Jom klik hearbeat

Tuesday, October 30, 2012

Kesihatan Yang Meruncing

Assalammualaikum wbt

" Rabbi' shrahli sadri wa yassirli amri wahlul 'uqdatan min lisani yafqahu qawli "


Rindu untuk menulis menjelma lagi, namun jejari jemari halus ni memang agak sibuk dengan jadual kerja nan padat. Dan kesudahannya beberapa hari ini Allah memberi ujian kesihatan, Ya! saya demam hari ini Alhamdulillah, kenapa? yela sebab Allah beri demam dan sakit untuk mengurangkan dosa.Alhamdulillah ucapan yang perlu di titip dalam hati.

Untung Allah nak bagi sakit, kalau Allah uji dengan keadaan yang lebih dasyat mahu sekali jiwa rasa lebih merana. Anyway memang pun. Ada ujian di sebalik senyuman dan tawa yang terhinggap di bibir. Ada sedih di sebalik kata-kata yang ikhlas dan ada kecewa di sebalik kegembiraan yang ada.

Pujuk hati, lalu dalam hati berkata " Allah ada, Akhirat Ada" kata-kata Ustaz Pahrol Md Juoi dalam Blog Getar Rasa beliau sering saya ikuti. Sungguh terkesan di hati dan terlekat di jiwa.

Namun deman bercampur stress nih memang amat membimbangkan, keadaan lebih parah bila mengenangkan peristiwa yang menyedihkan dalam hidup. Sedih lagi !! kuatlah duhai hati, kadang-kadang yang datang nampak macam ikhlas tetapi rupanya indah khabar dari rupa. Kesabaran di uji-uji dengan penuh cabaran. Ini baru real punya ujian, Allahuakhbar! terasa macam nak meraung dalam bilik. Mujur banyak pengalaman dalam hidup. Huh!! ada sedikit lega dalam jiwa.

Saya capai Al-Quran dan tafsir hadiah adik bongsu saya masa saya sakit dulu, Al-Quran ini adalah tafsir pertama saya hadiah dari adik kesayangan saya. Saya amat hargai hadiah dari beliau, membaca helaian Al-Quran satu persatu mendekatkan lagi jiwa dengan Allah. Al-Quran kan Surat Cinta Dari Allah, meskipun semasa sekolah menengah ramai di antara kita menerima surat cinta monyet dari kekasih hati di zaman sekolah dulu. Saya? masa sekolah saya "SOLO" mungkin lebih gemar bergelumang dengan buku dan kerja sekolah. Senang kata masa sekolah saya adalah seorang yang "SKEMA" haha pengakuan ikhlas maklumla masa tu saya bersekolah di sekolah perempuan, mana ada lelaki semua amoi-amoi dan rakan-rakan sekelas sahaja.

Tapiiiii... still la ada "secret admire" yang dari sekolah yang lain, Ok tutup kisah lampau! sekarang bukak lembaran baru, dalam beberapa bulan lagi kita akan melangkau ke tahun baru. APA AZAM SAYA? dah tentu nak jadi lebih berjaya dalam bisness dan kehidupan. 

Next trip business plan yang kena "achieve" adalah  "ISTANBUL-KOREA" aduii terbayang-bayang Pulau Cinta Jeju di Korea. Pe pun bak kata pemimpin dalam bisness saya kak ila kita kena "all-out" sama-sama kena buat sampai kita bole capai misi dan visi kita bersama-sama.

Lupa pulak bab demam kan? bila dah melerat bab-bab yang lain, ada kiah baru yang saya mahu kongsikan. Saya dah sampai Sungai Petani dengan jayanya dengan Myvi saya tanpa pengetahuan teman-teman saja wat gempak sendiri-sendiri, 5jam perjalanan amatlah mencabar, tapi sayangnya saya tak dapat nak snap gambar sawah padi di sebabkan hujan yang sangat lebat, selut amat banyak.

Anyway gambar kat Muzium Candi-Candi tu ada cuma saya tak sempat nak update gambarnyer,InsyaAllah di entry kemudian nanti. Doakan kesihatan saya bertambah baik dan doakan segala kekuatan akan sentiasa bersama saya.

