Jom klik hearbeat

Thursday, March 20, 2014

Financial Advisor In da House..

Assalammulaikum wbt

Lama tak menulis, otak pun beku untuk mencoret.

Hari ni usai bangun kelihatan mata membengkak, muka terasa sembab, kaki terasa bengkak. Dugaan di pagi hari, sekuat hati saya bangunkan diri. Bonda kata lain kali lepas solat subuh jangan tidur balik! hehe apa nak buat mata ni nak pejam jugak.

Selesai bersiap, kaki pun melangkah ke tempat kerja, lagi beberapa hari je dah bertukar jawatan baru, nampaknya berkerja di sektor kewangan dan pengurusan adalah bidang yang memang kena dengan jiwa saya ni. Yer lagi 2minggu sahaja saya bakal beralih tugas. Hati terasa berat untuk meninggalkan anak-anak didik yang sedia ada. Namun rezeki ada kat mana-mana kan?

Suasana kerja yang baru, ,dan lebih mencabar adalah pilihanku, yup! kerja di sektor kewangan dan perbankan memang sudah serasi ngan jiwa, biarpun minat lebih terhadap kerja-kerja yang berkenaan tugas-tugas pentadbiran selari dengan kelulusan saya. Tapi nampaknya rezeki lebih memihak kepada bidang yang lain.Moga-moga anak-anak didik teruskan perjuangan. Masa depan di tangan anda. InsyaAllah.

Hari ni terasa memandu lori besar, haha 2hari dah bawa kereta bonda ke tempat kerja, kerana kereta kecik saya di hantar ke workshop untuk di baiki akibat kemalangan kecil yang berlaku. Kecik je, tapi sebab kecik tula security alarm beta tak "function" as usual. Bukan salah hamba yang empunya kereta salah orang yang meminjam kereta. Budak baru belajar, takpalah atleast dia belajar dari kesilapan. Bersyukur kereta tak mengalami keroskan enjin.Still cute lagi.hehe

Meniti hari bergelar isteri memanglah adakalanya mencabar diri, yelah dulu-dulu sendiri sekarang berdua mungkin akan bertiga hihi Ameen InsyaAllah. Tidak ada benda yang mudah dalam hidup ni. Dalam hidup pasti ada ujian dan cabaran. Kena tabah kena kuat, kena semangat! Yess!! kena berjaya.

"Umat islam harus cemerlang, Hari ini mesti lebih baik dari semalam" 

Tadi hujan renyai-renyai, Alhamdulillah hujan jua. Kurang jerebu, kurang la panas, tadi jugak lunch McD ngan kawan baru. Hihi Ukhuwah fillah ya sahabat, sembang-sembang pasal Prudential BSN Insurance Takaful. Banyak betul "benefit" banyak kaedah dan banyak jugak share ilmu-ilmu perniagaan dalam Insurance Takaful.Selama ni dok dengar je kawan-kawan lain yang mengomel pasal Insurance ni, tapi bila dah ada yang bagi "personal touch" pasal ni Alhamdulillah ada sedikit faham.

InsyaAllah cuba la jugak ni nak buat Insurance sambil-sambil jadi "Financial Advisor" pada orang yang perlukan bantuan kewangan sambil-sambil share dan cross selling pasal benefit Insurance.

Tengok ayah yang sakit kronik tu cukuplah buat saya ni insaf, Ya! saya perlukan perlindungan Insurance dan "medical card" jugak kan.Moga-moga semuanya di permudahkan. Ameen.

ok cukup buat hari ini, moga-moga esok ada cerita yang menarik lagi.

Bye!


Salam Sayang Kerana Allah Until Jannah
Puteri Amna Balqies


Sunday, March 2, 2014

Morning Sickness!

Assalammualaikum wbt

Selamat Pagi.


Pagi yang bertamu di sambut dengan penuh rasa syukur, bermula dengan solat subuh sendirian kerana incik suami sedang bertugas, kaki melangkah penuh berat akibat beberapa hari menghadapi "morning sickness" yang amat teruk. Malam hari bagaikan siang hari, terjaga dan agak kepeningan melanda.

