Assalammulaikum wbt
Hidup ini terlalu banyak cabaran adakala kita di bawah, adakala kita di atas, apa pun tahap kita sekarang ni, janganlah kita berasa sangat-sangat kecewa dengan kehidupan kita.
Kadang-kadang Allah tarik sesuatu yang kita sayang, sebab Allah nak kita rasa sedih, sedih tu sebenarnya dugaan yang Allah beri untuk kita rasa mungkin kita sedih, kita akan ingat Allah. Lumrah la bila manusia susah baru nak ingat Allah.
Jangan begitu tau..Allah adalah tuhan yang sangat-sangat sayang kita, tanpa Allah kita juga tak wujud kat dunia ni..Sebab tu Allah nak kita mengadu dengan dia, Allah rindu dengan hambaNya yang terlalu asyik dengan kehidupan dunia tanpa ingat padaNya. Kehilangan tu bukan satu beban bagi saya, tapi satu dugaan yang silih-berganti berlaku dalam hidup kita.
"Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan;
dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan". [Al-Anbiyaa’: 35]
tanamkanlah dalam diri mulai saat ini bahawa
ujian Allah itu tanda kasih dan sayang dari Allah kerana itu bermakna
Allah ambil tahu dan peduli dengan diri kita. Allah menguji kita
sebenarnya adalah utk mengukur sejauh mana tahap iman kita sebenarnya.
Hadapilah ujian dan dugaan dari Allah dengan keimanan,ketakwaan dan
kesabaran. Moga-moga kita sentiasa berada dibawah payung rahmat,redha
dan kasih sayangNYA
Semoga kita semua di sayangi Allah yer.. Ameen..
Salam Sayang Kerana Allah Untill Jannah
Puteri Amna Balqies
No comments:
Post a Comment