Jom klik hearbeat

Tuesday, June 25, 2013

Jerebu di hati kita..

Assalammualaikum wbt

Hari badan terasa lesu, tekak terasa sakit. Cuaca jerebu masih lagi di tahap index yang kurang memuaskan. Mungkin bila udara luar kurang baik maka sikit sebanyak akan mempengaruhi tahap kesihatan saya.

Topeng kat farmasi yang selama ni pun tak terjual, semuanya terjual. Akibat jerebu ni. Tadi "survey-survey" lah topeng muka tu malangnya awal-awal diaorang dah tulis kat depan pintu masuk "face mask sold out"
jarang kan orang nak aware pasal kesihatan dulu. Padahal sebelum jerebu pun dah banyak asab dedebu kenderaan berterbangan je kat mane-mane kita pergi, tapi tak ade pulak yang sibuk nak pakai mask.


See.. now baru timbul segala macam kerisauan yang melanda diri anda masing-masing hehe..sejak menjadi tutor bahasa nih ayat saya pun cam skema-skema je..haha yela mengajar bahasa bukan semudah kata-kata.Student-student pulak bukan dari bangsa kita, bukan rumpun kita, bukan dialek kita nun jauh dari lain-lain benua. Jenuh jugak la saya nak speaking london ngan diaorg, kadang-kadang apa yang diaorg cakap pun saya tak berapa nak jelas, kadang-kadang siap wat aksi tangan baru saya faham.

Di Institute bahasa ini lah kami mendidik mereka dari tak tahu berbahasa yang jelas atleast orang kelililng faham bahasa mereka. Tugas kami di sini bukan mudah malah ada kadang-kadang hilang asa sabar bila mengajar mereka-mereka yang memang kurang pandai bercakap dan susah nak faham biarpun dah acapkali belajar.

Kesimpulannya bukan senang nak didik orang bahasa kita, atleast saya berusaha ajar orang untuk cakap dalam bahasa kita.

Kerja-kerja office berjalan juga seperti biasa, kini banyak tanggungjawab yang besar harus di pikul untuk memastikan hal ehwal pengurusan pelajar teratur dan sistematik.

SAYA GURU MALAYSIA, DAN SAYA ANAK MALAYSIA, SAYA BANGGA BERBAHASA MELAYU.

 Hati Bermonoloq :  Lagu Najwa Latip tak jemu nak dengar..comel cam orangnyer jugak, patotla kawan baik saya yang sorang tu minat giler ngan najwa sampai rambut kuar uban..hehe anyway Happy Besday!


Salam Sayang Kerana Allah Untill Jannah 
Puteri Amna Balqies

Sunday, June 9, 2013

Here I'm Back

Assalammualaikum wbt..



Buat pertama kalinya setelah beberapa bulan tidak menulis dan 'here!! i'm back !!, mungkin tertanya-tanya mana cik aqies menghilang.

Mana taknya blog masih sama, facebook dan tak active, deactivate pulak tu. Panjang ceritanya tapi di pendekkan cerita, Alhamdulillah saya sudah beralih tugas dari berkhidmat di bank dan kini saya bertugas sebagai Pensyarah Sambilan dan Programme Co-Ordinator di salah sebuah kolej swasta di ibu negara.

Itu lah al-kisahnya, eh!! ada lagi..nanti cik aqies akan cerita lagi..

Mari sambung kerja semula..bos baru memang best..but kerjaya baru amatlah teruja dan agak sedikit mencabar, dalam seumur idup inilah kali pertamanya nak mengajar. Kalau dulu duduk dalam kelas je.Tapi sekarang saya di hadapan segala macam karenah student local dan international..pening makcik nak di buatnya..hahaha..

Beberapa bulan ni agakla sibuk dengan pelbagai persiapan..hujung tahun adalah tahun yang bakal merubah segalanya dalam hidup cik aqies..jeng..jeng..jeng ..bagi suspen sikit2..

Kalau nak tahu ikuti kisah cik aqies menjelang bulan Disember..nantikan kisah selanjutnya..ooh!! ya kat opis baru nih bole menyambung aktiviti chat dan bermuka buku kembali..hahahahaha (mari bergelak besar). Mari beronline kembali..dengan wajah suci murni

suci murni kan..ni pic tak edited k original copy nampak x pipi bahagia tuh


Buat semua teman di harapkan anda semua bahagia di samping orang-orang yang tersayang..


Salam Sayang Kerana Allah Untill Jannah

Puteri Amna Balqies