Jom klik hearbeat

Monday, June 25, 2012

Di Suatu Petang Nan Indah


Assalammualaikum wbt

Di suatu petang yang indah duduk dua orang sahabat di sebuah taman yang indah

Kawan 1 : Ila kalau aku jadi engkau sampai akhirat aku tak kan lupa pe pe yang dia buat kat engkau tau tak?

Kawan 2 : Takpelah benda dah jadi depan mata, depan mata, aku dah ngadap face to face perempuan tu dan tanya kisah sebenar. dan aku dah puas hati walaupun dia tak ngaku dengan aku. Even aku tak boleh nak terima pada mulanya, tapi kita berpelajaran dan kita kenalah bersikap profesional, kita tahu pe yang baik perlu kita lakukan. Dan anggaplah pe yang berlaku ni suratan takdir dari Allah.

Kawan 1 : Tapi kalau aku takdelah aku setabah engkau nak meredah highway tu jauh-jauh. dia bukan pedulikan engkau pun. Dah sedap-sedap dah ngan perempuan tu bukan dia ambil kisah lagi pasal engkau. Engkau sangat-sangat tabah. Aku kagum dengan sifat engkau. Ketabahan engkau terkesan di hati aku dan aku rasa bertuah dapat kawan yang tabah walaupun macam-macam dah dia lukakan hati engkau.

Kawan 2 : (sambil tersenyum) janji aku dah puas hati dengan apa yang Allah takdirkan. Aku dah dapat jawapan dalam setiap malam doa aku. Walaupun aku sedih dan sakit hati tapi aku tetap tabah harungi benda ni.

Kawan 1 : (sambil berpelukan) sabarlah yer ila, pasti ade hikmah di sebalik apa yang berlaku, orang macam tu ila Allah akan beri dia ganjaran yang setimpal dengan apa yang dia buat.

Kawan 2 : Takpelah kita maafkan orang, InsyaAllah Allah bahagiakan kita. Aku redha dengan apa yang berlaku. Dan aku kini bahagia dengan apa yang Allah beri pada aku. Allah hadiahkan kesedihan dan nikmat ujian untuk aku dan Allah gantikan dengan nikmat hidup yang lebih baik dalam perniagaan kita.

Kawan 1 : Engkau tetap ada aku yang akan support engkau dari belakang, kita sama-sama menuju puncak kejayaan. Dan kita sama-sama doa yang kita akan terus berjuang bersama-sama dalam perniagaan kita

Kawan 2 : Ameen. InsyaAllah 9/10 rezeki adalah dari perniagaan kan? (sambil tersenyum) aku bahagia dapat hidup lagi, kebahagiaan sebenar adalah dengan mensyukuri nikmat hidup yang Allah berikan pada hari ni dan InsyaAllah untuk selamanya kita hidup kat dunia ni.

Kawan 1 : ila semoga Allah hadiahkan bakal  "Pemilik Cinta Setelah Allah dan Rasul" yang terbaik buatmu sahabat. Aku sentiasa berdoa untuk sahabatku ni terus tabah. Ila aku tahu engkau baik dan Allah tak kan zalim dengan memberikan jodoh yang akan menzalimi engkau ila. Teruskan berdoa agar Allah jaga hati engkau dan sentiasa menjaga engkau di mana sahaja engkau berada.

Kawan 2 : InsyaAllah, sama-sama kita ikhlaskan hati, yang pahit di telan sudah, yang sakit kita cari ubatnya.

Kawan 1 : Aku sayang engkau ila sampai bila-bila dan aku nak engkau bahagia dan jangan bersedih lagi.

Kawan 2 : InsyaAllah semoga kita peroleh kebaikan buat diri kita bersama. Aku sayang engkau kerana Allah until jannah. (sambil berpelukan)


Monolog PAB : Ukhuwah yang terjalin sekian lama bermula dari dewan kuliah sehingga kini.Kami tetap berdua bersatu dan bergabung tenaga demi masa depan yang mendatang. Yang berlalu biarlah berlalu. Kebahagiaan yang hakiki adalah kebahagiaan yang di peroleh dari Allah. Sebagai hambanya kita hanya berserah dan berdoa agar kita semua bahagia sehingga ke syurga.

Firman Allah s.w.t. di dalam Surah Az-Zumar, ayat 10, yang bermaksud:
“Katakanlah (Muhammad), “Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhanmu”. Bagi orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah itu luas. Hanya orang-orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahalanya tanpa batas”.

Wa Allahu A’lam


Salam Sayang Kerana Allah Until Jannah
Puteri Amna Balqies

Wednesday, June 20, 2012

SUATU REALITI BUKAN SATU MIMPI LAGI



Ku layangkan segala anganku
Ku lepaskan semua khayalan jiwaku
Berpijak di bumi yang satu
Memandang tinggi di langit biru

Satu janji di dalam hati

Satu mimpi yang akan ku rai
Harapan ku dalam hidup ini
Ku ingin memgapai cita dan cinta

Ini bukanlah satu mimpi

Atau ilusi dalam jiwa yang sunyi
Ini adalah reality keyakinan insan yang penuh mesti

Satu janji di dalam hati

Satu mimpi yang akan ku rae
Harapan ku dalam hidup ini
Ku ingin memgapai cita dan cinta

Satu satu mimpi di dalam hidup ku ini

Satu satu janji yang ku gapai pasti

Satu satu mimpi di dalam hidup ku ini

Satu satu janji yang ku gapai pasti
Really love this song betul-betul memberi semangat baru pada saya dan rakan-rakan kongsi yang lain. GOOD LUCK SEMUA

Assalammualaikum wbt..

Morningggggg...Saya dah ready untuk jumpa customer baru, siapa-siapa nak jadi CANTIK DAN ANGGUN dengan produk EASY TO SLIM PM me as soon as possible.InsyaAllah saya akan ke tempat anda.

