Salam Satu Malaysia,
Hampir genap 2 tahun saya memandunya, namun bukan nak mendabik dada mahupun rasa tinggi diri, Alhamdulillah saya amat berhati-hati ketika memandu dan amatlah berkhemah.
Teringat pesan seseorang dahulu, "bila pandu kereta kena hati-hati, nak keluar simpang kena tengok betul-betul, bila berhenti kena tekan break dan baru betulkan gear jangan men redah je lagi-lagi bila bawak kereta auto kena jaga enjin kalau tak rosak la gear box" hehe yer si pemandu sebuah kereta proton persona dahulu, bebelannya sampai saat ini masih teringat-ingat dalam kepala, kerena beliau yang mengajar diri hamba ni membawa kereta auto dengan jayanya. Selalu kena marah sampai saya pandai memandu sehingga ke akhir ini. Kerana mulut beliau yang kadang-kadang macam cili padi tula saya sentiasa beringat ketika memandu. Sebab saya ni kaki redah je, janji bole memandu. Terima kasih la pada beliau walaupun cerita ceriti kami telah lama berlalu, dan mungkin selamanya padam. Tapi nasihat yang baik tetap saya jadikan panduan.
Beringat sebelum ajal!!
Dan pada Hari Raya Korban yang lalu, satu inciden yang amat menyedihkan berlaku terhadap kereta kesayangan saya, sewaktu kami berkonvoi ke rumah saudara di jenjarum, saya ketika itu memandu kereta milik bonda saya, sepupu dan adik bongsu telah mengalami kemalangan yang sewaktu dalam perjalanan yang sama.
see!! kemek dan tak boleh tutup rapat sian dia
kalau zoom dekat-dekat memang teruk clip bumper pun patah
Yang sedih mereka bawak kereta den!! dan kereta den yang kemek!! aduahai tersodok bumper kereta honda accord baru milik seorang doktor india. Sades!! tapi memang dah tertulis nak jadi, pelanggaran itu berlaku akibat pemandu kereta terbabit secara tiba-tiba melunsur masuk dari simpang yang berlainan dan memotong terus masuk di hadapan kereta saya. Apalagi berlanggarla maka kemek lah!!!
Dan akhirnya report polis mengesahkan pemandu india itu salah, kerana memotong dengan jarak yang tidak selamat dan menyebabkan kemalangan.
Dan today saya still bawak kereta kemek ni pergi kerja, sementara tunggu untuk di hantar ke bengkel bagi membaiki kerosakan bumper depan dan penutup enjin depan yang tidak boleh di gunakan lagi. Alarm kereta pun dah tak boleh guna akiibat sistem automatik terhadap semua pintu akibat perlanggaran itu rosak.
So pakai manual la. cam zaman dulu-dulu kala, kekok jugak.
Anyway, semuanya Alhamdulillah berjalan dengan baik dan sempurna. Moga-moga Allah selamatkan segalanya. Tapi dalam hati tetap rasa sedih juga..ermm sabar la kan.
Sekian, bye =)
Salam Sayang Kerana Allah Untill Jannah
Puteri Amna Balqies
No comments:
Post a Comment