Jom klik hearbeat

Thursday, October 3, 2013

Tayar Ohh Tayar

Assalammualaikum wbt

Salam Jumaat dan Salam Satu Malaysia


Semalam hari yang paling bermakna dalam hidup, hehe macam suspen benda apa la kan? ni la kalau orang yang agak "jakun" tak pernah tukar tayar kereta yang hampir mencecah 2tahun.

Waktu "break" lunch tengah hari saya gunakan untuk mencari kedai tayar bagi mengantikan tayar kereta yang hampir botak. Mana tak nyer dah lama ulang-alik pakai sah-sah la mintak di ganti.

Sampai je satu kedai tayar, bukan service kereta di hujung Taman Maluri, setelah memilih dan bertemu dengan "taukeh" kedai tayar tu dan "nego" harga tayar maka beliau mencadang kan tayar "Michelin" untuk mengantikan tayar saya yang lama. Jenama asal tayar "Good Year" tapi apek kedai tu suggest dua tayar yang tahan lasak "continental" mahupun  "Michelin".


"ini tayer sama itu tayer olang lumbe F1 ma, tahan lasak, takde licin punyer hujan"  kata apek itu kepada saya, wahai apek saya bawak myvi je bukan bawak ferari mahupun kereta lumba F1 tu hadoiiii!!! penuh semangat apek tayar tu dok promote tayar michelin. Mana tak nyer sebijik tayar Michelin mencecah RM 200 untuk sebijik tayar.

Hah!! amek ko melayang duit den satu hari je dengan jayanya, hehe tapi demi keselamatan dan perjalanan yang baik saya berkorban. Hari tu service je kat Perodua  RM350 campur tukar tayar dah nak dekat RM1000k lebih sekali dengan bayaran bulanan kereta bulan ni.

Kereta ooh Kereta !!! siapa cakap bila ada kereta ni senang, Senang bole jalan ke sini sana tapi duit pun kena ada yer kak oii. No money, No Talk !! kata owang putih..

Apa pun thanks la kat apek tu, memang betul tayar Michelin ni sangat selasa specially bila saya memandu, yela dah melayang duit mahu tak selesa hehe. Memandu sambil tersenyum =)


Sekian,


P/S :  Moga-moga segalanya berjalan dengan baik dan selamat.


Salam Sayang Kerana Allah Untill Jannah
Puteri Amna Balqies


No comments:

Post a Comment