Salam Satu Malaysia
alalala...sweet kan??
Beberapa hari ini hidup terasa macam sedih je, bila tanya diri kenapa perlu bersedih? ermm bila terkenang-kenang kisah lalu tiba-tiba hidup rasa hampa. Pe la jiwa ni, lalu capai Al-Quran kecik di dalam almari, terapi hati, terapi jiwa, bonda kata istiqarah la malam nanti, moga-moga Allah tunjuk yang lebih baik. Bila di renung-renung kembali, Allahhuakhbar terlalu banyak benda yang saya pelajari sepanjang bergelar hamba.
Semalam masa usrah dengan seorang teman di laman muka buku, saya jadi sama-sama menangis, aisshhh!! sama-sama berkongsi segala duka dan duka, kesimpulannya CINTA pada manusia tu tak kekal melainkan CINTA kita pada yang Esa. Sian dia di tinggalkan setelah hampir 5tahun menjalin cinta beliau di tinggalkan akibat orang ketiga.
Aieee,, cam kena jerr, cam same jerr !! hihi, relax jela kan mengalah namun kita bukan kalah, bahkan dia akhirnya bakal berkahwin di hujung bulan Disember. Alhamdulillah atas restu Allah akhirnya dapat juga cinta manusia yang cintakan Allah. Nah!! bukti kekuasaan Allah yang Maha Mengetahui di setiap pe yang di rencanakan. Allah tu adil, tak kan nak bagi jodoh yang bukan terbaik buat kita kan.
Yang menunggu hari bahagia syabas, doakan saya menyusul jua. Bila tu? hihi InsyaAllah akan ku tunggu hari-hari bahagia itu dengan penuh sabar. Moga-moga Allah menghadiahkan pemilik cinta ku setelah Allah dan Rasul yang baik-baik dan melabuhkan cintanya pada Allah jua.
Buat sahabat Tahniah! penantiaan mu dan kesabaran mu terbalas jua. Lepas jadi isteri kita cerita pulak pengalaman jadi ummi dan pasal anak-anak pulak yer. hihihihi..
Artis semua dah mula sedar, semua nampaknya dah beralih ke fesyen-fesyen islamik, Alhamdulillah bagus tengok-tengok artis sekarang, semua dah menutup aurat. Moga-moga sinar islam lebih baik di Malaysia ni.
Buat diri, moga-moga kekal dengan hijab dan terus juga berbakti pada anak-anak didik ni. Hari ini masuk kelas budak-budak ni tegur "Miss suka tengok miss hari-hari comel" hahaha getus dalam hati
(comel kah aku!!). Ke korang nak dapat markah lebih ni. Kelas Bahasa Kebangsaan ni bukan senang kadang ada selit-selit isu-isu sejarah tentang Malaysia. Terkadang pening-pening kepala ni memikir macam mana nak bagi student ni semua faham kita ngajar.
Bila kelas pagi semua muka anak-anak didik ni masih lagi segar, bila masuk waktu tengah hari punya sesi semua dah macam nak tidur. Tu lah gelagat bila jadi pelajar, bila ngaja baru tahu macam mana jadi pensyarah bila duduk depan ngajar. Pening tapi suka!
Perancangan untuk sambung ke Master nampaknya kena tangguh dulu, tengah memikir bugjet-bugjet dan Universiti mana nak sambung lepas ni, Sebab lepas ni banyak kursus-kursus pengajaran dan seminar bersama pihak Kementerian Pelajaran perlu saya hadiri.
Moga-moga kuat jugalah hati ini nak melangkah ke fasa ke seterusnya, ura-ura saya nak di tukarkan untuk mengajar program perhotelan.
Hotel Management? pelik kan tapi memang benar. Layan jela. Dari Bahasa ke Perhotelan giler kentang ok!!. Education line is not easy as we think! bila ada basic management ermm senang-senang je kita kena campak ke program asal ikut kita punya education background atau kita punya pengalaman.
Malam ni ada kelas pengajian islam kat masjid, kelas tadarus Al-Quran, dan ceramah agama.
Dan malam ni bukan malam-malam untuk berjimba-jimba di majlis-majlis makan malam dan berpeleseran lelaki dan perempuan. Malam perlu di isi dengan malam-malam ke arah cinta syurga !!
ok sekian dulu, mahu pulang beli ubat sakit perut dab bersiap untuk ke kelas. Buat teman di PD yang sedang berkursus, semoga anda selamat dan baik-baik sahaja, Good luck for the next destination.
Jumpa lagi, bye!
Salam Sayang Kerana Allah Untill Jannah
Puteri Amna Balqies
No comments:
Post a Comment