Wednesday, April 20, 2011
Jom tutup aurat !! wahai sahabatku..
Assalammualaikum Ya Ukhti
surah an-Nur ayat 31 : Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat). Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya…
Bile sebut Jom Heboh!!! dah tentu kita sibuk sgt nak pegi tengok ape yg menarik kat sane,bile sebut jew Jom tutup Aurat!! dah tentu la ramai yg leka dan alpa..kadang2 bukan xtahu tapi buat2 tak nak tahu tentang kempen nih..
Dunia dah nak akhir zaman agaknya,SubhanaAllah susah bile sebut tutupla aurat kan? dan ade pulak yg tak tahu Aurat tu ape? xpela tak tahu saya share kat sini, Aurat adalah sebahagiaan dari perkara yg wajib kita laksanakan dlm islam,tak cukup islam la kita,kalau kita hanya islam pada nama atau islam tapi x tutup Aurat.
Aurat yg di anjurkan dlm islam itu mudah,cube lihat contoh gambar di atas,itula contoh tutup aurat mengikut ajaran agama islam,dan ade juga antara kita nih bukanlah sume yg istiqomah nak pakai tudung labuh,cukupla kita melabuhkan tudung sehingga menutup dada,tutup pergelangan tangan kita,pakai stokin untuk tutup kaki kita,melabuhkan pakaian kita sehingga menutup bahagiaan pinggul kita..supaya akidah kita dan syariat kita terpelihara..nak solat pun senang kan.sebab dah cukup terpelihara..Alhamdulillah.
tak semestinya kita terus berjubah,tapi pakai baju kurung pun dah ok,janji tak terlalu ketat dan menampakkan susuk tubuh badan kita,tu dah kira haram tau!! sekarang pun dah byk tshirt muslimah,bole juga kita pakai untuk aktiviti riadah atau keluar bersama teman2..
kat bawah nih saya tunjukkan panduan yg salah dari segi pemakaian yg di anjurkan oleh agama islam..mari kita lihat, kita nih kategori yg mane?kalau ada yg di antara kita penah berpakaian begini,Alhamdulillah anda masih ade mase lagi untuk melakukan perubahan.
tapi ingat!! berubahlah kerana Allah, dan kerana Agama Islam, Agama Allah..jangan berubah sebab terpaksa, biarla ianya dtg dari hati yg ikhlas kerana cintakan Allah..dan semoga perkongsian ilmu ini menjadi bahan panduan buat anda semua di luar sane..
salam ukhuwah fillah dari saya..sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment