baiklah memang baik, cuba rasa dan sesama merasa kesakitan yang ada. Tak guna nak jadi terus baik tapi mulut mengata, hati berdusta. Lalu balasan ini yang kamu terima.

"Takde kena mengena dengan saya"
" Saya berubah kerana Allah bukan kerana kamu"

Sungguh ini yang saya kesalkan. Kamu tak pernah baik pun, sedih dan naif. Tak pernah menerima kekurangan yang ada pada orang. Bagi kamu, kamulah yang terbaik. Orang lain semua tak sempurna, kamu teramat sempurna.

Saya tak solehah, bukan juga yang teramat baik, tapi berubah untuk diri kerana Allah, bukan berubah menjadi terbaik di mata kamu. Sungguh saya tidak. Tak mahu lagi hati di sakiti. Tak mahu juga merasa kehilangan.

Benci tetap benci,  sampai bila-bila bahkan mungkin sampai ke akhirat.

Bersama teman merasa sedikit bahagia tapi seketika bersama kamu terasa menderita bahkan menderita seumur idup. Tabah la wahai hati. Rindu semuanya. Rindu FAMILY dan Rindu TEMAN-TEMAN selalu dan selamanya dalam hati ini. Rindulah pada yang sudi merindui kita, sayang lah pada yang sudi menyayangi kita. Belajarla dari semua perkara.



Maaflah ini lah takdirnya jika hati tidak pandai menilai. Jiwa pula tak merasa bersyukur dengan apa yang ada di depan mata. Kesimpulannya jangan sesekali merosakkan hati orang lain dan masa depan orang lain.

Sekian,



Salam Sayang Kerana Allah
Puteri Amna Balqies