Jom klik hearbeat

Monday, September 24, 2012

Siti Hajar contoh wanita hebat

Assalammualaikum wbt

Salam One Malaysia

-wanita-wanita hebat tak sangka saya adalah salah satu dari mereka-

Apa khabar semua, alahai lama tak update blog kan, macam biasa sibuk dengan tugas dan perniagaan, Alhamdulillah semua berjalan dengan baik berkat kesabaran yang sentiasa di terapkan dalam diri dan apa pun pekerjaan kita buatlah ikhlas kerana Allah swt. Pengorbanan yang tinggi beserta dengan doa yang tidak putus-putus akhirnya saya mendapat menikmati apa yang di katakan dengan kebahagiaan. 

Bahagia tak bermaksud saya dah ada calon pilihan..ramai yang menyangka begitu, bukan tak nak, tapi lebih baik islah diri dahulu sebelum jodoh yang baik pilihan Allah muncul untuk diri ini. Jodoh kan rahsia Allah sampai masa bertemu jua. Pe pun doakan saya yer

"Cinta tidak semestinya bertemu... kerana cinta itu membebaskan, bukan membelenggu"

" Cinta itu tidak semestinya indah... tetapi diperindahkan oleh orang yang bercinta"

-kata Ustaz Pahrol Md Juoi- 

Meneguk ibrah Siti Hajar

Contohilah Pengorbanan Siti Hajar isteri Nabi Ibrahim a.s wanita yang sungguh luar biasa,sukar ditemui pada wanita lain sepanjang zaman, seorang wanita,isteri dan ibu yang tinggi jiwa pengorbanannya. Sangat taat,tabah,dan sabar. Ada apa pada Siti Hajar??

Ramai orang yang meneguk air zam-zam,tetapi tidak meneguk ibrah (pengajaran) daripada wanita yang mula-mula menyentuh air itu..

Mari mencontohi beliau wahai muslimah semua ^__^ terkesan di hati bila membaca kisah beliau.

Ucapan Khas buat yang pernah menghadiahkan cinta

Sebelum terlupa, Selamat Hari Lahir buat seseorang yang pernah mengajar saya erti kehidupan, manis,pahit,derita semua rasa, terima kaseh jua buat beliau, mungkin ada hikmah di sebalik pertemuan yang Allah hadiahkan buat kita dahulu.

Allah hadirkan saat sukar, Alhamdulillah Allah gantikan saat bahagia bersama Allah, Allah pisahkan kita kerana Allah nak kita berada dengan Allah. Bercinta-cinta dengan-Nya dahulu baru Allah beri nikmat bercinta dengan makhluknya.

Kerana nikmat derita itulah wujudnya saya sekarang..yang baru dan bahagia ^__^


Salam Sayang Kerana Allah Until Jannah
Puteri Amna Balqies


Monday, September 17, 2012

JOM JADI USAHAWAN SEPERTI SAYA!!

Assalammulaikum wbt

Salam One Malaysia


Lama tak update blog kan, ada member selalu tegur dalam fb bila nak update cita baru cik puteri? hehe ermm maklumla sejak dua menjak ni sibuk dengan urusan bisness ke hulur hilir nak jaga rakan kongsi dan ramai yang dah setting date untuk berkongsi cerita tentang perjalanan bisness yang di lakukan.

GOOD NEWS! saya akan ada webpage baru for my one Brillant and Million Bisness.Kerja-kerja sedang di jalankan untuk memastikan webpages berjalan dengan baik. Alhamdulillah ramai yang mengambil peluang untk berbisness memandangkan ekonomi dan saraan hidup juga bertambah. 

Selalu saya ingatkan rakan kongsi saya, dalam bisness perlu ada sikap ISTIQOMAH dalam apa jua yang kita lakukan. Kuat, sabar, tawakkal pada Allah dalam pe jua yang kita kerjakan, rezeki yang datang adalah hasil dari usaha dan kesungguhan untuk mengubah nasib kita sendiri.

Yang mengambil peluang TAHNIAH buat anda, Selamat Maju Jaya, Semoga Impian anda akan tercapai dan semoga kita berjumpa di puncak kejayaan.

BMW ke Mercedes? yang pasti nak warna putih yer lagi pe pun ke melepasi syarat tabung kereta yang syarikat janjikan. geram je tgk member baru 25tahun dah layak mendapat tabung kereta dalam masa setahun berbisness. Teruja dan tercabar je nengok nyer. Takpe-takpe lagi bapa bulan je lagi, sabar2 yer.

Fokus utama nak bawak ibu ayah g umrah dan haji dulu, dan seterusnya nak beli rumah sendiri dan memiliki BUTIK PAKAIAN MUSLIMAH DAN HIJAB atas jenama sendiri. InsyaAllah satu masa nanti.  Ameen.

Bersama CDM Kak ila (depan sekali) dan rakan kongsi


Kami Usahawan muda 


biz-partner semua yang datang dari pelbagai jawatan TAHNIAH!!


