Jom klik hearbeat

Tuesday, October 8, 2013

Hijau dan Fishtail Inpirasi Dari Sahabat Hijau

Assalammualaikum wbt

Salam Satu Malaysia


Uwaaa sekarang byk sgt fesyen dress muslimah kan..kan..maka mata pun jadi rambang. Kalau bab warna feveret ni memang pink ngan purple la. Tapi kali ni saya nak ubah sikit ke warna yang lain

Dulu saya selalu di prostes oleh dua rakan serumah Puan Syasya pemilik blog cha hijau dan Puan Hazirah sebab kalau bab baju je memang tak ada warna lain selain pink dan purple. Dah minat nak buat camna kan? si syasya memang hantu hijau semua baju nak warna hijau sampai beli tupperware rumah pun penuh warna hijau. Hadoii memang orang pokok, dari dulu saya panggil dia dengan gelaran pokok, pokok kan hijau so sebab dia pendek dan suka warna hijau saya panggil dia "pokok" hihi..

Yang sorang ni pulak Puan Hazirah yang lebih saya kenali sebagai kak azie, peminat warna coklat, ermm memang semua baju majoriti warna coklat. Tak kira pe pun sampai ke kasut pun coklat, tema kahwin pun coklat bab-bab warna coklat serah kat dia.

Tapi mereka  lah penyeri hidup pada zaman serumah dahulu, aissssshhh tetibe sedih pulak. Dari segala bab tukang dengar tukang ngumpat gelak macam nak pecah rumah hehe bagi lah kat kami. Tah berapa lama kami kawan pun saya lupa, sebab saya ada penyakit yang memang susah nak ingat tarikh. Cuma saya ingat saya dah berkawan ngan mereka ni bertahun lamanya.

Dari mereka bebujang sampai la mereka berkawin dan beranak pinak. Hahaha saya? lom tukar status tu lagi InsyaAllah doakan yer. Ameen.

Saya sayang mereka, awk (syasya) saya dah mula suka-suki ngan warna hijau ni dah tak muntah lagi la tengok warna feveret awk. Dan banyak-banyak kain baju pun dah mula ada warna feveret kak azie hihi. Kira saya dah boleh masuk la warna-warna feveret korang. Harap korang suka.

Ini pic yang telah di curi gambar terbaru mereka bersama anak-anak tersayang



Meriah kan??


ni baju yang baru saya beli cantek kan? fishtail dari ummi Ruhani Ismail


ni tudung labuh hasanah untuk baju tuh

hehe, hijau meriah semuanya cuma pic coklat lom masuk on the way ok.


Ok sekian

bye.


Salam Sayang Kerana Allah Untill Jannah
Puteri Amna Balqies

No comments:

Post a Comment