Assalammualaikum wbt
" Rabbi' shrahli sadri wa yassirli amri wahlul 'uqdatan min lisani yafqahu qawli "
Rindu untuk menulis menjelma lagi, namun jejari jemari halus ni memang agak sibuk dengan jadual kerja nan padat. Dan kesudahannya beberapa hari ini Allah memberi ujian kesihatan, Ya! saya demam hari ini Alhamdulillah, kenapa? yela sebab Allah beri demam dan sakit untuk mengurangkan dosa.Alhamdulillah ucapan yang perlu di titip dalam hati.
Untung Allah nak bagi sakit, kalau Allah uji dengan keadaan yang lebih dasyat mahu sekali jiwa rasa lebih merana. Anyway memang pun. Ada ujian di sebalik senyuman dan tawa yang terhinggap di bibir. Ada sedih di sebalik kata-kata yang ikhlas dan ada kecewa di sebalik kegembiraan yang ada.
Pujuk hati, lalu dalam hati berkata " Allah ada, Akhirat Ada" kata-kata Ustaz Pahrol Md Juoi dalam Blog Getar Rasa beliau sering saya ikuti. Sungguh terkesan di hati dan terlekat di jiwa.
Namun deman bercampur stress nih memang amat membimbangkan, keadaan lebih parah bila mengenangkan peristiwa yang menyedihkan dalam hidup. Sedih lagi !! kuatlah duhai hati, kadang-kadang yang datang nampak macam ikhlas tetapi rupanya indah khabar dari rupa. Kesabaran di uji-uji dengan penuh cabaran. Ini baru real punya ujian, Allahuakhbar! terasa macam nak meraung dalam bilik. Mujur banyak pengalaman dalam hidup. Huh!! ada sedikit lega dalam jiwa.
Saya capai Al-Quran dan tafsir hadiah adik bongsu saya masa saya sakit dulu, Al-Quran ini adalah tafsir pertama saya hadiah dari adik kesayangan saya. Saya amat hargai hadiah dari beliau, membaca helaian Al-Quran satu persatu mendekatkan lagi jiwa dengan Allah. Al-Quran kan Surat Cinta Dari Allah, meskipun semasa sekolah menengah ramai di antara kita menerima surat cinta monyet dari kekasih hati di zaman sekolah dulu. Saya? masa sekolah saya "SOLO" mungkin lebih gemar bergelumang dengan buku dan kerja sekolah. Senang kata masa sekolah saya adalah seorang yang "SKEMA" haha pengakuan ikhlas maklumla masa tu saya bersekolah di sekolah perempuan, mana ada lelaki semua amoi-amoi dan rakan-rakan sekelas sahaja.
Tapiiiii... still la ada "secret admire" yang dari sekolah yang lain, Ok tutup kisah lampau! sekarang bukak lembaran baru, dalam beberapa bulan lagi kita akan melangkau ke tahun baru. APA AZAM SAYA? dah tentu nak jadi lebih berjaya dalam bisness dan kehidupan.
Next trip business plan yang kena "achieve" adalah "ISTANBUL-KOREA" aduii terbayang-bayang Pulau Cinta Jeju di Korea. Pe pun bak kata pemimpin dalam bisness saya kak ila kita kena "all-out" sama-sama kena buat sampai kita bole capai misi dan visi kita bersama-sama.
Lupa pulak bab demam kan? bila dah melerat bab-bab yang lain, ada kiah baru yang saya mahu kongsikan. Saya dah sampai Sungai Petani dengan jayanya dengan Myvi saya tanpa pengetahuan teman-teman saja wat gempak sendiri-sendiri, 5jam perjalanan amatlah mencabar, tapi sayangnya saya tak dapat nak snap gambar sawah padi di sebabkan hujan yang sangat lebat, selut amat banyak.
Anyway gambar kat Muzium Candi-Candi tu ada cuma saya tak sempat nak update gambarnyer,InsyaAllah di entry kemudian nanti. Doakan kesihatan saya bertambah baik dan doakan segala kekuatan akan sentiasa bersama saya.
P/S : sebelum terlupa no.phone celcom saya ada masalah sikit, so sekarang saya guna no.maxis pada sesiapa tak dapat hubungi saya tu janganlah marah yer. Mintak Maaf banyak-banyak. Nanti bole PM kat facebook saya. TQ harap maklum
"Ukhuwah Fillah Abadan Abada"
Salam Sayang Kerana Allah Untill Jannah
Puteri Amna Balqies
No comments:
Post a Comment