Assalammulaikum wbt
" Rabbi' shrahli sadri wa yassirli amri wahlul 'uqdatan min lisani yafqahu qawli "
Salam Satu Malaysia dan Salam Buat Umat Islam Semua
Silent Reader
Kelakar bila seorang kawan saya memberitahu beliau adalah salah seorang daripada berjuta-juta blogger yang membaca blog dan mengikuti perkembangan blog saya. Seriously saya terkejut dan tersenyum bila mendapati beliau aktif membaca kisah-kisah saya dari awal saya mengenali "blogger". Yela kan tak sangka beliau sering membaca even kadang-kadang saya lama tak update apa-apa cerita tentang hidup dan cerita-cerita yang saya share suka-suka bersama-sama teman-teman saya di alam maya. Maklumlah saya amat sibuk dengan jadual kerja dan hidup saya sekarang ni. "Business women" lah katakan hehe. Apa pun saya ucapakan terima kasihlah kepada sesiapa yang sudi lagi membaca kisah-kisah kehidupan saya.
Maybe ada yang berpandangan negatif pada blog ni, ada juga yang berpandangan positif tentang blog dan siapa blogger sebenarnya. Saya tak paksa orang nak baca atau nak kritik tentang saya. Apa yang saya tahu saya bahagia dengan apa yang ada dalam hidup saya sekarang ni. INI BLOG SAYA kalau rasa-rasa tak berapa senang untuk membaca anda boleh "Ignore" saya dari membaca blog saya "Simple as that" Yela dari meluat baik tak baca kan. Dari mengutuk dapat dosa baik tak bertindak menjadi lebih baik.
"Hidup tak pernah bisu dari kritikan dan kecemburuaan" anggap sahaja semua yang hidup berhak mempunyai pelbagai rasa dan perasaan. Bagi saya "relax je" saya still saya dan menjadi diri saya dan sentiasa berdikari untuk "upgrade" hidup saya menjadi lebih baik dan berjaya.
"Be Positive InsyaAllah Allah with u"
Berjalan-jalan di Sungai Petani, Kedah
Berpeluang membandu ke utara dengan kereta kecil ku adalah satu pengalaman yang cukup "best" bagi diri saya. Yela sebelum ni saya jarang nak berjalan-jalan apatah lagi orang nak bawak saya jalan-jalan. Sejak rezeki bertambah murah income bertambah-tambahlah saya rajin dok jalan-jalan.
Kali ni, ke Sungai Petani, kebetulan seorang teman saya tinggal di sana, beliau membawa saya berjalan-jalan di negeri kedah yang sepanjang hidup saya tak pernah pun menerjah negeri terbabit. Kesian kan saya? 5jam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Sungai Petani amatlah mencabar. Tapi saya redah je janji sampai.
Mari cuci mata tengok "picture" model candi yang tak bapa jadi model nih hehe ^__^
ok sekian cuci mata hehe..
Seronok tengok bila dapat tengok sawah dekat-dekat jadi "jakun" pulak tengok kehijauan nun terbentang luas, tapi sayangnya saya tak dapat nak turun berikutan masa tu hujan. Berjalan-jalan ke Muzium candi-candi buat saya jadi teruja, sebelum ni saya sering melihatnya di dalam buku-buku sejarah. Ni dapat tengok secara "Live" terpegun tu sahaja yang mampu di gambarkan.
okla tutup kisah jalan kat kedah InsyaAllah esok kalau "free" sambung update cerita sabtu lepas dan aktiviti yang saya lakukan.
"Ukhuwah Fillah Abadan Abada"
Salam Sayang Kerana Allah Untill Jannah
Puteri Amna Balqies
No comments:
Post a Comment