Anda juga berpeluang untuk mendapatkan income dengan mengunakan produk ini. NAK TAHU BAGAIMANA? dan nak jadi macam saya PM me. InsyaAllah saya akan bantu anda. NAK RAYA NI MESTI NAK NAMPAK CANTIK DAN ANGGUN KAN. Dengan EASY TO SLIM InsyaAllah IMPIAN ANDA AKAN DI REALISASIKAN.

DENGAN SYARAT ISTIQOMAH DAN YAKIN KERANA ALLAH DENGAN USAHA ANDA FAMILY ANDA TENTU LEBIH BAHAGIA..AMEEN

Dah ready to meet new customer ^___^ tak lama lagi cik comel nih dah ada kawan baru pulak hehe Alhamdulillah rezeki kan ?? kan??

Pagi-pagi dah update STATUS KAT FACEBOOK. Haruslah kan  ^____^ siap pic yang ANGGUN lagi MENAWAN nih hehe tetibe perasan sendiri la kan..

Hari-hari INBOX Fb di hujani dengan pelbagai pertanyaan tentang BISNESS nih yup rezeki bertalu-talu datang tak kurang yang nak jadi RAKAN KONGSI NIAGA saya. ALHAMDULILLAH REZEKI YANG ALLAH BERI ni haruslah di MANFAATKAN DENGAN BAIK.

Hari ni je terkejar-kejar customer yang sangat-sangat TERUJA dengan keberkesanan produk nih. Mula-mula start this BISNESS macam tak cukup yakin je nak Tapi bila dah nampak BONUS BULANAN YA ALLAH 10K +++++++ hampir macam tak percaya je lah kan.

ALHAMDULILLAH DARI SEDIH BAGAI NAK RAK, AKHIRNYA SAYA HAPPY SAMPAI TAK TERKATA-KATA. NAK NANGIS PUN ADA KAN?

NI LA TANDANYA ALLAH SAYANGKAN KITA KAN?? DIA HADIRKAN UJIAN BUAT DIRI RUPANYA DIA HADIAHKAN PELANGI YANG SANGAT-SANGAT INDAH BUAT DIRI

YANG PENTING BONUS TU NAK BAGI BONDA DAN BAWAK MEREKA KE MEKAH SATU HARI NANTI.

DAN YANG PALING PENTING NAK GAK MERASA MEMILIKI KERETA IDAMAN YANG AKAN DAPAT NANTI KAN. sekarang ni bila tengok je MERCEDES C-CLASS WARNA PUTIH kat jalanraya dah terbayang-bayang dah betul ke nih??  huhu RAJIN USAHA INILAH GANJARANYA
 cantek kan kawan cik comel saya nanti kan? hehe

IANYA BUKAN FANTASI LAGI dan IANYA BAKAL JADI REALITI TAK LAMA LAGI

Tak sia-sia usaha ke hulu hilir jumpa customer dan rakan kongsi tiap-tiap malam. Tak sia-sia mengantuk bagai nak rak tiap-tiap kelas yang di hadiri. Ternyata apa yang MENTOR-MENTOR CDM YANG HEBAT kata :
"If you Follow us 100% what we do it, InsyAllah kamu akan dapat seperti mana yang kami dapat"

Ameen Ya Rabbal Alamin.

SATU ANGGAN-ANGGAN BAKAL JADI SATU REALITI

ALLAHUKHABAR SYUKUR YA ALLAH ATAS ANUGERAH YANG ENGKAU BERIKAN


MARI BERJUANG KE ARAH KEJAYAAN DAN MENUJU KE PUNCAK

PM ME  KALAU NAK JOIN OK ^____^


Salam Sayang Kerana Allah Until Jannah
Puteri Amna Balqies

Monday, June 18, 2012

JANGAN BERSEDIH SAYANG




Assalammualaikum wbt,

Blog baru masih dalam proses untuk di publishkan. Jadi tungguuuuu!!

Tapi blog nih masih bernyawa lagi cuma akan di privacy kan sahaja ^____^

JANGAN BERSEDIH SAYANG 

Mungkin tajuk enry kali ni seakan-akan agak mencuri hati, seolah-olah macam nak pujuk hati sendiri kan? hehe boleh la tak tahu nak letak apa dah untuk tajuk entry nih. Anyway saya suka tajuk nih. Macam saya selalu kata bila pujuk anak buah saya Arissa Az-Zahra bila dia menangis dan merajuk sambil mengusap-ngusap pipi dia dan mencium pipi dan memeluk anak buah kesayangan saya tu.

Saya memang penyayang, cepat tersentuh hati bila orang-orang yang saya sayang menangis di depan saya. nih fakta ikhlas dari hati, yang mengenali saya mungkin tahu dan lebih mengenali diri saya.

Bila kita peluk orang yang kita sayang bila dia menangis, ianya akan memberi satu aura kasih sayang dan tenteram buat si dia yang kita sayang terutama buat family, suami dan anak-anak kita. Aura kasih sayang makin kuat bila daya pelukan kita itu semankin erat.

Untungnya jadi isteri kan, ibu kan? mesti dapat penuh nikmat kasih sayang. CEMBURU saya pada kawan-kawan saya hehe. 

MATA BERKACA-KACA

Entry kali ni jua khas buat sahabat blogger saya Zarien Comey (Khaizarin Akhmar) dan sahabatnya INA

Kadang-kadang sedih nih tak kan beri kita ape2, tapi bila bangkit dari sedih baru kita sedar nikmat yg Allah bagi lagi hebat dari jangkauan kita..sesungguhnya ada hikmah yang Allah percaturkan buat kita..bila bertemu dengan sahabat-sahabat saya Zarien Comey dan sahabat beliau Ina, sayu hati bila melihat mata mereka berkaca2 bila berkongsi rase hati mereka..

