Jom klik hearbeat

Sunday, May 24, 2015

Cerita Cinta Seorang Anak dan Isteri 1.

Salam Wbt.

Selamat Pagi..sebab waktu ni dah masuk waktu pagi..25hb May 2015.

Today kerja ok.Tak ada apa masalah.Cuma hari ni agak busy dari hari weekdays.Cuti kan.And my department time ni memang la ramai sangat orang.

Complaint and came for collecting vouchers and regarding all thing.

Now; baru dapat berehat.baru dapat tengok cerita korea hihi.

Before this dok hebat ngan cerita Hati Perempuan punya la berhantu tengok every episod cerita tu.Hari-hari dok record cerita tu before going out to work.Balik je minta incik suami pasang balik apa yang di record..haha dreaming je tengok cerita tu.

Sampai incik suami yg xsuka tengok pun jadi terjebak; di sebabkan kefanatikan wife beliau.

Tadi tengok cerita melayu ni pasal setianya seorang isteri pada ibu;pada suami dan sifat yg baik pada anak.Ermm sedih cerita tu sampai nangis sorang-sorang depan tv.

Ya.semua orang taat pada ibu dan ayah tak kurang juga pada semua.Dan sebaliknya ada jugak yang tidak berbuat hal demikian.Nauzubillah.

Teringat pada ibu.Tu yg buat saya menangis! Kenapa? Dari kami kecik dialah yg paling akrab menjaga dan mendidik kami 3beradik di saat ayah pergi bertugas jauh.

Di saat saya membesar dan belajar dialah yang setia menemani.Di saat hati merundum dengan pelbagai masalah hati dan perasaan dialah yg setia menemani.Di saat hati puteri beliau merintih kesakitan beliau sentiasa memberi semangat.Tak putus-putus memberi harapan dan kasih sayang.Setia menangis bersama.

Dia Ratu hati saya Terima Kasih Ibu.Insan yang kedua hadir tanpa di pinta.Dia jodoh utusan Allah.Dialah sahabat dialah suami.Tak pernah kenal.Tak penah bercinta;tapi dialah jodoh yang Allah utus untuk mengantikan tempat yang sudah lama saya kosongkan.Di awal perkenalan beliau adalah guru nun jauh di seberang negeri dan kemudian beralih tugas ke unit beruniform.Jodoh memang rahsia Allah.Setahun sudah berlalu.Macam-macam pahit dan manis kami merasa.Adat orang yg xpernah kenal lama. Bercinta selepas nikah ini lah gamaknya.Adakalah rasa goyah dalam jiwa.Tapi hati tetap teguh merasa Cinta harus di pupuk selari dengan doa dan kecintaan kepada yang Maha Mencipta Cinta.

Dialah Cinta dan Dialah Rindu Saya.Terima Kasih Buat Suami cekal juga mendidik diri beliau agar sama-sama mendidik diri ke arah Cinta High Class di sisi Allah.Setia mendengar cerita sang isteri.Tak pernah jemu mengesat air mata si isteri.

Terima Kasih kerana berani untuk mengubah dan berubah.Moga Cinta Till Jannah k.hehe

Akhirnya Bahagia dan Cinta itu kami pupuk sedikit demi sedikit.Alhamdulillah semua dengan IzinNya kan.Susah nak cerita tu lah cinta kami .kenal  tidak sampai setahun 3bulan kami bertemu; bertunang selepas itu dan bernikah dalam tahun yg sama.Ajaibkan! Bukan cinta biasa Cinta luar biasa hadiah dari Allah hingga kini.

Ameen..Syukran Allah! walaupun banyak rintangan pada di awalnya.Alhamdulillah itulah asam garam kehidupan.yang penting sebenarnya jangan mudah putus asa.Cukuplah berkali-kali rasa peritnya hidup.Cukuplah rasa pedihnya hati.Jangan sekali merasa seksanya hati untuk kali ini. Hidup ini adalah satu perjuangan; kuatkan hati redha apa yang Allah telah tetapkan untuk kita.

Saya bukannya siapa-siapa.Hanyalah insan yang xpenah jauh dari alpa.dan sedang berusaha ke arah membentuk diri ke jalan yang di redhai Allah.

