Assalammualaikum wbt,
Salam Ramadhan Buat Semua
"Rabbana la tuzigh qulubana ba'da izhadaitana"
Pejam celik, pejam celik dah masuk hari ketiga kita berpuasa, Alhamdulillah semoga kita lebih tabah menjalani ibadah di bulan yang cukup mulia ni. Best kan berpuasa? nikmatnya lebih berganda-ganda bila menjelang bulan Ramadhan. Bukan sahaja time berbuka dapat merasa makanan yang best-best air tangan bonda terchenta tapi dapat bersolat terawih berjemaah bersama keluarga dan semua jiran-jiran dan sahabat handai. Duduk di dalam masjid membuatkan diri saya terasa aman dan tenang, berada di dalam rumah Allah itu menimbulkan rasa kerdilnya kita sebagai hambaNya.
Alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah, kerana telah menganugerahkan nikmat yang cukup besar buat diri dan keluarga yang amat bahagia. Buat bonda terchenta terima kasih kerana sudi melahirkan anakmu, mendidik dan membesarkan anakmu ini sehingga ke tahap ini wahai bondaku. Terima Kaseh kerana berada di samping anakmu ketika jatuh dan bangun sentiasa menghulurkan bahumu wahai ibuku ketika anakmu di sakiti, ketika anakmu sakit. Semoga Allah memberikan rahmat dan syurga buatmu ibuku.
Tetiba touching pulak kan?? tetibe rasa nak menangis kan? walau setabah mana hati saya, sekuat mana kudrat saya, namun hati kecil ini kekadang di selubungi pelbagai jenis perasaan. Duhai hati tabahlah yer Allah kan ada.
Syukur pada Allah juga atas kelahiran bayi yang comel sahabatku Ismaturrahmi kerana selamat melahirkan baby boy di Hospital Kuala Lumpur. Alhamdulillah beliau selamat melahirkan cahaya mata yang pertama. Tak sabar petang nih nak melawat beliau bersama teman sekuliah dahulu Tinie. Buat Isma tahniah yer kak ma, kegusaran hati anda pada tempoh hari berbayar dengan hadiah yang paling berharga buat dirimu dan keluarga. Uwaaa dah dapat baby dah si isma ni kan. Tumpang happy dan tumpang bahagia dari kakla buat kakma k. Petang nih kita jumpa k.
Rindu pada teman saya itu terasa amat sangat, ukhuwah sekian lama terjalin sejak kami sekuliah diploma dan ijazah kami bersama. Pertemuan di dalam surau kampus melahirkan bibit-bibit kasih sayang dan persahabatan buat kami. Serasi bersama seindah ikatan ukhuwah dan semoga ianya kekal sehingga ke syurga nanti Ameen.
Buat sahabat-sahabat saya di luar sana, yang jauh di rindu-rindu, yang dekat kita rapatkan ukhuwah moga-moga kekal kasih sayang kita sehingga ke akhirnya. Di kesempatan ini saya ingin memohon ampun dan maaf di atas khilaf yang terbias sepanjang perkenalan dan persahabatan kita.
Yang merasa saya berdendam pada diri anda, ingin saya melahirkan rasa maaf atas segalanya, saya hanya insan biasa dan sentiasa biasa membuat salah dan terkadang alpa dengan aktiviti dunia. Tiada dendam dan rasa ingin berdendam bahkan saya memaafkan segala kesalahan anda buat saya dan bagi pihak keluarga tiada apa yang kami buat bahkan kami di sini sentiasa mendoakan yang terbaik buat anda dan keluarga anda di sana.
Salam Ramadhan buat kalian semua semoga kita sentiasa hidup dengan bahagia dan tabah menghadapi kehidupan dan dugaan yang mendatang.
" May we all blessed with honesty and sincerity "
Salam Sayang Kerana Allah Until Jannah
Puteri Amna Balqies
No comments:
Post a Comment