Jom klik hearbeat

Sunday, March 2, 2014

Morning Sickness!

Assalammualaikum wbt

Selamat Pagi.


Pagi yang bertamu di sambut dengan penuh rasa syukur, bermula dengan solat subuh sendirian kerana incik suami sedang bertugas, kaki melangkah penuh berat akibat beberapa hari menghadapi "morning sickness" yang amat teruk. Malam hari bagaikan siang hari, terjaga dan agak kepeningan melanda.

Moga-moga pe yang Allah rencanakan buat kami berdua di lindungi dan moga-moga saya di beri kekuatan di sepanjang perjalananan yang di atur oleh tuhan. Ameen.

Hujung minggu hanya di habiskan dengan berehat dan melakukan aktiviti yang ringan, Alhamdulillah setakat ni semuanya saya dapat lakukan dengan baik, walaupun macam-macam alahan yang berlaku, tapi memang sebelum kahwin pun saya seorang yang amat komited dan cerewet dengan kerja-kerja rumah mahupun memasak.Ajaran bonda dari rumah, tak pernah di lupa.


Saat akad di lafaz, tangan pula silih bertukar, saat itu tanggungjawab juga silih berganti, saat itu juga segala beban di jinjing, takliq jadi saksi satu bentuk janji yang terpatri buat si isteri. Itulah insan bergelar suami.

Terima kasih juga pada suami yang sanggup menghantar saya ke tempat kerja pagi tadi, biarpun lelah "duty" malam tadi 24hour standby masih belum lega, faham situasi si isteri, beliau memikul amanah dan mengalas tugas sebagai suami dengan penuh tabah. Kasih suami sampai ke syurga!! Ameen.

Syukur dalam hati bertamu, mata di pejamkan beberapa saat di sepanjang perjalanan, rasa tenang membelenggu jiwa, ntah kenapa, tapi hanya Allah yang lebih tahu, inilah saat di tunggu-tunggu ketenangan dalam melayari kehidupan, yang patah silih berganti, yang sakit pulih kembali, yang lama bertukar baru, yang kecewa di himpit bahagia. Allah Maha Agong dan Allah juga Maha Berkuasa.

Sesungguhnya, cerita hangit dan pahit yang lalu, di jadikan ikhtibar, bila orang sanggup mengata kita perempuan ini itu dengan membabi buta, kita di himpit rase hampa, kita terasa di campak beribu-ribu batu jauh dari hidup yang asal. Terasa itu dah lebih terasa, tersakit itu terlebih tersakit, terhina, menghina terlebih terhina. Namun, saya boleh katakan saya hidup hari ini kerana merasa semua rasa itu. Kerana sakit itu saya berdepan dengan kehidupan yang sekarang kerana sakit itu saya rasa bersyukur dengan apa yang Allah berikan pada hari ini.

Siapa kata kita tak berhak bahagia? Siapa kata kita tak berhak untuk menjadi ibu dan isteri yang solehah? Manusia? tu kata dia, orang sekeliling? tu kata mereka, yang pasti bukan kata Allah dan bukan kata Nabi.

Hidup ini satu perjuangan, hidup ini perlukan pengorbanan, hidup ini juga perlukan satu penghijrahan, kenapa kita perlukan semua resepi ini dalam kehidupan? jawapannya kita di lahirkan sebagai hamba dan khalifah yang di tugaskan oleh Allah swt untuk mentadbir diri dan beribadat serta berbakti pada Allah dan Agama. Dan ramai yang gusar dan gundah di sepanjang jalan meredah onak dan duri kehidupan, ramai yang goyah apabila dugaan dan cubaan datang. Jiwa menjadi resah, hati menjadi kucar-kacir mainan syaitan.

Hakikatnya, suka saya ingatkan dalam setiap setiap penulisan saya, hidup ini satu peringkat cubaan, dugaan itu satu peringkat dalam sebuah kehidupan, yang sabar peroleh kemenangan, yang kurang sabar jiwa menjadi resah. Semua bentuk-bentuk dugaan dan cabaran ini adalah tanda Allah sayang pada kita. tanda Allah mengajar kita erti ketakwaan dan keimanan kepadaNya.

"Ucapkan Alhamdulillah syukur kita kepada Allah, selawat ke atas Nabi Muhammad Ya Rasulullah!"

Semoga hidup kita lebih di berkati Oleh-Nya. Ameen.


Sekian, bye-bye!


Salam Sayang Kerana Allah Until Jannah
Puteri Amna Balqies



1 comment:

  1. Kurangkan simptom morning sickness anda...

    http://adwazeye.blogspot.com/2013/12/morning-sickness.html

    ReplyDelete