Dalam menahan diri, haruslah bersabar, sabar menahan emosional, baik untuk diri pribadi, pekerjaan, mahupun untuk keluarga. Allah berfirman dalam hadis qudsi yang bermaksud,

" Tiada balasan bagi seseorang hamba-Ku yang telah Aku ambil kembali kekasihnya, kemudian orang itu mengharapkan pahala daripada-Ku melainkan orang itu akan mendapat balasan syurga." Riwayat Bukhari

Tersenyumlah selagi mampu, bahagiakan hati selagi kamu mampu membahagiakan hatimu sahabat, mari kita berpelukan dalam ukhuwah yang terjalin kerana Allah, kita sama-sama sedih, sama-sama berkongsi rasa. Sama-sama islah diri sama-sama berjaya di jalan yang Allah pilihkan dan tetapkan buat kita.

Bersabar dan tawakal pada Allah adalah jalan yang terbaik, mungkin kita menangis hiba dan mungkin hati kita sakit, tapi Allah Maha Mendengar kan? mengadulah dengan Allah, sesungguhnya Allah sentiasa berada di samping kita. 

 
TABAH LAH MUNGKIN ALLAH NAK BERI YANG LEBIH BAIK.


Salam Sayang Kerana Allah Until Jannah
Puteri Amna Balqies


Friday, June 15, 2012

PENGUMUMAN KHAS

ASSALAMMUALAIKUM WBT




BLOG NIH AKAN DI TUTUP DAN

DI PRIVACY KAN 

HANYA YANG DI INVITE DAN MENJADI FOLLOWER BLOG SAHAJA YANG AKAN 

DAPAT MEMBACA BLOG INI

INSYAALLAH BLOG RASMI UNTUK 

PERNIAGAAN SAYA SEDANG DALAM 

PERANCANGAN KHAS DAN SAYA AKAN 

SENTIASA UPDATE DI BLOG YANG BARU TENTANG BISNESS AND LIFE

^_________^

TERIMA KASIH SEBAB SUDI MENJADI PEMBACA SETIA BLOG INI

SALAM UKHUWAH BUAT SEMUA


JIKA ADA SEBARANG PERTANYAAN BOLEH LA EMAIL DIRECT TO :


amnabalqies03@gmail.com






Thursday, June 14, 2012

Berita Yang Amat Sedih


Assalammualaikum wbt

Salam Jumaat Yang Penuh Barakah

Selawat dan Salam ke atas Jungjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Ucapan dan doa ku ini jua buat sahabat yang sedang bertarung nyawa di hospital, baru pagi tadi bondanya menelefon saya mengkhabarkan berita yang buat saya amat terkejut. 

Baru saja beliau berkongsi dengan berita kepedihan hati beliau tentang Putus Tunang di saat beliau dan keluarga sedang rancak melakukan persiapan hari bahagia beliau, dan kini beliau terlantar di ICU kerana serangan jantung secara tiba-tiba.

MasyaAllah.. berita tu sungguh buat saya terkejut dan menangis sekuat hati saya pagi tadi, Ya Allah cukup sudah dia menderita dengan berita yang meragut hampir segenap waktunya, sekarang beliau sedang di uji sekali lagi.

"Assalammuaalaikum, anak ni azila kan? makcik ni emak kawan anak syazira, anak syazira di hospital sekrang ni sakit jantung"

"Allah makcik, saya baru je bercakap dengan dia sebelum ni" sambil air mata menitis di pipi

"dia tiba-tiba sakit, mula-mula pucat lesi pastu terus pengsan dan kami bawak pegi hospital"

"Ya Allah baik makcik, sabar byk-byk kita doa dia cepat-cepat sedar, InsyaAllah nanti saya datang melawat" jawab saya sambil teresak-esak.


Setelah talian di matikan saya terasa amat sayu, kenaalah jadi sampai macam ni, kenapa LELAKI TAK BERTANGGUNGJAWAB tu sampai hati buat macam ni pada sahabat saya. Kenapa tak takut Allah ke? tak takut balasan Allah ke? GERAM DALAM HATI.

Ya Allah lelaki zaman sekarang memang tak boleh percaya, lelaki sanggup buat perempuan macam SAMPAH macam BANGKAI. sedih bila mengenangkan naseb sahabat saya itu. Saya juga pernah merasa sakit sangat, merasa derita sangat. Allahuakhbar!!!

Duhai lelaki tahukah tanggungjawab mu terhadap wanita? kenapa begitu kejam kamu. Getus dalam hati terasa kuat dengan perasaan benci.

Kesian Ira, terasa baru semalam kita bercakap ira, baru semalam kita berkongsi rasa sedih dan kepedihan hati dan dirimu, saya faham anda menderita sampai ke tahap yang anda jatuh sakit. 

Ya Allah kasihankan sahabatku, panjangkan umurnya Ya Allah, berikan dia kekuatan seperti mana yang Engkau telah berikan kepada ku. Aku amat sedih dengan semua yang berlaku. Selamatkan sahabatku ini Ya Allah, dia amat solehah, amat mencintai agamanya, sangat taat pada keluarganya.

SAYA MENANGIS DAN TERUS MENANGIS..sayu dalam hati bertambah sedih

LELAKI DURJANA MEMANG ENGKAU SENANG BERBUAT KEJAM TERHADAP KAMI HAMBA YANG LEMAH, TUNGGULAH BALASAN ALLAH NANTI. SEDIKIT PUN ENGKAU TAK PERNAH LEPAS DENGAN SEKSAAN ALLAH. 

