Jom klik hearbeat

Friday, September 20, 2013

Laksam Penyeri Jumaat

Assalammualaikum wbt

Robbisrohli Sodri wayassirli amri wahlul ‘uqdatanmillisani yafqohu qouli 

( Ya Allah lapangkan lah dada ku dan mudahkanlah urusan ku dan lancarkanah lidah ku agar mereka memahami perkataan ku)

 

Salam Jumaat Yang Penuh Rahmat

 

Salam Satu Malaysia

Hari ni rasa mood agak baik, mungkin dapat makan laksam yang saya beli di kawasan rumah saya. Sedap walaupun pedas sedikit, dah banyak kali makcik tu buat promosi tapi baru kali ni saya cuba nak rasa. Ternyata tak sia-sialah la makcik yang asalnya dari kelantan tu dok promote dia punya laksa. Alhamdulillah sedap. Saya yang jarang makan ni pun suka tetiba.Nanti esok-esok boleh beli lagi.hihi

 

 


Today jadual ngajar pun full, nih baru nak break untill lepas solat jumaat. Yang perempuan biasalah pegi memborong dan bershopping-shopping. Kami yang sibuk ni sempat tapau-tapau makanan kat kedai bawah je.Bukan boleh bergerak lame sgt nanti ada je yg mencari.Student-student megejar cikgu-cikgu mereka. Kadang-kadang tak terjawab pertanyaan diaorang tuh, bukan sikit kadang-kadang si tukang jawab ni pun jadi blurr.

 Esok sibuk pulak dengan aktiviti luar kampus, banyak benda yang nak di lakukan esok hari.Dalam kepala otak ni dah pikir dah nak tidur bila cuti. Penat sangat dah badan dan otak, nak berjalan-jalan pun memang tak larat.Kadang-kadang ada jugak rasa nak berjogging kat Tasik Permaisuri macam zaman bersama-sama rakan serumah dulu.Ingat lagi pada Kak Azie ngan Syasya dah beranak pinak mereka-meraka tuh.Rindu bertandang lagi di hati.Sedih pulak rasa, kalau tak dulu mereka la tempat berjimba-jimba ke mana-mana sahaja. Teman tidur dan teman suka dan duka. Best betul time tuh.

okla.sampai sini dulu cerita-ceriti hari ini, ooo sebelum terlupa buat sahabat saya yang sedang raptai konvo selamat berkonvo tahniah anda telah selangkah ke hadapan semoga Allah memberkati di atas usaha anda selama ini dalam menuntut ilmu.

 

Bye, Salam

 

Salam Sayang Kerana Allah Untill Jannah

Puteri Amna Balqies


No comments:

Post a Comment