Jom klik hearbeat

Sunday, February 13, 2011

Salam Maulidur Rasul 1432H dan Valentine Days


Salam..

Kalau arini org bukan islam sibuk dok sambut Valentine Day's, Kita pula akan sambut
"Maulidur Rasul" yg pada 12 Rabiul Awal 1432H (15hb Februari 2011) . Pada Khamis yg lepas sempat saya menonton rancangan Halaqah di TV9 yg mengupas tentang "Valentine Day" dan asal usulnya hari kejadiaan terbabit, yg kesalnya ade segelintir umat islam yg tak faham akan sejarah kejadiaan Valentine nih ikut serta menyambut jua perayaan terbabit..Nauzubillah min zaliq

Mari kita singkap Sejarah Hari kelahiran Baginda Rasulullah SAW.


Maulidur Rasul
(dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.-Sumber Wikipedia_sejarah Maulidur Rasul-

Sejarah Valentine Days

Yg pelik tu ade gak yg masih tak tahu akan sejarah kewujudan Hari menyambut kekasih yang di sanjung2 oleh agama kristian.Info yg saya dpt dari rancangan halaqah tu. sejarah hari menyambut kekasih nih sebenarnya perayaan Hari Kasih Sayang ini serasa memiliki perpaduan sebuah tradisi yang bernuansa Kristiani dan Roma kuno. Ada beberapa versi mengenai legenda dari sosok Valentine ini.Dahulu, seorang pemimpin agama Katolik bernama Valentine bersama rekannya Santo Marius secara diam-diam menentang pemerintahan Kaisar Claudius II kala itu. Pasalnya, kaisar tersebut menganggap bahwa seorang pemuda yang belum berkeluarga akan lebih baik performanya ketika berperang. Ia melarang para pemuda untuk menikah demi menciptakan prajurit perang yang potensial. Nah, Valentine tidak setuju dengan peraturan tersebut. Ia secara diam-diam tetap menikahkan setiap pasangan muda yang berniat untuk mengikat janji dalam sebuah perkawinan. Hal ini dilakukannya secara rahasia. Lambat laun, aksi yang dilakukan oleh Valentine pun tercium oleh Claudius II. Valentine harus menanggung perbuatannya. Ia dijatuhi hukuman mati.
-Sumber : (http://h-k-b-p.blogspot.com/2008/01/sejarah-valentines-day.html)-

Sah2 la kita yg islam nih tak leh sambut kan?? Oleh yg demikian pikir2 la wahai umat islam janganla sampai aqidah kita terpesong dari landasan yg betul iaitu ajaran dari Al-Quran dan As-Sunnah.
Jangan terikut2 dengan budaya yg ada tanpa mengkaji sejarah yg kewujudannya.

Org dok sibuk nak sambut Besday Rasulullah SAW, ade pulak yg sibuk dok sambut perayaan yg jelas sekali terpesong dengan aqidah kita sebagai Khalifah islamiyah.So renung2kan selamat beramal. Peace No War!! =)

2 comments:

  1. kan? tu la ramai je yg still lg eksited nak smbt.. btw, really enjoy reading ur post,akak... :p

    ReplyDelete
  2. salam yeke thanks same2 la kita berkongsi ilmu..ramai yg takde kesedaran dik,susah nak kate,kadang2 blaja tinggi ilmu dunia tapi ilmu2 akhirat terlalu cetek..sedangkan maklumat hanya di hujung jari jew..

    ReplyDelete