INGATLAH ALLAH YANG LEBIH BERKUASA

SEDANG ENGKAU BERGEMBIRA DENGAN PEREMPUAN LAIN, SAHABATKU SAKIT TERLANTAR BERTARUNG NYAWA, ENGKAU TINGGALKAN DIA DALAM KEADAAN YANG CUKUP MENYEDIHKAN, DUHAI LELAKI SEPATUTNYA ENGKAU JAGA AMANAH YANG ALLAH BERI BUKAN UNTUK ENGKAU SAKITI HATINYA.

Hidup ini satu pertarungan, hidup ini satu perjuangan, kita berjuang untuk meneruskan hidup dan berusaha ke arah yang lebih baik. menambahkan ibadah dengan jitu.

INI BUKAN MASA UNTUK KITA MENAMBAH DOSA DAN TERUS MENYIKSA DIRI ESOK DI AKHIRAT

TAK TAKOT KE BALASAN ALLAH DI AKHIRAT NANTI DUHAI LELAKI?

sejak beberapa hari ni, saya sering mendengar khabar berita dari sahabat-sahabat yang berkahwin dan mempunyai masalah rumahtangga, telinga ini sentiasa sudi mendengar, diri ini sentiasa menjadi tempat mereka-meraka meluahkan perasaan mereka.

kadang-kadang menangis bersama, berpelukan bersama menahan perasaan, YA SAYA PERNAH BERADA DI TAHAP ITU DAN DEMI ALLAH SAYA TAK PERNAH SIKIT BERHENTI MENANGIS.

KENAPA? HATI NI SANGAT-SANGAT SEDIH DAN SANGAT PEDIH SAMPAI AKHIRAT PUN TAK PERNAH SAYA LUPA.

Sabarlah duhai sahabat-sahabat, ujian adalah Tarbiyah dari Allah, banyakkan beribadah pada Allah, lunaskan tangugjawab kita pada Allah, berdoalah selagi kita hidup, berdoalah selagi kita berupaya bingkas bangun di tengah malam. bermohonlah pada yang Satu, Allah SWT agar segala yang terjadi akan menerbitkan jalan-jalan pengakhiran yang baik. 

Jadilah wanita yang hebat di sisi Allah SWT, seperti Saidatina Aisyah sendiri, kentalkan jiwa seperti Fatimah Az-Zahra, dan sebaik Siti Khadijah.

PERINGATAN DAN DOA INI JUGA BUAT DIRI SAYA SENDIRI. 

LA TAHZAN BUAT DIRI DAN SEMUA SAHABAT

Sungguh saya sedih sehingga ke saat ini, berkorban hati dan perasaan demi melihat orang lain bahagia. sedangkan diri terseksa. TAK MENGAPA percayalah atau tidak mungkin Allah sedang menyediakan yang terbaik untuk saya.

Kadang-kadang dengan sedikit kesedihan dan kepahitan yang kita lalui adalah titik tolak bermulanya kisah kebahagiaan hasil conggakkan yang mentadbir seluruh alam Allah SWT.

Buat sahabatku IRA, moga-moga Allah menhadiakanmu syurga yang abadi, semoga Allah menghadiahkanmu kekuatan yang hakiki. KAMU SANGAT SOLEHAH SAHABAT.


Salam Sayang Kerana Allah Until Jannah
Puteri Amna Balqies





HAPPY-HAPPY SATAY STATION


 Assalammualaikum wbt

 huhu

update pic semalam 

bersama my biz-partner nas

berjalan-jalan dan berjumpa ngan bakal-bakal rakan kongsi kami

pastu Nas belanja saya makan kat SATAY STATION


UWAAAAA

sedappppp



pasni leh belanja kawan-kawan dan biz-partner kat situ

wat meeting ke kan??

nice place dan satay dia Ya ALLAH GREAT SANGAT

HAPPY SEBAB DAPAT MAKAN-MAKAN

ALHAMDULILLAH SYUKUR REZEKI DATANG MENIMPA-NIMPA

Ya Rabb kekalkanlah persaudaraan antara kami BERDUA

kekal mejadi sahabat dunia dan akhirat

buat sahabat ku dan Biz-partner yang hebat

YUSNASTRI BT JURAMI


sama-sama kita menuju puncak kejayaan

.
.
.
.
.
.
.
.
.

pasni bukan kereta kita je berseries-series

pasni 

beli umah pun leh sebelah-belah

kan kita dah janji kan

impian harus selari dengan kejayaan.


Alhamdulillah Rabb atas kurnian Mu



^_____________^



Salam Sayang Kerana Allah Until Jannah

Puteri Amna Balqies

Wednesday, June 13, 2012

DIA PENCINTA KEJAM

Assalammualaikum wbt,

Salam Wednesday yang hebat,

"Rabba Yaasir Wala tua'assir"

Semua nak yang HEBAT kan? tak semua kita ni mampu jadi hebat, KITA NI SIAPA? tentu yang baik dan hebat itu adalah satu-satunya yang mentadbir sekalian alam Allah SWT.

Kita hanya hamba yang kerdil, hamba yang sering lupa dan alpa dengan dunia, walhal hidup di dunia nih bukannya lama malah bersifat sementara.

Malam tadi nak di jadikan story-mory hari ni, kawan lama saya menelefon saya, lama dah tak bersua mahupun bercakap melalui telefon, jumpa balik dalam laman muka buku. Yang sedihnya beliau baru sahaja putus tunang semalam dan yang paling aib dan sedih tunang beliau telah ada hubungan dengan perempuan lain. Dan nak di jadikan cerita beliau sedang melakukan persiapan perkahwinan yang bakal tiba pada bulan Ogos ini.

MASYAALLAH, ALLAHUAKHBAR!! 

Beliau menangis tersedu-sedu mengenang peristiwa yang terjadi, saya terkejut dengan apa yang di luahkan oleh beliau pada saya malam tadi sejerus meminta untuk mendapatkan nombor telefon saya melalui chat di laman sosial semalam.

