Jom klik hearbeat

Monday, January 30, 2012

Make up..



Assalammualaikum wbt..

Alkisahnya..

Balik dari lunch bersama teman-teman office,singgah la pasaraya giant kelana jaya.Jalan punya jalan cuci mata,tetibe tersinggah 'Guardian Pharmacy' dan maka berlaku lah adegan terbeli dua barang di atas..hehe

Barang itu adalah barang-barang grooming saya bila 'time-time' mood rajin nak rasa cantik bila ke office.Alaaa bukan mahal pun murah je.Makeup simple2 bukan macam opera cina.Makeup biar nampak fresh dan berseri2 ala-ala gadis korea yg 'cute-miut' walaupun saya takdela cute mane pun.Cuma sesekali ada la perasaan nak jadi cantik sikit.Tak salah asalkan jgn la 'over' bergincu merah makngah! pakai yg 'pinky-pinky' sweet2 plum sudah..

Aktiviti 'window shopping' tetibe jadi 'window open shopping' sebab dah terbeli benda alah nih..xpela asalkan hati saya happy dari di rundung sedih.Sebab ada fakta mengatakan 'shopping'boleh membuat hati wanita sedih bertukar gembira.

Sama la macam hobi saya..

Bila sedih saya suka memandu ke Mc Donald yg berhampiran untuk semata-mata nak dapatkan ais-kerim Mcd yg sgt best tu!! dah cukupla buat hati saya jadi happy =)

Sunday, January 29, 2012

Baby Adli

Assalammualaikum wbt..

Salam Isnin yang penuh cerah.eh cerah ker? cerah dan panas kot.Pagi nih pergi keje macam biasa bawak kereta dengan penuh syok sebab kereta sangat-sangat bersih selepas di cuci sangat berkilau2.Tapi tengok la 2 hari lagi mesti dah berkeladak semula.Biasa la duduk Kuala Lumpur memangla banyak lumpur,lubang,lecak semua "L" ada hehe

Semalam..

Saya Pergi Pantai bagan lalang lagi ala "Sepang Goldcost" adik kedua saya ajak sebab nak bawak anak dan suami dia berjalan-jalan di tepian pantai sambil main-main layang-layang kat tepi pantai.Bahagia dapat bawak mereka dan melihat mereka bahagia.
(bunyi macam orang sedih je kan) haha i'm ok la.

Berbalik pada tajuk Asal..

Ni nak cite pasal baby Adli anak pada sahabat sebantal saya dulu-dulu.Hari tu saya di temani sahabat saya Rabiatul telah pergi melawat sahabat saya ni.Lama tak jumpa kalau dulu satu rumah tidur sebantal makan sepinggan.Dialah sahabat saya syasya.

Dah besar dah baby adli tembam geram saya cubit2 pipi dia.Tabiat suke gomol anak orang lagi-lagi yang tembam-tembam2 mcm ni.Kalau anak sendiri ntah macam mana la kan.Gerenti bapak dia menjerit-jerit marah saya. hahaha biarla saya memang suka budak-budak.Setakat ni kat umah tu cuma ade si kecil "Arissa Az-Zahra" tu jela.Yang jadi peneman di kala sunyi.Pernah satu hari tu saya menangis tetibe dia datang kat saya cakap macam ni "awong angan arr nanin!" sambil peluk saya,cerdik kan kecik2 tahu pujuk! maksudnya yang terang "Maklong jangan la nangis" aduii tak jadi den berdrama pastu.huhu

Ni dia si Adli dan ummi nyer..sweet



Saya yang berlakon-lakon jadi ummi dia hahaha ok la ada ciri-ciri ibu mithali tak??



Sayangggg Adli..



Time gomol si Adli aduii berbuih-buih mulut di tembam ni..jahat tol aunty ni ek..tapi best dia tak nangis buat la pe aje..



And last Arissa Az-Zahra anak buah makyong yg comel taraaaa..dah 2years old dah dia nih.Kami panggil dia kat umah "princess Aisa" sebab slalu sgt nak pakai baju ada pic cartoon princess tak jemu-jemu.




