Jom klik hearbeat

Monday, July 30, 2012

Maki itu sama dengan ujian



Assalammualaikum wbt

"Rabbana la tuzigh qulubana ba'da izhadaitana"

Baca byk kali dalam hati ^__^ sambil tarik nafas panjang-panjang.
Entahla bulan ramadhan adalah bulan penuh rahmat, tapi bulan ramadhan juga diri di uji dengan pelbagai benda yang menyeksa hati. Nak kata bodoh orang tu bukan binatang. Tapi ntahla akal mungkin sejengkal ilmu apatah lagi memang cetek barangkali. Allah kurniakan mulut bukan untuk mencaci mahupun memaki, tapi Allah kurnikan mulut untuk bertasbih dan berzikir mengingati ingat Allah.

SubhanaAllah sedih kan ada di kalangan kita yang bersikap begitu, sedih melihat akhlak sebagai muslimah tidak di pelihara dengan baik. Sedih melihat kaum perempuan yang jahil pada agama sedangkan kita di lahirkan dalam agama Allah yang Maha Agung.

Pe pun tuhan berhak menguji tahab kesabaran kita kan? bila saya membaca kisah hidup Saidatina Aisyah r.a pun pernah di cerca, di maki dan di fitnah di zaman beliau. Saya sendiri terpanggil untuk melihat diri sendiri, memang la sakit hati kan tapi pe la daya saya. Sedangkan isteri nabi yang terulung pun tak terlepas dari ujian apa tah lagi saya yang hanya wanita yang biasa-biasa sahaja. memang layak untuk di uji. 

"Allah sedang berbicara tentang SABAR dan IKHLAS.. SABAR dan IKHLAS itulah ISLAM"

" Kalau tak sabar kita bukan islam ke kakak? "  tanya seorang adik yang saya berkenalan dalam ruangan Fb (mukabuku) saya.

Bukan kalau tak sabar tu bukan islam, tapi kurang lengkap menjadi umat yang di katakan islam, kurang lengkap mendidik diri dengan tarbiyah-tarbiyah yang di landaskan islam. Justeru itu kita harus belajar lebih tekun dalam mentadbir diri ke arah yang lebih baik. Bukan lebih ke arah yang pelik-pelik lagi. 

Jadi pelik berubah kerana Allah itu takpe jangan jadi pelik bila melihat orang yang pelik jadi lebih pelik-pelik dan bukan-bukan. hehe ayat pun dah macam pelik !! jadi lah yang lebih indah pada pandangan Allah dari menjadi buruk pada pandangan Allah. Menjadi buruk pada pandang manusia takpe, sebab manusia nih Allah memang jadikan tak sempurna, jadi tak perlulah nak memaki-maki orang, hamun orang lain kalau hati dan jiwa menjadi tidak tenang.

Ketenangan jiwa datangnya dari hati yang sentiasa mengingati Allah. Saya pernah merasa pelbagai rasa, pelbagai rencah hidup dalam melayari kehidupan. Saya bukan malaikat yang sentiasa Agung dan di perangungkan di sisi Allah. Tapi kita hamba yang sentiasa tak lekang dari kesilapan.

Dalam bercinta, perlu ada sabar, dalam berkasih perlu ada kekuatan jiwa, ujian cinta sering menghadap diri saya, ujian hati sering membelenggu setiap jiwa dan sanubari saya. Di cela kerana bertudung, mencerca akhlak seseorang muslim satu benda yang amat sangat-sangat tak dapat di maafkan. 

Lupa mungkin diri tu islam barangkali, lupa mungkin diri kamu itu seorang wanita yang di perhatikan akhlak kamu. Lupa mungkin yang berada di atas adalah yang Maha Agong. Lupa mungkin saat-saat kematian menjemput nanti. 

" Kak seksa mati lebih dasyat dari ape yang kita sangka kak, yang alpa dengan mengingati seksaan kubur itu adalah orang-orang yang alpa tentang dunia, yang akan menyumbatkan diri mereka sendiri ke dalam neraka Allah " kata seorang adik usrah saya

SubhanaAllah, terdiam dan terpaku!!

Ujian tentang "memaki orang" berakhir dengan natijah yang sangat besar, ulasan dan doa di ucapkan bertalu-talu dari ustazah dan ustaz yang sering berbicara pada saya di laman-laman tarbiyah yang sering saya ikuti.

Ustazah Fatimah Syarha i love u because of Allah.

Ingat lagi pemberian sahabat baik saya yang menghadiahkan karya beliau siap tanda tangan khas dari Ustazah Fatimah Syarha. Time kaseh sahabat ^___^

Bicara Ustaz Hasrizal

Bicara untuk menyedarkan kamu, bahawa hati harus puas kerana mengikhlaskan kehambaan kepada-Nya. Bahawa sebaik mana sekali pun ibadah kamu, tanpa JIWA HAMBA, segalanya tidak bermakna. 


HAMBA sentiasa sedar dirinya dimiliki dan tidak memiliki.


HAMBA sentiasa sedar dirinya sentiasa layak diuji.


HAMBA sentiasa sedar bahawa lahirnya hanya untuk DIA.


 
Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan tentang diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik – derhaka. [Al-Hasyr 59: 19]


Kita sentiasa layak diuji


Kerana kita adalah HAMBA.


Justeru hancurkanlah RASA MEMILIKI!


Salam Sayang Kerana Allah Untill Jannah
Puteri Amna Balqies





Friday, July 27, 2012

Sesedap Popiah Basah

Assalammualaikum wbt

Salam Ramadhan Buat Semua.

