Jom klik hearbeat

Wednesday, September 5, 2012

Senyuman Itu Membawa Erti Bahagia

Assalammualaikum wbt

Salam One Malaysia


Senyum seindah suria yang membawa cahaya, senyum la dari hati, duniamu berseri. Macam iklan lagu dalam tv tu. Dulu selalu kot keluar iklan tu tapi sekarang dah jarang dah kelihatan. Yang ada dan tgh hot sekarang ni, asik dok kempen "Undi" mybe nak pilihanraya yang akan datang. Pe pun saya nak laungkan "Ku Pilih Malaysia".  Undi adalah rahsia.

Berbalik pada cerita asal, senyum adalah satu terapi buat diri, kalau dulu saya hilang rasa bahagia ngan nikmat senyum tu setelah pelbagai dugaan yang di tempoh, namun kini Allah mengembalikan senyuman dan kebahagiaan yang sekian lama hilang dari diri dan juga muka yang comel ini. hehe comel ker?? sesekali puji-puji untuk diri sendiri tak salah kan?

Senyum lah wahai teman, jika dugaan datang menimpa di saat kamu jatuh, dan di saat kamu menderita. Derita itu nikmat, sebelum merasa kebahagiaan sebenar. Jika di uji janganlah mudah rapuh dengan setiap rasa yang mejelma, tapi hadapilah dan selamilah rasa itu dengan penuh tabah. Memanglah sakit, tapi percaya itulah yang saya rasa dahulunya sebelum saya merasa nikmat bahagia itu kini.

Tersenyumlah biarpun hatimu gundah, kerana senyuman itu pengubat segala kegusaran dan ketakutan dalam jiwa. Tawakkal pada Allah dan teruskanlah melangkah ke hadapan dan jangan sesekali menoleh ke belakang. Yang putus bercinta, semoga tabah menghadapinya, jodoh, pertemuan, perpisahan, adalah semua adalah perancangan Allah buat kita sebagai menguji hati hambaNya. Percayalah akan kamu temui cinta yang sejati melaluiNya. Bercinta dengan Allah maka Allah akan menghadiahkan cinta yang lebih baik dengan restuNya dan di dalam hubungan yang halal di sisi agama dan juga pandangan islam. 

Pahala dalam menguruskan diri dan akhlak adalah agenda utama yang patut kita lakukan demi melihat jati diri yang sebenar. Allah kurniakan fizikal yang baik, otak yang sempurna maka gunakan ianya sebaik rupa dan penuh syukur. Senyumlah biarpun kekusutan yang di alami itu cukup payah. Payah itu juga nikmat yang Allah beri supaya kita berasa segala yang ada di bumi Allah ini adalah pinjaman yang sudah pasti bukan kekal selamanya.

Senyumlah kerana senyuman mu itu pahala dan senyuman itu amatlah indah bukan sahaja pada pandangan mata bahkan pada hati yang melihatnya. Dari senyuman terbitnya cinta, dari senyuman terukir bahagia, itu pengalaman saya. Bahkan dengan senyuman yang di kurniakan Allah inilah saya memiliki sejuta rasa cinta dan bahagia bertemankan Allah dan insan-insan di samping saya yang di beri nikmat yang sama jua.

Senyuman adalah lambang kebahagiaan dalam hati dan jiwa, senyuman juga adalah rupa cinta dan kasih sayang yang di kurniakan dari Allah buat insan yang menghargai kehidupan dan juga segala nikmatNya.


Sekian.


Salam Sayang Kerana Allah Untill Jannah
Puteri Amna Balqies


No comments:

Post a Comment