Assalammualaikum wbt
Salam Ramadhan buat semua
"Rabbana la tuzigh qulubana ba'da izhadaitana"
Pulang saja dari kerja saya terus memandu ke Hospital Kuala Lumpur bagi melawat teman kami yang selamat melahirkan baby boy di hospital berkenaan. Saya tidak berseorangan malah di temani sahabat saya Tinie teman sekuliah saya sewaktu diploma dahulu.
Melangkah masuk ke Wad Bersalin Hospital Kuala Lumpur agak membuatkan saya sedikit takut hehe maklumlah dulu kerap sangat sakit dan kerap keluar masuk hospital. So perasaan fobia tu masih ada. But yang kami masuk ni wad bersalin bagi ibu-ibu yang menunggu masa untuk melahirkan dan sudah melahirkan. Mereka semua di tempatkan di wad yang sama. Bermacam-macam karenah saya lihat sewaktu di wad berkenaan, rasa kesian jugak melihat bakal-bakal ibu yang sedang sarat untuk menanti kelahiran anak mereka. Terlihat juga baby-baby comel yang berada di samping ibu mereka. Perasaan tersentuh di dalam jiwa, naluri wanita saya amat tersentuh melihat keadaan baby-baby yang kecil di tempatkan di dalam troli khas. Mereka comel dan sangat-sangat kecil.
isma dan baby beliau yang comel
Dalam hati kecil nih pun terasa cemburu dengan mereka yang ada baby, hehe bertuahkan ada anak, bertuah merasa nikmat bersalin biarpun sakit, bertuah menjadi ibu. Tetiba "touching" hikhik..
Me, isma and baby
Me and tinie amik berkat pegang baby ^___^
Nak gak ada baby ^___^ kan? hehe
InsyaAllah satu masa nanti kan? Sekarang adalah masa untuk mengislah diri dan masa untuk berubah lebih baik dalam kehidupan. Masa untuk berjaya dalam bisness yang di usahakan dan masa untuk memastikan kehidupan yang akan datang lebih bahagia dan bermakna.
Buat teman baik saya Ismaturrahmi tahniah kerana selamat melahirkan dan tahniah kerana menjadi ibu kepada seorang cahaya mata lelaki yang sangat-sangat comel. Moga-moga baby tu jadi anak yang soleh dan bijak.
Salam Sayang Kerana Allah Untill Jannah
Puteri Amna Balqies
No comments:
Post a Comment