Mari Renungkan apa yang terjadi di sepanjang ramadhan kali ni. Semalam saya berbuka di rumah bestfriend saya Kak azie. Best dapat pegi bazaar same2 setelah berberapa tahun kami dah tak pergi sama-sama.Dulu kalau pulang je dari kerja wajib singgah bazaar even sekadar beli air ngan kuih-muih, sesekali suka dengan keadaan bazaar yang hanya ada sekali dalam setahun. Pada saya bestla sebab berpeluang tengok juadah yang kadang-kadang tak pernah saya lihat sebelum ni dan hanya wujud bila time bulan puasa.

Contohnya : Kueh Akok dari Kelantan

Serius saya sangat suke kuih tu, sekali makan nak makan banyak-banyak. Sekali rasa macam lemak-lemak manis suka sangat. Dan lagi satu kuih popia basah ermm tu memang feveret saya dari kecik lagi. Tak tinggal kalau saya pergi bazaar ramadhan tiap-tiap tahun. Cuma tahun nih saya tak dapat lagi nak makan bubur lambuk.

Yela time balik je selalunya jalan jammed so memang tak sempatlah nak singgah masjid kan.Sah-sah orang ramai dah beratur awal-awal lagi.Yang saya baru terkedek-kedek nak balik. Takpe nanti request kat ayah soh amek kan untuk saya kan? hehe..

Hari ni destinasi berbuka puasa ke rumah sahabat sebantal saya syasya yang tinggal kat pantai dalam. Dekat je ngan rumah saya. Tadi request syasya belikan popia basah juga. hehe kawan saya tu memang jarang menghampakan saya. Sayang awak syasya !! selamanya.Dari dulu saya selalu memang harapkan dia bila bab-bab menjaga. Dia akan protect kalau ada insan-insan yang suke membuli saya especially lelaki la kan.Hehe

Ternyata kan saya tak pandai sangat nak berkawan ngan lelaki, bila berkawan mesti berduka selepas itu. Sungguh menyedihkan bila ingat balik apa yang terjadi. Haiiissshhh!! tak nak ingat-ingat lagi. 

" Yang berlalu biarlah berlalu awak, awak sabar je, saya kan ade !! " " awak bertuah jumpa dia yang memang awal-awal buat jahat kat awak, before awk kawen ngan dia !!! " "Kalo dah kawen ermm tak tahula kawan saya yang kuat nangis nih macam mane kan?? "  kata syasya ibu beranak 2 itu.

hehe saya hanya mampu tersengih je bila kawan baik saya cakap macam tu, memang kadang-kadang ada rasa bertapa malangnyer idup di pertemukan dengan insan-insan yang macam pe tah kan. Tapi bila pikir balik, ni semua urusan Allah mungkin ada hikmah di sebalik segalanya. Yup !! saya redha dan dah lama maafkan semua orang. Yang pernah buat jahat pada saya tu in adalah ucapan ikhlas dari saya

" Saya maafkan awk dan saya hope Allah memberikan hidayah buat awk"

"Jangan buat jahat lagi coz Allah nampak"

^___^ peace


Sekian..


Salam Sayang Kerana Allah Untill Jannah
Puteri Amna Balqies


 




Tuesday, July 24, 2012

Diri Kita berharga Bukan Untuk Di Persia


Assalammualaikum wbt


Kuatkan aku Ya Rabbi..
jangan kau biar aku kelam dalam sepi

Dengan Rahmat-Mu Ya Rabbi
tautkanlah hati-hati ini
buat insan yang melabuhkan cintanya 
kepada-Mu

Tetapkan hati ku Ya Rabbi
ikhlas untuk-Mu

Tabahkan hati ku Ya Rabbi
supaya hati-hati ni kekal 
mencintai-Mu

Cekalkan hati ni Ya Rabbi 
dalam mentadbir hati dan diri

Supaya tidak lagi merasa seksa dengan
godaan duniawi dan manusia yang jahil

Lindungi hati ni Ya Rabbi
agar diri ini sentiasa bahagia 
dengan kasih sayang dari-Mu




 Semoga kita sentiasa tenang dan bahagia di samping 
nikmat yang di berikan oleh yang Maha Esa


Love & Peace
Untill Jannah

Puteri Amna Balqies







Baby Isma yang comel

Assalammualaikum wbt

Salam Ramadhan buat semua

"Rabbana la tuzigh qulubana ba'da izhadaitana"

Pulang saja dari kerja saya terus memandu ke Hospital Kuala Lumpur bagi melawat teman kami yang selamat melahirkan baby boy di hospital berkenaan. Saya tidak berseorangan malah di temani sahabat saya Tinie teman sekuliah saya sewaktu diploma dahulu. 

Melangkah masuk ke Wad Bersalin Hospital Kuala Lumpur agak membuatkan saya sedikit takut hehe maklumlah dulu kerap sangat sakit dan kerap keluar masuk hospital. So perasaan fobia tu masih ada. But yang kami masuk ni wad bersalin bagi ibu-ibu yang menunggu masa untuk melahirkan dan sudah melahirkan. Mereka semua di tempatkan di wad yang sama. Bermacam-macam karenah saya lihat sewaktu di wad berkenaan, rasa kesian jugak melihat bakal-bakal ibu yang sedang sarat untuk menanti kelahiran anak mereka. Terlihat juga baby-baby comel yang berada di samping ibu mereka. Perasaan tersentuh di dalam jiwa, naluri wanita saya amat tersentuh melihat keadaan baby-baby yang kecil di tempatkan di dalam troli khas. Mereka comel dan sangat-sangat kecil.

 isma dan baby beliau yang comel

Dalam hati kecil nih pun terasa cemburu dengan mereka yang ada baby, hehe bertuahkan ada anak, bertuah merasa nikmat bersalin biarpun sakit, bertuah menjadi ibu. Tetiba "touching" hikhik..

