Jom klik hearbeat

Sunday, May 24, 2015

Cerita Cinta Seorang Anak dan Isteri 1.

Salam Wbt.

Selamat Pagi..sebab waktu ni dah masuk waktu pagi..25hb May 2015.

Today kerja ok.Tak ada apa masalah.Cuma hari ni agak busy dari hari weekdays.Cuti kan.And my department time ni memang la ramai sangat orang.

Complaint and came for collecting vouchers and regarding all thing.

Now; baru dapat berehat.baru dapat tengok cerita korea hihi.

Before this dok hebat ngan cerita Hati Perempuan punya la berhantu tengok every episod cerita tu.Hari-hari dok record cerita tu before going out to work.Balik je minta incik suami pasang balik apa yang di record..haha dreaming je tengok cerita tu.

Sampai incik suami yg xsuka tengok pun jadi terjebak; di sebabkan kefanatikan wife beliau.

Tadi tengok cerita melayu ni pasal setianya seorang isteri pada ibu;pada suami dan sifat yg baik pada anak.Ermm sedih cerita tu sampai nangis sorang-sorang depan tv.

Ya.semua orang taat pada ibu dan ayah tak kurang juga pada semua.Dan sebaliknya ada jugak yang tidak berbuat hal demikian.Nauzubillah.

Teringat pada ibu.Tu yg buat saya menangis! Kenapa? Dari kami kecik dialah yg paling akrab menjaga dan mendidik kami 3beradik di saat ayah pergi bertugas jauh.

Di saat saya membesar dan belajar dialah yang setia menemani.Di saat hati merundum dengan pelbagai masalah hati dan perasaan dialah yg setia menemani.Di saat hati puteri beliau merintih kesakitan beliau sentiasa memberi semangat.Tak putus-putus memberi harapan dan kasih sayang.Setia menangis bersama.

Dia Ratu hati saya Terima Kasih Ibu.Insan yang kedua hadir tanpa di pinta.Dia jodoh utusan Allah.Dialah sahabat dialah suami.Tak pernah kenal.Tak penah bercinta;tapi dialah jodoh yang Allah utus untuk mengantikan tempat yang sudah lama saya kosongkan.Di awal perkenalan beliau adalah guru nun jauh di seberang negeri dan kemudian beralih tugas ke unit beruniform.Jodoh memang rahsia Allah.Setahun sudah berlalu.Macam-macam pahit dan manis kami merasa.Adat orang yg xpernah kenal lama. Bercinta selepas nikah ini lah gamaknya.Adakalah rasa goyah dalam jiwa.Tapi hati tetap teguh merasa Cinta harus di pupuk selari dengan doa dan kecintaan kepada yang Maha Mencipta Cinta.

Dialah Cinta dan Dialah Rindu Saya.Terima Kasih Buat Suami cekal juga mendidik diri beliau agar sama-sama mendidik diri ke arah Cinta High Class di sisi Allah.Setia mendengar cerita sang isteri.Tak pernah jemu mengesat air mata si isteri.

Terima Kasih kerana berani untuk mengubah dan berubah.Moga Cinta Till Jannah k.hehe

Akhirnya Bahagia dan Cinta itu kami pupuk sedikit demi sedikit.Alhamdulillah semua dengan IzinNya kan.Susah nak cerita tu lah cinta kami .kenal  tidak sampai setahun 3bulan kami bertemu; bertunang selepas itu dan bernikah dalam tahun yg sama.Ajaibkan! Bukan cinta biasa Cinta luar biasa hadiah dari Allah hingga kini.

Ameen..Syukran Allah! walaupun banyak rintangan pada di awalnya.Alhamdulillah itulah asam garam kehidupan.yang penting sebenarnya jangan mudah putus asa.Cukuplah berkali-kali rasa peritnya hidup.Cukuplah rasa pedihnya hati.Jangan sekali merasa seksanya hati untuk kali ini. Hidup ini adalah satu perjuangan; kuatkan hati redha apa yang Allah telah tetapkan untuk kita.

Saya bukannya siapa-siapa.Hanyalah insan yang xpenah jauh dari alpa.dan sedang berusaha ke arah membentuk diri ke jalan yang di redhai Allah.

Doakan saya tawaduk dalam usaha saya mengembeling tenaga ke arah kebaikan dunia akhirat. Ameen!

Maafkan saya andai kata-kata dalam blog ni mencuri sejuta kemarahan atau ke tidakpuasatian anda pada saya.Ini adalah cerita saya dan hidup yang yang saya kongsikan pada anda semua.

Dan blog ini adalah hak saya sepenuhnya.Yang baik datang dari Allah yang buruk datang dari hamba yang menulis blog ini.

Oklah panjang dah cerita.Semoga Anda semua tetap bahagia di bawah lindungan Kasihnya Allah.Ameen

Salam Sayang Kerana Allah Until Jannah
Puteri Amna Balqies.




2 comments:

  1. jom bersegment sahabat...

    http://diarysofzulnas.blogspot.my/2015/10/fuyooo-ggiveaway-by-mama-darwiish_1.html

    ReplyDelete