Jom klik hearbeat

Monday, September 24, 2012

Siti Hajar contoh wanita hebat

Assalammualaikum wbt

Salam One Malaysia

-wanita-wanita hebat tak sangka saya adalah salah satu dari mereka-

Apa khabar semua, alahai lama tak update blog kan, macam biasa sibuk dengan tugas dan perniagaan, Alhamdulillah semua berjalan dengan baik berkat kesabaran yang sentiasa di terapkan dalam diri dan apa pun pekerjaan kita buatlah ikhlas kerana Allah swt. Pengorbanan yang tinggi beserta dengan doa yang tidak putus-putus akhirnya saya mendapat menikmati apa yang di katakan dengan kebahagiaan. 

Bahagia tak bermaksud saya dah ada calon pilihan..ramai yang menyangka begitu, bukan tak nak, tapi lebih baik islah diri dahulu sebelum jodoh yang baik pilihan Allah muncul untuk diri ini. Jodoh kan rahsia Allah sampai masa bertemu jua. Pe pun doakan saya yer

"Cinta tidak semestinya bertemu... kerana cinta itu membebaskan, bukan membelenggu"

" Cinta itu tidak semestinya indah... tetapi diperindahkan oleh orang yang bercinta"

-kata Ustaz Pahrol Md Juoi- 

Meneguk ibrah Siti Hajar

Contohilah Pengorbanan Siti Hajar isteri Nabi Ibrahim a.s wanita yang sungguh luar biasa,sukar ditemui pada wanita lain sepanjang zaman, seorang wanita,isteri dan ibu yang tinggi jiwa pengorbanannya. Sangat taat,tabah,dan sabar. Ada apa pada Siti Hajar??

Ramai orang yang meneguk air zam-zam,tetapi tidak meneguk ibrah (pengajaran) daripada wanita yang mula-mula menyentuh air itu..

Mari mencontohi beliau wahai muslimah semua ^__^ terkesan di hati bila membaca kisah beliau.

Ucapan Khas buat yang pernah menghadiahkan cinta

Sebelum terlupa, Selamat Hari Lahir buat seseorang yang pernah mengajar saya erti kehidupan, manis,pahit,derita semua rasa, terima kaseh jua buat beliau, mungkin ada hikmah di sebalik pertemuan yang Allah hadiahkan buat kita dahulu.

Allah hadirkan saat sukar, Alhamdulillah Allah gantikan saat bahagia bersama Allah, Allah pisahkan kita kerana Allah nak kita berada dengan Allah. Bercinta-cinta dengan-Nya dahulu baru Allah beri nikmat bercinta dengan makhluknya.

Kerana nikmat derita itulah wujudnya saya sekarang..yang baru dan bahagia ^__^


Salam Sayang Kerana Allah Until Jannah
Puteri Amna Balqies


No comments:

Post a Comment