Jom klik hearbeat

Tuesday, February 1, 2011

Perbanyakan Istighfar


Salam..


Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yg melazimkan amalan istighfar, akan
dikeluarkan Allah dr sifat ham dn hazan. Sifat ham bererti gelisah
yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti
berdukacita."


Istighfar sering diertikan dengan permohonan ampun kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala atas dosa atau kesalahan yang dilakukan. Lazimnya jika seseorang melakukan kesalahan dan kemudian menyesal akan perbuatannya itu, maka istighfar yang disertai dengan niat taubat yang ikhlas akan dilafazkan dengan harapan agar dosa atau kesalahan yang dilakukan akan diampunkan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

Kita sering di ingatkan untuk Perbanyakan istighfar terutama dlm kita berkeadaan marah yg di luar jangkaan kita. Saya juga adekalanya lupe nak beristighfar lagi2 kalau dah terlalu marah.Mujur adakala ada rakan2 yg sering mengingatkan diriku.

adakalanya aku mengingtkan org sekelilingku.terutama yg dekat dengan diriku,dan adakala ade yg tak dpt menerima teguran ku.malah menyindir ku,adakala mereka semankin bertindak lebih marah.Lebih agresif Ya Allah ampunkanlah mereka.

Tuhan yg suruh kita ingat DIA slalu,sebab bila marah dan bile kita melakukan perkara yg di luar batasan,kita lupa Allah lupe segalanya lupe nak Istighfar byk2. Lupe nak kawal emosi amarah kita.

Allah Subhanahu wa Ta‘ala juga menganjurkan kepada hamba-hambaNya agar sentiasa beristighfar bukan saja untuk diri sendiri malahan juga untuk orang-orang yang beriman, lelaki mahupun perempuan. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala: Tafsirnya: “Dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan, dan bagi dosa orang-orang yang beriman (lelaki dan perempuan).” (Surah Muhammad: 19) .

Berkata Sayyidina Ali Radhiallahu ‘anhu: “Satu keajaiban pada siapa yang binasa (kerana dosa), namun bersamanya penyelamat”. Ditanyakan kepadanya: “Apa dia (penyelamat itu)?” Beliau menjawab: “Istighfar”.

maka perbanyakanlah wahai teman2 ku beristighfar, kerana ianya membantu kita bersikap tawaduk,lebih mengingatkan kita kepada yg Esa dan hidup kita jua bebas dari sifat2 yg buruk.


P/S: Kalau ase tetiba nak marah atau geram tu byk2 la Istighfar InsyaAllah dengan Izinnya hati yg panas akan menjadi sejuk,amek la wuduk selepas itu.Bile marah kadang2 syaitan pun dtg bertubi2 menghasut kita..renung2kan selamat beramal.

No comments:

Post a Comment