Jom klik hearbeat

Monday, June 25, 2012

Di Suatu Petang Nan Indah


Assalammualaikum wbt

Di suatu petang yang indah duduk dua orang sahabat di sebuah taman yang indah

Kawan 1 : Ila kalau aku jadi engkau sampai akhirat aku tak kan lupa pe pe yang dia buat kat engkau tau tak?

Kawan 2 : Takpelah benda dah jadi depan mata, depan mata, aku dah ngadap face to face perempuan tu dan tanya kisah sebenar. dan aku dah puas hati walaupun dia tak ngaku dengan aku. Even aku tak boleh nak terima pada mulanya, tapi kita berpelajaran dan kita kenalah bersikap profesional, kita tahu pe yang baik perlu kita lakukan. Dan anggaplah pe yang berlaku ni suratan takdir dari Allah.

Kawan 1 : Tapi kalau aku takdelah aku setabah engkau nak meredah highway tu jauh-jauh. dia bukan pedulikan engkau pun. Dah sedap-sedap dah ngan perempuan tu bukan dia ambil kisah lagi pasal engkau. Engkau sangat-sangat tabah. Aku kagum dengan sifat engkau. Ketabahan engkau terkesan di hati aku dan aku rasa bertuah dapat kawan yang tabah walaupun macam-macam dah dia lukakan hati engkau.

Kawan 2 : (sambil tersenyum) janji aku dah puas hati dengan apa yang Allah takdirkan. Aku dah dapat jawapan dalam setiap malam doa aku. Walaupun aku sedih dan sakit hati tapi aku tetap tabah harungi benda ni.

Kawan 1 : (sambil berpelukan) sabarlah yer ila, pasti ade hikmah di sebalik apa yang berlaku, orang macam tu ila Allah akan beri dia ganjaran yang setimpal dengan apa yang dia buat.

Kawan 2 : Takpelah kita maafkan orang, InsyaAllah Allah bahagiakan kita. Aku redha dengan apa yang berlaku. Dan aku kini bahagia dengan apa yang Allah beri pada aku. Allah hadiahkan kesedihan dan nikmat ujian untuk aku dan Allah gantikan dengan nikmat hidup yang lebih baik dalam perniagaan kita.

Kawan 1 : Engkau tetap ada aku yang akan support engkau dari belakang, kita sama-sama menuju puncak kejayaan. Dan kita sama-sama doa yang kita akan terus berjuang bersama-sama dalam perniagaan kita

Kawan 2 : Ameen. InsyaAllah 9/10 rezeki adalah dari perniagaan kan? (sambil tersenyum) aku bahagia dapat hidup lagi, kebahagiaan sebenar adalah dengan mensyukuri nikmat hidup yang Allah berikan pada hari ni dan InsyaAllah untuk selamanya kita hidup kat dunia ni.

Kawan 1 : ila semoga Allah hadiahkan bakal  "Pemilik Cinta Setelah Allah dan Rasul" yang terbaik buatmu sahabat. Aku sentiasa berdoa untuk sahabatku ni terus tabah. Ila aku tahu engkau baik dan Allah tak kan zalim dengan memberikan jodoh yang akan menzalimi engkau ila. Teruskan berdoa agar Allah jaga hati engkau dan sentiasa menjaga engkau di mana sahaja engkau berada.

Kawan 2 : InsyaAllah, sama-sama kita ikhlaskan hati, yang pahit di telan sudah, yang sakit kita cari ubatnya.

Kawan 1 : Aku sayang engkau ila sampai bila-bila dan aku nak engkau bahagia dan jangan bersedih lagi.

Kawan 2 : InsyaAllah semoga kita peroleh kebaikan buat diri kita bersama. Aku sayang engkau kerana Allah until jannah. (sambil berpelukan)


Monolog PAB : Ukhuwah yang terjalin sekian lama bermula dari dewan kuliah sehingga kini.Kami tetap berdua bersatu dan bergabung tenaga demi masa depan yang mendatang. Yang berlalu biarlah berlalu. Kebahagiaan yang hakiki adalah kebahagiaan yang di peroleh dari Allah. Sebagai hambanya kita hanya berserah dan berdoa agar kita semua bahagia sehingga ke syurga.

Firman Allah s.w.t. di dalam Surah Az-Zumar, ayat 10, yang bermaksud:
“Katakanlah (Muhammad), “Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhanmu”. Bagi orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah itu luas. Hanya orang-orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahalanya tanpa batas”.

Wa Allahu A’lam


Salam Sayang Kerana Allah Until Jannah
Puteri Amna Balqies

No comments:

Post a Comment