Jom klik hearbeat

Saturday, February 21, 2015

Misi Makan-Makan

Salam WBT

Salam Satu Dunia (hehe baru luas sikit salam  !! )


Sampaikan salam dan Berilah Salam..Activekan diri dengan memberi salam. InshaAllah semoga sama-sama kita merasa keberkatannya bersama. Ameen.


Ohh musim orang kawen telah bermula, Banyak yang berkahwin anyway SELAMAT PENGANTIN BARU UNTUK YANG BARU BERKAHWIN..semoga bahagia until jannah.Dan selamat menempuh hari-hari bergelar isteri dan suami yang sangat mencabar. Good Luck!!

Ok berbalik cerita Misi Makan-makan, harini saya bekerja seperti biasa dan akan bercuti lagi 2hari. Yeayy cuti sangat byk bulan ni, walaupun sibuk dengan kerja-kerja. Memang busy je kalau kerja ni, tak pernah yang x busy.

Cuti saya biasa akan pulang ke rumah bonda, jenguk ayah, jenguk ibu, jenguk anak buah tersayang, petang-petang g jogging ngan hubby dan makan-makan. Di sebabkan saya teringin nak makan tauhu sumbat, hubby dengan gigihnya mencari dan bawa isteri kesayangan beliau ni ke sebuah gerai makan di Pekan Semenyih, Gerai yang menjual tauhu goreng dan Nasi Ayam yang sangat sedap. Tapi tula nak pergi makan sini kena beratur sebab terlalu banyak orang. Even macam tu tapi berbaloi sebab sedap sangat.

Tq buat incik Tuan Suami kerana kegigihan beliau.



Tauhu goreng dan sambal sosnya yang sedap yum..yum




Makwong dan Arissa Az-Zahra


Zahra dah 5years old dan dah start sekolah di Little Caliph, Semoga membesar dengan baik dan jadi anak yang solehah sayang. Makwong always luv u..Misi seterusnya hubby cakap nanti ade supprise nak buat sebab dah nak masuk bulan March..March ooh march lagi beberapa hari je lagi bulan itu akan menjelma..Dan bulan adalah bulan seribu makna buat kami sekeluarga. Bulan bukti kasih sayang buat bonda dan ayahanda, bulan pengikat tali persaudaraan dua keluarga dari jauh nun Sarawak Bumi Kenyalang dan Kuala Lumpur dengan ikatan pertunangan.

Jauh jodoh hamba, Banyak jugak cabaran dan dugaan yang kami terima, pe pun kami bertatih belajar untuk jadi setia dan activekan diri dengan bahagia dan berpegang pada agama.



adik beradik dari sarawak


Lastly semoga perkahwinan kami bahagia untill jannah, semoga semua orang yang penah mengenali diri saya bahagia juga, Hidup memang perlu ade sedih, dan tawa, perlu ade pertemuan dan perpisahan, perlu ade pengorbanan.

Baru Hidup macam rainbow, "kaler-kaler" baru meriah.


Lama lagi ni nak update blog, anyway best of luck to all of you.


Salam Sayang Until Jannah
Puteri Amna Balqies







Tuesday, February 3, 2015

Cantik Itu Unik

Salam Wbt
Mari Kita berkongsi

لايلزم أن تكون وسيما لتكون جميل
Kau tidak perlu berwajah cantik untuk dikatakan sebagai seorang yang cantik
ولا مداحا لتكون محبوبا
Dan tidak perlu memuji-muji kerana mahu menjadi seorang yang disukai
ولا غنيا لتكون سعيدا
Tidak perlu menjadi kaya untuk menjadi seorang yang bahagia
يكفي أن ترضي ربك وهو سيجعلك عند الناس جميلا و محبوبا و سعيدا
Cukuplah dengan membuatkan Tuhanmu redha dan kasih kepadamu,pasti Dia akan menjadikanmu cantik dan indah di mata manusia,
disukai dan disenangi oleh semua,
serta hidup bahagia
لو أصبت 99 وأخطأت مرة واحدة
Andai kau lakukan 99 kebaikan, tetapi terbuat silap sekali
لعاتبوك بالواحدة وتركوا ال 99
Manusia akan menyalahkanmu dengan kesilapan yang satu itu, dan melupakan semua 99 kebaikan yang lain
هؤلاء هم البشر !
Itulah hakikat manusia!
و لو أخطأت 99 مرة وأصبت مرة
Tetapi andainya kau lakukan 99 kesilapan, dan cuma sekali melakukan perkara kebaikan
لـغفر الله ال 99 وقبل الواحدة
Allah akan ampun semua 99 kesilapanmu dan menerima amal baktimu yang satu itu
ذاك هو ربي
Itulah Dia Tuhanku!
Petikan Bicara
Almarhum Shaykh al-Tantawi,rahimahullah