Moga-moga pe yang Allah rencanakan buat kami berdua di lindungi dan moga-moga saya di beri kekuatan di sepanjang perjalananan yang di atur oleh tuhan. Ameen.

Hujung minggu hanya di habiskan dengan berehat dan melakukan aktiviti yang ringan, Alhamdulillah setakat ni semuanya saya dapat lakukan dengan baik, walaupun macam-macam alahan yang berlaku, tapi memang sebelum kahwin pun saya seorang yang amat komited dan cerewet dengan kerja-kerja rumah mahupun memasak.Ajaran bonda dari rumah, tak pernah di lupa.


Saat akad di lafaz, tangan pula silih bertukar, saat itu tanggungjawab juga silih berganti, saat itu juga segala beban di jinjing, takliq jadi saksi satu bentuk janji yang terpatri buat si isteri. Itulah insan bergelar suami.

Terima kasih juga pada suami yang sanggup menghantar saya ke tempat kerja pagi tadi, biarpun lelah "duty" malam tadi 24hour standby masih belum lega, faham situasi si isteri, beliau memikul amanah dan mengalas tugas sebagai suami dengan penuh tabah. Kasih suami sampai ke syurga!! Ameen.

Syukur dalam hati bertamu, mata di pejamkan beberapa saat di sepanjang perjalanan, rasa tenang membelenggu jiwa, ntah kenapa, tapi hanya Allah yang lebih tahu, inilah saat di tunggu-tunggu ketenangan dalam melayari kehidupan, yang patah silih berganti, yang sakit pulih kembali, yang lama bertukar baru, yang kecewa di himpit bahagia. Allah Maha Agong dan Allah juga Maha Berkuasa.

Sesungguhnya, cerita hangit dan pahit yang lalu, di jadikan ikhtibar, bila orang sanggup mengata kita perempuan ini itu dengan membabi buta, kita di himpit rase hampa, kita terasa di campak beribu-ribu batu jauh dari hidup yang asal. Terasa itu dah lebih terasa, tersakit itu terlebih tersakit, terhina, menghina terlebih terhina. Namun, saya boleh katakan saya hidup hari ini kerana merasa semua rasa itu. Kerana sakit itu saya berdepan dengan kehidupan yang sekarang kerana sakit itu saya rasa bersyukur dengan apa yang Allah berikan pada hari ini.

Siapa kata kita tak berhak bahagia? Siapa kata kita tak berhak untuk menjadi ibu dan isteri yang solehah? Manusia? tu kata dia, orang sekeliling? tu kata mereka, yang pasti bukan kata Allah dan bukan kata Nabi.

Hidup ini satu perjuangan, hidup ini perlukan pengorbanan, hidup ini juga perlukan satu penghijrahan, kenapa kita perlukan semua resepi ini dalam kehidupan? jawapannya kita di lahirkan sebagai hamba dan khalifah yang di tugaskan oleh Allah swt untuk mentadbir diri dan beribadat serta berbakti pada Allah dan Agama. Dan ramai yang gusar dan gundah di sepanjang jalan meredah onak dan duri kehidupan, ramai yang goyah apabila dugaan dan cubaan datang. Jiwa menjadi resah, hati menjadi kucar-kacir mainan syaitan.

Hakikatnya, suka saya ingatkan dalam setiap setiap penulisan saya, hidup ini satu peringkat cubaan, dugaan itu satu peringkat dalam sebuah kehidupan, yang sabar peroleh kemenangan, yang kurang sabar jiwa menjadi resah. Semua bentuk-bentuk dugaan dan cabaran ini adalah tanda Allah sayang pada kita. tanda Allah mengajar kita erti ketakwaan dan keimanan kepadaNya.

"Ucapkan Alhamdulillah syukur kita kepada Allah, selawat ke atas Nabi Muhammad Ya Rasulullah!"

Semoga hidup kita lebih di berkati Oleh-Nya. Ameen.


Sekian, bye-bye!


