Tuesday, January 11, 2011
Kehidupan
Salam..buat semua teman2 bersyukur ke hadrat ilahi hari ini kite semua di panjang umur untuk meneruskan kehidupan.Dan semoga kehidupan yg sedia ada ini di rahmati oleh Allah swt,juga moga2 segala apa yang di lakukan di redhai oleh Allah swt.
Dalam melayari kehidupan seharian pasti ade suka,duka dan pelbagai yang akan kita lalui..sebagai hamba Allah yg biasa saya juga seperti anda, adakalanya hidup ini penuh dengan liku2 dan dugaan yg harus saya hadapi dengan penuh cekal dan tabah..
Adakalanya dtg perkara yg baik dan adakalanya muncul perkara2 yg buruk,tapi apalah daya kudrat saya nak melawan segala qada dan qadar yang telah di tetapkan yang Maha Agong buat saya.Sebagai umatnya yang lemah saya hanya mampu berdoa agar kurniakan kehidupan yg baik dan sempurna.Saya bukan mahu hidup dengan kaya raya tapi cukupla sekadar sederhana dan yang pasti kehidupan yg bahagia di bawah lembayung kasihnya Tuhan dan keluarga yg tercinta..
Apa yang pasti kehidupan ini perlu di teruskan, Ubatlah jiwa yg tidak tenang dan gusar itu dengan mengingati Allah. Redha,Rela, Taqwa adalah ubat segala permasalahan yg membelenggu hati.Semua orang tidak akan hidup sentiase dlm kesenangan, bile masanya Allah akan menguji dengan sehebat ujian, Kesenangan yang datang,tak akan selamanya, begitulah selepas susah ada kesenangan, seperti selepas malam datangnya siang, Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan jangan lupa siapa diri kita.
Dan anggaplah segala ujian adalah tarbiyah dari ilahi yang menguji tahap kesabaran dan iman umatnya.Ingatlah teman2 saya yang di kasihi, kesenangan yang datang selepas kesusahan
semuanya adalah nikmat dari tuhan.Gunakan kesempatan untuk kebaikan dan melakukan apa yg terbaik dlm diri kita..
Kita Ada Allah,dan Allah sentiasa sayang kan kita.Oleh yang demikian jangan kite sesekali lupa Allah dan janganlah terlalu bersedih bila kita kehilangan sesuatu yg kita sayang.Didikla hati dan jiwa dengan Zikrullah dan InsyaAllah hatimu akan sentiasa tenang dan senang menhadapi kehidupan di depan mu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment