Friday, January 27, 2012
Awan berarak seiring dengan hati
Assalammualaikum wbt.
Tajuk mcm puisi pulak hehe,sesekali xpela nak jiwa-jiwa kan.
Cuti CNY yang lepas di manfaatkan dengan sepenuhnya,mula-mula cadang nak pergi jogging tempat feveret saya Taman Titiwangsa.Tapi di sebabkan atas kejadiaan yang melambatkan saya.Kawan baik merangkap teman sekolah saya pun mencadangkan kami menuju ke sebuah destinasi lain.
"Sepang Goldcost" yerr kawan-kawan..
Tempatnya tak berapa jauh dari Kuala Lumpur ,kira-kira satu jam perjalanan meredah lebuhraya selatan dan susur masuk ke Nilai seterusnya ke Bandar Sepang.Sampai2 je nak parking pun susah sebab cuti kan ramai yang ambil kesempatan bercuti,berkelah di tepian pantai.
kebetulannya..
Air surut jadi air laut berada ke tengah2,maka berjalan la saya dan sahabat saya Rabiatul ke tengah2 pantai sambil2 berposing2 ala-ala cuti-cuti Malaysia.uwaa sangat indah bila berada di pantai,tenang hiba pun rasa.Ntahla yer bila tgk je pantai teringatkan kenangan yang mengamit memori.adeiii sadis pulak tetibe.
Dah-dah jangan sedih-sedih buang jauh2 ke tengah laut.hehe
Nak di jadikan cite kisah kami berjogging hingga ke Sepang berakhir di tengah hari.Sebelum balik saya sempat menziarah mak teh saya di Kampung Hulu Chuchoh kat area Sepang tu jugak.Usai solat Zohor dan makan-makan kami pun pulang dengan pelbagai kenangan manis.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment