Jom klik hearbeat

Thursday, June 7, 2012

Rabu Yang Penuh Hikayat

Assalammualaikum wbt,

Salam One Malaysia


Hari Rabu dalam hidup saya adalah hari yang penuh suka duka, saya pernah di tinggalkan di Bustop Medan Gopeng,Ipoh sorang-sorang menanti seseorang sampai ke pagi. Saya pernah di campak di tepi jalan dalam saya mengharungi sebuah perhubungan. Pernah memandu waktu malam meredah lebuhraya Utara seorang diri sambil menangis. Allahuakhbar!!  besar sungguh ujian saya semuanya berlaku pada hari Rabu.

Tapi inilah kenangan yang cukup buat diri saya sedar, cukup sudah pengorbanan yang di berikan. Cukup buat saya jadi serik untuk merasa sedih. SubhanaAllah air mata memamg tak pernah berhenti sehingga saya mengambil keputusan untuk menjadi lebih tabah dan kuat mengharungi dugaan.

Ini cerita saya, cerita perjuangan saya, cerita pengalaman saya, cerita yang kita semua boleh jadikan ikhtibar, CINTA adik-adik dan rakan-rakan adalah terlalu suci pada mata kita, tetapi lebih suci jika kita mencintai Allah dari kita lebih cintakan manusia dan dunia.

Kerana itu saya tekadkan dalam hati, saya mahu berubah, mahu berjaya, mahu mencungkil kebolehan diri, bukan kerana saya seorang pemegang Ijazah Sarjana Muda, bukan kerana tugas saya sebagai seorang Eksekutif Pentadbiran tetapi saya ingin mencungkil segala bakat yang terpendam saya dan mencurahkan sepenuh keringat saya dalam perniagaan.

Percaya atau tidak saya akan menjadi seseorang yang lebih berjaya bermula dari sekarang, akan saya tangkis kata-kata kejam seseorang pada saya, akan saya lemparkan semuanya yang dia beri pada saya pada satu masa nanti. INI JANJI SAYA DAN INI DOA SAYA.

Hidup ni bukan untuk menambah maksiat, bukan untuk membiarkan diri terus tersesat dan terus di perkecilkan. Hidup ni adalah untuk kita tambahkan ibadah, majukan diri dan lebih berusaha ke arah yang lebih baik. HIDUP INI UNTUK ALLAH, UNTUK KITA SAMA-SAMA KEMBALI KEPADA ALLAH DENGAN PENUH BAHAGIA. KITA MAHU KE SYURGA ALLAH BUKAN BERCITA-CITA KE NERAKA ALLAH.

Fikir-fikirkan !!

SAYA PERNAH TERSEKSA DAN MUNGKIN ANDA DI LUAR SANA PERNAH JUA MERASA

APA RAHSIA UNTUK TABAH SEPERTI SAYA? mungkin soalan ini sering buat kawan-kawan bertanya pada saya. Secara jujurnya saya tidaklah sekuat mana, air mata tak pernah lekang dari hidup saya. Rahsianya kekalkan diri dan percaya dengan kekuasaan Allah. Ingat Allah Maha Mengetahui di setiap apa yang berlaku pada kita. Mungkin ini yang terbaik untuk saya.

Dan mungkin Allah telah menyelamatkan saya dari terus lalai dan rosak dengan cinta seorang manusia yang mengaku baik tetapi sebenarnya sungguh hina. 

Pada satu masa saya temui sahabat saya lalu dia mencadangkan saya untuk berbuat sesuatu dengan jalan yang lebih baik. Maka inilah takdirnya, saya mengorak langkah satu persatu, menyusun matlamat dan cita-cita untuk ke gerbang kejayaan.

APA YANG MEMOTIVASIKAN SAYA? SIAPA YANG MENYOKONG DI SEBALIK KEJAYAAN SAYA?

Allah adalah pelindung terhebat yang saya ada sepanjang hidup saya, doa memang tak pernah lekang dari bibir saya, di tambah doa dan sokongan dari keluarga tercinta, sahabat-sahabat yang tak pernah lekang memberi semangat dan menyokong perjuangan saya berada di saat susah dan senang saya. Alhamdulillah saya berada di landasan yang betul, saya berada di tapak yang terbaik untuk membina kekuatan diri dan peribadi. Seterusnya memberikan peluang buat diri untuk lebih BAHAGIA.

InsyaAllah akan kaki ini mengorak langkah satu demi satu perjuangan dalam mengharungi kehidupan. Lebih bangga saya dapat menempuh hari dengan lebih baik dari sebelum ini. Alhamdulillah Ya Rabb saya bangga dengan diri saya, bangga dengan pencapaian yang Allah hadiahkan buat saya.

^____________^  Mari tersenyum dan selamanya tersenyum lebar.

Hargai diri kita, biarpun orang lain tak pernah menghargai kita, biarpun orang lain tak pernah melihat kita. Hanya diri kita yang dapat mengubah nasib diri kita. LEBIH BERJAYA, LEBIH BERGANDA BERJAYA mari bersorak dalam hati.

Apa pun, doakan saya mencapai kejayaan dalam hidup ini. Saya sayang kamu semua kerana Allah dan sama-sama kita jumpa di syurga Allah nanti. Kecapi bahagia hingga ke akhirnya.


Ameen Ya Rabbal Alamin.



Salam Sayang Kerana Allah Until Jannah
Puteri Amna Balqies







1 comment:

  1. Salam.. Terlebih dahulu ucapan tahniah d ucpkn ats kejayaan yg Allah kurniakan... Semoga dirimu tabah dlm menghadapi ujian mahupun dugaan Allah.. Sesungguhnya insan2 yg d uji dan d duga adalah insan2 yg Allah kasih dan sayangi... Hablumminallah.. Hablumminannas...

    ReplyDelete