Bersama pemimpin hebat jutawan di Malaysia sebaris dengan IRFAN KHAIRI, iaitu  
CDM Siti Rohana (berbaju peach) yang melahirkan ramai jutawan usahawan muda dan biz-partner seperti saya.

akhir kata


I CANTIK, YOU CANTIK, KITA SEMUA JADI CANTIK

 CANTIK,BERGAYA,DIRI TERPELIHARA DAN KAYA

SEKIAN

PM SAYA UNTUK PERTANYAAN SELANJUTNYA UNTUK MENJADI USAHAWAN SEPERTI SAYA


Salam Sayang Kerana Allah Untill Jannah
Puteri Amna Balqies

 






Wednesday, September 5, 2012

Senyuman Itu Membawa Erti Bahagia

Assalammualaikum wbt

Salam One Malaysia


Senyum seindah suria yang membawa cahaya, senyum la dari hati, duniamu berseri. Macam iklan lagu dalam tv tu. Dulu selalu kot keluar iklan tu tapi sekarang dah jarang dah kelihatan. Yang ada dan tgh hot sekarang ni, asik dok kempen "Undi" mybe nak pilihanraya yang akan datang. Pe pun saya nak laungkan "Ku Pilih Malaysia".  Undi adalah rahsia.

Berbalik pada cerita asal, senyum adalah satu terapi buat diri, kalau dulu saya hilang rasa bahagia ngan nikmat senyum tu setelah pelbagai dugaan yang di tempoh, namun kini Allah mengembalikan senyuman dan kebahagiaan yang sekian lama hilang dari diri dan juga muka yang comel ini. hehe comel ker?? sesekali puji-puji untuk diri sendiri tak salah kan?

Senyum lah wahai teman, jika dugaan datang menimpa di saat kamu jatuh, dan di saat kamu menderita. Derita itu nikmat, sebelum merasa kebahagiaan sebenar. Jika di uji janganlah mudah rapuh dengan setiap rasa yang mejelma, tapi hadapilah dan selamilah rasa itu dengan penuh tabah. Memanglah sakit, tapi percaya itulah yang saya rasa dahulunya sebelum saya merasa nikmat bahagia itu kini.

Tersenyumlah biarpun hatimu gundah, kerana senyuman itu pengubat segala kegusaran dan ketakutan dalam jiwa. Tawakkal pada Allah dan teruskanlah melangkah ke hadapan dan jangan sesekali menoleh ke belakang. Yang putus bercinta, semoga tabah menghadapinya, jodoh, pertemuan, perpisahan, adalah semua adalah perancangan Allah buat kita sebagai menguji hati hambaNya. Percayalah akan kamu temui cinta yang sejati melaluiNya. Bercinta dengan Allah maka Allah akan menghadiahkan cinta yang lebih baik dengan restuNya dan di dalam hubungan yang halal di sisi agama dan juga pandangan islam. 

Pahala dalam menguruskan diri dan akhlak adalah agenda utama yang patut kita lakukan demi melihat jati diri yang sebenar. Allah kurniakan fizikal yang baik, otak yang sempurna maka gunakan ianya sebaik rupa dan penuh syukur. Senyumlah biarpun kekusutan yang di alami itu cukup payah. Payah itu juga nikmat yang Allah beri supaya kita berasa segala yang ada di bumi Allah ini adalah pinjaman yang sudah pasti bukan kekal selamanya.

Senyumlah kerana senyuman mu itu pahala dan senyuman itu amatlah indah bukan sahaja pada pandangan mata bahkan pada hati yang melihatnya. Dari senyuman terbitnya cinta, dari senyuman terukir bahagia, itu pengalaman saya. Bahkan dengan senyuman yang di kurniakan Allah inilah saya memiliki sejuta rasa cinta dan bahagia bertemankan Allah dan insan-insan di samping saya yang di beri nikmat yang sama jua.

Senyuman adalah lambang kebahagiaan dalam hati dan jiwa, senyuman juga adalah rupa cinta dan kasih sayang yang di kurniakan dari Allah buat insan yang menghargai kehidupan dan juga segala nikmatNya.


Sekian.


Salam Sayang Kerana Allah Untill Jannah
Puteri Amna Balqies


Tuesday, September 4, 2012

Happy Family

Assalammulaikum wbt


Salam Aidilfitri Buat Semua

 
comel bonda bergambar sambil peluk2 besan dia hehe



One Happy Family, seronok tengok family pergi holiday sama-sama ke Cameron Highland even saya pulak tak dapat join, tugas dan tanggungjawab menjadi kewajipan. Happy tengok bonda dengan besan beliau. Maklumlah bestfriend kan. Bonda saya macam saya jugak mudah mesra dan penyayang orangnya even tegas dalam mendidik anak-anak beliau.

Ternyata ketegasan beliau melahirkan kami yang berilmu dan berkerjaya. Syabas buat bonda.

Buat diri yang sedang mengecapi bahagia, hehe sabar dan berdoa selalu agar dirimu sentiasa dapat merasa nikmat itu kekal hingga ke syurga. Ameen ^__^

Buat sahabat yang yang tertanya-tanya dan berteka-teki tu sabarlah menanti perkhabaran yang sangat indah hadiah dari ilahi ~ cewahh ayat takmo kalah ~

Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu
(OST-Adam Dan Hawa) Hafiz dan Dato' Siti Nurhaliza

really like this song smooth dan mendayu2 dato siti dan hafiz nyanyi syahdu hati saya.

Lastly doakan yang terbaik untuk saya dan juga family. Kita mampu merancang But Allah yang menentukan segalanya.

Thank You Allah For Everything..

Salam Sayang Kerana Allah Untill Jannah
Puteri Amna Balqies