Salam Sayang Kerana Allah Until Jannah
Puteri Amna Balqies



Friday, February 21, 2014

Normal Life

Assalammualaikum wbt

Pejam celik, dah nak masuk sabtu balik.

Time for kemas baju, kemas rumah and so on.

Time for take a lot of rest.

Time for being with family and cooking.

Time for go to Pasar Malam and buying some food.

Tommorow nak masak Bihun Sup la, teringin lagi semalam tapi tak sempat-sempat nak masak.

Malam ni tak tahu nak masak apa, no idea for new recipes. uwaaa rasa macam malas arini.

Teringin nak makan Sugar Crackers (Biskut Gula) cicah air teh o, uwaa enaknya.


Nothing cerita yang menarik this week juz continue life as usual. Life with my hubby, Alhamdulillah, new life yang beberapa bulan ni banyak yang saya belajar dan terus belajar. Misi nak jadi isteri yang solehah dan dapat keberkatan dari hubby. Moga dapat jadi isteri dan ibu yang baik pada anak-anak dan anak-anak didikan di tempat mengajar.

Dan semoga kebahagiaan yang Allah hadiahkan kali ini kekal hingga Jannah! Ameen.

Sabarlah dengan ujian yang Allah beri, dan percayalah di sebalik ujian yang Allah beri terselit kebahagiaan yang hakiki. Dari ujian hati sehingga ke pelbagai ujian buat diri, kesabaran adalah penentu segala kemungkinan dalam hidup.

Yang sabar, hadiahnya bakal di raih kemudian, yang kurang sabar, bersedialah dengan ujian bakan tiba. Hidup ini tak kan lari dari ujian. Bahkan setiap hari ada saja ujian yang Allah beri.

Simpati pada diri sendiri sebelum simpati pada orang lain, Simpati biarlah bertempat, jangan simpati tak bertempat. Simpati pada diri lebih afdal dari simpati pada yang tidak mahu mengerti.

Simpatilah dengan diri sebab masih tidak cukup bekalan pada Akhirat. Mati itu pasti, jadi hidup bukan hanya simpati. Tapi selidiki diri apakah cukup pahala yang kita miliki? apakah cukup amalan kita dalam diri. Sibukkan diri dengan ibadah bukan sibukkan diri kerana hati kita sedang parah.

Hati yang parah, perlu di ubati dengan benda-benda yang bersifat menyembuh, apa ubatnya? Allah dah beri kita Al-Quran sebagai ubat yang hakiki, Allah beri segala ubat hati dalam Al-Quran. Maka percayalah segalanya ada dalam Al-Quran.

Kalau Orang kata " ekeleh pergi mengaji dah tua-tua"  jangan marah tapi jawab balik, "esok-esok kalau mati ilmu yang kita ngajilah tolong kita kat akhirat" hihi. bukan "Ilmu Cinta" yang tolong kita.

Maka mari muhasabah diri, di mana kita pada hari ini, dan apa yang kita kejar dalam hidup. Jangan biarkan diri kosong dan mati tanpa erti dan bekalan. Tinggalkan dunia dengan bekalan akhirat secukupnya, dan seusaha hati.

Bagi yang mencari-cari jodoh pilihan hati, muhasabah diri sendiri dahulu, perbaiki diri dahulu InsyaAllah Allah akan beri jodoh yang terbaik di hati. Yang parah luka di hati, usahalah untuk kekal berdiri kerana Allah, hadapilah segala bentuk kesakitan itu dengan positif dan percaya setiap yan g berlaku pasti ada hikmahnya.

Semoga Kalian Semua Temui Bahagia. Ameen.

Sekian.


Salam Sayang Kerana Allah Until Jannah
Puteri Amna Balqies




Sunday, February 16, 2014

Ukhuwah Itu Indah, Cinta Kadangkalanya Bisa Gundah

Assalammualaikum wbt

Rindu bertemu di hati, moga-moga ukhuwah dan kasih kami tertaut hingga ke syurga, setiap masa kami bersama, tidur dan terjaga, makan dan minum bersama, sedih, tangis dan gembira sentiasa bersama. Nasihat saling menasihati, pendapat dan idea tak pernah di lupa.

