Assalammualaikum wbt
Salam bersahabat semoga ukhuwah yang terjalin di berkati sehingga ke Syurga
"Sahabat untuk selamanya, kau dan aku sahabat, untuk selamanya, selamanya setia", suka lagu tema cerita kartun upin-ipin ni.
Bermula dari teman sekuliah, satu kelas dan satu course yang sama, kami mulanya hanya teman biasa yang sering berjumpa di kelas. Teman gurau senda di kelas, buat Assignment bersama dan pe jua yang berkaitan dengan pelajaran kami kerap bersama.
Bertahun sudah tak berjumpa, pada hal dulu selalu berkejar-kejar dari satu stesen keretapi ke stesen lain untuk sama-sama menimba ilmu untuk menghabiskan pengajian ijazah kami di KLMU. Balik je kerja saya akan setia menunggu beliau di Stesen Putra Masjid Jamek untuk bersama-sama ke kelas kami. Hujan pun kami redah bersama-sama, kadang-kadang terlambat masuk kelas pun sama. Hehe yela kami kan budak partime degree masa tu so, habis waktu kerja je kelam kabut pulak nak ke kuliah petang tu. Perjalanan dari Stesen Lrt Putra Kelana Jaya ke Stesen Lrt Putra Masjid Jamek dan bertukar pulak ke Stesen Lrt Star ke Sultan Ismail amatlah penat bagi kami berdua. Tapi demi cita-cita kami gagahkan bersama.
Kami mempunyai banyak persamaan dari segi pendapat dan pengalaman, inilah sahabat saya Norsafriziana atau lebih mesra dengan panggilan ziana. Kawan sekelas yang tak banyak kerenah, banyak membantu dari segi perkongsiaan ilmu dengan saya. Sangat bertuah menjadi sahabat dengan beliau. Tak lokek ilmu dan tak lokek dengan senyuman dan gelak tawa.
Yang best sentiasa backup saya bila kena buli ngan budak lelaki dalam kelas saya yang suka mengusik. Biasalah saya kan, kalau tak kena ngusik atau di buli budak-budak laki ni memang tak sah. Anyway pengalaman mengajar erti ketabahan. Dari sedih dan tawa kami berkongsi bersama. Kadang-kadang ada saja air mata yang tumpah ke pipi kami bersama.
Sensetif memang kami sensetif, ziana nih jenis kuat semangat, tapi saya pulak jenis yang cepat "down" cepat jugak nak mengalah bila time bab-bab yang menyentuh perasaan. Hehe hati lembut macam roti yang di cicah milo camtula gambaran hati saya. Air milo sedap pulak bila teringatkan air milo ais. kan?
^_____^.
Sepetang bersama ziana amat berharga, mendengar kisah sedih beliau amat saya terharu, lama tak jumpa rupenya, beliau sedang berdepan dengan satu situasi yang amat perit dalam hidupnya. Antara kasih, cinta dan sayang. Menitis air mata beliau menceritakan apa yang ada dalam hati beliau.
"Kita berdua sama sayang", itu sahaja yang mampu saya ungkapkan setelah beliau selesai bercerita tentang pengalaman hidup beliau, kita berikan kasih dan pengorbanan, tuba yang di beri pada kita.
"Takpe kata kan dalam hati engkau Allah sentiasa ada untuk engkau"
"Rempuhlah tembok-tembok yang besar tu untuk engkau sampai ke tempat yang bahagia"
" Tak tahu menghargai pasti dia akan dapat ganjaran yang lebih dari Allah"
" Tabahla biarkan hati kita menangis, jangan biarkan hati kita mengenang, dia tak kan beri apa-apa yang terbaik untuk kita, memang susah nak lupa, tapi berlajar lah ingat Allah lebih dari ingat dia, berlajarlah tentang seksaan yang Allah beri sebelum kematian dari ingat dia yang boleh mengheret kita kepada perasaan yang lebih buruk"
Air mata beliau menitis seiring dengan ucapan nasihat dari saya, saya faham dia menderita, saya faham bagaimana hati beliau, saya faham bagaimana merasakan kesakitan yang amat berat lagi-lagi berkaitan dengan perasaan dan hati. Saya pernah merasa perasaan begitu yan lebih hebat dari apa yang tak mampu orang lain melihat. Memang perit !!.
"Be Strong, Allah will helps you dear !!"
Macam mana saya tabah dan sabar macam tu juga saya mengharapkan beliau tabah dan redha dengan ketentuan yang Allah beri. Hidup ini perlu ada duka sebelum mendapat suka. perjalanan sebagai hambanya perlu di teruskan dengan lebih baik dan jauh lebih hebat dari hari sebelum ini. Allah benci akan hambanya yang sering bersedih, tapi Allah sayang dan lebih sayang akan hambanya yang lebih mengingatiNya.
Bercinta biarlah seiring dengan kehendak agama. Bila kita baik, Allah akan menjodohkan kita dengan insan yang baik dan sentiasa menyayangi dan menghargai kita. Yang penting doa yang tak putus-putus dan ibadah dan akhlak bergerak dengan sering
Istikarah Cinta ^____^ peace no war !!!
Salam Sayang Kerana Allah Untill Jannah
Puteri Amna Balqies
No comments:
Post a Comment