Doakan saya tawaduk dalam usaha saya mengembeling tenaga ke arah kebaikan dunia akhirat. Ameen!

Maafkan saya andai kata-kata dalam blog ni mencuri sejuta kemarahan atau ke tidakpuasatian anda pada saya.Ini adalah cerita saya dan hidup yang yang saya kongsikan pada anda semua.

Dan blog ini adalah hak saya sepenuhnya.Yang baik datang dari Allah yang buruk datang dari hamba yang menulis blog ini.

Oklah panjang dah cerita.Semoga Anda semua tetap bahagia di bawah lindungan Kasihnya Allah.Ameen

Salam Sayang Kerana Allah Until Jannah
Puteri Amna Balqies.




Friday, May 22, 2015

Jahat tak Kita!!

Salam WBT


Tiba-tiba nak jadi jahat pulak, hari ini internet office baru ok. Hari ni stalker lagi yeayy!! jumpa lagi benda yang tak ingini. Hehe Takyahla nak hide sangat kan..kan..

Takpela tukorr la and private kan la macam-macam..nak kita bagi tahu macam-macam lagi dalam ni tak mau kan..

Nampak tak kejahatan hamba!

Hehe xpela wahai tuan hamba saya ok je nak stalker saya..

Atleast saya tahula tuan hamba sibuk-sibuk lagi nak tahu life saya.

Anyway tahniah la!

Ok bye! baik busy kan diri dengan kerja penat dan sakit ati pulak bila terjumpa orang tu stalker kite.

Semoga berbahagia k..


Salam Sayang Kerana Allah Untill Jannah
Puteri Amna Balqies

Thursday, May 21, 2015

Si Stalker Tegar Ku

Salam wbt..

Baru nak blk bertugas.

Tadi sempat review org yg stalker saya di dalam fb.

Beliau dah tukar nama..yg pasti beliau mesti stalker saya..siap tukar nama..ececehh..dah lama xbuat kerja stalker2 manusia yg saya dah blocked.

Bukan pe beta xsuke! seb bek saya ni pakar stalker org..haha yes!! saya akan privatekan everything..

Cukuplah jd silent reader di blog..sampai facebook beta pun hang terjah jugak..siap tukar nama bagai..saya ni budak IT software engineering..godek2 pun akhirnya terjumpa.

hihi saya bkn pe tak mau terlebih glamer..biar terlebih comel xpe..

okla..bye

Salam Sayang Kerana Allah Untill Jannah;
Puteri Amna Balqies

Monday, May 18, 2015

Si bulat dan Tudung Instant beliau.

Salam WBT


tgh dok fanatik dgn tudung camni skrg ni....neelofar and yg latest ni yg ni..cousin hubby yg knl kan..

even muke saya ni bulat tp rasenya tudung mcm ni still tampil ringkas dan anggun..taraaaa!!! ok kan..


sila abaikan pipi yg tembam itteww k..

haha..xcantek xpe janji cute miut..mmg dah cute tembam dah skrg ni..td ptg kt office br je timbang berat..MasyaAllah beratnya hamba..

hubby kate..xpela xyah nk diet sgt..tp yg ketara berubah kulit..setelah mkn benda alah Collegen satu ni..kulit tangan yg plg ketara gebu...seriously bkn nk tipu..tangan aritu mcm2 tanda nyamuk ade..tp beransur hilang..

Rahsia tu t sy cerita k...lg satu plg ketara xde rase nk laporr2 mcm sblum ni..mlm xmkn nasi pun kenyang..yer diet xbole mkn mlm yer kwn2..mkn mlm tu yg jd tembam..

oklah esok im going to continue life and lot a work to do..t kite share pe yg kite mkn utk jd kulit dan badan yg sihat dan menu yg teratur k..


Salam Sayang Kerana Allah Untill Jannah
Puteri Amna Balqies


Belated Besday

Salam wbt




Happy belated lah sangat-sangat buat diri.

Tq buat sahabat yang banyak wish di fb

Tak ketinggalan buat husband yang sentiasa di hati, 

Terlalu sibuk nak updated status sampai tak tahu nak updated apa

ok belanja latest pic lepas consume satu product ni..