Pn.Syasya, Pn.Faizzah, Pn. PNHA dan Pn.Hazirah

Terima Kasih buat sahabat baik saya Puan Syasya, Puan Hazirah, Puan Faizzah, Puan Nas dan kawan-kawan yang sentiasa lekat di hati. Bila melihat kalian bahagia saya turut bahagia, terima kasih kerana hadir di kala susah dan senang, di kala gudah dan gembira, terima kasih kerana tidak kering gusi untuk gelak tertawa bersama dan tidak lokek share rahsia kebahagiaan rumah tangga yang kalian bina.

Pe pun doakan saya dan family sentiasa bahagia, sebahagia kalian jua. Rindu di kala duduk bersama terimbau kembali. Sedih pulak tetibe. Mana tak nyer sedih mereka lah insan-insan yang hadir memberi semangat kepada diri sehingga lah ke akhir ini. Tak jemu bagi nasihat, tak jemu bagi tunjuk ajar.

Yela, hati ni mudah sangat lentur, mudah di buli-buli, tapi tidak lagi sekarang hati sudah di miliki oleh insan yang di hadiahkan oleh Allah swt, yang halal yang satu yang kekal menjadi imam yang terbaik di mata dan moga-moga terbaik pada Allah jua Ameen. Bila di renung-renung balik MasyaAllah terlalu banyak dugaan di sepanjang perjalanan, terlalu banyak liku di sepanjang penghidupan. Ujian demi ujian bertamu di hati dan juga diri.


Sesungguhnya ujian itu adalah tanda Allah kasihkan kita, Alhamdulillah segala apa yang di impikan berlaku dengan izinNya. Walaupun banyak sangat penyiksaan yang di terima hasil dari cinta yang tiada kepastian, cinta yang hanya pada sebutan dan bukan cinta yang setia perpandukan paksi dalam kebenaran dari Yang Maha Esa. Namun akhirnya cinta ku terlabuh pada yang mencintai diri ini, bukan sengaja mencintai, bukan hanya menabur janji dan mimpi. Cinta yang pastinya, hadiah dari Ilahi, cinta yang pastinya hadir tanpa di cari-cari. Tapi cinta hasil dari kesabaran menitip doa sepanjang hari dan sepanjang masa.

Syukran Allah! SubhanaAllah.

Ok tutup kisah diri dan teman-teman baik di hati.

Sabtu yang lepas, penuh trajis, hehe bukan suspen sangat pun. Yela bertemu seorang insan yang sebelum ini tak pernah sekali pun terlintas di hati. Hampir berberapa tahun lamanya, dah tak wujud lagi insan-insan yang mencari kebenaran. Insan-insan yang mencari kepastian.

Sabtu, cerita yang penuh simpati. Dia datang penuh erti, seorang gadis yang sangat baik di mata saya. Seorang gadis yang inginkan cerita-cerita hatinya di hayati. Ikutkan hati memang kisah "si dia" tidak mahu di gambarkan lagi. Tapi tak salah jikalau cerita hati dan pengalaman saya di kongsi bersama. Tidak salah jika pengalaman perit yang lalu di jadikan pengajaran agar segala kejadian buruk dan keperitan yang saya lalui tidak berulang kali berlaku kepada insan-insan yang lemah yang lain.

Tanpa di sangka beliau  juga mengikuti cerita-cerita saya di dalam blog yang tidak seberapa ini. Terima Kasih kena sudi membaca, walaupun kisah-kisah di dalam ini adalah kisah-kisah tentang hidup dan pengalaman saya dalam melayari kehidupan sebelum menemui kebahagiaan sebenar.

Beliau melahirkan rasa ingin bertemu si pemilik nama PNHA yang sering beliau di ceritakan oleh seorang teman beliau. Si gadis akhirnya berjaya menjejaki di pemilik nama yang sebenar dan apakah hubungan silam saya bersama "si dia" yang amat memilukan.