Me, isma and baby

 Me and tinie amik berkat pegang baby ^___^


Nak gak ada baby  ^___^ kan? hehe

InsyaAllah satu masa nanti kan? Sekarang adalah masa untuk mengislah diri dan masa untuk berubah lebih baik dalam kehidupan. Masa untuk berjaya dalam bisness yang di usahakan dan masa untuk memastikan kehidupan yang akan datang lebih bahagia dan bermakna.

Buat teman baik saya Ismaturrahmi tahniah kerana selamat melahirkan dan tahniah kerana menjadi ibu kepada seorang cahaya mata lelaki yang sangat-sangat comel. Moga-moga baby tu jadi anak yang soleh dan bijak.



Salam Sayang Kerana Allah Untill Jannah
Puteri Amna Balqies


Sweet kan ^__^ hoho



Hehe  ^___^  Sweet je kan diaorang nih ??

Suke tengok irma dan hubby dia

weeeee  comel-comel gitew

Alahaiii bertuahnyer dapat husband yang sangat-sangat sporting

dahlah hensem kan lagi baik

hehe berangan jap ^____^

hehe suke irma hasmie dan Tudung D'Haja je

Bila nak pergi Butik D'Haja kat Shah Alam tu lagi ek??

Yup..diri amat-amat di cemburi oleh masa

sibuk sgt-sgt sekarang nih, kadang-kadang tido pun tak cukup

nak peluk-peluk bantal pun takde masa

balik je rumah mandi solat baring terus pengsan


ITULAH SAYA SEKARANG NI

Priority pada business dan masa depan

BILA NAK KAWEN ??

hehe xde dalam jadual hidup sepanjang tahun ini lagi

dan takde calon-calon pun lagi

dan lagi

malas nak cari calon akibat TRAUMA YANG MENIMPA DI MASA LALU

"cukup-cukup sudah"

Bak kata kumpulan dari Indonesia Nirwana Band

cukuplah saya sendiri jaga hati dan perasaan 

TAK MAHU SEDIH LAGI, TAKOT 



OK bye ^____^



Ikhlas daripada :
Saya Yang Baik & Comel
Puteri Amna Balqies

^_____^

Saturday, July 21, 2012

Rindu Ramadhan

Assalammualaikum wbt,

Salam Ramadhan Buat Semua

"Rabbana la tuzigh qulubana ba'da izhadaitana"

Pejam celik, pejam celik dah masuk hari ketiga kita berpuasa, Alhamdulillah semoga kita lebih tabah menjalani ibadah di bulan yang cukup mulia ni. Best kan berpuasa? nikmatnya lebih berganda-ganda bila menjelang bulan Ramadhan. Bukan sahaja time berbuka dapat merasa makanan yang best-best air tangan bonda terchenta tapi dapat bersolat terawih berjemaah bersama keluarga dan semua jiran-jiran dan sahabat handai. Duduk di dalam masjid membuatkan diri saya terasa aman dan tenang, berada di dalam rumah Allah itu menimbulkan rasa kerdilnya kita sebagai hambaNya. 

Alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah, kerana telah menganugerahkan nikmat yang cukup besar buat diri dan keluarga yang amat bahagia. Buat bonda terchenta terima kasih kerana sudi melahirkan anakmu, mendidik dan membesarkan anakmu ini sehingga ke tahap ini wahai bondaku. Terima Kaseh kerana berada di samping anakmu ketika jatuh dan bangun sentiasa menghulurkan bahumu wahai ibuku ketika anakmu di sakiti, ketika anakmu sakit. Semoga Allah memberikan rahmat dan syurga buatmu ibuku.

Tetiba touching pulak kan?? tetibe rasa nak menangis kan? walau setabah mana hati saya, sekuat mana kudrat saya, namun hati kecil ini kekadang di selubungi pelbagai jenis perasaan. Duhai hati tabahlah yer Allah kan ada.
nas, isma dan saya

Syukur pada Allah juga atas kelahiran bayi yang comel sahabatku  Ismaturrahmi kerana selamat melahirkan baby boy di Hospital Kuala Lumpur. Alhamdulillah beliau selamat melahirkan cahaya mata yang pertama. Tak sabar petang nih nak melawat beliau bersama teman sekuliah dahulu Tinie. Buat Isma tahniah yer kak ma, kegusaran hati anda pada tempoh hari berbayar dengan hadiah yang paling berharga buat dirimu dan keluarga. Uwaaa dah dapat baby dah si isma ni kan. Tumpang happy dan tumpang bahagia dari kakla buat kakma k. Petang nih kita jumpa k.

Rindu pada teman saya itu terasa amat sangat, ukhuwah sekian lama terjalin sejak kami sekuliah diploma dan ijazah kami bersama. Pertemuan di dalam surau kampus melahirkan bibit-bibit kasih sayang dan persahabatan buat kami. Serasi bersama seindah ikatan ukhuwah dan semoga ianya kekal sehingga ke syurga nanti Ameen.

Buat sahabat-sahabat saya di luar sana, yang jauh di rindu-rindu, yang dekat kita rapatkan ukhuwah moga-moga kekal kasih sayang kita sehingga ke akhirnya. Di kesempatan ini saya ingin memohon ampun dan maaf di atas khilaf yang terbias sepanjang perkenalan dan persahabatan kita. 

Yang merasa saya berdendam pada diri anda, ingin saya melahirkan rasa maaf atas segalanya, saya hanya insan biasa dan sentiasa biasa membuat salah dan terkadang alpa dengan aktiviti dunia. Tiada dendam dan rasa ingin berdendam bahkan saya memaafkan segala kesalahan anda buat saya dan bagi pihak keluarga tiada apa yang kami buat bahkan kami di sini sentiasa mendoakan yang terbaik buat anda dan keluarga anda di sana.


Salam Ramadhan buat kalian semua semoga kita sentiasa hidup dengan bahagia dan tabah menghadapi kehidupan dan dugaan yang mendatang.