Alhamdulillah kulit smooth, nak tahu pe bendanya nanti saya share kemudian

babai...



Salam Sayang Kerana Allah Until Jannah
Puteri Amna Balqies

Saturday, March 7, 2015

Cerita Kamek!!

Salam WBT..


Buat kalian yang sentiasa di hati saya


7/3/2015

Genap 3bulan saya bertugas sebagai Executive  Customer Service Trainee di Sebuah Company Retail Di sebuah Department Store yang terbesar di Asia Tenggara.

Kerja Dalam Bidang Retails biasala shift atau dalam erti kata lain saya punya jadual amat padat dan bertugas menuntut banyak masa saya di tempat kerja tersebut. But Alhamdulillah saya dapat biasakan diri setakat ni. Husband pun ok je, sebab beliau juga sibuk dengan kerja-kerja beliau. Dan adakalanya beliau jarang ada di rumah tepat pada masa. Tiap kali beliau menyarungkan uniform untuk ke tempat kerja di waktu cuti, tiap kali tu la hati saya jadi sayu mayu.

Hampir setahun usia perkahwinan kami, banyak onak dan duri kami tempuhi, ada sedih dan ada juga gembira menjadi asam garam dalam setiap perhubungan.Hanya Doa yang saya pohon moga2 hidup kami berdua bahagia till jannah.

Pengalaman yang lalu saya jadikan pengajaran, hidup ini tak sentiasa indah selalu, apa yang paling penting kita perlu ingatkan diri, hidup adalah satu perjuangan untuk mentadbir diri. Banyak zaman, banyak juga pengalaman dan pengajaran.

Hidup perlu kuat dan hidup perlu tabah. Dan sebelum peroleh bahagia yang hakiki, perlu ada banyak ceritaria yang membuat kita berlajar untuk jadi yang lebih baik.

Cinta dulu, tak sama cam cinta sekarang! cinta sekarang adalah Cinta yang Halal di sisi Tuhan, Dialah sahabat dialah teman sehidup semati Insha Allah abadi hakiki di sisi yang mencipta bumi yang penuh onak dan duri.

Buat yang pernah singgah di hati memberi tumpang  belajar erti hidup dan menabur benih2 kasih sayang, terima kasih saya ucapkan. Kerna anda, Allah temukan jodoh yang lebih baik dan Allah titipkan rasa cinta yang sempurna.

uwaa..tetiba sedih, saya tahu anda juga sedang melayari bantera bahagia, Alhamdulillah buat semua. Esok 8/3/2015 saya bercuti yeaaayyy!! nak rehatkan diri, nak tidur sepuas2 nya. Dan kebetulan esok Tuan Suami pun bercuti.

Dan esok adalah rencana berdating ngan Tuan Suami!! Mari Lompat Bintang! hikhikhik..

Buat kawan peminat Najwa Latip saya yang berada di Bumi Kuching Sarawak!

"kamek arap kitak sihat jak kat sinun bumi keyalang tek! jauh na kitak kerja kamek arap kitak bahagia sentiasa dan jangan lupak jemput kamek kalau nak kawen kelak terima kaseh sebab jadi kawan mek sampai kinek tok"

hihi pandei klakar sarawak kamek sejak makan mee kolok!! huhu tedah la kitak sik makan tempe gik sinun sekda tempe..sinun byk mee jak

Ok la tercakap sarawak pulak. hihi di sebabkan husband dari sana dan kawan-kawan kat tempat kerja pun banyak transfer dari sana. Best bahasa melayu sarawak ni. Kalau orang dengar pun orang pelik2 senang sikit nak buat "ketupat" kat tempat kerja. haha


Sampai jumpa lagi kelak!!! hihi


Salam Sayang Kerana Allah Until Jannah
Puteri Amna Balqies




.




Saturday, February 21, 2015

Misi Makan-Makan

Salam WBT

Salam Satu Dunia (hehe baru luas sikit salam  !! )


Sampaikan salam dan Berilah Salam..Activekan diri dengan memberi salam. InshaAllah semoga sama-sama kita merasa keberkatannya bersama. Ameen.


