Jom klik hearbeat

Sunday, January 16, 2011

Hari minggu..


Salam pada semua..ermm hari minggu yg baru nih saya pergila jalan2..bosan xde kawan kat umah saya habiskan masa yg terluang nih dengan mengunjungi kedai buku yg terletak di Jalan TAR K.L..Pustaka Mukmin name kedai tersebut.Kedai yg mmg sarat dengan buku2 dan bahan2 ilmiah dan segala jenis bahan bacaan. Saya mmg pengemar buku sejak azali lagi. Tidak heran la kalau tiap kali pergi mane2 kedai2 buku, pasti saya akan membeli satu buku.Cume kali ni saya memilih untuk mencari buku2 ilmiah yg byk unsur2 keagamaan untuk panduan buat diri saya.

Teringat pesan seorang teman yg mencadangkan saya membeli buku2 yg dibaca oleh beliau menarik dan penuh unsur ketuhanan dan islami,tertarik dengan penceritaan sinopsisnya saya pun membeli beberapa buah untuk di jadikan koleksi peribadi saya dan baik bagi saya yg masih belajar tentang idup ni.


Dalam membentuk sahsiah diri dan mendidik diri, kadang2 kita harus byk belajar dan membaca, penuhi waktu2 lapang kita dengan membaca dan menyelami erti kata sebenar kehidupan dan juga agama islam yg telah di labelkan pada kita. Jangan pada nama jew islam tapi hati dan jiwa juga perlu islam.

Ambil la sedikit waktu untuk mendidik hati dengan bahan2 bacaan ilmiah yg bole di jadikan motivasi ke atas diri sendiri, agar diri kita terdidik dengan pendekatan agama yg baik. InsyaAllah sedikit demi sedikit dengan izin Allah mana tahu ilmu yg kita baca bakal merubah kehidupan kita ke arah yg lebih baik.
Islam bukan saja tapi kenalah pada amal,ibadah dan segalanya tentang kehidupan sebagai seorang insan yg bergelar Khalifah di bumi Allah ini. Bak kate seorang hamba Allah, "Kalau awk tak pandai awk kena belajar kena byk bertanya dan membaca" kata2 nya padat dan tepat membuatkan saya jadi insaf dan merenung bertapa byk lagi kekurangan yg perlu saya perbaiki, sesungguhnya saya masih belajar lagi,belajar mendalami lagi tentang agama,tentang ape erti islam yg sebenar dan belajar bagaimana lebih untuk dekat dengan Yg Maha Pencipta.

Doakan saya jadi Muslimah yg sejati yer teman2..Seindah hiasan adalah wanita solehah Ameen..




~ Salah satu buku Burhan Sodiq tentang Muslimah yg saya beli dan mmg patut anda miliki~



Menjadi muslimah adalah anugerah yang paling indah. Peribadi muslimah sejati akan memberi impak kepada dunia, dan selalu memberi makna bagi sesama muslim.

Banyak pembaca yang merasa bahawa dirinya tidak miliki apa-apa, padahal dia sudah memiliki segalanya. Mereka kecut jiwanya dan merasa tidak ada kelebihan apapun. Hidup mereka terasa hampa dan tidak punya tenaga untuk bangkit dari kegagalan yang menimpanya.


Hal itu tentu saja menggelisahkan hati dan mengundahkan fikiran. Harus ada usaha untuk member kefahaman bahawa para muslimah itu sudah memiliki banyak makna selama ini bagi umatnya. Dunia sedemikian luas sedia menghamparkan sebuah tanggungjawab besar, bahawa muslimah harus berani tampil di medan dakwah.


Antara mereka sudah memulai dengan langkah kecil yang begitu bererti. Namun kemudian muncul masalah bahawa muslimah-muslimah tersebut tidak professional dalam berperanan. Mereka berdiri di satu titik dan meninggalkan titik lainnya.


Maka buku ini hadir sebagai sebuah nasihat bagi kita semua. Nasihat yang akan menjadi begitu berharga bagi kelangsungan dakwah islam pada masa yang akan datang. Kerana kita tidak pernah tahu, ditangan siapakah kejayaan islam ini akan dimenangkan. Banyak kritik, bukti perhatian, banyak masukan bukti kasih sayang. Jangan jemu dan jangan letih menasihati.

P/s: Saya dah beli anda bagaimana?



No comments:

Post a Comment