" May we all blessed with honesty and sincerity "



Salam Sayang Kerana Allah Until Jannah
Puteri Amna Balqies

Rumah Sewa

Assalammualaikum wbt

"Rabbana la tuzigh qulubana ba'da izhadaitana"

                 
Salam Ramadhan buat semua  ^________^

Hari ni sibuk mengemas rumah sewa dengan sahabat saya nas.

Actually dulu time belajar saya pernah mendiami rumah ini bersama sahabat saya syasya @cha dan kak ziera hasan. Banyak kenangan suka dan duka di rumah ni.Hampir semua barang-barang sedia di packing segala barangan letrik sudah pun saya jual kepada kawan-kawan saya. Sedih gak la banyak kenangan yang kami abadikan di sini bersama sehingga la kami semua berpecah mengikut haluan masing-masing.

Apa pun segala kenangan akan sentiasa terpahat dalam hati saya buat selamanya. Nak cakap terime kaseh kat rumah tu pun bukan dia ade perasaan kan ? hehe but thanks to sahabat-sahabat baik saya yang memberi ruang pada saya untuk duduk di situ hampir 5tahun. Jangka masa yang cukup lama kan? sayang nak tinggalkan tapi kena la lepaskan umah tu jugak untuk bagi rung kat orang lain menyewa.

Anyway t saya update pic nyer k.

 
" May we all blessed with honesty and sincerity "


Salam Sayang Kerana Allah Untill Jannah
Puteri Amna Balqies

Friday, July 20, 2012

Jogging Time

Assalammualaikum wbt

"Rabbana la tuzigh qulubana ba'da izhadaitana"

Pulang je dari kerja dah siap-siap dengan seluar track suit, kasut sport nike pink yang comel itu saya sarung ke kaki. Taman Tasik Shah Alam lokasi tempat berjogging. Lepas penat lelah berkerja dan berbisness badan haruslah di latih untuk menjadi lebih sihat. Atleast minda di rehatkan dengan suasana taman yang penuh dengan tumbuhan hijau yang membekalkan oksigen kepada udara dan persekitaran. Secara tak lansung kita menghirup udara segar yang akan sampai ke otak. Ini adalah salah satu cara terapi minda dan hati. Tak percaya??? sila cuba. Sebab saya kerap mengahdapi trauma dan tekanan emosi, selalu di bebani dengan benda-benda yang membuatkan minda saya sentiasa stress.

Jogging dan berjalan adalah menyihatkan

 
me and my nike pink shoe

Saya tak adelah berlari beriya-iya sangat memandangkan saya ni tak bapa cukup stamina nak berlari macam sahabat saya yang lain. Saya lebih gemar berlari-lari slow je dan kemudian berjalan-jalan menelusuri track pejalan kaki yang di sediakan untuk pengguna di taman tersebut. 

Pandangan hijau yang tercalar dengan maksiat

Ermm tak di nafikanlah tengah-tengah syok jogging mata mencuri pandang ke arah pasangan-pasangan yang sedang asik di lamun cinta di semak-semak dan di tempat-tempat awam sebegitu tanpa rasa segan silu. MasyaAllah ini negara islam tapi banyak yang masih leka dengan maksiat yang berada di depan mata. Bukan nak kata diri saya baik dan solehah tapi saya merasa malu dan segan untuk berpandangan bila melihat aksi-aksi yang agak memalukan dan semuanya atas nama bangsa yang sama dan agama yang sama seperti saya.

Niat di hati nak aje tegur kan? tapi apalah daya saya hanya orang biasa yang belum cukup kuat untuk mentadbir mereka. Ilmu saya sungguh terbatas, lalu saya teruskan perjalanan saya sehingga saya bertemu segerombolan adik-adik yang sedang bermain buaiyan di taman. Sebenarnya masa berjalan seorang diri tu saya dah sedang di ikuti oleh dua orang mahasiswa, tafsir saya barangkali melihat dari gaya mereka yang agak-agak kebudak-budakan, ade hati nak ngorat kakak nih weii, getus hati kecil saya, setakat ayat biasa di zaman tok kadok tu jangan kata saya anak buah saya yang kecik tu pun tak terpesona. Anda dahla lelaki kan, tak malu sungguh dan lansung takda akhlak mengurat pulak anak dara orang tanpa rasa bersalah. Tak layak lagi di gelar lelaki sejati kalau diri tak pandai nak jaga akhlak dan iman. Lelaki OHHH lelaki ermm setakat ngorat-ngorat nih tak yahla kan. Saya still jaga iman dan jaga lagi akhlak saya. Nak je cakap camni "Cik abg berdua tak takot Allah ke? " tapi tak terpacul pulak kata-kata tu dari mulut saya. Memandangkan sebenarnya risau di apa-apakan.

" Please la time aku jogging la korang nak ngorat pulak, menyibuk betul" getus dalam hati kecil saya

saya atur langkah terus menuju ke segerombolan adik-adik yang sibuk bermain buaiyan tersebut. Saya menyapa dan terus bermain buaiyan bersama mereka. Jadi dua orang budak laki bengngong tu tak jadi la nak meneruskan ayat-ayat cinta beliau

"Sorryla korang tak cukup kuat nak menerjah jiwe cik kak nih" getus dalam hati saya lagi

Perasan saya tiba-tiba datang menyapa adik-adik di situ seorang daripada mereka menyapa saya

" Kak akak kena ngorat ngan abg-abg tu ea tadi, akak len kali jgn jogging sorang2 bahaya" 

lalu saya menjawab 

"A'ah seb bek ade korang kalo tidak tah macam mane nak cari idea nak lari dari diaorang, Alhamdulillah Allah lindungi akak" 