Pertama kali bertemu jantung berdegup deras, mana tak nyer bila yang nak di temu seorang insan yang pernah mencintai seorang lelaki yang kita pernah cintai. Nasib baik teman baik saya Puan Nas sudi nak menemani saya ketika itu. Nas kata jangan engkau pulak yang nangis!! hihi  Maaf Nas sepulangan engkau bila berdua aku jadi sebak tiba-tiba.

Kisah kami bermula dan tamat dengan jalan tamat yang hampir sama, aduhai memang sedih, tercalar rasa kewibaan seorang wanita bila mendengar kisah-kisah beliau. Dari mata dan wajah beliau terkesan dalam hati, beliau sebenarnya amat sedih biarpun lagak beliau kelihatan tabah. Bait-bait kata dan cerita beliau saya amati, sahla beliau juga adalah mangsa ketidak tanggungjawaban dan ihsan seorang yang bergelar lelaki.

Memang sah kena tipu jugak! Memang sah si durjana bermain kata-kata manis dan merosakkan hati-hati seorang yang tulus seperti beliau. Aaiii ingat dulu kata nak berubah diam-diam pasang lagi tinggal lagi. Ntah berapa ramai lagi mangsa-mangsa yang teraniaya lagi.Ntah bila cerita-cerita sedih begini menemui penamatnya. Ntah bila " si dia" yang mengagong-agongkan kata-kata beliau yang beliau setia! beliau baik di mata semua! beliau penegak agama! beliau lelaki yang sempurna! aduhai. Kata tak di junjung,hidup kita pulak di penghujung. Cinta tiada pengakhiran bahkan cinta jadi simpulan yang terus tersimpul kemudian mati dek akal fikiran. Akhirnya wujudlah cinta-cinta terlarang yang menjadi permainan bukan cinta paksinya Tuhan.

Si gadis terus bercerita, saya sedikit terpana, jernih mata beliau, saya faham apa yang beliau alami, kesakitan dan kecewa yang di rasa susah untuk di bicarakan sebenarnya. Betul kata orang hati wanita hanya wanita yang lebih faham.

Manusia sememangnya sedar jika cinta yang di berikan manusia, ada kemungkinan cinta itu di robek-robekannya. Tapi kalau hati yang pecah itu di berikan kepada Allah nescaya di cantum-camtum-Nya atau di sembuhkanNya.Betapa banyak cinta yang tidak berbalas atau di khianati. Cinta yang di serahkan pada Allah adalah cinta yang kekal abadi. Tapi fitrah seorang manusia, memang adakalanya gagal untuk mentadbir hati dan jiwa bila terpaut pada cinta, dan akhirnya hati mati kerana cinta jiwa kekal dalam derita.

Hadis Qudsi Rasulullah saw berpesan:

"Jika kamu datang kepada-Ku secara berjalan, nescaya Aku datang kepadamu secara berlari, Jika kamu datang kepada-Ku selangkah, Aku akan datang menghampirimu seribu langkah"

Nah betul kan pe yang Rasulullah kata, Cintailah Allah dahulu baru kita mencintai yang lain, pasti Allah memberi kita cinta kepada mereka yang mencintaiNya kepada kita. Baru lah bahagia bersamanya.baru berkat, baru maufakat dalam cinta.

"Mengadulah pada yang sayang, merajuklah pada yang kasih" Supaya cinta berbalas, cintailah orang yang mencintai kita, bukan hanya orang yang kita mencintainya sebaliknya dia tak cintakan kita. Apa yang berlaku hanya sandiwara cinta semata-mata bukan realiti tapi hanya "omongan" kosong dan akhirnya tercerna mimpi-mimpi sedih buat kita.

Pesan saya pada si gadis sabarlah dalam melayari bahtera kehidupan, anggaplah rasa sedih rasa kecewa ini satu tanda ujian kerana kasihnya Allah pada kita, kita berhak di uji dalam apa jua bentuk dalam kehidupan ini, setiap detik jua hidup ini penuh dengan ujian. Berimanlah pada Allah, kuatkan hati, tabahlah biarpun ianya susah, kerana hidup ini bukan mudah, hidup ini perlu merasa susah, sedih dan payah, dari semua rasa itu kita akan peroleh kebahagiaan sebenar, Yakni kebahagiaan kerana Allah.

