Assalammualaikum wbt
Salam Satu Malaysia
Sekarang saya berkempen kat officemate semua minum air kosong banyak-banyak kalau muka lebih bersih dan cantik selain berkempen makan vitamin c dan e dari jenama shaklee.
So, sejak beli botol air tupperware pink ni, makin giatlah saya minum air kosong. Lagi-lagi bila mesin air kosong free dekat je ngan workplace saya. Sampai anak-anak kuliah pun saya kempen soh minum air putih. Bila bibir terasa kering tu tandanya kurang minum air pakailah apa pun jenis pelembab bibir ianya tetap merekah.
Ingat lagi pesan seorang hamba Allah dulu, dan pesannya kerap jadi ingatan dalam otak ni sebab dia memang jenis yang kuat minum air putih, dan beliau selalu membebel pada saya bila saya malas minum air putih. Senang je nak tahu saya kurang minum air bila kepala saya sering sakit itu menandakan otak saya kurang oksigen, air adalah sumber pembekal oksigen pada otak
kita..
Apakah tanda orang yang tak cukup oksigen? Salah satunya ialah
kerap sakit kepala, cepat stress dan macam-macam lagi. Salah satu
cara untuk pastikan otak kita cukup oksigen ialah dengan menjaga solat
kerana pergerakan sujud itu membekalkan oksigen yang banyak kepada otak.
Selain itu, amalkan minum air kosong 8 gelas sehari.
Solat juga adalah senaman badan untuk badan dan otak ciptaan Allah yang agong.
Tips untuk cantik dan hidup tenang
Hiduplah
dengan positif..teruslah berjalan even begitu byk cabaran dan
dugaan..InsyaAllah kebahagiaan pasti dtg..Tetapkan pendirian kita, azam
serta cita-cita. Yang lalu biarlah yg lalu, tetapkan dlm hati jgn
berpaling pada yang bukan hakiki..mungkin ada hikmah yg perlu kita
selami..
Kesimpulannya ~ Tabahlah biarpun payah, menangislah
smpi basah, berdoalah jgn biarkan hatimu goyah, berserahlah pada Allah
swt moga2 hidup kita lebih indah..
Ameen =)
Sekian =) tata !
Salam Sayang Kerana Allah Until Jannah
Puteri Amna Balqies
No comments:
Post a Comment