" Akak datang sorang2 je ker?? "  tanya adik form 5 tu

" Dengan kawan tapi dia lambat datang sikit"

Perbualan kami tamat di situ bila sahabat saya datang dengan muka konpius, sebab terkejut tengok saya bermain buaiyan di taman kanak-kanak. Selamba badak je kan? takpe adik form 5 tu pun tak tahu yang kakak kecik dan comel kat sebelah dia nih sebenarnya jauh lebih besar umurnya dari beliau. hahahaha

Badan tak sepadan ngan umur kan? tah bila nak besar lagi pun tak tahu. Umur je dah besar tapi tetap nampak cam kanak-kanak ribena kata bonda saya selalu bila berbicara tentang perangai dan perwatakan saya. Apa yang penting saya selesa dengan diri saya dan bersyukur dengan apa yang Allah anugerahkan buat diri saya. Atleast saya comel hehehe ( sila jangan muntah) hehe yela Allah dah bagi kecantikan untuk semua hambanya tak salah sesekali puji diri sendiri kan??? ^____^

Pulang dari Jogging saya ke rumah kak azie rakan serumah saya dahulu dan sekarang adalah salah seorang rakan kongsi niaga saya. Tumpang mandi berborak dan berbincang pasal bisness dan kueh raya. Ohh!! ya sebelum terlupa saya dengan seikhlas hati ingin mengambil peluang ini untuk wish

SELAMAT BERPUASA BUAT TEMAN-TEMAN DAN SIAPA YANG MENGENALI DIRI SAYA

Semoga Allah memberkati segala ibadah dan melimpahkan pahala dan kasih sayang buat kita sehingga ke jannah nanti. Ambil peluang di bulan mulia ini untuk melakukan ibadah dengan semaksimum yang boleh. Bulan penuh rahmat ni jangan di persia-siakan dengan aktiviti maksiat dan benda-benda yang di larang dalam islam.

ISLAM AGAMA YANG SUCI, ISLAM AGAMA ALLAH, DAN ALLAH ADALAH TUHAN YANG MAHA BESAR.


Salam Ramadhan buat sahabat baik saya AHZ, syasya, kak azie, kak faizzah, dan semua rakan kongsi dan mentor2 MMG dan semua umat yang beragama islam seluruh dunia.


Salam Sayang Kerana Allah Until Jannah
Puteri Amna Balqies


Thursday, July 19, 2012

Rahsia Berbisness Saya

Assalammualaikum wbt

"Rabbana la tuzigh qulubana ba'da izhadaitana"

Ameen  ^___^

gadis comel bersama kek faveret di Secret Recipes Shah Alam

Ahhh...lama ek tak update blog, since beberapa hari saya amatlah sibuk dengan tugasan dan menguruskan jadual perniagaan bersama-sama rakan kongsi tentang perancangan untuk memperluaskan empayar perniagaan. Kereta pun sampai comot tak sempat basuh hehe cian cik comel takpe tak lame lagi kita ada teman baru ek nanti pilih yang color putih jugak leh parking sebelah-menyelebelah,kereta bonda, Myvi comel dan bakal cik comel Honda yang baru. Ameen. ^___^ teruja dan tak sudah-sudah bermimpi. InsyaAllah dengan bisness nihlah saya dapat semuanya dengan berkat dan jerih payah saya berbayar.

Banyak yang bertanya APAKAH JENIS PERNIAGAAN SAYA?? it's consultation and all about kesihatan dan kecantikan ianya bukan SKIM CEPAT KAYA, but SKIM USAHAWAN MUDA yang di iktiraf kerajaan dan pernah memenangi award MALAYSIAN BOOKS OF RECORD atas pencapaian pihak syarikat yang saya naungi di atas kecermelangan melahirkan USAHAWAN MUDA seperti saya dan rakan niga yang lain. Ingin cantik dan memiliki kesihatan boleh la berjumpa dengan saya. Beberapa hari lalu saya menerima email dari seorang adik di gmail saya bertanyakan apakah rahsia kejayaan saya dalam pernigaan yang sedang saya usahakan

Adik Cik Wan namanya tertera di laman gmail saya ^___^ bertanyakan apakah rahsia kejayaan akak dalam pernigaan ini. Ini jawapannya dik ^___^  jika ingin berjaya seperti akak dan rakan-rakan akak yang lain banyak benda kita perlu praktikan. Belajar dari senior yang lebih faham selok-belok perniagaan adalah kunci utama untuk berjaya di samping itu perlulah ada usaha dan misi serta misi untuk membuktikan perniagaan kita akan terus maju dan akhirnya adik akan sampai ke tahap akak sekarang.

Sebelum sampai ke tahap ini, banyak peristiwa dan ujian yang akak terpaksa tempoh, bahkan pelbagai kesakitan yang cukup menguji diri akak dan juga family. Allahuakhbar !! hanya Allah sahaja yang lebih tahu bertapa peritnya untuk melanggar segala tembok yang ada. Dan bertapa terjatuh dan terduduknya akak dalam menghadapai dugaan hidup yang mungkin sukar untuk di tafsirkan.

Tapi inilah realiti kehidupan, yang pedih tu biarlah berlalu meskipun ianya sukar untuk di ubati tetapi cekalkan hati dan percaya Allah sentiasa berada di samping orang-orang yang teraniaya.

" We must believed Allah more than everything !! "

Seterusnya Alhamdulillah berkat doa dan ketabahan yang ada. Satu masa akak di perkenalkan dengan seorang teman baik dan teman sekuliah akak. Atas nasihat dan saranan beliau akak mengatur langkah untuk mengambil peluang berbisness dengan beliau dan secara automatiknya kami menjadi rakan kongsi niaga dan bergerak aktif dan juga memberi peluang untuk sahabat-sahabat yang lain.