Belajarlah dari kesilapan hari ini, berubahlah mulai detik ini, percayalah semua hamba yang di jadikan tuhan sudah punya jodoh dan kebahagiaan masing-masing. Ini bukan kata-kata mahupun janji saya, Tapi Janji Allah pada kita semua.

Semoga anda terus tabah teman, biarpun kita tidak mengenali satu sama lain sebelum ini, saya doakan supaya anda terus tabah dalam hidup. Life must go on dear! chaiyok-chaiyok !!  hehe

Good Luck!

Sekian. Tata


Salam Sayang Kerana Allah Until Jannah
Puteri Amna Balqies



Thursday, February 13, 2014

Cinta Yang Tiada Kesudahan..

Assalammualaikum wbt

Ermm banyak isu dan cerita-cerita yang di dengar, mula-mula nak berdegup jugak jantung ni, perkhabaran dari satu perkhabaran saya dengar. Satu demi satu cerita pahit dan pengalaman yang saya hayati. Sedih mengenang nasib insan-insan yang di permainkan. Kenapa terlalu kejam

Walhal, kasih-sayang dan cinta yang Allah hadiahkan itu kan indah? kenapa nak berburuk sangka, dan mengundang derita sesama yang lain. Kalau memang hajat kat hati tu nak kecewakan semua hati-hati hawa, udah-udah lah hentilah niat buruk tu, cuba jadi hamba Allah yang baik.InsyaAllah Allah hadiahkan yang lebih baik.

Mulut jangan saja manis berkata-kata, tapi hiasilah hati dengan iman yang sempurna hanya kerana Allah.
Sian kat diri sendiri Allah tak suruh kita buat jahat, tapi Allah suruh kita perbaiki diri sentiasa.

Subhanallah, hidup ini indah, perindahlah dengan keadaan yang lebih indah. Bahagia dan membahagiakan diri kita dan juga orang lain.Dulu selalu je saya di cemuh macam-macam, tapi satu benda yang sentiasa saya ingat dalam hati. Tabahlah dan kuatkan hati untuk teruskan hidup, bila rasa kecewa cuba lah bangkit, cuba cekalkan hati.

Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Bunga bukan satu je dalam dunia ni, Kumbang jugak bukan satu je dalam dunia ni. hihi mari berfalsafah.

Jodoh itu rahsia Allah, Allah lebih berhak menghantar dan menghadiahkan sesiapa je yang lebih berhak ke atas kita untuk di jadikan pasangan dan teman hidup.

Siapa cakap "awk memang tak berhak bahagia?" tapi Allah tak cakap dan tak janji camtu kan? ternyata janji-janji Allah pada saya semuanya tepat.

"Tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu persuruh Allah" maybe hamba Allah ni dah lupa, leka dok kejar keseronokan dunia. Maka lupa apa yang Allah pesan pada kita. Kita ni hamba awk, kalau kita wat salah minta maaf ngan Allah berubah dan belajar untuk jadi lebih baik kerana Allah jugak.

Janji je lebih, tapi habuk pun tak dak!! manusia-manusia.

Tetiba pulak rasa panas hati bila dengar orang lain pun termerasa perasaan yang sama. Takpe tunggulah saat dan ketikanya Allah nak kata "Kun Fa Ya Kun" kat dia masa tu baru dia ingat segala yang baik datang dari Allah dan segala yang buruk atas kerana perbuatan diri sendiri.

Jangan salahkan orang lain sahaja, tengok diri sendiri, malu la ngan Tuhan yang pandang, malu la ngan mak abah yang ada kat rumah dok doakan anak-anak dia. Tetiba ingat Ayah saya kat rumah, bila call ibu cerita pasal si dia, mengucap panjang ibu.Dosa dia pada ibu ngan Ayah pun belum tentu termaaf. Nasib baik ayah sakit. Kalau tak ibu cakap mahu di perambatnya ngan penyapu.