Ohh musim orang kawen telah bermula, Banyak yang berkahwin anyway SELAMAT PENGANTIN BARU UNTUK YANG BARU BERKAHWIN..semoga bahagia until jannah.Dan selamat menempuh hari-hari bergelar isteri dan suami yang sangat mencabar. Good Luck!!

Ok berbalik cerita Misi Makan-makan, harini saya bekerja seperti biasa dan akan bercuti lagi 2hari. Yeayy cuti sangat byk bulan ni, walaupun sibuk dengan kerja-kerja. Memang busy je kalau kerja ni, tak pernah yang x busy.

Cuti saya biasa akan pulang ke rumah bonda, jenguk ayah, jenguk ibu, jenguk anak buah tersayang, petang-petang g jogging ngan hubby dan makan-makan. Di sebabkan saya teringin nak makan tauhu sumbat, hubby dengan gigihnya mencari dan bawa isteri kesayangan beliau ni ke sebuah gerai makan di Pekan Semenyih, Gerai yang menjual tauhu goreng dan Nasi Ayam yang sangat sedap. Tapi tula nak pergi makan sini kena beratur sebab terlalu banyak orang. Even macam tu tapi berbaloi sebab sedap sangat.

Tq buat incik Tuan Suami kerana kegigihan beliau.



Tauhu goreng dan sambal sosnya yang sedap yum..yum




Makwong dan Arissa Az-Zahra


Zahra dah 5years old dan dah start sekolah di Little Caliph, Semoga membesar dengan baik dan jadi anak yang solehah sayang. Makwong always luv u..Misi seterusnya hubby cakap nanti ade supprise nak buat sebab dah nak masuk bulan March..March ooh march lagi beberapa hari je lagi bulan itu akan menjelma..Dan bulan adalah bulan seribu makna buat kami sekeluarga. Bulan bukti kasih sayang buat bonda dan ayahanda, bulan pengikat tali persaudaraan dua keluarga dari jauh nun Sarawak Bumi Kenyalang dan Kuala Lumpur dengan ikatan pertunangan.

Jauh jodoh hamba, Banyak jugak cabaran dan dugaan yang kami terima, pe pun kami bertatih belajar untuk jadi setia dan activekan diri dengan bahagia dan berpegang pada agama.



adik beradik dari sarawak


Lastly semoga perkahwinan kami bahagia untill jannah, semoga semua orang yang penah mengenali diri saya bahagia juga, Hidup memang perlu ade sedih, dan tawa, perlu ade pertemuan dan perpisahan, perlu ade pengorbanan.

Baru Hidup macam rainbow, "kaler-kaler" baru meriah.


Lama lagi ni nak update blog, anyway best of luck to all of you.


Salam Sayang Until Jannah
Puteri Amna Balqies







Tuesday, February 3, 2015

Cantik Itu Unik

Salam Wbt
Mari Kita berkongsi

لايلزم أن تكون وسيما لتكون جميل
Kau tidak perlu berwajah cantik untuk dikatakan sebagai seorang yang cantik
ولا مداحا لتكون محبوبا
Dan tidak perlu memuji-muji kerana mahu menjadi seorang yang disukai
ولا غنيا لتكون سعيدا
Tidak perlu menjadi kaya untuk menjadi seorang yang bahagia
يكفي أن ترضي ربك وهو سيجعلك عند الناس جميلا و محبوبا و سعيدا
Cukuplah dengan membuatkan Tuhanmu redha dan kasih kepadamu,pasti Dia akan menjadikanmu cantik dan indah di mata manusia,
disukai dan disenangi oleh semua,
serta hidup bahagia
لو أصبت 99 وأخطأت مرة واحدة
Andai kau lakukan 99 kebaikan, tetapi terbuat silap sekali
لعاتبوك بالواحدة وتركوا ال 99
Manusia akan menyalahkanmu dengan kesilapan yang satu itu, dan melupakan semua 99 kebaikan yang lain
هؤلاء هم البشر !
Itulah hakikat manusia!
و لو أخطأت 99 مرة وأصبت مرة
Tetapi andainya kau lakukan 99 kesilapan, dan cuma sekali melakukan perkara kebaikan
لـغفر الله ال 99 وقبل الواحدة
Allah akan ampun semua 99 kesilapanmu dan menerima amal baktimu yang satu itu
ذاك هو ربي
Itulah Dia Tuhanku!
Petikan Bicara
Almarhum Shaykh al-Tantawi,rahimahullah

Wednesday, January 28, 2015

Sepetang Bersama Ice Cream

Salam wbt




Mari makan ice cream. hihi rest petang makan ice cream ngan cik hanna teman sekerja saya. Hanna yang banyak cerita tentang kisah hidupnya.