Alhamdulillah syukur pada Allah atas laluan yang di berikan kami berjaya membantu seramai mana rakan baik dan serata teman-teman yang sedang di himpit maslah kewangan. Satu daerah ke satu daerah kami pergi untuk memastikan ada teman yang perlu di bantu.

Allah beri akak rezeki untuk membantu yang lebih memerlukan ^____^ terbukti ramai teman-teman yang kami corakkan dan kami lentur dalam perniagaan akhirnya mendapat income bulanan hampir lebih 5k sebulan. Alhamdulillah usaha kami amatlah berbaloi dan ianya adalah pencapaian yang baik buat diri akak dan rakan niaga yang lain.

Tahniah kak azie welcome to MMG

Di kesempatan ini saya nak ucapkan tahniah buat bekas teman serumah dahulu dan sentiasa tidak lekang memberi nasihat dan tunjuk ajar buat diri saya. WELCOME TO OUR GROUP kak azie or HAZIERAH HASAN kerana ingin mengikut jejak langkah saya dan sahabat baik sebantal dan setilam saya dulu Syasya @cha dan juga seorang blogger yang aktif dalam dunia blogger hijau beliau.

syasya a.k.a @cha and Me
Buat teman-teman yang sedang mencari-cari pernigaan yang selamat dan terjamin masa depan bolehla menghubungi saya di talian 019-2573025 atau add sahaja saya di laman facebook saya Puteri Nuraishah Humaira Aziela atau email saya amnabalqies03@gmail.com. InsyaAllah saya cuba untuk membantu anda secara consultation dengan lebih jelas tentang perniagaan ini.

Best Of Luck jua saya ucapkan buat teman-teman seperjuangan SEMOGA KITA JUMPA DI PUNCAK.

Jumpa di Majlis Anugerah nanti.


" May we all blessed with honesty and sincerity "


Salam Sayang Kerana Allah Until Jannah
Puteri Amna Balqies




Wednesday, July 11, 2012

Sepetang Seriang Di Butik D'Haja

Assalammualaikum wbt

May we all blessed with honesty and sincerity 

Ameen..

Semalam pulang dari kerja saya terus memamdu ke Shah Alam Kenapa??  hehe melunaskan misi mencari BUTIK D'HAJA di seksyen 7 Shah Alam. Akhirnya sampai juga di butik untuk mencari tudung yang di pakai oleh IRMA HASMIE untuk pre-wedding beliau. ^____^ sampai sahaja di sana saya di sambut dengan 2 orang pekerja yang sangat peramah. 

 credit to blog meramonst.blogspot.com hasil searching from google image


"Dik akak nak tudung yang IRMA HASMIE PAKAI" spontan je saya menyuarakan hasrat di hati saya sambil tersenyum ^___^ sambil tu mata saya tecari-cari kelibat tudung yang tersangkut di ruangan tudung yang di sediakan, melangkah masuk ke butik D'Haja amatlah selesa ruang dan hiasan butik amat sederhana dan agak selesa bagi seorang yang berhijab seperti kita, even orang lelaki pun akan rase comfortable untuk masuk bersama ke dalam butik dan ade di sediakan ruangan duduk untuk menunggu. Saya suke butik tu sebab selasa dan banyak cermin. 


Gadis yang dengan muka excited dpt tudung D'HAJA


Setelah beberapa helai di sarung ke kepala, saya memilih 2 helai tudung untuk di beli satu berwarna kelabu dan satu lagi berwarna maroon, nak beli pink dah banyak sangat kat umah tu. InsyaAllah ada rezeki saya akan bawak bonda saya ke butik itu dan menghadiahkan beliau sehelai tudung untuk hari jadi beliau pada bulan ini.

Taraaaaaaaa....hehe same kan? cume kaler saya pekat sikit je cantek kan? tudung tuh lah orangnya simple2 je ^___^ hehe
 

  ni Icon Bakal Usahawan Wanita Muslimah berjaya


Happy rasa hati, dapat memiliki tudung yang di idam-idamkan hasil dari titik peluh sendiri berbisness. Mata turut terpandang butik pereka terkenal HATTA DOLMAT tidak jauh dari banggunan butik D'Haja. Hatta Dolmat adalah pereka baju pengantin buat IRMA HASMIE saya amat berkenan dengan design bagi jubah moden yang di reka oleh beliau pada hari pertunangan IRMA HASMIE.

8hb September 2012 ni tibalah hari meraikan buat usahawan-usahawan yang dah naik pangkat termasuklah saya dan rakan-rakan kongsi yang lain. TAHNIAH BUAT SEMUA semoga kejayaan ini di kongsi bersama. InsyaAllah saya akan memilih HATTA DOLMAT untuk design baju jubah muslimah moden buat diri saya. Nak gak kan macam irma hasmi hehe. Apa pun TUTUP AURAT DAN MENJAGA IMEJ MUSLIMAH tu yang lebih penting.

Dan sebelum pulang pihak D'HAJA memberi saya PRIVILEGE CARD yakni KAD AHLI sebagai tanda saya sudah menjadi pembeli tudung D'HAJA. Best sangat Alhamdulillah rezeki yang Allah limpahkan memberi nikmat buat diri.


 

SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH YANG MENJADI TAULADAN BUAT UMAT SELURUH ALAM. YANG BAKAL MENGHIASI TAMAN-TAMAN SYURGA ALLAH, DIA LAH IBU DAN DIA LAH BAKAL-BAKAL KETUA BIDADARI DI SYURGA NANTI.

Buat peringatan juga buat diri saya sendiri, even berfesyen tapi saya tetap juga ingin menjaga ibadah dan juga imej islam yang telah di gariskan dalam islam. Even dalam berbisness, even dalam mengatur langkah ke mana jua.