Secara peribadi saya juga menitis air mata dan bersimpati dengan apa yang menimpa diri beliau dan keluarga. Secara peribadi saya amat berasa tidak adil bagi pihak beliau dengan apa yang bekas tunang dan perempuan itu buat pada beliau.

BAYANG PEREMPUAN LAIN MERAMPAS HAK PEREMPUAN LAIN DENGAN SECARA SENGAJA DAN MENGETAHUI MEREKA TELAH PUN BERTUNANG. 

SALAH SIAPA?

susah nak salahkan siapa, sebagai perempuan saya juga pernah mengalami pengalaman yang cukup berat dalam hidup saya, sakit dan menangis dan menjadi asam garam hidup saya selama ni. Bila mengenang semula saya menitis air mata, BAYANGLA ORANG YANG KITA TUNGGU DAN SAYANG SELAMA NI ADA PEREMPUAN LAIN DALAM DIAM

ALLAH JE YANG TAHU MACAM PERASAAN SAYA MASA TU. BENDA DAH LEPAS HOPE DIA BAHAGIA LAH NGAN PEREMPUAN TU.

saya faham keadaan beliau sebaik-baiknya saya hanya mampu mendengar dan memberi beliau sokongan dan menasihati beliau supaya belai tabah. Tiada siapa yang mahu perpisahan ini berlaku, hati mana tidak luluh jika orang yang dia sayang selama ini menjalinkan hubungan dengan perempuan lain. 

TANYA PADA DIRI ANDA SENDIRI.

beliau terpanggil untuk menelefon saya dan meminta pandangan saya setelah beliau AMAT KAGUM DENGAN KETABAHAN SAYA mengharungi segala keperitan yang terjadi pada saya selama ni setelah membaca blog saya dan terus mengikuti episod-episod hidup saya sampaila sekarang.

siapalah saya kan ORANG PERNAH KATA PADA SAYA MACAM-MACAM, ada yang cakap saya NAK BERKONGSI SATU DUNIA CERITA SAYA. kata-kata tu tak pernah luput dalam hidup saya, 

NI BLOG SAYA SUKA HATI SAYA LA NAK CERITA APA KAN. TAK BACA ATAU RASA MELUAT DAN MENYAMPAH TAK YAHLA GATAL NAK BACA.SENANG JE TEKAN SIMBOL PANGKAH DAN BLAHH DARI BLOG NIH.

berbalik pada kes kawan saya ni, entahla susah nak cakap tapi saya cukup faham bila semua yang dia rancang musnah dengan sekelip mata. TAK LAYAK LELAKI TU DI PANGGIL LELAKI, BIAR TAK BERLAKI MACAM TU PUN TAK PE DARI KAWEN HIDUP MERANA.

kita nak berkongsi hidup dengan orang yang BERTANGGUNGJAWAB terhadap diri kita, dah amek anak dara orang ke hulu hilir pastu dah tak suka pakai tinggal macam BANGKAI.

sungguh saya BENCI JENIS LAKI MACAM TU lansung takde rasa bertanggungjawab BODOH memang sesuai la gelaran yang patut kita panggil pada lelaki jenis macam nih.

bila kawan saya tanya MACAM MANA SAYA TABAH setelah apa yang berlaku pada saya, lalu saya menjawab dengan penuh perihatin.

ALLAH MAHA BESAR !! bohong jika saya masih tidak menangis bahkan tiap kali saya mengenangkan peristiwa yang menyayat hati tu, pasti manik-manik jernih terbias dari mata saya. Sungguh saya amat sedih bila saya tahu perkara yang sebenarnya.

sekuat hati dan tenaga saya berusaha untuk jadi setabah mungkin, bergantung pada Allah sepenuhnya, sebagai umat islam jadikan DOA ADALAH SENJATA UTAMA DALAM HIDUP KITA. Banyak-banyak solat sunat dan membaca surat cinta dari Allah yakni AL-QURAN.

MEMBACA AL-QURAN DAN MENGINGATI ALLAH AKAN MEMBUAT HATIMU TENANG SAHABAT.

biarla MANUSIA KEJAM tu hidup dalam DOSA YANG KAN DI PIKUL SAMPAI AKHIRAT. BIARKAN ALLAH MEMBALAS SEGALA PERBUATAN YANG TIDAK BERTANGGUNGJWAB BELIAU TERHADAPA DIRIMU.

Ambillah wuduk segerakan solatmu, berdoa dan terus bertawakal pada Allah. kita hamba yang lemah sesungguhnya kaum Adam yang kejam sentiasa melihat kelemahan kita dan akan terus membuat kita lemah dan menerpa kita dengan sesuka hati mereka tanpa rasa simpati pada kita.

TAK MENGAPA SELAGI KAMU sahabatku akan ku peluk dirimu, akan ku lindungi dirimu dengan nasihat dan dorongan dariku, KUATLAH SEPERTI SAIDATINA AISYAH radiallahu anha yang kuat berjuang, jadikan contoh wanita agung ini sebagai simbol kekuatan kita untuk meniti hari kita.

TABAHLAH WALAUPUN DIRIMU GUNDAH, TABAHLAH WALAUPUN PANAH TERTUSUK TERUS KE HATIMU SAHABAT, SAKITNYA MUNGKIN BERBISA. TETAPI JANGAN KITA TERUS PUTUS ASA DAN JAUH DARI YANG ESA.

PASTI ADA HIKMAH DI SEBALIK YANG BERLAKU

saya bahagia dengan apa yang Allah kurniakan pada diri saya sekarang ni, nikmat kejayaan dalam apa yang saya usahakan. terbukti lihatlah pencapaian yang saya terima ini.


