Salam Satu Malaysia
6.30 petang saya masih di office menyelesaikan tugasan di temani rakan-rakan pensyarah yang lain. Tugasan kerja yang berlainan kadangla menyesakkan fikiran. Sabtu lepas pulang dari office saya di serang sakit kepala yang teramat sangat. Migrain yang keterlaluan, adakalanya rambut saya pun gugur.Stress dan bebanan tugas antara punca utama doktor memberitahu saya, tekanan darah saya pun teramat rendah.
Ermm tapi saya bersyukur kerana saya masih lagi tabah untuk terus bekerja dan berbakti. Moga-moga Allah memberkati segalanya.
Tudung Labuh Hasanah Collection
Dedikasi khas buat seorang teman kerana memperkenalkan saya dengan butik online tudung beliau Hasanah Collection, dia saya cuma kenal melalui online butik tudung labuh hasanah. Alhamdulillah saya cukup selesa dengan imej dan hijrah yang baru saya alami.
Terima Kasih Puan Sya, dari M kini ke L moga-moga saya kekal dengan imej yang baru ini kerana Allah. Alhamdulillah semua teman-teman sangat memberi sokongan bahkan ibu angkat saya juga berminat untuk melihat koleksi Hasanah ini.Harga dan kualiti tu yang paling utama apabila kita menyesuai padan pemakaian muslimah. Pakai labuh-labuh pun bukan dengan niat nak tunjuk-tunjuk yer, tapi betulkan niat kat hati kita pakai segalanya untuk Allah dan patuh syariat islam.
Bukan pakaian je nak molek, bahkan akhlak juga nak kena molek gak.
Moga-moga Allah membahagiakan kita semua yer.
P/S : Siapa kata kita tak berhak bahagia?? InsyaAllah bahagia itu akan tiba.
Salam Sayang Kerana Allah
Puteri Amna Balqies
tahniah. cantik sangat tudung, semoga istiqomah kak
ReplyDelete