Jom klik hearbeat

Wednesday, August 28, 2013

Kesibukan demi sebuah kehidupan

Assalammualaikum wbt..

Bz..bz and bz lot of thing to do by this week, dan banyak jugak benda yang sedih berlaku, dan banyak juga berita yg baik berlaku.Pe pun thanks to Allah because memberi kekuatan dan ketabahan untuk terus berada di bumiNya.. Alhamdulillah..

Pe pun tidak ada apa-apa berita yang lebih baik dari melihat ayah saya peroleh kekuatan untuk meneruskan hidup. Hopefully ayah getting better dan boleh terus bersama kami. Rindu gelak tawa bersama family dan rindu berada di celah-celah kebahagiaan yang Allah beri buat kami sekeluarga.

Pagi tadi on the way ke office melayang-layang kepala ni memikirkan pe yang berlaku dalam hidup sepanjang meniti usia, saban hari pelbagai suara dan soalan tertanya-tanya macam mana saya masih boleh terus tabah menharungi hidup biarpun pelbagai dugaan dan peristiwa sedih yang sering berdamping dengan hidup saya. Senang sahaja hidup ini perlukan kekuatan, kekuatan itu perlulah dari hati.

Hati pulak kena rasa kuat, walaupun menangis dan meraung-raung..hehe InsyaAllah pastikan kita tak lupa Allah..senyumlah biarpun hati kamu menangis dan tertangis.Ketepikan sedikit rasa pilu itu dan pandanglah jauh ke satu sudut lalu berdoa, Ya Allah berikanlah kekuatan yang sekuat-kuatnya untuk aku rempuh segala halangan yang membisikan rasa sedih, pilu dan kelemahan supaya aku akan tetap terus berada di bawah naungan kasih sayangMu dan terus hidup dalam keredhaanMu.

Redhalah. Tak Semua Yang Kita Nak Kita Akan Dapat Sekelip Mata, belajarlah dari kesilapan lalu dan berpijaklah di bumi yang nyata. Walaupun kita di hampari kata-kata nan nista, tabahlah menerima segalanya dengan penuh redha kerana Allah, walau siapa pun kita di masa lalu, teguhkanlah hati untuk kita terus berubah dan melakukan sebesar-besarnya perubahan ke jalan Allah. Dan belajarlah untuk memohon keampunan dengan hati yang ikhlas dan terbuka bukan dengan hati yang masih di penuhi rasa dendam dan cemburu.

Hidup ini indah, hiduplah di bumi Allah yang sangat indah, bayangkan seolah-olah esok kita masih punya harapan untuk meratapi segala kenangan indah yang berlaku kini, dan berdoalah semoga keindahan itu terus kekal buat kita dan juga masa depan yang akan datang.Percayalah setiap yang berlaku itu pasti sudah ketentuan dariNya untuk kita melihat kelemahan kita dan memperbaiki segala kelemahan kita itu.

Semoga kita terus tabah, terus kuat, terus bahagia kerana Allah. Ameen..




Salam Sayang Kerana Allah Untill Jannah
Puteri Amna Balqies

No comments:

Post a Comment