LIHATLAH SAHABATMU INI SEKARANG KERANA SABAR DAN TABAH INI PULANGANNYA YANG ALLAH HADIAHKAN

BUKAN SAHAJA SEORANG YANG MEMPUNYAI PELAJARAN YANG TINGGI TETAPI BAKAL USAHAWAN WANITA YANG BERJAYA.

IKHTIARLAH PERKUATKAN HATI, DIA GEMBIRA DAN SEDANG MENARI-NARI DI ATAS SEKSA YANG KAMU TANGGUNG. 

DOSA DIA TAK TERPIKUL SAMPAI AKHIRAT, MAKA KAMU HARUS KUAT SAHABAT SPERTI KU.

ALHAMDULILLAH. CARILAH BAHAGIA DI ATAS SEDIKIT DERITA, MUNGKIN DENGAN SEDIKIT DERITA ITU MENGUNDANG SEJUTA BAHAGIA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT

harapan saya, agar dirimu kuat dan tabah mengharungi segalanya, SAYANG KAMU KERANA ALLAH UNTIL JANNAH, SAMA-SAMA KITA TABAH DAN BERUSAHA UNTUK JADI YANG LEBIH BAIK.

JODOH ITU URUSAN ALLAH  SAYANG...

SABARLAH SAYANG...

SERAHKAN PADA ALLAH..

JANGAN MENAGIS LAGI...

BE STRONG....


Salam Sayang Kerana Allah Until Jannah
Puteri Amna Balqies









Monday, June 11, 2012

SEMINAR PARIS LONDON-PARIS Va..Va..Va Pari Londere...

Assalammualaikum wbt

Va..Va..Va Pari Londere... 



Hehe Bergema satu Dewan Pangkor, Hotel Vistana Kuala Lumpur dengan sorakkan kami dengan bahasa Paris kot..haha saya pun tak ingat dah..

Seminar kali ni membincangkan strategi-strategi dan pelan perniagaan syarikat kami untuk jangka masa panjang. Dan yang paling penting target kami ke London-Paris pada bulan March 2013 akan datang. Lebih kurang 4 bulan lagi kami akan ke sana membawa beberapa biz-partner dan sahabat-sahabat yang berjaya ke peringkat dan di anugerahkan beberapa pangkat dan pencapaian dalam bisness ini.

Teruja la kan nak London-Paris uwaaa nak pergi Eiffel Tower giler la otak nih sekejap. Macam mimpi je kan. Dalam diam-diam menanam cita-cita dan azam ke Kota Cinta itu.

Kawan-kawan sibuk bertanya MACAM MANA SAYA BOLE JADI MACAM SEKARANG?? susah nak jawab pada mulanya. Rahsianya TABAH DAN TAWAKKAL PADA ALLAH SWT dengan apa pun yang berlaku terhadap kita. 

Rempuh je benting-benting kepayahan dan kesedihan dengan sekuat tenaga dan hati. Yakin pada Allah dan selalu berdoa agar diri kita sentiasa di bawah pelindungannya. Sambil tersenyum dan berkata dalam hati MACAM LAGU JACKLYN VICTOR NIH..saya suka GILER lagu nih kalau tengah driving pun tiba-tiba keluar lagu nih saya akan kuatkan volume lagu nih.

KALAU TENTERA SIBUK BERPERANG DALAM HUTAN, MARI KITA BERPERANG DENGAN DIRI SENDIRI.



Komited pada tugasan dan iktiarkan apa yang terbaik buat diri, membiarkan kesedihan dan meratap tak kan memberi ape-ape impak yang baik pada diri dan masa depan. Masa yang ada, dan still sigle not married yet nih hehe di gunakan sepenuhnya untuk menambah income yang lebih baik dan menjamin masa depan.


Kalau tak SIA-SIA JE BLAJOR TINGGI SAMPAI DEGREE, GUNAKAN ILMU DENGAN SEBAIK YANG MUNGKIN.


BE THE BEST, AMONG THE BEST, BE STRONG AND WORKING HARD FOR FUTURE IS BEST THING IN LIFE. TRUST ME !!!. TRUST ALLAH SWT.


InsyaAllah HE SHOW U THE WAY  ^_______^  PUT IT SMILE ON YOUR FACE.

Dan bila saya dah naik CROWN DIAMOND MANAGER akan saya jadikan nya sebagai lagu tema video presentation saya. YA KEJAYAAN HARUS DI LAKAR untuk tontonan sahabat-sahabat yang lain sebagai pembakar semangat kan?  ^____^

Klik Video LAGU DI BAWAH INI




Ketika kau ucap kata selamat tinggal
Ku sangka diriku kan hancur oh, oh
Nestapa menyiksa membuat aku sedar
Hanya aku yang bisa mengubah arah hidup

Lihatlah, lihatlah aku buktikan padamu
Walaupun ku jatuh tapi tak tersungkur
Biarkan, biarkan ku berdiri sendiri
 
Kerana ku yakin masih lagi mampu
Bernyawa dengan sebelah jiwaku oh…
Ku tahu kau mahu melihat aku sugul
Tapi tak akan ku menzahirkannya oh, oh
Meskipun hatiku berderai bagai kaca
Ku kutip serpihannya dan cantumkan semula

Takkan ku biarkan mata mengalirkan air mata kecewa oh, oh, oh
Kini ku berani lebih berdikari yeah, yeah, yeah
Bernyawa dengan sebelah jiwaku  

SAJE KASIK TULISAN BESAR-BESAR..hehe macam nih dulu saya, yang saya rasa mak aii memang macam nak mati rasa tau tak ?? bila pikir balik tak guna la nak jadi ORANG GILA MACAM NAK BUNUH DIRI KAN ?? lebih baik kita BERUBAH JADI LEBIH BAIK DAN HEBAT dari terus membiarkan diri terus JATUH , WALAUPUN JATUH TAPI SAYA MASIH BELUM TERSUNGKUR.. MASIH BERNYAWA SEBIH JIWAKU.

