Assalammualaikum wbt
Uwaa lama sudah blog ni tak berupdate, maklumlah cik aqies terlalu sibuk dengan karenah student-student dan dengan tanggungjawab baru yang di pikul.
Pejam celik, ramadhan yang di nanti hampir tiba di penghujungnya, syawal pula menghampiri masa, bagi saya ramadhan kali ini amat menguji tahap kesabaran dan keimanan buat diri ini dan juga ahli keluarga.
Di uji Allah itu sudah jadi kelaziman dalam hidup ini jika kita bergelar hamba, Allah menguji kami dengan secara tiba-tiba ayahanda kami di serang penyakit serangan jantung dan mengakibatkan sistem jantung ayah rosak dan kegagalan sedikit pada buah pinggang ayah. Kini setengah bulan ayah di rawat di ccu jantung di hospital. Kami redha pada Allah kerana sedikit ujian ini tanda Allah sayang pada ayah.
Apa pun raya kali ini buat pertama kalinya kami sekeluarga menyambut dengan cukup sederhana dan menyambutnya di hospital bersama ayah. Walaupun keadaan ayah tidak seperti dulu, kami berdoa agar ayah akan bertambah sihat dan di kurniakan kekuatan untuk menghadapi ujian ini.
Tutup kisah ayah, Tutup juga kisah lalu, mari sama-sama kita positif kan diri dan terus mara dengan kehidupan yang mendatang. Allah tidak suka kita berlemah-lemah dan berputus asa. Malah Allah nak kita jadi lebih tabah dan kuat dengan ujianNya.
Ujian kan tanda Allah sayang dan ingat kita?? Remember!! =)
Di kesempatan ini saya ingin menyusun 10 jari, dua tapak tangan ini memohon keampunan pada semua yang mengenali diri ini dari dulu sehingga kini. Selamat Menyambut Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin ikhlas dari saya dan keluarga. Saya doakan semoga syawal ini membawa pengertian yang cukup berguna dan bahagia buat kita semua untill jannah.
Baju raya saya tahun ni color pink hihi..pink sokmo lah !!
Selamat Hari Raya Semua
Salam Sayang Kerana Allah Untill Jannah
Puteri Amna Balqies
No comments:
Post a Comment