Jom klik hearbeat

Saturday, March 7, 2015

Cerita Kamek!!

Salam WBT..


Buat kalian yang sentiasa di hati saya


7/3/2015

Genap 3bulan saya bertugas sebagai Executive  Customer Service Trainee di Sebuah Company Retail Di sebuah Department Store yang terbesar di Asia Tenggara.

Kerja Dalam Bidang Retails biasala shift atau dalam erti kata lain saya punya jadual amat padat dan bertugas menuntut banyak masa saya di tempat kerja tersebut. But Alhamdulillah saya dapat biasakan diri setakat ni. Husband pun ok je, sebab beliau juga sibuk dengan kerja-kerja beliau. Dan adakalanya beliau jarang ada di rumah tepat pada masa. Tiap kali beliau menyarungkan uniform untuk ke tempat kerja di waktu cuti, tiap kali tu la hati saya jadi sayu mayu.

Hampir setahun usia perkahwinan kami, banyak onak dan duri kami tempuhi, ada sedih dan ada juga gembira menjadi asam garam dalam setiap perhubungan.Hanya Doa yang saya pohon moga2 hidup kami berdua bahagia till jannah.

Pengalaman yang lalu saya jadikan pengajaran, hidup ini tak sentiasa indah selalu, apa yang paling penting kita perlu ingatkan diri, hidup adalah satu perjuangan untuk mentadbir diri. Banyak zaman, banyak juga pengalaman dan pengajaran.

Hidup perlu kuat dan hidup perlu tabah. Dan sebelum peroleh bahagia yang hakiki, perlu ada banyak ceritaria yang membuat kita berlajar untuk jadi yang lebih baik.

Cinta dulu, tak sama cam cinta sekarang! cinta sekarang adalah Cinta yang Halal di sisi Tuhan, Dialah sahabat dialah teman sehidup semati Insha Allah abadi hakiki di sisi yang mencipta bumi yang penuh onak dan duri.

Buat yang pernah singgah di hati memberi tumpang  belajar erti hidup dan menabur benih2 kasih sayang, terima kasih saya ucapkan. Kerna anda, Allah temukan jodoh yang lebih baik dan Allah titipkan rasa cinta yang sempurna.

uwaa..tetiba sedih, saya tahu anda juga sedang melayari bantera bahagia, Alhamdulillah buat semua. Esok 8/3/2015 saya bercuti yeaaayyy!! nak rehatkan diri, nak tidur sepuas2 nya. Dan kebetulan esok Tuan Suami pun bercuti.

Dan esok adalah rencana berdating ngan Tuan Suami!! Mari Lompat Bintang! hikhikhik..

Buat kawan peminat Najwa Latip saya yang berada di Bumi Kuching Sarawak!

"kamek arap kitak sihat jak kat sinun bumi keyalang tek! jauh na kitak kerja kamek arap kitak bahagia sentiasa dan jangan lupak jemput kamek kalau nak kawen kelak terima kaseh sebab jadi kawan mek sampai kinek tok"

hihi pandei klakar sarawak kamek sejak makan mee kolok!! huhu tedah la kitak sik makan tempe gik sinun sekda tempe..sinun byk mee jak

Ok la tercakap sarawak pulak. hihi di sebabkan husband dari sana dan kawan-kawan kat tempat kerja pun banyak transfer dari sana. Best bahasa melayu sarawak ni. Kalau orang dengar pun orang pelik2 senang sikit nak buat "ketupat" kat tempat kerja. haha


Sampai jumpa lagi kelak!!! hihi


Salam Sayang Kerana Allah Until Jannah
Puteri Amna Balqies




.




No comments:

Post a Comment