HANYA KITA BISA MENGUBAH NASIB DIRI KITA, BUKTI SEKARANG LIHATLAH, KU MAMPU BERDIRI SENDIRI..


# BAKAL-BAKAL JUTAWAN IN FUTURE #

ME and NAS baris ketiga dari depan  hehe 

TAK SANGKA KAN?? DIAM-DIAM SAYA MENANAM UBI

DIAM-DIAM SAYA MENANAM AZAM DAN CITA-CITA

POKOK PANGKALNYA "YAKIN PADA KEBOLEHAN DIRI SENDIRI"

PERCAPAIAN DALAM DIAM MEMBUAHKAN HASIL YANG AMAT MEMBANGUN DIRI, SYUKUR PADA ALLAH SWT, KEJAYAAN YANG DI KECAPI ADALAH BERKAT USAHA DAN KETABAHAN DIRI. 

ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH SEMANKIN MAJU SEMANKIN KUAT ^______^


YANG BERUNTUNG SIAPA KITA DAN KELUARGA, CITA-CITA UNTUK MENGHANTAR BONDA DAN AYAHANDA SAYA KE TANAH SUCI DENGAN DUIT SENDIRI InsyaAllah bakal saya lunaskan dalam beberapa tahun ini.


JODOH ?? Saya dah lali dengan soalan ini bila dah berada di tahap ini, ramai kawan-kawan yang membuat andaian bakal PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH DAN RASUL KU. 


TAPIIII...APE PUN ANDAIAN


jawapannya SAYA MASIH MENANTI JODOH YANG TERBAIK DARI ALLAH, MAHU KUMPUL SEBANYAK2 DUIT DULU..MAHU BERJAYA DULU, MAHU MENGUMPUL SEGALA ASSET DAHALU, MAHU MENERUSKAN CITA-CITA DAHULU soal jodoh TOLAK TEPI DULU.. hohoho..


Baik pikir beg LV ATAU BEG GUCCI yang di sambar dulu DARI PIKIR PASAL LELAKI BOSAN wooooooo !!! hoho  ^______^ .



 DAN KAMI BAKAL CROWN DIAMOND MANAGER IN FUTURE
 AMEEN.. ^__________^


JIKA KAU FIKIRKAN KAU BOLEH, KAU HAMPIRI BOLEH MELAKUKAN, JIKA KAU FIKIR KAN RAGU-RAGU USAHA MU TIDAK MENENTU. JIKA KAU FIKIRKAN KEMENANGAN KAU HAMPIRI KEJAYAAN, ENGKAULAH APA YANG FIKIRKAN TERKANDUNG DALAM PEMIKIRAN, BERFIKIR BOLEH MELAKUKAN FIKIRKAN BOLEH, PERCAYA APA KAU USAHAKAN TABAH APA USAHAKAN, BERTINDAK ATAS KEMAMPUAN 

KAU BOLEH, KAU BOLEH !!!   


Salam Sayang Kerana Allah Until Jannah 
Puteri Amna Balqies 

Friday, June 8, 2012

Metting and Meeting


Assalammualaikum wbt

Salam Jumaat yang penuh barakah

Picture di atas sekadar hiasan, baru habes meeting ngan bakal-bakal bizpartner yang lain. Alhamdulillah rezeki dah bertambah. Alhamdulillah strategi marketing yang di susun dan di sokong penuh CDM-CDM yang lain adalah penguat kami berdua.

Apa yang penting kami nak naik pangkat nanti. Dan ke Paris next year nih. InsyaAllah

Di raikan dan memakai pakaian rekaan HATTA DOLMAT dan juga pereka-pereka terkenal di luar sana

Saya suka Hatta Dolmat sebab gaun dia semuanya cantek2 dan comel2.Berjalan di pentas dan RED CARPET dan di saksikan oleh semua Rakan-Rakan seperniagaan. SANGAT-SANGAT TERUJA

dan paling penting dapat banyak FLOWER i like roses so much.

Usaha tanda Jaya, ini kerja keras kami memastikan pe yang kami buat menjadi ganjaran yang lebih baik. Sebab kami berdua berjanji nak beli rumah sebelah-sebelah hehe ^____^ senang nak panggil dan buat  meeting.

Income so far InsyaAllah inputnya memang besar. Alhamdulillah berkat kesabaran dan doa pada Allah.

Tak rugi sedih bagai nak rak sebelum ni. Sebab Allah kasik nikmat hidup yang cukup-cukup bahagia.

Tak rugi bersengkang mata macam nak terburai pegi kelas. Tapi hasilnya MasyaAllah sangat-sangat besar.

Bukan je cantik tapi berharga  uwaaaa gitewww!!!  ^______^

Bila orang tanya APA RAHSIA JADI HEBAT sekarang nih?  hehe jawapannya kena jumpa saya pasni

InsyaAllah Mercedes Benz C-Class dalam gengaman kami.  Alhamdulillah Hooreyyyy!!!

Myvi Comel tu kita kasik upgrade lagi kasik dia lebih cun..huhu

Dalam hati tergambar kepuasan siapa suruh tinggal den tepi jalan kan?? tettttttttt !!!

Rezeki dan nikmat ni datang dari Allah. Dulu memangla orang kata macam-macam kan? tapi Allah kan lebih mengetahui.

"Dulu lain sekarang gojes"  hahaha...gojes-gojes tapi tetap tutup aurat yer..jangan lupe diri.
(always pesan dalam diri) sebab rezeki yang bertambah ini datangnya dari ilahi jua.

Bak kata ummi ruhani saya  " Jadikan perniagaan satu ibadah"

Hari yang bizi di tambah dengan rezeki yang amat cukup buat family. Bahagia kan??