Lepas menonton cerita "Gemersik Kalbu" kami pun pulang dengan seribu senyuman
buat Adli dan ummi nyer "saya sayang kamu berdua selamanya kerana Allah".Moga-moga Adli membesar dengan sihat dan cerdik yer adli!! Ameen.

Friday, January 27, 2012

Awan berarak seiring dengan hati



Assalammualaikum wbt.

Tajuk mcm puisi pulak hehe,sesekali xpela nak jiwa-jiwa kan.

Cuti CNY yang lepas di manfaatkan dengan sepenuhnya,mula-mula cadang nak pergi jogging tempat feveret saya Taman Titiwangsa.Tapi di sebabkan atas kejadiaan yang melambatkan saya.Kawan baik merangkap teman sekolah saya pun mencadangkan kami menuju ke sebuah destinasi lain.

"Sepang Goldcost" yerr kawan-kawan..

Tempatnya tak berapa jauh dari Kuala Lumpur ,kira-kira satu jam perjalanan meredah lebuhraya selatan dan susur masuk ke Nilai seterusnya ke Bandar Sepang.Sampai2 je nak parking pun susah sebab cuti kan ramai yang ambil kesempatan bercuti,berkelah di tepian pantai.

kebetulannya..

Air surut jadi air laut berada ke tengah2,maka berjalan la saya dan sahabat saya Rabiatul ke tengah2 pantai sambil2 berposing2 ala-ala cuti-cuti Malaysia.uwaa sangat indah bila berada di pantai,tenang hiba pun rasa.Ntahla yer bila tgk je pantai teringatkan kenangan yang mengamit memori.adeiii sadis pulak tetibe.

Dah-dah jangan sedih-sedih buang jauh2 ke tengah laut.hehe

Nak di jadikan cite kisah kami berjogging hingga ke Sepang berakhir di tengah hari.Sebelum balik saya sempat menziarah mak teh saya di Kampung Hulu Chuchoh kat area Sepang tu jugak.Usai solat Zohor dan makan-makan kami pun pulang dengan pelbagai kenangan manis.

Thursday, January 26, 2012

Kisah kereta ku..



Assalammualaikum wbt,

Lama kan x update blog,hehe bila kemalasan menjelma ini lah jadinya.Byk cerita ceriti nak di kongsi buat tatapan teman-teman cuma masa saya nak menulis je yang tak ade.

Hah!!,ini pun hasil pertanyaan seorang adik yg sudi nak baca blog seorang kakak yg pemalas lagi selebet ni.Yer dik akmal akak mention nama mu di sini.Syok sangat kan nak jadi glamer akak pun interframe la nama mu di sini.Dia beriya suruh hamba ni update blog.Terima kasih sebab sudi jugak la tempiaskan diri nak baca blog yg dah bersawang2 walaupun tak nampak dengan mata kasar anda.
(bayangkanla sawang2 tu macam wujud kat wall akak ni..konon-konon la)

Berbalik pada cerita WWE lagi best saya..sebenarnya tak ada ape yang best melainkan ianya adalah hadiah dari bonda dan ayahanda saya.Ianya sebuah kereta kecil dan comel yang menjadi hadiah peribadi dari keluarga saya.kata bonda "Ini hadiah Konvo + hadiah hari jadi bulan 3 nanti!" Alhamdulillah ini di katakan rezeki dtg dari rumah dan pasti bukan dari langit hahaha..

First time dapat kereta apakah perasaan anda? saya bertanya sendiri pada diri saya,jawapannya "teruja dan syukur" Alhamdulillah,subhanaAllah sangat-sangat beruntung.Dan syukur sebab lepas ni tak perlu nak bergayut dalam tren bila nak pergi kerja.Start enjin jalan lagi pun auto tekan minyak brek je jalanla kenderaan terbabit.Mahu bawak manual huhu terkial2 la nak masuk gear jawabnyer.Dah lama tinggalkan dunia memandu manual silap haribulan nak masuk gear 2 termasuk gear 3 hehe mahu melompat kereta tu tak pun terbang...fly..fly..fly..and bye..bye la kan.