Assalammualaikum wbt
"Rabbana la tuzigh qulubana ba'da izhadaitana"
Pulang je dari kerja dah siap-siap dengan seluar track suit, kasut sport nike pink yang comel itu saya sarung ke kaki. Taman Tasik Shah Alam lokasi tempat berjogging. Lepas penat lelah berkerja dan berbisness badan haruslah di latih untuk menjadi lebih sihat. Atleast minda di rehatkan dengan suasana taman yang penuh dengan tumbuhan hijau yang membekalkan oksigen kepada udara dan persekitaran. Secara tak lansung kita menghirup udara segar yang akan sampai ke otak. Ini adalah salah satu cara terapi minda dan hati. Tak percaya??? sila cuba. Sebab saya kerap mengahdapi trauma dan tekanan emosi, selalu di bebani dengan benda-benda yang membuatkan minda saya sentiasa stress.
Jogging dan berjalan adalah menyihatkan
Saya tak adelah berlari beriya-iya sangat memandangkan saya ni tak bapa cukup stamina nak berlari macam sahabat saya yang lain. Saya lebih gemar berlari-lari slow je dan kemudian berjalan-jalan menelusuri track pejalan kaki yang di sediakan untuk pengguna di taman tersebut.
Pandangan hijau yang tercalar dengan maksiat
Ermm tak di nafikanlah tengah-tengah syok jogging mata mencuri pandang ke arah pasangan-pasangan yang sedang asik di lamun cinta di semak-semak dan di tempat-tempat awam sebegitu tanpa rasa segan silu. MasyaAllah ini negara islam tapi banyak yang masih leka dengan maksiat yang berada di depan mata. Bukan nak kata diri saya baik dan solehah tapi saya merasa malu dan segan untuk berpandangan bila melihat aksi-aksi yang agak memalukan dan semuanya atas nama bangsa yang sama dan agama yang sama seperti saya.
Niat di hati nak aje tegur kan? tapi apalah daya saya hanya orang biasa yang belum cukup kuat untuk mentadbir mereka. Ilmu saya sungguh terbatas, lalu saya teruskan perjalanan saya sehingga saya bertemu segerombolan adik-adik yang sedang bermain buaiyan di taman. Sebenarnya masa berjalan seorang diri tu saya dah sedang di ikuti oleh dua orang mahasiswa, tafsir saya barangkali melihat dari gaya mereka yang agak-agak kebudak-budakan, ade hati nak ngorat kakak nih weii, getus hati kecil saya, setakat ayat biasa di zaman tok kadok tu jangan kata saya anak buah saya yang kecik tu pun tak terpesona. Anda dahla lelaki kan, tak malu sungguh dan lansung takda akhlak mengurat pulak anak dara orang tanpa rasa bersalah. Tak layak lagi di gelar lelaki sejati kalau diri tak pandai nak jaga akhlak dan iman. Lelaki OHHH lelaki ermm setakat ngorat-ngorat nih tak yahla kan. Saya still jaga iman dan jaga lagi akhlak saya. Nak je cakap camni "Cik abg berdua tak takot Allah ke? " tapi tak terpacul pulak kata-kata tu dari mulut saya. Memandangkan sebenarnya risau di apa-apakan.
" Please la time aku jogging la korang nak ngorat pulak, menyibuk betul" getus dalam hati kecil saya
saya atur langkah terus menuju ke segerombolan adik-adik yang sibuk bermain buaiyan tersebut. Saya menyapa dan terus bermain buaiyan bersama mereka. Jadi dua orang budak laki bengngong tu tak jadi la nak meneruskan ayat-ayat cinta beliau
"Sorryla korang tak cukup kuat nak menerjah jiwe cik kak nih" getus dalam hati saya lagi
Perasan saya tiba-tiba datang menyapa adik-adik di situ seorang daripada mereka menyapa saya
" Kak akak kena ngorat ngan abg-abg tu ea tadi, akak len kali jgn jogging sorang2 bahaya"
lalu saya menjawab
"A'ah seb bek ade korang kalo tidak tah macam mane nak cari idea nak lari dari diaorang, Alhamdulillah Allah lindungi akak"
" Akak datang sorang2 je ker?? " tanya adik form 5 tu
" Dengan kawan tapi dia lambat datang sikit"
Perbualan kami tamat di situ bila sahabat saya datang dengan muka konpius, sebab terkejut tengok saya bermain buaiyan di taman kanak-kanak. Selamba badak je kan? takpe adik form 5 tu pun tak tahu yang kakak kecik dan comel kat sebelah dia nih sebenarnya jauh lebih besar umurnya dari beliau. hahahaha
Badan tak sepadan ngan umur kan? tah bila nak besar lagi pun tak tahu. Umur je dah besar tapi tetap nampak cam kanak-kanak ribena kata bonda saya selalu bila berbicara tentang perangai dan perwatakan saya. Apa yang penting saya selesa dengan diri saya dan bersyukur dengan apa yang Allah anugerahkan buat diri saya. Atleast saya comel hehehe ( sila jangan muntah) hehe yela Allah dah bagi kecantikan untuk semua hambanya tak salah sesekali puji diri sendiri kan??? ^____^
Pulang dari Jogging saya ke rumah kak azie rakan serumah saya dahulu dan sekarang adalah salah seorang rakan kongsi niaga saya. Tumpang mandi berborak dan berbincang pasal bisness dan kueh raya. Ohh!! ya sebelum terlupa saya dengan seikhlas hati ingin mengambil peluang ini untuk wish
SELAMAT BERPUASA BUAT TEMAN-TEMAN DAN SIAPA YANG MENGENALI DIRI SAYA
Semoga Allah memberkati segala ibadah dan melimpahkan pahala dan kasih sayang buat kita sehingga ke jannah nanti. Ambil peluang di bulan mulia ini untuk melakukan ibadah dengan semaksimum yang boleh. Bulan penuh rahmat ni jangan di persia-siakan dengan aktiviti maksiat dan benda-benda yang di larang dalam islam.
ISLAM AGAMA YANG SUCI, ISLAM AGAMA ALLAH, DAN ALLAH ADALAH TUHAN YANG MAHA BESAR.
Salam Ramadhan buat sahabat baik saya AHZ, syasya, kak azie, kak faizzah, dan semua rakan kongsi dan mentor2 MMG dan semua umat yang beragama islam seluruh dunia.
Salam Sayang Kerana Allah Until Jannah
Puteri Amna Balqies
No comments:
Post a Comment