Assalammualaikum wbt
May we all blessed with honesty and sincerity
Ameen..
Semalam pulang dari kerja saya terus memamdu ke Shah Alam Kenapa?? hehe melunaskan misi mencari BUTIK D'HAJA di seksyen 7 Shah Alam. Akhirnya sampai juga di butik untuk mencari tudung yang di pakai oleh IRMA HASMIE untuk pre-wedding beliau. ^____^ sampai sahaja di sana saya di sambut dengan 2 orang pekerja yang sangat peramah.
credit to blog meramonst.blogspot.com hasil searching from google image
"Dik akak nak tudung yang IRMA HASMIE PAKAI" spontan je saya menyuarakan hasrat di hati saya sambil tersenyum ^___^ sambil tu mata saya tecari-cari kelibat tudung yang tersangkut di ruangan tudung yang di sediakan, melangkah masuk ke butik D'Haja amatlah selesa ruang dan hiasan butik amat sederhana dan agak selesa bagi seorang yang berhijab seperti kita, even orang lelaki pun akan rase comfortable untuk masuk bersama ke dalam butik dan ade di sediakan ruangan duduk untuk menunggu. Saya suke butik tu sebab selasa dan banyak cermin.
Gadis yang dengan muka excited dpt tudung D'HAJA
Setelah beberapa helai di sarung ke kepala, saya memilih 2 helai tudung untuk di beli satu berwarna kelabu dan satu lagi berwarna maroon, nak beli pink dah banyak sangat kat umah tu. InsyaAllah ada rezeki saya akan bawak bonda saya ke butik itu dan menghadiahkan beliau sehelai tudung untuk hari jadi beliau pada bulan ini.
Taraaaaaaaa....hehe same kan? cume kaler saya pekat sikit je cantek kan? tudung tuh lah orangnya simple2 je ^___^ hehe
ni Icon Bakal Usahawan Wanita Muslimah berjaya
Happy rasa hati, dapat memiliki tudung yang di idam-idamkan hasil dari titik peluh sendiri berbisness. Mata turut terpandang butik pereka terkenal HATTA DOLMAT tidak jauh dari banggunan butik D'Haja. Hatta Dolmat adalah pereka baju pengantin buat IRMA HASMIE saya amat berkenan dengan design bagi jubah moden yang di reka oleh beliau pada hari pertunangan IRMA HASMIE.
8hb September 2012 ni tibalah hari meraikan buat usahawan-usahawan yang dah naik pangkat termasuklah saya dan rakan-rakan kongsi yang lain. TAHNIAH BUAT SEMUA semoga kejayaan ini di kongsi bersama. InsyaAllah saya akan memilih HATTA DOLMAT untuk design baju jubah muslimah moden buat diri saya. Nak gak kan macam irma hasmi hehe. Apa pun TUTUP AURAT DAN MENJAGA IMEJ MUSLIMAH tu yang lebih penting.
Dan sebelum pulang pihak D'HAJA memberi saya PRIVILEGE CARD yakni KAD AHLI sebagai tanda saya sudah menjadi pembeli tudung D'HAJA. Best sangat Alhamdulillah rezeki yang Allah limpahkan memberi nikmat buat diri.
SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH YANG MENJADI TAULADAN BUAT UMAT SELURUH ALAM. YANG BAKAL MENGHIASI TAMAN-TAMAN SYURGA ALLAH, DIA LAH IBU DAN DIA LAH BAKAL-BAKAL KETUA BIDADARI DI SYURGA NANTI.
Buat peringatan juga buat diri saya sendiri, even berfesyen tapi saya tetap juga ingin menjaga ibadah dan juga imej islam yang telah di gariskan dalam islam. Even dalam berbisness, even dalam mengatur langkah ke mana jua.
"Rabbana la tuzigh qulubana ba'da izhadaitana"
( Ya Tuhan kami jangan Engkau Bolak Balikkan hati kami selepas Engkau memberi hidayah kepada kami)
Ameen...
Salam Sayang kerana Allah Untill Jannah
Puteri Amna Balqies
Salam.i've been looking the same tudung too. Hee.yg u punya ada awning eh? Price range?
ReplyDelete