Jom klik hearbeat

Tuesday, October 29, 2013

Air Kosong

Assalammualaikum wbt

Salam Satu Malaysia


Sekarang saya berkempen kat officemate semua minum air kosong banyak-banyak kalau muka lebih bersih dan cantik selain berkempen makan vitamin c dan e dari jenama shaklee. 

So, sejak beli botol air tupperware pink ni, makin giatlah saya minum air kosong. Lagi-lagi bila mesin air kosong free dekat je ngan workplace saya. Sampai anak-anak kuliah pun saya kempen soh minum air putih. Bila bibir terasa kering tu tandanya kurang minum air pakailah apa pun jenis pelembab bibir ianya tetap merekah.

Ingat lagi pesan seorang hamba Allah dulu, dan pesannya kerap jadi ingatan dalam otak ni sebab dia memang jenis yang kuat minum air putih, dan beliau selalu membebel pada saya bila saya malas minum air putih. Senang je nak tahu saya kurang minum air bila kepala saya sering sakit itu  menandakan otak saya kurang oksigen, air adalah sumber pembekal oksigen pada otak kita..

Apakah tanda orang yang tak cukup oksigen? Salah satunya ialah kerap sakit kepala, cepat stress dan macam-macam lagi. Salah satu cara untuk pastikan otak kita cukup oksigen ialah dengan menjaga solat kerana pergerakan sujud itu membekalkan oksigen yang banyak kepada otak. Selain itu, amalkan minum air kosong 8 gelas sehari.

Solat juga adalah senaman badan untuk badan dan otak ciptaan Allah yang agong.

Tips untuk cantik dan hidup tenang 

Hiduplah dengan positif..teruslah berjalan even begitu byk cabaran dan dugaan..InsyaAllah kebahagiaan pasti dtg..Tetapkan pendirian kita, azam serta cita-cita. Yang lalu biarlah yg lalu, tetapkan dlm hati jgn berpaling pada yang bukan hakiki..mungkin ada hikmah yg perlu kita selami..

Kesimpulannya ~ Tabahlah biarpun payah, menangislah smpi basah, berdoalah jgn biarkan hatimu goyah, berserahlah pada Allah swt moga2 hidup kita lebih indah..

Ameen  =)


Sekian  =)  tata !  


Salam Sayang Kerana Allah Until Jannah
Puteri Amna Balqies

Wednesday, October 16, 2013

White Detox By Simply Siti

Assalammualaikum wbt

Salam Simply Siti =) 

Runsing pasal detox dan permakanan? cuaca dan persekitaran kini tiada lagi dengan White& Detox by Simply Siti, hehe tu kata pelakon comel dan ayu Siti Saleha. Dia memang dah gebu dah, bila jadi model product Simply Siti by Siti Nurhaliza yang baru pun still gebu.

Ni set Acne and oily solution yang bagus untuk kulit

Nak di jadikan cerita saya adalah pengguna tegar product ni since tahun lepas, mula-mula try product skin care untuk oily and acne skin pastu dah ok muka pakai white and detox, actually baru nak masuk 2minggu. Yang best pasal White Detox ni memang tak berapa nak berminyak dan smooth kat muka. Cuci muka dia jugak boleh jadi mask muka sekali. Hasil dari teknologi negara yang terkenal dengan K-POP iaitu Korea.

luv night cream dia after cuci muka before tido pakai ni confirm esok pagi muka fresh


Korea product memang berasaskan bahan semulajadi dan bebas dari kesan-kesan cremical. Bukan maksudnya tak ada lansung tapi kurangla. White Detox ni asasnya kandungannya dari Madu dan Tea Tree dan sumber-sumber alami dari tumbuh-tumbuhan asli, baunya jugak fresh dan baunya sedap. Bila pakai rasa kulit lembut dan tak terlalu berminyak. Dato' Siti memang mengadakan produk ini sesuai dengan cuaca dan kulit asia macam kat Malaysia ni, dan tak heranla kalau harganya agak mahal dan kualitinya memang terbaik. Kesan jugak terbaik.

Hehe..promote sebab muka saya juga semankin comel dek kerana Simply Siti yang unik.

comel kan kak ton hihi =) skin problem settle !!

Alhamdulillah 2minggu kesan dah nampak ok, tambah lagi dengan penjagaan kulit dengan vitamin C dan E by Shaklee product terbaik. ESP Soya Milk drink the best product yang bole buat kulit bebas dari radikal dan buat kulit jadi sihat dan gebu.

SimplySiti plus Shaklee memang terbaik. Dengan syarat Istiqomah dan rajin-rajin amik wuduk =)

Hasilnya keserian kulit yang baik dan sihat.

Dah macam iklan product dah hihi, anyway siapa-siapa nak try bolah dapatkan di farmasi watson yang berdekatan. Eyeliner Simply Siti pun best buat mata nampak lagi cantik. Cantik cam Siti hihi


Ok Sekian. Share means Care =)

Salam Sayang Kerana Allah Untill Jannah
Puteri Amna Balqies


Korban Raya

Assalammualaikum wbt

Salam Satu Malaysia,

Hampir genap 2 tahun saya memandunya, namun bukan nak mendabik dada mahupun rasa tinggi diri, Alhamdulillah saya amat berhati-hati ketika memandu dan amatlah berkhemah.