JOM PERGI PARIS DENGAN SAYA  ^_______^

Alhamdulillah syukur pada Allah atas segala nikmat yang ada.

yeayyy Oki Setiana Dewi esok dia ade kat Wangsa Maju 
tapi saya tak dapat jumpa sebab saya ada 
Seminar di Vistana Hotel

sedey je.

InsyaAllah one day i jumpe u Oki Setiana Dewi ok?

 ^______^

huhu






Salam Sayang Kerana Allah Until Jannah
Puteri Amna Balqies



Thursday, June 7, 2012

Rabu Yang Penuh Hikayat

Assalammualaikum wbt,

Salam One Malaysia


Hari Rabu dalam hidup saya adalah hari yang penuh suka duka, saya pernah di tinggalkan di Bustop Medan Gopeng,Ipoh sorang-sorang menanti seseorang sampai ke pagi. Saya pernah di campak di tepi jalan dalam saya mengharungi sebuah perhubungan. Pernah memandu waktu malam meredah lebuhraya Utara seorang diri sambil menangis. Allahuakhbar!!  besar sungguh ujian saya semuanya berlaku pada hari Rabu.

Tapi inilah kenangan yang cukup buat diri saya sedar, cukup sudah pengorbanan yang di berikan. Cukup buat saya jadi serik untuk merasa sedih. SubhanaAllah air mata memamg tak pernah berhenti sehingga saya mengambil keputusan untuk menjadi lebih tabah dan kuat mengharungi dugaan.

Ini cerita saya, cerita perjuangan saya, cerita pengalaman saya, cerita yang kita semua boleh jadikan ikhtibar, CINTA adik-adik dan rakan-rakan adalah terlalu suci pada mata kita, tetapi lebih suci jika kita mencintai Allah dari kita lebih cintakan manusia dan dunia.

Kerana itu saya tekadkan dalam hati, saya mahu berubah, mahu berjaya, mahu mencungkil kebolehan diri, bukan kerana saya seorang pemegang Ijazah Sarjana Muda, bukan kerana tugas saya sebagai seorang Eksekutif Pentadbiran tetapi saya ingin mencungkil segala bakat yang terpendam saya dan mencurahkan sepenuh keringat saya dalam perniagaan.

Percaya atau tidak saya akan menjadi seseorang yang lebih berjaya bermula dari sekarang, akan saya tangkis kata-kata kejam seseorang pada saya, akan saya lemparkan semuanya yang dia beri pada saya pada satu masa nanti. INI JANJI SAYA DAN INI DOA SAYA.

Hidup ni bukan untuk menambah maksiat, bukan untuk membiarkan diri terus tersesat dan terus di perkecilkan. Hidup ni adalah untuk kita tambahkan ibadah, majukan diri dan lebih berusaha ke arah yang lebih baik. HIDUP INI UNTUK ALLAH, UNTUK KITA SAMA-SAMA KEMBALI KEPADA ALLAH DENGAN PENUH BAHAGIA. KITA MAHU KE SYURGA ALLAH BUKAN BERCITA-CITA KE NERAKA ALLAH.

Fikir-fikirkan !!

SAYA PERNAH TERSEKSA DAN MUNGKIN ANDA DI LUAR SANA PERNAH JUA MERASA

APA RAHSIA UNTUK TABAH SEPERTI SAYA? mungkin soalan ini sering buat kawan-kawan bertanya pada saya. Secara jujurnya saya tidaklah sekuat mana, air mata tak pernah lekang dari hidup saya. Rahsianya kekalkan diri dan percaya dengan kekuasaan Allah. Ingat Allah Maha Mengetahui di setiap apa yang berlaku pada kita. Mungkin ini yang terbaik untuk saya.

Dan mungkin Allah telah menyelamatkan saya dari terus lalai dan rosak dengan cinta seorang manusia yang mengaku baik tetapi sebenarnya sungguh hina. 

Pada satu masa saya temui sahabat saya lalu dia mencadangkan saya untuk berbuat sesuatu dengan jalan yang lebih baik. Maka inilah takdirnya, saya mengorak langkah satu persatu, menyusun matlamat dan cita-cita untuk ke gerbang kejayaan.

APA YANG MEMOTIVASIKAN SAYA? SIAPA YANG MENYOKONG DI SEBALIK KEJAYAAN SAYA?

Allah adalah pelindung terhebat yang saya ada sepanjang hidup saya, doa memang tak pernah lekang dari bibir saya, di tambah doa dan sokongan dari keluarga tercinta, sahabat-sahabat yang tak pernah lekang memberi semangat dan menyokong perjuangan saya berada di saat susah dan senang saya. Alhamdulillah saya berada di landasan yang betul, saya berada di tapak yang terbaik untuk membina kekuatan diri dan peribadi. Seterusnya memberikan peluang buat diri untuk lebih BAHAGIA.

InsyaAllah akan kaki ini mengorak langkah satu demi satu perjuangan dalam mengharungi kehidupan. Lebih bangga saya dapat menempuh hari dengan lebih baik dari sebelum ini. Alhamdulillah Ya Rabb saya bangga dengan diri saya, bangga dengan pencapaian yang Allah hadiahkan buat saya.

^____________^  Mari tersenyum dan selamanya tersenyum lebar.

Hargai diri kita, biarpun orang lain tak pernah menghargai kita, biarpun orang lain tak pernah melihat kita. Hanya diri kita yang dapat mengubah nasib diri kita. LEBIH BERJAYA, LEBIH BERGANDA BERJAYA mari bersorak dalam hati.

Apa pun, doakan saya mencapai kejayaan dalam hidup ini. Saya sayang kamu semua kerana Allah dan sama-sama kita jumpa di syurga Allah nanti. Kecapi bahagia hingga ke akhirnya.


Ameen Ya Rabbal Alamin.



Salam Sayang Kerana Allah Until Jannah
Puteri Amna Balqies