Jom klik hearbeat

Thursday, November 22, 2012

Stress

  Assalammualaikum wbt

" Rabbi' shrahli sadri wa yassirli amri wahlul 'uqdatan min lisani yafqahu qawli "



"Tegakkanlah kebenaran... di situ ada kejayaan.
Carilah ketenangan... di situ ada kebahagiaan.

Kebenaran itu dari Allah.
Ketenangan juga dari Allah.
Justeru, di sisi Allah sahajalah ada kejayaan dan kebahagiaan!"

-Ustaz Pahrol Md Juoi-

Saya peminat setia karya beliau dan sering mengikuti ceramah beliau, bait-bait kata-kata semangat dari beliau adalah salah satu terapi hati buat saya. Sungguh terkesan di hati.

Beberapa hari yang lalu, terasa diri di belenggu penyakit "stress" mungkin terlalu memikir banyak benda dan kerja-kerja serta perasaan yang sentiasa di belenggu resah. Resah mungkin beberapa hari ni kurang mengaji. Kesibukan kerja mungkin membatasi waktu saya. Salah kan diri sendiri kan, betul la kata orang bila kita dah dekat ngan Allah dan sentiasa membaca Al-Quran sesekali tinggal hidup terasa kosong dan resah.

Saya bukak kembali surat cinta dari Allah itu, saya baca dan saya fahami setiap apa yang di tafsirkan, bait-bait kata-kata dari Allah saya amati. Betul kata bonda "Baca lah Al-Quran mesti hati jadi senang dan tenang" saya akur dengan kata-kata ibu.

Apa pun saya doakan saya sentiasa tabah, biasa masalah jiwa adakalanya melanda diri, terkadang bila diri di rundung sepi, hati jadi kucar-kacir sedikit, mungkin saya perlu berehat dan mencari tempat untuk memberi ruang buat diri.

Teringat lagi pesan msg dalam Whatssaps saya dari seorang teman, berbunyi begini

" dengar cerita dah ada boyfriend baru? "

terasa macam nak marah mula-mula tapi saya menjawab ringkas!

" Kalau saya ada bf dah lama saya ajak dia kawen! tegas dan tepat" hehe ^__^

Bersangka baik la wahai teman! saya still menanti jodoh dari Allah swt, doakan sahaja kebaikan buat saya sahaja sentiasa dan selalu. 

Anyway thanks atas pesanan yang acap kali beliau hadiahkan.Doa saya semoga awak sentiasa berbahagia di samping orang-orang yang anda cinta.

"Saya suka Entry "humaira" yang anda beri tu " Syukran! "

"Sangka baik kita kepada orang lain adalah doa kita untuknya. Sangka baik orang kepada kita adalah doanya untuk kita. InsyaAllah, sentiasa sangka baik... kita akan mendapat yang baik.
Walaupun belum jadi baik, sekurang-kurangnya membantu sesama kita yang sedang berusaha menjadi baik"

Amin ya Rabb.

 -Doakan jua buat rakan2 kita dan sedara seislam kita di Palestin, sayu hati melihat mereka Ya Allah lindungilah mereka dan tabahkanlah hati mereka-


Salam Sayang Kerana Allah Untill Jannah
Puteri Amna Balqies




Monday, November 5, 2012

Silent Reader dan Sungai Petani

 
 Assalammulaikum wbt
 
" Rabbi' shrahli sadri wa yassirli amri wahlul 'uqdatan min lisani yafqahu qawli "


 Salam Satu Malaysia dan Salam Buat Umat Islam Semua


Silent Reader

Kelakar bila seorang kawan saya memberitahu beliau adalah salah seorang daripada berjuta-juta blogger yang membaca blog dan mengikuti perkembangan blog saya. Seriously saya terkejut dan tersenyum bila mendapati beliau aktif membaca kisah-kisah saya dari awal saya mengenali "blogger". Yela kan tak sangka beliau sering membaca even kadang-kadang saya lama tak update apa-apa cerita tentang hidup dan cerita-cerita yang saya share suka-suka bersama-sama teman-teman saya di alam maya. Maklumlah saya amat sibuk dengan jadual kerja dan hidup saya sekarang ni. "Business women"  lah katakan hehe. Apa pun saya ucapakan terima kasihlah kepada sesiapa yang sudi lagi membaca kisah-kisah kehidupan saya.

Maybe ada yang berpandangan negatif pada blog ni, ada juga yang berpandangan positif tentang blog dan siapa blogger sebenarnya. Saya tak paksa orang nak baca atau nak kritik tentang saya. Apa yang saya tahu saya bahagia dengan apa yang ada dalam hidup saya sekarang ni. INI BLOG SAYA kalau rasa-rasa tak berapa senang untuk membaca anda boleh "Ignore" saya dari membaca blog saya "Simple as that" Yela dari meluat baik tak baca kan. Dari mengutuk dapat dosa baik tak bertindak menjadi lebih baik.

"Hidup tak pernah bisu dari kritikan dan kecemburuaan" anggap sahaja semua yang hidup berhak mempunyai pelbagai rasa dan perasaan. Bagi saya "relax je" saya still saya dan menjadi diri saya dan sentiasa berdikari untuk "upgrade" hidup saya menjadi lebih baik dan berjaya.

"Be Positive InsyaAllah Allah with u"

Berjalan-jalan di Sungai Petani, Kedah


Berpeluang membandu ke utara dengan kereta kecil ku adalah satu pengalaman yang cukup "best" bagi diri saya. Yela sebelum ni saya jarang nak berjalan-jalan apatah lagi orang nak bawak saya jalan-jalan. Sejak rezeki bertambah murah income bertambah-tambahlah saya rajin dok jalan-jalan.



Kali ni, ke Sungai Petani, kebetulan seorang teman saya tinggal di sana, beliau membawa saya berjalan-jalan di negeri kedah yang sepanjang hidup saya tak pernah pun menerjah negeri terbabit. Kesian kan saya? 5jam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Sungai Petani amatlah  mencabar. Tapi saya redah je janji sampai.

Mari cuci mata tengok "picture" model candi yang tak bapa jadi model nih hehe ^__^


ok sekian cuci mata hehe..

Seronok tengok bila dapat tengok sawah dekat-dekat jadi "jakun" pulak tengok kehijauan nun terbentang luas, tapi sayangnya saya tak dapat nak turun berikutan masa tu hujan. Berjalan-jalan ke Muzium candi-candi buat saya jadi teruja, sebelum ni saya sering melihatnya di dalam buku-buku sejarah. Ni dapat tengok secara "Live" terpegun tu sahaja yang mampu di gambarkan.

okla tutup kisah jalan kat kedah InsyaAllah esok kalau "free" sambung update cerita sabtu lepas dan aktiviti yang saya lakukan.
 


"Ukhuwah Fillah Abadan Abada"
Salam Sayang Kerana Allah Untill Jannah
Puteri Amna Balqies