Teringat pesan seseorang dahulu, "bila pandu kereta kena hati-hati, nak keluar simpang kena tengok betul-betul, bila berhenti kena tekan break dan baru betulkan gear jangan men redah je lagi-lagi bila bawak kereta auto kena jaga enjin kalau tak rosak la gear box" hehe yer si pemandu sebuah kereta proton persona dahulu, bebelannya sampai saat ini masih teringat-ingat dalam kepala, kerena beliau yang mengajar diri hamba ni membawa kereta auto dengan jayanya. Selalu kena marah sampai saya pandai memandu sehingga ke akhir ini. Kerana mulut beliau yang kadang-kadang macam cili padi tula saya sentiasa beringat ketika memandu. Sebab saya ni kaki redah je, janji bole memandu. Terima kasih la pada beliau walaupun cerita ceriti kami telah lama berlalu, dan mungkin selamanya padam. Tapi nasihat yang baik tetap saya jadikan panduan.

Beringat sebelum ajal!!

Dan pada Hari Raya Korban yang lalu, satu inciden yang amat menyedihkan berlaku terhadap kereta kesayangan saya, sewaktu kami berkonvoi ke rumah saudara di jenjarum, saya ketika itu memandu kereta milik bonda saya, sepupu dan adik bongsu telah mengalami kemalangan yang sewaktu dalam perjalanan yang sama.

see!! kemek dan tak boleh tutup rapat sian dia

kalau zoom dekat-dekat memang teruk clip bumper pun patah


Yang sedih mereka bawak kereta den!! dan kereta den yang kemek!! aduahai tersodok bumper kereta honda accord baru milik seorang doktor india. Sades!! tapi memang dah tertulis nak jadi, pelanggaran itu berlaku akibat pemandu kereta terbabit secara tiba-tiba melunsur masuk dari simpang yang berlainan dan memotong terus masuk di hadapan kereta saya. Apalagi berlanggarla maka kemek lah!!!

Dan akhirnya report polis mengesahkan pemandu india itu salah, kerana memotong dengan jarak yang tidak selamat dan menyebabkan kemalangan.

Dan today saya still bawak kereta kemek ni pergi kerja, sementara tunggu untuk di hantar ke bengkel bagi membaiki kerosakan bumper depan dan penutup enjin depan yang tidak boleh di gunakan lagi. Alarm kereta pun dah tak boleh guna akiibat sistem automatik terhadap semua pintu akibat perlanggaran itu rosak.

So pakai manual la. cam zaman dulu-dulu kala, kekok jugak.

Anyway, semuanya Alhamdulillah berjalan dengan baik dan sempurna. Moga-moga Allah selamatkan segalanya. Tapi dalam hati tetap rasa sedih juga..ermm sabar la kan.



Sekian, bye =)

Salam Sayang Kerana Allah Untill Jannah
Puteri Amna Balqies

Tuesday, October 8, 2013

Hijau dan Fishtail Inpirasi Dari Sahabat Hijau

Assalammualaikum wbt

Salam Satu Malaysia


Uwaaa sekarang byk sgt fesyen dress muslimah kan..kan..maka mata pun jadi rambang. Kalau bab warna feveret ni memang pink ngan purple la. Tapi kali ni saya nak ubah sikit ke warna yang lain

Dulu saya selalu di prostes oleh dua rakan serumah Puan Syasya pemilik blog cha hijau dan Puan Hazirah sebab kalau bab baju je memang tak ada warna lain selain pink dan purple. Dah minat nak buat camna kan? si syasya memang hantu hijau semua baju nak warna hijau sampai beli tupperware rumah pun penuh warna hijau. Hadoii memang orang pokok, dari dulu saya panggil dia dengan gelaran pokok, pokok kan hijau so sebab dia pendek dan suka warna hijau saya panggil dia "pokok" hihi..

Yang sorang ni pulak Puan Hazirah yang lebih saya kenali sebagai kak azie, peminat warna coklat, ermm memang semua baju majoriti warna coklat. Tak kira pe pun sampai ke kasut pun coklat, tema kahwin pun coklat bab-bab warna coklat serah kat dia.

Tapi mereka  lah penyeri hidup pada zaman serumah dahulu, aissssshhh tetibe sedih pulak. Dari segala bab tukang dengar tukang ngumpat gelak macam nak pecah rumah hehe bagi lah kat kami. Tah berapa lama kami kawan pun saya lupa, sebab saya ada penyakit yang memang susah nak ingat tarikh. Cuma saya ingat saya dah berkawan ngan mereka ni bertahun lamanya.

Dari mereka bebujang sampai la mereka berkawin dan beranak pinak. Hahaha saya? lom tukar status tu lagi InsyaAllah doakan yer. Ameen.

