Assalammualaikum wbt
Huh!! lesu macam tak larat hari ni. Meeting dengan pihak kementerian memang meletihkan adakalanya. Banyak benda kami sibuk bincangkan mengenai isu pelajar-pelajar antarabangsa. Esok untill end of this month banyak masa memerah keringat dengan urusan pelajar-pelajar. Masa mengajar dan masa untuk menghadiri seminar-seminar kerjaya dan pelajaran yang di anjurkan oleh pihak-pihak dan badan-badan institusi pengajian tinggi. Pengsan maklong ni !!
Si tembam Arissa Az-Zahra satu-satunya anak buah kesayangan dah kena pegi taska, sebab next year she was 4years old, belajar berdikari sikit jauh dari kami. tapi perasaan rindu bila dia tak ada di rumah memang membuak-buak. Bak kata bonda "Maklong cepatlah kawen!! " jadi ada la kawan nak pegi mana-mana. InsyaAllah hanya jawab dalam hati. One day maybe!! Ameen.
Jodoh, pertemuan dan perpisahan dalam adalah asam garam kehidupan. Yang berlalu biarlah berlalu, dan biarkan ianya menjadi sejarah dan pengalaman untuk teruskan hidup ini. Tanpa yang perit, yang sakit mungkin kita tak kan jumpa yang bahagia. Bahagia itu juga rahsia Allah. Semoga diri juga akan kecapi bahagia itu.
Akan datang boss cakap kita ade seminar bahasa dan roadtour atau ekspo-ekspo pelajaran seluruh negeri. Dan mybe saya juga harus turut serta bagi menjayakan ekspo dan wakil dari pihak kolej. Ermm malasnya, kerja yang sedia ada pun tak terbuat, tambah kerja lagi memanglah bole pengsan.Kalau ke selatan mahu lagi kaki ni pergi, ke utara? timur? hehe mahu bengkak kaki nih menekan pedal minyak untuk berjam-jam ke sana. Pengalaman ke sana, sudah buat hati jadi gundah, berat mata memandang berat lagi kaki ni nak melangkah.tapi kalau pegi belah sana leh sampai cameron highland..hihi tu part yang paling suka.
So tengoklah nanti kalau hati tak malas, tapi untuk johor tu dah confirm pegi. Boss baru bagi tahu tadi, nama saya dah siap on the list, hampeh budak-budak opis ni. Mentang-mentang saya bujang terus letak nama den yer..kita pun faham lah.
Anyway, selamat bertugas pada semua rakan-rakan, selamat memsibukkan kan diri, kerja rajin-rajin sebab boss dah janji nak bagi bonus tahun ni.hihi itu yang sedap di dengar.
Salam, bye!!
Salam Sayang Kerana Allah Untill Jannah
Puteri Amna Balqies
No comments:
Post a Comment