"Rabbana la tuzigh qulubana ba'da izhadaitana"

( Ya Tuhan kami jangan Engkau Bolak Balikkan hati kami selepas Engkau memberi hidayah kepada kami) 

Ameen...


Salam Sayang kerana Allah Untill Jannah
Puteri Amna Balqies

Tuesday, July 10, 2012

Bacaan yang menyentuh Jiwa

Assalammualaikum wbt

Mari dengarkan bacaan Al-Quran dari Wardina Safiyyah di dalam Konvensyen Bidadari Yang Lepas, mari sama-sama kita hayati betapa besarnya rahmat Allah dan tentang kehidupan kita.

Stop for being a bad person.. Ingat Allah dan Al-Quran adalah peringatan buat kita semua.

Allahuakhbar !!!  

Tersentuh dan terharu dengan segala nikmat yang Allah beri buat diri saya hari ini, Ya Allah berikanlah hambaMu ini kebahagiaan di dunia dan akhirat 

Ameen Ya Rabbal Alamin

Tafsir ayat Surah Al - Hasy'r Ayat 18-24


18) Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal- amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.

19) Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik - derhaka.
20) Tidaklah sama ahli neraka dan ahli Syurga ahli Syurgalah orang-orang yang beroleh kemenangan (mendapat segala yang diingini).

21) Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.

22) Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 

23) Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia Yang Menguasai (sekalian alam) Yang Maha Suci Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan) Yang Melimpahkan Keamanan Yang Maha Pengawal serta Pengawas Yang Maha Kuasa Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya) Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya. 

24) Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada) Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya) bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia- mulianya bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi dan Dialah Yang tidak ada tuluk bandingNya, lagi Maha Bijaksana.
 
 
 

(Eksklusif)Konvensyen Bidadari Dunia 2012 - Fesyen Yes Or Not

Monday, July 9, 2012

Welcome Hidayah


Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah

Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa

Assalammualaikum wbt, 

Usaha Dan Doa

Alhamdulillah ke arah satu perjalanan dalam sebuah kehidupan, demi mengecapi hasrat murni di dalam hati. Allah..Allah..Allah 


 Mentor saya dari kiri bakal CDM kak Sharifah Syazila, saya, dan hidayah

First of Allah TAHNIAH buat bisness partner baru join Nur Hidayah, Alhamdulillah rezeki datang menimpa-nimpa, bukan berincome besar sahaja malah keyakinan diri untuk merubah kehidupan. Mendengar kisah hidayu dan familynya buat hati saya runtun, saya melawat keluarganya di Puchong, melihat bonda dan ayah beliau saya tekadkan dalam hati, InsyaAllah saya datang bukan sahaja sebagai teman dan memberi semngat pada keluarga beliau.Tapi saya ingin melihat ayah beliau yang telah di serang strok akan pulih dengan baik dan hasrat bonda beliau untuk memiliki rumah sendiri akan terlaksana.

Tahniah dik, moga-moga kecekalan anda akan memberi ruang buat akak membantu kamu, guide kamu sehingga kamu berjaya merealisasikan impian bonda dan ayahanda kamu.

sambil bersalaman dengan bonda hidayah saya sebak, hampir air mata ini tumpah, saya memeluk bonda beliau dengan penuh hiba. Hati saya senang sungguh terbentuk sayang bila berada di samping wajah-wajah seorang ibu. Tumpah rasa sayang, rasa ingin sekali menyelami hati ibu itu.

InsyaAllah saya cuba membantu, kita sama-sama berdoa agar anak beliau Hidayah iaitu rakan kongsi saya yang baru berjaya dalam bisness ini. Follow akak dik, InsyaAllah dengan restu ilahi, cahaya kebahagiaan itu akan terang dan jelas.

bersama semua rakan kongsi dan mentor2


TAHNIAH JUA BUAT RAKAN-RAKAN KONGSI YANG LAIN

SEMOGA BERJAYA !!


Salam Sayang Kerana Allah Until Jannah
Puteri Amna Balqies

Friday, July 6, 2012

Hadiah Cinta Buat Diri

Assalammualaikum wbt,

Salam Jumaat penuh barakah



Alhamdulillah atas rezeki yang di beri oleh Allah buat diri dan juga keluarga. setiap yang berlaku pasti ade hikmahnyer kan? Ya !! saya belajar dari setiap yang berlaku pada diri dan seterusnya lebih istiqomah dalam melayari kehidupan yang mendatang. Allah ada dan sentiasa ada untuk membantu. Kasih sayang Allah adalah yang terbaik pada saya. Alhamdulillah segala rintangan saya tempuh dengan tabah dan sabar serta tawakal kepada Allah.

Dan Alhamdulillah sekarang saya menikmati kehidupan dengan jauh lebih baik dan sentiasa memberi ruang untuk membantu teman-teman yang sentiasa memerlukan. Bukan kerana bisness yang sedia ada memberikan satu dimensi baru dalam hidup saya,  bahkan saya berjaya membawa seberapa ramai teman-teman yang memerlukan pertolongan bagi memperbaiki diri dan kestabilan ekonomi keluarga.

Bukan kekayaan yang saya cari, tapi ketenangan dalam hidup serta kehidupan yang lebih selesa buat diri dan keluarga, saya tetapkan nawaitu dalam hati, saya mahu menghantar bonda dan ayah ke tanah suci dan saya juga mahu mengabdikan diri di bumi Allah itu. Sungguh saya berdoa satu masa nanti saya akan ke sana jua. Ameen.




Arini berita baik buat diri, ikutkan semalam nak amek tapi saya tak sempat untuk mengambil kawan baru saya Samsung Galaxy Tab 2. Ada sedikit hampa sebab warna putih dah sudah tiada stock but this one dah cukup bertuah kan. Takpe lah same je, atleast saya berbelanja membelinya hasil duit titik peluh berbisness saya. Meriah kan??  rezeki datang daripada Allah. Inilah hasilnya bila kita rajin dan sentiasa istiqomah dalam berbisness. Next month leh survey Samsung Galaxy Note Pink pulak. Apa jadi ngan Samsung Galaxy Mini white tu kan?? hehe dah saya simpan jadi kenang-kenangan. Di sebalik kehadirannya ada cerita dan kenangan yang akan membuat saya mengenang cerita-cerita sedih.

Saya tak mahu hidup untuk mengenang kisah pahit masa silam, saya sudah pun memaafkan benda-benda yang lepas, saya mahu hidup dengan lebih bahagia dan tenang di samping Allah. Yang berlalu biarlah berlalu usah di kenang untuk kehidupan yang baru. Mulakan langkah dengan baik dan berusaha untuk menjadi muslim yang terbaik di sisi Allah tetapkan dalam diri matlamat yang sebenar dan apa yang harus kita praktikan dalam diri. InsyaAllah kebahagiaan yang hakiki bakan menjelma nanti.

Pe pun cakap pada diri  Allah be always with us !!

Apa pun saya doakan yang terbaik buat semua, buat teman-teman terima kaseh kerana sentiasa menghargai diri saya dengan seadanya. Buat BFF saya yang sibuk nak pergi Pangkor bersama teman-teman beliau, hati-hati dalam perjalanan dan semoga selamat sampai ke destinasi yang di tuju. Terima kaseh tak terhingga buat bonda dan ayah serta keluarga yang sentiasa memberi sokongan yang padu pada saya dalam bisness nih. Buat rakan-rakan kongsi yang di hargai, terima kaseh kerana memberi saya ruang untuk memberi peluang pada anda untuk menceburi bisness nih dan semoga kita sama-sama menuju ke puncak.

Jumpa kita di LONDON-PARIS yer.. Gluck to All Of You Be The Best Among The Best!!


Salam Sayang Kerana Allah Until Jannah 
Puteri Amna Balqies

Thursday, July 5, 2012

Samsung Galaxy Tab 2 dan Sekolah

Assalammulaikum wbt 

Salam One Malaysia,

Alhamdulillah pertama sekali syukur pada ilahi atas kurnian rezeki yang datang buat diri, Alhamdulillah terima kaseh saya ucapakan buat sahabat-sahabat yang sentiasa berada di samping saya dan mendoakan kebahagiaan buat saya dan keluarga. Buat CDM-CDM,DDM-DDM,DSM-DSM,SM-SM DAN SM dari Group MMG Ipoh big thanks to all of you. Sama-sama menuju ke puncak, even saya dan Nas satu-satunya ahli dari Lembah Klang tapi kami bersyukur sangat atas kepimpinan CDM Kak Yasmin kami dapat menelusuri kejayaan di bawah kepimpinan beliau dan berjaya ke peringkat sekarang.

Semalam berkampung di Sekolah Kebangsaan Abdul Samat Kapar Klang, tepat pukul 1.30 petang tiba lah saya bersama bakal CDM Kak ila untuk meneruskan misi bagi memberi peluang dan ruang berbisness dan sekaligus membantu bakal rakan kongsi yang baru.

Terime Kaseh buat sahabat saya Zuri @Ebiq dan rakan-rakan sejawat yang memberi kami peluang untuk berkongsi cerita tentang produk dan bagaimana menjana pendapatan lebih 5k sebulan. Alhamdulillah proses sponser rakan kongsi semalam berjalan lancar. Terime Kaseh buat Bakal CDM Kak ila @ Sharifah Shazila kerana sudi datang directly dari Ipoh untuk membantu saya memberi talk bagi "marketing product" anyway saya juga amat teruja melihat kesudian kawan-kawan meluangkan masa bersama kami. Hopefully kita bertemu lagi dan sama-sama mengembeling tenaga untuk sama-sama berjaya dalam bisness nih.

" Berpegang erat, duduk rapat-rapat, InsyAllah kita sama-sama dapat !!! "



mereka yang ingin mengubah nasib mereka Tahniah !!


Buat suhaili, zuri dan mala, kite jumpa di puncak InsyaAllah.

Yang paling best hari ni, ramai rakan kongsi yang teruja melihat perkembangan bisness saya. Paling best petang ni saya nak pergi pickup MY SAMSUNG GALAXY TAB 2. Baru order pagi tadi petang dan dapat Alhamdulillah rezeki bisness memang lumayan dan memberi seri kepada diri dan peribadi. Cewahh !! dah macam bunyi iklan kecantikan kat T.V lak kan. Sambil berbisness sambil membantu rakan kongsi yang baru join. Seronok kan?? mestilah dapat penuhi impian untuk diri dan rakan-rakan. Yang paling best dapat membantu menstabilkan ekonomi rumahtangga mereka, saya tumbang bangga atas kejayaan mereka. InsyaAllah selagi daya selagi tu saya membantu.



My Galaxy Tab 2 sebelah kanan sekali huhu sgt teruja leh men game macam SSM Nas pasni


Seronok bila dengar perkhabaran dari rakan kongsi yang berjaya melangsaikan hutang pelajaran dan hutan-hutang bank dengan duit mereka sendiri. Tahniah la buat mereka yang berjaya. Buat Samsung Galaxy Note Pink Color tunggu bonus bulan depan yer, nanti saya akan membeli kamu juga. Keterujaan membeli adalah satu nikmat yang sangat baik untuk terapi minda. hehe tu kata hati saya, hehe sebenornya suke sangat shopping kan. Pasni mari ramai-ramai shopping kat PARIS-LONDON ngan rakan kongsi yang lain..

LONDON-PARIS TUNGGUUUUUUUU SAYA...


Bye  ^_______^


Salam Sayang Kerana Allah Until Jannah
Puteri Amna Balqies