salam..
"Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negeri cina". penah dengar kan pepatah melayu ni?
Bila kawan2 sibuk dengan nak menamatkan zaman bujang, saya sering terpikir bila saya nak kawen erk? hehe. tapi tu la saya masih bergelar siswa dan masih lagi meneruskan kuliah di Universiti biarpun saya sudah mempunyai kerja yg bole la di katekan tetap. Biar kite kejar ilmu dari kita kejar jodoh. Sebab jodoh setiap manusia telah di tetapkan oleh tuhan. Janganla kita terlalu bimbang, dan kejarlah cinta Allah dari kita kejar kejar cinta manusia betul x?
Bila sentuh bab2 jodoh dan cinta nih saya teringat seorang adik yg meraung setengah mati sebab BF dia tinggalkan dia. MasyaAllah!! sedih saya tgk dia mengadu bertemu saya, masalah perasaan nih susah nak di ramal kan? saya pun kadang2 susah nak komen bab2 cinta-cintun nih..bukan tak penah hadapi, tapi takut nak komen lebih2..diri sendiri pun terumbang ambing..ape yg mampu saya kata pada adik tu, bacalah Al-Quran di dlmnya byk ubat untuk menenangkan jiwa yg kacau itu. Hati saya pun ada masa terganggu gak dengan dugaan perasaan nih. tp sabar jewla kan..perancangan Allah utk masa depan kita tu lagi hebat.
Jom sambung bicara tentang Ilmu..
Bagi saya Ilmu perlu di dahulukan, cita2 harus di genggam dahulu, biarla org nak kate saya nih nak jadi "Anak dara tua" pun tapi xkisahla saya masih berdiri teguh dengan pendirian saya untuk mengegam segulung ijazah.
Islam mewajibkan kita menuntut ilmu dunia dan ilmu akhirat, supaya kita dpt seimbangkan kehidupan kita, dlm erti kata lain, bagi saya kita org Islam, kita harus memertabatkan ilmu perlu bijak dlm segala hal dlm kehidupan. Maksud saya kita perlu ada ilmu supaya org2 kafir tak tindas kita dan kita pulak xsesat dengan tipu daya kehidupan di dunia..Ingat!! Allah pinjamkan dunia ni utk kita, supaya kita belajar untuk berjaya sebagai seorang khalifah yg dpt mentadbir dunia dan sekeliling isinya dengan baik..sebab tu kita di wajibkan menuntut ilmu di dunia dan ilmu akhirat.
Kalau kita kurang ilmu maka susah la idup kita nanti kan? maka tuntutla ilmu, kerana ilmu kita dan diri kita di pandang mulia, sebab Allah memuliakan barangsapa di antara umatnya yg menuntut ilmu..best kan? Allah bagi ganjaran pahala yg besar bagi umatnya yg tekun menuntut ilmu dan dalam masa yg sama kita beramal soleh kepada Allah, barula hidup kita aman, bahagia dunia dan akhirat.
So! mari la kita sama2 menunut ilmu..sebab ilmu itu ibadah yg harus kita tuntut.
betapa indahnya Iman jika dihiasi dengan Ilmu betapa indahnya Ilmu jika dihiasi dengan Beramal Betapa Indahnya Amalan jika dihiasi dengan (الرفق) lemah lembut, hati-2 dan tak gelojoh tidaklah dapat dibuat perkaitan antara sesuatu dengan sesuatu sepertimana (الحلم) berlemah lembut dikaitkan dengan Ilmu.-kata-kata para ulamak-
No comments:
Post a Comment