P/S : sebelum terlupa no.phone celcom saya ada masalah sikit, so sekarang saya guna no.maxis pada sesiapa tak dapat hubungi saya tu janganlah marah yer. Mintak Maaf banyak-banyak. Nanti bole PM kat facebook saya. TQ harap maklum


"Ukhuwah Fillah Abadan Abada"


Salam Sayang Kerana Allah Untill Jannah
Puteri Amna Balqies

Thursday, October 11, 2012

Raihkan Cinta Cameron Highland

Assalammulaikum wbt

 Bersama semua bisness partner dan pemimpin meriah kan kami?

Lamanya tak update kan, ada yang dah menegur-negur cik aqies oii pe la malas sangat nih. Hehe bukan malas tapi masa nak menulis tu dah kurang, jadi masa banyak di habiskan dengan bisness dan tugas seharian. Jadual amatlah penuh sehinggakan masa untuk diri sendiri pun kadang-kadang tak ada.

Busy kan cik aqies sekarang ni, matlamat untuk berjaya haruslah selaras dengan tindakan yang kita buat. Jangan bazirkan masa yang ada dengan majlis ilmu dan raihlah seberapa banyak ilmu untuk di timba agar perjalanan menuju puncak kejayaan akan lebih baik dan sempurna.

Alhamdulillah syukran Allah atas apa yang di beri, kejayaan demi kejayaan di tempa, pelbagai sms ucapan tahniah saya terima, apa pun tahniah jua buat diri di atas pencapaian yang di raih kini. Bangga dan rasa bertuah kerana berkat usaha dan tunjuk ajar dari pemimpin-pemimpin hebat yang berada di samping saya dalam bisness nih Alhamdulillah saya berjaya berada di tahap yang membanggakan

Cinta Cameron Highland


huhu tajuk tak mau kalah kan. Apa-pun berkat buat bisness nih yang best saya dapat berjalan merata-rata tempat ke utara dan selatan semua saya redah. Bukan apa bisness partner ramai dah belah2 utara jadi semangat nak buat bisness tu je dah buat saya berjalan merata-rata.



Alang-alang sampai ipoh tu singgah la Cameron Highland. Terima kaseh lah pada yang sudi dok bawak cik aqies kan. nih kali ketiga sampai ke Cameron but dengan Myvi comel kesayangan saya ni lah baru pertama kalinya dia sampai situ.


Macam dulu jugak Cameron tetap sejuk dan subur dengan bunga-bungaan yang segar dan tanaman teh yang sangat cantek, Kagum itu sahaja yang terbit dalam hati saya. 


Berjalan-jalan menelusuri tebing-tebing ladang TEH BHARAT mengamit pelbagai nostalgia yang sentiasa terpahad di dalam hati. But itu kisah lama, ianya hanya tinggal sebagai memori silam. Kini saya beralih cinta pada yang mencintai. hehe cinta ooh cinta.

Encik Cinta ker?? hukhukhuk mari batuk-batuk


Apa pun saya bersyukur kerana di beri lagi peluang untuk kembali mengukir satu lagi kenangan. Alhamdulillah Allah memberi kenangan yang cukup indah buat saya. Bestlah kan dapat makan strawberry cicah coklat lagi habis 3 batang strawberry saya bedal sendiri. 

No share-share sebab kalau makan sekarang ni saya yang paling kedekut nak share.


Meriah rasa tgk pipi kat cermin dan bulat-bulat comel..bila pakai tudung asa macam pipi dan penuh. Tapi badan sentiasa maintain. pipi je macam kueh pau. Apa pun ikhlas nak puji diri sendiri SAYA SEMANKIN COMEL..hahahaha ~ ~ sila jangan menyampah!! ~~ 



Kembara seterusnya saya nak pergi sungai petani..nak snap picture tepi sawah.pasti mengamit kenangan yang lebih indah. InsyaAllah akan di kongsikan lagi di entry seterusny nanti.


Lastly, saya dapat this lovely bunga...hihi ^__^ best ada owang bagi satu jambak really terharu wuwuwuwuuuuu...cam nak nanes je. Siapa lah si pemberi bunga itu?? hukhukhuk mari terbatuk lagi. Biarlah rahsia. tapi asalkan hati den berbunga-bunga. hahaha
 

" ukhwah fillah abadan abada "


Salam Sayang Kerana Allah Untill Jannah 

Puteri Amna Balqies