Assalammualaikum wbt
Salam One Malaysia
" Sedalam tinggi, Seluas jauh, Begitulah cita-citaku, Sekiranya kau ingin tahu, Selama ini
Hingga ke akhirnya, Suka duka, Senyum selalu, Kita bersama punya satu, Mimpi "
Hingga ke akhirnya, Suka duka, Senyum selalu, Kita bersama punya satu, Mimpi "
Seminar bersama CDM-CDM dan kami bakal-bakal usahawan berjaya
Sambil drive sambil dengar lagu Mimpi ni nyanyian Daniel Lee, Lagu ni pun lagu tema CDM Kak Zura dalam video klip mengenai sepanjang perjalanan beliau di dalam bisness ni. Kak Zura adalah seorang bekas guru yang telah join bisness ni selama beberapa tahun. Seorang yang sangat komited dengan tugas dan kemudian meletakkan jawatan sebagai seorang guru dan menceburi bisness ni secara sepenuh masa dengan bimbingan CDM Kak Siti Rohana dan suami beliau CDM Azlan.
CDM Kak Yasmin dan CDM Kak Zura
Berkat usaha kak zura akhirnya berjaya dengan bisness ni dan membawa beliau ke tahap pencapaian dan pangkat yang tertinggi iaitu CROWN DIAMOND MANAGER dan berpeluang melancong ke beberapa buah negara dan berpendapatan bulan lebih 30K Sebulan.
Selalu kalau pergi kelas tentang produk selalu, kak zura selalu memberi saya kata-kata semangat dan tak putus-putus memegang tangan saya, tiap kata-kata semangat beliau saya jadikan iktibar, setiap kata-kata beliau sangat-sangat memberi saya semangat baru untuk teruskan hidup
"Ila ingat ni kata-kata kak zura ni, ila boleh berjaya, InsyaAllah boleh buat, jangan putus asa, kak zura, kak min, kak ila ada kita sama-sama berpegang erat sama-sama berjaya. Ila kena kuat semangat biarkan orang yang buat ila tu seronok dengan perbuatan dia, ila kena buktikan ila jauh lebih berjaya dari dia yang dah musnahkan hidup ila tu, ila kamu seorang yang terpelajar, ada kerjaya yang baik dan sekarang bakal usahawan muda yang berjaya, tengok sahaja pencapaian ila sekarang ni, ni nikmat ni dari Allah buat kita, Dan kak zura doakan semoga ila akan terus sama-sama berjaya bersama kami"
Semangat kan? memang bekas guru ni, bukan sahaja pendidik tapi pencetus semangat dan inspirasi pada saya, seorang ibu dan wanita yang cukup solehah pada saya. Kuat dan bersemangat mengharungi pelbagai ranjau dan onak duri sepanjang bergelar guru dan usahawan wanita dan bakal bergelar jutawan tidak lama lagi. Kagum dengan peribadi kak zura yang sentiasa menjadi idola buat saya dan rakan kongsi niaga di bawah saya.
Leader yan baik adalah leader yang memberi nasihat dan tunjuk ajar yang baik untuk memastikan perjalanan pernigaaan ini berjalan lancar. LONDON-PARIS InsyaAllah tunggu kedatangan saya yer best kan? dengan bisness ni saya bukan sahaja dapat mendapat income 10k sebulan, tabung kereta malah saya juga berpeluang melancong ke negara-negara lain tiap2 tahun bersama rakan kongsi saya.
Honda dan Mimpi
Honda Civic Baru 2012 memang kereta idaman sebelum menadapat Mercedes C-Class idaman saya seperti mereka-mereka yang berjaya sebelum saya. Untuk permulaan saya berhajat untuk memiliki Honda Civic White Color 2012 editon yang sangat cantik dan ekskusif dari jenama HONDA. Saya belum lagi TEST DRIVE, so this weekend mahu setting time untuk ke Honda dan TEST DRIVE CIVIC BARU. Macam mimpi kan nak bawak HONDA CIVIC. Mari tepuk muka sendiri wahai cik diri.
sapa tak suka HONDA kan, lagi saya yang anak dara ni, dengan bisness nih kita boleh memiliki kereta idaman yang kita impikan, IMPIAN AKAN MENJADI KENYATAAN. Syukur kan? ni berkat kesabaran dan usaha yang jitu, pasni leh pikir beli RUMAH IDAMAN pulak kan?
Habis bila impian nak BERKAHWIN pulak?? ermm saya nak calon sebaik dan sehensem husband IRMA HASMIE, hehe ^_____^ hahaha berangan kan? tak pun sehensem dan sekacak FAHRIN AHMAD aduyaiiii pasti hati jatuh hati berkali-kali kan. Cik adik berangan sudah kan. Tak salah berangan tapi asalkan tak lebih-lebih.
Biarlah yang hadir dalam hidup saya adalah lelaki yang berpegang pada agama dan menjaga hati saya dan keluarga saya, yang menjadi penyokong saat jatuh dan bangun saya, sentiasa berada di hati saya sehingga ke syurga, Ya bercinta sampai ke syurga itu impian saya.
By the way saya hanya manusia biasa yang inginkan kebahagiaan bersama orang yang saya sayang, walaupun kini hati saya belum terbukak untuk ke arah itu, saya sentiasa berdoa agar bakal pemilik hati ini setelah Allah dan Rasul akan sentiasa membimbing saya ke arah yang lebih baik di dunia dan akhirat.
Big Thanks buat sahabat saya yang memperkenalkan saya dengan bisness nih, yang menarik tangan saya untuk berjaya, yang mengesat air mata dan menghulurkan bahu ketika saya terjatuh, Yusnastri Jurami sahabat sejati ku, buat Bakal CDM Kak Syarifah Shazila, thanks kak ila atas pertolongan akak, buat akak zura nasihat dan tunjuk ajar akak akan saya parktikan kan. Buat Pemimpin group MMG Ipoh CDM Kak Yasmin akak semangat yang akak bagi adalah penguat azam saya untuk lebih barjaya nanti.
Amin Ya Rabbal Alamin.
Suka duka, Senyum selalu !! ^_____^
Salam Sayang Kerana Allah Until Jannah
Puteri Amna Balqies
hik hik hik...
ReplyDeleteAssalammualaikum Ziela. eeheh
babe.. Amin.. aku doakan ko berjaya...
leh ar beli kete.. lepas tu bawak aku jenjalan huhuhu...
miss u la babe.. bilo nak jumpo neh heeee