Jom klik hearbeat

Thursday, June 14, 2012

Berita Yang Amat Sedih


Assalammualaikum wbt

Salam Jumaat Yang Penuh Barakah

Selawat dan Salam ke atas Jungjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Ucapan dan doa ku ini jua buat sahabat yang sedang bertarung nyawa di hospital, baru pagi tadi bondanya menelefon saya mengkhabarkan berita yang buat saya amat terkejut. 

Baru saja beliau berkongsi dengan berita kepedihan hati beliau tentang Putus Tunang di saat beliau dan keluarga sedang rancak melakukan persiapan hari bahagia beliau, dan kini beliau terlantar di ICU kerana serangan jantung secara tiba-tiba.

MasyaAllah.. berita tu sungguh buat saya terkejut dan menangis sekuat hati saya pagi tadi, Ya Allah cukup sudah dia menderita dengan berita yang meragut hampir segenap waktunya, sekarang beliau sedang di uji sekali lagi.

"Assalammuaalaikum, anak ni azila kan? makcik ni emak kawan anak syazira, anak syazira di hospital sekrang ni sakit jantung"

"Allah makcik, saya baru je bercakap dengan dia sebelum ni" sambil air mata menitis di pipi

"dia tiba-tiba sakit, mula-mula pucat lesi pastu terus pengsan dan kami bawak pegi hospital"

"Ya Allah baik makcik, sabar byk-byk kita doa dia cepat-cepat sedar, InsyaAllah nanti saya datang melawat" jawab saya sambil teresak-esak.


Setelah talian di matikan saya terasa amat sayu, kenaalah jadi sampai macam ni, kenapa LELAKI TAK BERTANGGUNGJAWAB tu sampai hati buat macam ni pada sahabat saya. Kenapa tak takut Allah ke? tak takut balasan Allah ke? GERAM DALAM HATI.

Ya Allah lelaki zaman sekarang memang tak boleh percaya, lelaki sanggup buat perempuan macam SAMPAH macam BANGKAI. sedih bila mengenangkan naseb sahabat saya itu. Saya juga pernah merasa sakit sangat, merasa derita sangat. Allahuakhbar!!!

Duhai lelaki tahukah tanggungjawab mu terhadap wanita? kenapa begitu kejam kamu. Getus dalam hati terasa kuat dengan perasaan benci.

Kesian Ira, terasa baru semalam kita bercakap ira, baru semalam kita berkongsi rasa sedih dan kepedihan hati dan dirimu, saya faham anda menderita sampai ke tahap yang anda jatuh sakit. 

Ya Allah kasihankan sahabatku, panjangkan umurnya Ya Allah, berikan dia kekuatan seperti mana yang Engkau telah berikan kepada ku. Aku amat sedih dengan semua yang berlaku. Selamatkan sahabatku ini Ya Allah, dia amat solehah, amat mencintai agamanya, sangat taat pada keluarganya.

SAYA MENANGIS DAN TERUS MENANGIS..sayu dalam hati bertambah sedih

LELAKI DURJANA MEMANG ENGKAU SENANG BERBUAT KEJAM TERHADAP KAMI HAMBA YANG LEMAH, TUNGGULAH BALASAN ALLAH NANTI. SEDIKIT PUN ENGKAU TAK PERNAH LEPAS DENGAN SEKSAAN ALLAH. 

INGATLAH ALLAH YANG LEBIH BERKUASA

SEDANG ENGKAU BERGEMBIRA DENGAN PEREMPUAN LAIN, SAHABATKU SAKIT TERLANTAR BERTARUNG NYAWA, ENGKAU TINGGALKAN DIA DALAM KEADAAN YANG CUKUP MENYEDIHKAN, DUHAI LELAKI SEPATUTNYA ENGKAU JAGA AMANAH YANG ALLAH BERI BUKAN UNTUK ENGKAU SAKITI HATINYA.

Hidup ini satu pertarungan, hidup ini satu perjuangan, kita berjuang untuk meneruskan hidup dan berusaha ke arah yang lebih baik. menambahkan ibadah dengan jitu.

INI BUKAN MASA UNTUK KITA MENAMBAH DOSA DAN TERUS MENYIKSA DIRI ESOK DI AKHIRAT

TAK TAKOT KE BALASAN ALLAH DI AKHIRAT NANTI DUHAI LELAKI?

sejak beberapa hari ni, saya sering mendengar khabar berita dari sahabat-sahabat yang berkahwin dan mempunyai masalah rumahtangga, telinga ini sentiasa sudi mendengar, diri ini sentiasa menjadi tempat mereka-meraka meluahkan perasaan mereka.

kadang-kadang menangis bersama, berpelukan bersama menahan perasaan, YA SAYA PERNAH BERADA DI TAHAP ITU DAN DEMI ALLAH SAYA TAK PERNAH SIKIT BERHENTI MENANGIS.

KENAPA? HATI NI SANGAT-SANGAT SEDIH DAN SANGAT PEDIH SAMPAI AKHIRAT PUN TAK PERNAH SAYA LUPA.

Sabarlah duhai sahabat-sahabat, ujian adalah Tarbiyah dari Allah, banyakkan beribadah pada Allah, lunaskan tangugjawab kita pada Allah, berdoalah selagi kita hidup, berdoalah selagi kita berupaya bingkas bangun di tengah malam. bermohonlah pada yang Satu, Allah SWT agar segala yang terjadi akan menerbitkan jalan-jalan pengakhiran yang baik. 

Jadilah wanita yang hebat di sisi Allah SWT, seperti Saidatina Aisyah sendiri, kentalkan jiwa seperti Fatimah Az-Zahra, dan sebaik Siti Khadijah.

PERINGATAN DAN DOA INI JUGA BUAT DIRI SAYA SENDIRI. 

LA TAHZAN BUAT DIRI DAN SEMUA SAHABAT

Sungguh saya sedih sehingga ke saat ini, berkorban hati dan perasaan demi melihat orang lain bahagia. sedangkan diri terseksa. TAK MENGAPA percayalah atau tidak mungkin Allah sedang menyediakan yang terbaik untuk saya.

Kadang-kadang dengan sedikit kesedihan dan kepahitan yang kita lalui adalah titik tolak bermulanya kisah kebahagiaan hasil conggakkan yang mentadbir seluruh alam Allah SWT.

Buat sahabatku IRA, moga-moga Allah menhadiakanmu syurga yang abadi, semoga Allah menghadiahkanmu kekuatan yang hakiki. KAMU SANGAT SOLEHAH SAHABAT.


Salam Sayang Kerana Allah Until Jannah
Puteri Amna Balqies





No comments:

Post a Comment