Assalammualaikum wbt
Pengalaman kali ni memang cukup mencabar lebih-lebih lagi bila di arahkan bertugas di luar kawasan.Tepat Jam 10.00pagi kami bersiap menuju tempat yang di arahkan.Perjalanan menuju Lapangan Terbang KLIA Sepang amatlah mencabar, nasib baiklah sekarang dah ada highway baru, di temani rakan setugas dan beberapa orang pegawai dari jabatan yang sama, kami ke sana untuk melakukan tugas yang amnya amatlah baru sekali dalam hidup saya.
Sebagai seorang tenaga pengajar dan pegawai bahagiaan kemasukan pelajar tugas kali ini di beri oleh "Boss" saya untuk memastikan saya memahami selok-belok untuk kemasukan pelajar antarabangsa kolej kami. Hihi mula-mula rasa macam tak nak pergi je, dalam hati berkata-kata boleh ke saya lakukan "task" kedua ni dengan jayanya?? orang kata tak cuba tak tahu.
Sampai KLIA rasa dalam hati berdebar-debar, bukan senang nak masuk "Arrival" untuk pickup student specially bagi student antarabangsa, dan kali ni student pulak dari IRAN hah! macam mana lah gayanya student iran ni. Sampai sahaja di kawasan Arrival saya di temani oleh seorang Pegawai Bahagiaan Pelajar Antarabangsa dan juga seorang anggota polis. Uwaaaa rasa macam orang-orang besar pulak kan?? hihihi.
Selepas mendaftar untuk masuk ke ruangan "Arrival" di tingkat bawah kami di beri pas khas dan sticker kuning khas untuk pelawat dan juga sebagai bukti kami wakil pegawai dari jabatan pelajar kolej untuk membawa keluar pelajar dan menguruskan urusan "imigration" dan pas masuk pelajar ke negara ini.
Huhhh!! susah la mula-mula tu,lagi nak panggil nama diaorang terbelit-belit nak nyebut nama seakan-akan arab ni.Kadang-kadang kita "speaking london" pun satu patah diaorang tak faham. Maklumlah baru sampai kan, hihi..Tepat jam 3.00petang baru uruskan hal-hal imigration pelajar-pelajar ini tamat. Bukan senang tapi kadang-kadang yang susah tulah jadi benda yang paling berharga dalam hidup.
Sebelum pulang saya mengucapkan terima kasih dekat abg polis yang jauh eskod kami dan pelajar kami ke ruang legar untuk terus ke kolej. Alhamdulillah misi saya semalam berjaya kali ni yeeyyyy!! terima kasih untuk rakan setugas yang banyak membantu.
Sekian, bye-bye
Salam Sayang Kerana Allah Untill Jannah
Puteri Amna Balqies
No comments:
Post a Comment