Buat sahabat yang baru sahaja mendirikan rumahtangga, Tahniah sekali lagi, tetiba dapat invitation dari your aunty. Hihi Tahniah jaga wife baik-baik dan jangan nak mengatal lagi. Semoga cinta anda kali ini kekal untill jannah yer.

Buat diri, saya telah bahagia dengan suami tercinta. Nantikan nanti berita gembira dari kami.Doakan yang terbaik buat kami berdua.

Alhamdulillah Allah makbulkan doa saya.

Buat sahabat yang jauh di mata, anda sentiasa ada dalam ingatan saya.


ok itu sahaja buat hari ni.


Salam Sayang Kerana Allah Untill Jannah
Puteri Amna Balqies


Friday, January 16, 2015

Ok Fine!

Salam wbt

Ok fine!

Nak rehat dan behenti untuk mendengar macam-macam cerita. Kisah yang lalu malas nak di dengar cerita lama-lama.Saya dah lama buka cerita baru.

Ok cerita sekarang saya suka dengan keje sekarang, penat berbaloi dengan gaji dan benefit. Penat tapi saya happy dan tak payah nak pikir pe yang buat saya serabut.Bertugas ngan oarang ramai memamg membuatkan kita jadi busy dan tak ingat benda lain.

Selalu dengar kawan-kawan fb yg mengadu susahnya nak jumpa saya call pun selalu tak berjawab, maaflah ada masa saya jawab k.Tuntutan tugas kadang-kadang nak tengok phone pun tak sempat, Nak wish birthday korang pun den tak sempat.Anyway korang sahabatmu ini sentiasa mengingatimu dari kejauhan. huhu Jangan marah k.

Really miss my family ermmm lama tak balik umah. Rindu jugak dengan Arissa Az Zahrah yang dah start school kat Little Caliph (Tadika Islam) cute je dia. Nowdays dia kat Travel to Tokyo ngan mummy ngan daddy dia.

Ayah still macam tu tak recover dengan baik sangat. Ibu still busy ngan kedai dia. Mybe kami ade perancangan nak bukak restoran kat Bangi and foodcourt.

Ok miss also ngan kawan-kawan especially syasya ngan kak azie. InshaAllah nanti kita jumpa k

So sorry jugak sebab phone hilang, so number phone semua lost! sesiapa yang nak number phone baru pm saya kat facebook k.

ok bye, jumpa lagi!, Salam jumpa lagi!



Salam Sayang Kerana Allah Untill Jannah
Puteri Amna Balqies

Wednesday, January 7, 2015

Selamat Tahun Baru 2015

Salam WBT

Selamat Tahun Baru 2015

Lama xmenjengah blog ni, Anyway saya sihat1 sahaja, ramai yg tertanya2 kemana menghilang, whassap tak berjawab, phone not active,

hehe jawapannya phone saya hilang abes no tel kawan2 saya hilang semuanya,Pick pocket kat Pasaraya Econsave. But saya dah inform dalam facebook k.

so sesapa yang tak dpt no.phone saya juz pm kat fb. Tq

Saya dah bertugas di Retail Company area Putrajaya  dalam as Management Team.hehe banyak keje yang saya dapat tapi yg ni paling sesuai Partime still lagi dengan PruBSN Takaful.Nak beli Insurance Takaful bole beli ngan saya hehe.

Byk kerja kan.But im happy now, Apa pun hopefully semua orang yang mengenali saya happy dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT.

Happy New Year,

Bye




Salam Sayang Kerana Allah Untill Jannah
Puteri Amna Balqies