Saya sayang mereka, awk (syasya) saya dah mula suka-suki ngan warna hijau ni dah tak muntah lagi la tengok warna feveret awk. Dan banyak-banyak kain baju pun dah mula ada warna feveret kak azie hihi. Kira saya dah boleh masuk la warna-warna feveret korang. Harap korang suka.

Ini pic yang telah di curi gambar terbaru mereka bersama anak-anak tersayang



Meriah kan??


ni baju yang baru saya beli cantek kan? fishtail dari ummi Ruhani Ismail


ni tudung labuh hasanah untuk baju tuh

hehe, hijau meriah semuanya cuma pic coklat lom masuk on the way ok.


Ok sekian

bye.


Salam Sayang Kerana Allah Untill Jannah
Puteri Amna Balqies

Monday, October 7, 2013

Molek-Molek

Assalammualaikum wbt

Salam Satu Malaysia


6.30 petang saya masih di office menyelesaikan tugasan di temani rakan-rakan pensyarah yang lain. Tugasan kerja yang berlainan kadangla menyesakkan fikiran. Sabtu lepas pulang dari office saya di serang sakit kepala yang teramat sangat. Migrain yang keterlaluan, adakalanya rambut saya pun gugur.Stress dan bebanan tugas antara punca utama doktor memberitahu saya, tekanan darah saya pun teramat rendah.

Ermm tapi saya bersyukur kerana saya masih lagi tabah untuk terus bekerja dan berbakti. Moga-moga Allah memberkati segalanya.

Tudung Labuh Hasanah Collection


Dedikasi khas buat seorang teman kerana memperkenalkan saya dengan butik online tudung beliau Hasanah Collection, dia saya cuma kenal melalui online butik tudung labuh hasanah. Alhamdulillah saya cukup selesa dengan imej dan hijrah yang baru saya alami.

Terima Kasih Puan Sya, dari M kini ke L moga-moga saya kekal dengan imej yang baru ini kerana Allah. Alhamdulillah semua teman-teman sangat memberi sokongan bahkan ibu angkat saya juga berminat untuk melihat koleksi Hasanah ini.Harga dan kualiti tu yang paling utama apabila kita menyesuai padan pemakaian muslimah. Pakai labuh-labuh pun bukan dengan niat nak tunjuk-tunjuk yer, tapi betulkan niat kat hati kita pakai segalanya untuk Allah dan patuh syariat islam.

Bukan pakaian je nak molek, bahkan akhlak juga nak kena molek gak.

Moga-moga Allah membahagiakan kita semua yer.

P/S :  Siapa kata kita tak berhak bahagia?? InsyaAllah bahagia itu akan tiba.


Salam Sayang Kerana Allah
Puteri Amna Balqies




Thursday, October 3, 2013

Tayar Ohh Tayar

Assalammualaikum wbt

Salam Jumaat dan Salam Satu Malaysia


Semalam hari yang paling bermakna dalam hidup, hehe macam suspen benda apa la kan? ni la kalau orang yang agak "jakun" tak pernah tukar tayar kereta yang hampir mencecah 2tahun.

Waktu "break" lunch tengah hari saya gunakan untuk mencari kedai tayar bagi mengantikan tayar kereta yang hampir botak. Mana tak nyer dah lama ulang-alik pakai sah-sah la mintak di ganti.

Sampai je satu kedai tayar, bukan service kereta di hujung Taman Maluri, setelah memilih dan bertemu dengan "taukeh" kedai tayar tu dan "nego" harga tayar maka beliau mencadang kan tayar "Michelin" untuk mengantikan tayar saya yang lama. Jenama asal tayar "Good Year" tapi apek kedai tu suggest dua tayar yang tahan lasak "continental" mahupun  "Michelin".


"ini tayer sama itu tayer olang lumbe F1 ma, tahan lasak, takde licin punyer hujan"  kata apek itu kepada saya, wahai apek saya bawak myvi je bukan bawak ferari mahupun kereta lumba F1 tu hadoiiii!!! penuh semangat apek tayar tu dok promote tayar michelin. Mana tak nyer sebijik tayar Michelin mencecah RM 200 untuk sebijik tayar.

Hah!! amek ko melayang duit den satu hari je dengan jayanya, hehe tapi demi keselamatan dan perjalanan yang baik saya berkorban. Hari tu service je kat Perodua  RM350 campur tukar tayar dah nak dekat RM1000k lebih sekali dengan bayaran bulanan kereta bulan ni.

Kereta ooh Kereta !!! siapa cakap bila ada kereta ni senang, Senang bole jalan ke sini sana tapi duit pun kena ada yer kak oii. No money, No Talk !! kata owang putih..

Apa pun thanks la kat apek tu, memang betul tayar Michelin ni sangat selasa specially bila saya memandu, yela dah melayang duit mahu tak selesa hehe. Memandu sambil tersenyum =)


Sekian,


P/S :  Moga-moga segalanya berjalan dengan baik dan selamat.


Salam Sayang Kerana Allah Untill Jannah
Puteri Amna Balqies