Bukan salah ibu yang mengandung, salah anak sendiri yang tak mengenang kebaikan ibu yang mendidik, dan bila dah dewasa buat pulak benda-benda yang tak baik belakang si ibu.

Peringatan ini juga bukan pada si dia yang hanyut di buat keseronokan dunia. tapi segala yang tertulis ini adalah peringatan buat diri ini jugak. Banyak yang saya belajar dari segala yg buruk yang jadi, dari yang buruk itu saya belajar jadi yang lebih baik.

Mari selawat banyak-banyak ke atas Nabi Muhammad SAW. Bnayak-banyak tawakal dan muhasabah diri.

Oklah, buat pada kaum-kaum hawa yang terkecewa mahupun di kecewakan oleh insan-insan yang penah di sayangi dahulu. Tabah lah dan berdoalah banyak-banyak pada Allah, mintak petunjuk dan mintak kekuatan pada Allah untuk menghadapi hidup yang penuh berliku ni.

Semua Orang Berhak Bahagia, bukan saya kata tapi Tuhan yang kata.

Sekian, Babai


Salam Sayang Kerana Allah Until Jannah
Puteri Amna Balqies








Thursday, January 30, 2014

Cuti-Cuti Kain

Assalammualaikum wbt


Esok cuti sampai isnin Yeayyyyyy!!

Mari berjimba-jimba

Mari Kemas umah dan mendobi

Malasnya nak melipat kain baju yang bergunung, bonda masih ingat kalau yang lipat-lipat kecil
muat-muat dalam almari tu kakak la. Kakak means saya lah orangnya.

Skill dari orang yang pernah tercinta satu masa lalu, dah ada anak pun dia, dia ajar bila nak lipat kain lipat kecik-kecik tapi kemas. Sampai sekarang saya ingat time lipat kain mesti jadi kemas.

Ok abes bab lipat kain

Roadtax kete saya dan nak mati, maksudnya gaji bulan ni hangus lagi.

Sabor jela. Agenda nak bershopping tersekat lagi, separuh gaji dah lebor kat kereta.

Alza baru uwaaa bergaya sungguh kan, muat letak segala benda dalam tu. hehe macam teringin
nak berAlza tunggu next yearla. Untung-untung gaji naik lagi.

Dah besar nak besar lagi kan. Hissh bersyukurlah wahai diri, tapi harga KANGKUNG pun dah naik, padahal dulu-dulu kankung bersepah tepi parit belakang umah atok saya.

Anak buah saya dah semankin besar, dan minggu depan nak ke sydney katanya, berjalan je ko yer Arisaa, makyong ni tak bergerak-gerak dah ni. Tunggu tahun depan yer.

Tahun depan jugak hihi..banyak isu tahun depan.

ok Happy Holiday and for Chinese Happy Chinese New Year



bye!  =)


Salam Sayang Kerana Allah Until Jannah
Puteri Amna Balqies

Monday, January 27, 2014

Cinta Nan Lalu

Assalammualaikum wbt

Kursus Time!

Seawal pagi sabtu usai solat subuh, dengan langkah berat start enjin kereta dan memecut ke Gombak untuk menghadiri kursus induksi Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)

Berpandukan GPS di telefon akhirnya kami cikgu-cikgu ni sampai lah ke tempat yang di tuju, sesat meyesat jugaklah pada mulanya. GPS tak semestinya betul, harap telefon ni je yang canggih, GPS tuju tang tempat lain.

Kursus berlansung dua hari bagi induksi sahaja, dan seterusnya kami akan di tempatkan pula di CIAST selama seminggu. Aduyaii jiwa-jiwa yang malas ni makin membuak-buak, bila seminggu maksudnya saya akan :

1. Terlepas tengok episod cerita korea 
2. Terlepas pergi pasar malam Bangi Seksyen 3 (since duduk bangi)
3. Terlepas masa nak pi kelas senaman ( since saya gemok)
4. Terlepas masa untuk aktiviti tidur dan makan.
5. Terlepas tonton drama, Tanyalah Ustazah dan Semanis Kurma

hehe, muka jadi tak manis lagi, no more jalan-jalan cari makan dan tudung cantek-cantek kat Pasar Malam Bangi. Bangi punya pasar malam happening dengan baju-baju dan tudung-tudung jenama-jenama hebat HASANAH,JELITA SARA dan sebagai. Bangi juga happening sebab banyak butik-butik jubah-jubah yang best dan glamer cam dalam FB dan online store.

