Jom klik hearbeat

Monday, September 9, 2013

Good Luck !!

Assalammualaikum wbt

Salam Satu Malaysia..

Hari fikiran jadi semankin serabut, kerja-kerja dah la menimbun by the way i'm still in the office because of heavy rainning out there. Today macam biasa siapkan report student dan semak-semak jumlah student that come in. Aduii ikutkan dah tak larat dah otak ni nak pikir, betul jugak cakap orang, gaji besar,tanggungjawab pun dah cukup besar dan beban yang di tanggung pun payah jugak, masa tak ada untuk family dan paling ketara untuk manja-manjakan diri. hihi

Kan best dapat tidur dengan lena dan duduk tepi pantai sambil makan goreng pisang panas..miss that moment hihi..yela zaman dulu lain, zaman sekarang dah lain. Dan saya jugak sudah jadi lain dari yang lain. Lain tu bukan bertukar jadi benda lain yang tak logik tapi orang kata "berhijrah" Alhamdulillah terima kasih pada Allah sebab sentiasa ingat pada umatnya yang kerdil ni. Walaupun perubahan ini taklah bermaksud saya nih jadi lebih bagus, tapi saya sedang berusaha untuk jadi lebih bagus dan lebih positif dalam diri.

Walaupun kerja menimbun, kita kena ingat Allah selalu pada yang Esa. Bukan senang nak pikul tanggungjawab seorang pengajar dan mengajar insan-insan suci yang ada kat bumi Allah supaya menjadi seorang insan yang lebih berilmu bahkan jadi lebih baik dari sebelum mempunyai ilmu. Terkadang terasa diri ni tak layak untuk berada pada tanggungjawab yang sedia ada. Kadang-kadang perangai "cewek" saya ni memang tak pernah hilang dari dulu pun.Bila tekanan cepat benar la air mata ni meleleh.ermm tu benda yang tak boleh kekang sejak azali.


Dan lama sudah saya tidak ke pasaraya mahupun ke toko-toko buku untuk membeli buku-buku dan novel-novel penulis kegemaran saya. Masa adalah perkara utama yang seringkali membuat hidup saya tidak bersaki-baki bagi memberi ruang dan peluang untuk diri menyemai hobi yang lama di tinggalkan. Sayang kan? minat menjadi luntur akibat masa. Mungkin saya perlu mengajar diri untuk lebih mengatur masa.

Apa pun saya nak ucapkan syabas buat diri, sebagai tanda pernghargaan kerana saya mampu untuk berdiri dan terus mentadbir diri sehingga ke saat ini. Alhamdulillah syukur!!

Buat insan-insan yang sedang menghadapi exam hari ini mahupun esok, semoga lulus dan di permudahkan segalanya kerana Allah. Usaha dan doa tanda kejayaan semoga Allah tetapkan juga iman berkat hingga akhir zaman biarpun jauh ke utara mahupun di selatan doa ini tetap saya kirimkan. Yang sedang berusaha nak naik pangkat dalam kerjaya semoga berjaya dengan jayanya dan kekal hidup dengan kejayaan kerana Allah.

Ameen Ya Rabbal Alamin.


Salam Sayang Kerana Allah Untill Jannah
Puteri Amna Balqies




No comments:

Post a Comment