Kesimpulannya BEST semualah bila duduk kat bangi, environment kat bangi pun islamik, banyak melayu dari cina dan india. Bila time solat azan senang dengar, so pada insan-insan yang kuat tidur macam saya ni sekarang memang mudahlah terjaga dan mudah untuk terus solat.

Bagus sangat-sangat mendiami BANGI bumi yang indah. Alhamdulillah

Apa yang tak best, tetiba satu hari sedang berjalan-jalan dengan happy melihat tudung-tudung saya terpandang seorang insan yang memakai baju T shirt Maroon bertanda  "MALBATT" hoho. Dari kejauhan saya memang sangat-sangat mengenali beliau.

Sambil sorok menyorok saya hanya dapat melihat kelibat beliau dari kejauhan, sayu dalam hati hanya Allah yang tahu. Beliau nampaknya sihat dan sibuk membeli makanan sambil tangan beliau tidak terlepas dari telefon. Mungkin ada pesanan ringkas dari orang tersayang.Banyak cerita baru yang saya terima tentang beliau. semoga bahagia hingga Jannah la yer.


Apa pun saya doakan beliau bahagia dan sedang berbahagia, biarpun selama ini hati saya terluka. Namun Alhamdulillah saya bahagia dengan apa yang saya ada kini.

Kebahagiaan itu sememangnya janji Allah.

Semoga Kebahagiaan Milik Kita Semua

Ameen.

nampak tak pipi bahagia tu..tembam kan??

Salam Sayang Kerana Allah Until Jannah
Puteri Amna Balqies

Monday, January 20, 2014

Cinta Puteri

Assalammualaikum wbt

Lama tak menulis, banyak cerita dan banyak kejadian yang terjadi. hihi ayat cam ler suspen sangat kan.

Banyak yang berubah dan merubah kehidupan saya pada hari ini.

Apa pun Alhamdulillah semuanya terjawab dengan ikatan yang Allah hadiahkan.

(Lagi bunyi cam suspen)

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dengan sempurna dalam sederhana. Apa pun doakan saya bahagia hingga jannah.

Doakan saya sentiasa tekun mendidik anak-anak bangsa dan tekun mendidik hati mentaati Allah yang Esa.

Doakan ayahanda saya pulih dan sihat sentiasa kerana beliau silih berganti masuk ke hospital akibat komplikasi selepas pembedahan lalu. Kesian ayah namun semangat pejuangan mu amat saya kagumi. Dalam sakit masih tekun beribadah. Moga-moga ayah di tempatkan ke kalangan hamba-hamba yang soleh nanti di syurga Ameen.

Sampai sini dulu, Insha Allah nanti kita bersambung lagi.

Banyak lagi cerita, akhir kata buat sahabat yang sedang berkursus tu, ingatlah sahabatmu kat sini, dan buat yang penah hadir dalam cinta satu masa lalu, saya doakan anda bahagia dan bertemu insan yang lebih membahagiakan. Hidup ini satu perjuangan, mungkin di waktu lalu saya terkecewa dan di kecewakan mahupun mengecewakan, namun saya percaya Allah beri semua rasa ini sebab Allah lebih sayang saya dan Allah mahu mendidik saya supaya lebih kuat untuk menghadapi kehidupan.

Namun memaafkan apa yang terjadi mungkin, tapi tidak pula melupakan apa yang terjadi.

Dan Buat Puteri Nuraishah Humaira, tak sabar menanti anda nanti.

Sekian,


Salam Sayang Kerana Allah Until Jannah
Puteri Amna Balqies